Makna Tiada Lagi Hijrah Setelah Pembukaan Makkah

Asy-Syaikh Faishal bin ‘Abdul ‘Aziz Al-Mubarak rahimahullah (Wafat: 1376H)
www.ilmusunnah.com

awan_biru

Dari hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لاَ هِجْرَةَ بَعْدَ الفَتْحِ، وَلَكِنْ جِهَادٌ وَنِيَّةٌ، وَإِذَا اسْتُنْفِرْتُمْ فَانْفِرُوا

“Tidak ada hijrah setelah pembukaan Makkah, tetapi yang ada adalah jihad dan niat. Oleh kerana itu, apabila kalian diminta untuk berangkat (untuk berjihad), maka berangkatlah.” (Muttafaqun ‘alaih; Shahih Al-Bukhari, no. 2783. Muslim, no. 1864)

Penjelasan:

وَمَعناهُ: لاَ هِجْرَةَ مِنْ مَكّةَ لأَنَّهَا صَارَتْ دَارَ إسلاَمٍ.

Maknanya, tiada lagi hijrah dari Makkah, kerana pada ketika itu Makkah telah menjadi wilayah Islam.

Al-Khaththabi dan yang lainnya berkata:

كانت الهجرة فرضًا في أول الإسلام على من أسلم؛ لقلة المسلمين بالمدينة، وحاجتهم إلى الاجتماع. فلما فتح الله مكة دخل الناس في دين الله أفواجًا، فسقط فرض الهجرة إلى المدينة، وبقي فرض الجهاد، والنية على من قام به، أو نزل به عدو.

“Pada masa awal Islam, hijrah adalah kewajiban atas orang yang telah masuk Islam disebabkan terlalu sedikitnya umat Islam di Madinah dan terdapat keperluan yang menuntut agar umat Islam berkumpul. Ketika Allah telah membebaskan kota Makkah, orang ramai berduyun-duyun masuk Islam, maka kewajiban hijrah dari Makkah ke Madinah pun menjadi gugur. Manakala yang masih tetap ada adalah kewajiban jihad dan niat bagi orang-orang yang akan melaksanakannya atau ketika diserang musuh.”

Al-Mawardi berkata:

إذا قدر على إظهار الدين في بلد من بلاد الكفر، فالإقامة فيها أفضل من الرحلة منها؛ لما يترجى من دخول غيره في الإسلام.

“Apabila seseorang mampu menzahirkan agama Islam di suatu negeri kafir, maka menetap di tempat tersebut adalah lebih utama berbanding meninggalkannya, kerana diharapkan dengan kehadirannya dapat menjadi sebab orang lain untuk masuk Islam.”

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata:

كانت الحكمة في وجوب الهجرة على من أسلم ليسلم من أذى الكفار، فإنهم كانوا يعذبون من أسلم إلى أن يرجع عن دينه.

“Hikmah diwajibkan hijrah bagi orang yang masuk Islam adalah agar selamat dari gangguan orang-orang kafir, kerana orang-orang kafir (pada ketika itu) bertindak menyeksa sesiapa yang masuk Islam agar mereka keluar dari agamanya.”

Sekian nukilan, Wallaahu a’lam.

(Tathriizu Riyadhish Shalihin, m/s. 12 – Daar Al-‘Ashimah, Riyadh (1423H)).

Riyadhus_Shalihin_dan_Penjelasannya

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest