Manhaj Al-Imam Asy-Syafi’i Tentang Sifat-sifat Allah

Asy-Syaikh Dr. Muhammad bin ‘Abdurrahman Al-Khumais
www.ilmusunnah.com

aqidah-imam-syafie

Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) berkata di Kitabnya Ar-Risalah:

والحمد لله … الذي هو كما وصف به نفسه وفوق ما يصفه به خلقه

Walhamdulillah (segala puji bagi Allah) yang Dia sebagaimana yang Dia sifatkan untuk Diri-Nya dan melampaui sifat-sifat yang diberikan makhluk ciptaan-Nya untuk-Nya.” (Ar-Risalah, m/s. 7-8 – Tahqiq Ahmad Muhammad Syakir)

Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) menukilkan, bahawa Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) berkata:

نثبت هذه الصفات التي جاء بها القرآن ووردت بها السنة وننفي التشبيه عنه كما نفى عن نفسه فقال: {لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ} [الشورى: 11]

“Kita itsbatkan (tetapkan) sifat-sifat Allah ini yang telah disebutkan oleh Al-Qur’an dan yang telah warid dari As-Sunnah, dan kita nafikan tasybih (penyerupaan dengan sifdat makhluk) dari-Nya sebagaimana Dia sendiri telah menafikannya dari Diri-Nya.

Allah Ta’ala berfirman:

“Tiada sesuatu pun yang semisal dengan-Nya.” (Surah As-Syura, 42: 11).” (Siyar A’lam An-Nubala’, 20/341)

Asy-Syaikh Dr. Muhammad bin ‘Abdurrahman Al-Khumais menyebutkan:

وقد جزء الاعتقاد المنسوب للشافعي – من رواية أبي طالب العشاري ما نصّه قال: وقد سُئل عن صفات الله عز وجل وما ينبغي أن يؤمن به، فقال

“Dan di dalam bahagian i’tiqad yang dinisbatkan kepada Asy-Syafi’i melalui riwayat Abu Thalib Al-‘Usyari dengan redaksi berikut:

Beliau (Abu Thalib Al-‘Usyari) berkata:

(Al-Imam) Asy-Syafi’i telah ditanya tentang sifat-sifat Allah ‘Azza wa Jalla dan apa-apa yang perlu diimani. Maka Asy-Syafi’i menjelaskan:

الله تبارك وتعالى أسماء وصفات جاء بها كتابه وخبر بها نبيه صلى الله عليه وسلم، أمته لا يسع أحداً من خلق الله عز وجل قامت لديه الحجة إن القرآن نزل به وصحيح عنده قول النبي صلى الله عليه وسلم، فيما روى عنده العدل خلافه فإن خالف ذلك بعد ثبوت الحجة عليه فهو كافر بالله عز وجل، فأما قبل ثبوت الحجة عليه من جهة الخبر فمعذور بالجهل لأن علم ذلك لا يدرك بالعقل ولا بالدراية والفكر

“Allah Tabaraka wa Ta’ala memiliki asma’ (nama-nama) dan sifat-sifat yang telah disebutkan di Kitab-Nya dan diberitakan oleh Nabi-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada umatnya, yang tidak boleh diingkari oleh sesiapa pun dari makhluk Allah yang telah sampai kepadanya dalil bahawa Al-Qur’an turun membawa keterangan tentang perkara tersebut, juga perkataan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang diriwayatkan oleh perawi yang adil dan tsiqah (terpercaya) serta telah benar-benar sahih yang menerangkan persoalan tersebut. Dengan itu, sesiapa yang mengingkari atau berbeza dengan semuanya itu sedangkan hujjah (dalil-dalil dan keterangan) tersebut telah jelas baginya, bererti dia kafir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Ada pun jika dia menentang disebabkan belum ditegakkan (atau menemukan) hujjah penjelasan tersebut, maka dia mendapat ‘udzur disebabkan kebodohannya, kerana pengetahuan tentang semuanya itu (tentang sifat-sifat dan asma’ Allah) tidak dapat dijangkau oleh akal, dan tidak pula oleh pengetahuan dan pemikiran.”

ونحو ذلك أخبار الله عز وجل أنه سميع وأن له يدين بقوله عز وجل

“Yang termasuk ke dalam perkhabaran seperti itu adalah juga keterangan-keterangan dari Allah ‘Azza wa Jalla bahawa Dia Maha Mendengar dan bahawasanya bagi Allah itu dua Tangan bersesuaian dengan firman-Nya ‘Azza wa Jalla:

بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ

“Sebaliknya, kedua Tangan Allah itu terbuka…” (Surah Al-Ma’idah, 5: 64)

وأن له يميناً بقوله عز وجل

Dan bahawasanya bagi Allah itu tangan kanan, sebagaimana yang Dia ‘Azza wa Jalla nyatakan:

وَالسَّماوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِينِهِ

“Dan langit digulung dengan Tangan kanan-Nya.” (Surah Az-Zumar, 39: 67)

وإن له وجهاً بقوله عز وجل

Dan bahawasanya bagi Allah itu wajah, berdasarkan firman-Nya:

كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ

“Dan setiap sesuatu pasti binasa, kecuali wajah-Nya…” (Surah Al-Qashash, 28: 88)

وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

“Dan tetap kekallah wajah Rabb-mu yang memiliki keagungan dan kemuliaan. (Surah Ar-Rahman, 55: 27)

