Menari, Menyanyi, dan Bermain Gendang Di Dalam Masjid

Fatwa Al-Imam As-Suyuthi rahimahullah (Wafat: 911H)
www.ilmusunnah.com

Al-Imam As-Suyuthi rahimahullah (Wafat: 911H) berkata:

ومن ذلك الرقص، والغناء في المساجد، وضرب الدف أو الرباب، أو غير ذلك من آلات الطرب.

فمن فعل ذلك في المسجد، فهو مبتدع