وأن له قدماً بقوله صلى الله عليه وسلم

Dan bahawasanya bagi Allah itu kaki, sebagaimana pernyataan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

حتى يضع الرب عز وجل فيها قدمه

“Sehingga Rabb ‘Azza wa Jalla meletakkan kaki-Nya ke Neraka Jahannam.” (lihat: Shahih Al-Bukhari, no. 4848)

للذي قتل في سبيل الله عز وجل أنه

Dan Allah tertawa, berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang orang yang mati di jalan Allah (fi Sabilillah), iaitu:

لقي الله عز وجل وهو يضحك إليه

Ia akan bertemu dengan Allah ‘Azza wa Jalla sedang Allah itu dalam keadaan tertawa kepadanya… (lihat: Shahih Al-Bukhari, no. 2826)

وأنه يهبط كل ليلة إلى السماء الدنيا بخبر رسول الله صلى الله عليه وسلم، بذلك وأنه ليس بأعور لقول النبي صلى الله عليه وسلم إذ ذكر الدجال فقال بأعور

Dan bahawa Allah turun ke langit dunia pada setiap malam berdasarkan hadis (penjelasan) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentangnya.

Begitu juga keterangan bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala itu tidak buta sebelah mata-Nya berdasarkan pernyataan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ketika baginda menyebutkan tentang Dajjal, baginda bersabda:

إنه أعور وإن ربكم ليس بأعور

“Dajjal itu buta sebelah matanya, dan sesungguhnya Rabb-mu tidaklah buta sebelah.” (lihat: Shahih Al-Bukhari, no. 7131. Muslim, no. 2248)

وإن المؤمنين يرون ربهم عز وجل يوم القيامة بأبصارهم كما يرون القمر ليلة البدر وأنه له إصبعاً بقوله صلى الله عليه وسلم عز وجل

Dan bahawa orang-orang mukmin pasti akan melihat Rabb mereka pada hari kiamat dengan pandangan mata mereka seperti mana mereka melihat bulan di malam purnama, juga bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta’ala memiliki jari-jemari sebagaimana yang dijelaskan melalui perkataan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

ما من قلب إلا هو بين أصبعين من أصابع الرحمن عز وجل

Tidaklah ada satu hati pun melainkan ia berada di antara dua jari Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah) ‘Azza wa Jalla. (lihat: Musnad Ahmad, no. 6569, 6610, 12107)

وإن هذه المعاني التي وصف الله عز وجل بها نفسه ووصفه بها رسوله صلى الله عليه وسلم، لا يدرك حقه ذلك بالفكر والدراية ولا يكفر بجهلها أحد إلا بعد انتهاء الخبر إليه وإن كان الوارد بذلك خبراً يقوم في الفهم مقام المشاهدة في السماع ( وجبت الدينونة ) على سامعه بحقيقته والشهادة عليه كما عاين وسمع من رسول الله صلى الله عليه وسلم، ولكن نثبت هذه الصفات وننفي التشبيه كما نفى ذلك عن نفسه تعالى ذكره فقال

Semua sifat-sifat ini yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri bagi diri-Nya dan sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang-Nya. Hakikat sebenarnya tidak dapat dijangkau oleh akal atau fikiran, dan orang yang mengingkarinya kerana kejahilan tidaklah kafir melainkan jika dia mengetahuinya tetapi dia mengingkarinya, barulah dia kafir. Dan bila mana yang datang tersebut merupakan berita yang kedudukannya di dalam pemahaman sebagaimana yang disaksikan dalam apa yang didengar, maka wajib baginya sebagai orang yang mendengar berita tersebut untuk mengimani dan tunduk kepada hakikat perkara tersebut dan mempersaksikan ke atasnya sebagaimana dia melihat dan mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Namun, kita menetapkan sifat-sifat ini dengan menafikan tasybih (penyerupaan kepada makhluk) sebagaimana Allah telah menafikan dari diri-Nya melalui firman-Nya:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ

“Tiada sesuatu pun yang menyerupai Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Asy-Syura, 42: 11)

Rujukan:

I’tiqad Aimmatil Arba’ah oleh Syaikh Dr. Muhammad bin ‘Abdurrahman Al-Khumais, Cetakan pertama, Daar Al-‘Ashimah (Saudi Arabia, 1412H/1992M).

Turut diriwayatkan dan disebutkan dalam kitab-kitab berikut:

Thabaqat Al-Hanabilah oleh Ibn Abi Ya’la rahimahullah (Wafat: 526H), 1/283 – Tahqiq Muhammad Haamid Al-Faqi, Daar Al-Ma’rifah.

Itsbat Shifatil ‘Uluw oleh Al-Imam Ibn Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H), m/s. 124 – Tahqiq Badr bin ‘Abdullah Al-Badr, Ad-Daar As-Salafiyyah (1406H).

Dzamm At-Ta’wil oleh Ibn Qudamah, m/s. 23 – Tahqiq Badr bin ‘Abdullah Al-Badr, Ad-Daar As-Salafiyyah (1406H).

Majmu’ Al-Fatawa oleh Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H), 4/182-183.

Ijtimaa’ Al-Juyusy oleh Ibn Al-Qayyum rahimahullah (Wafat: 751H), m/s. 165.

Siyar A’lam An-Nubala’ oleh Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H), 10/79-80 – Tahqiq Syu’aib Al-Arnauth.

Wallaahu a’lam.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest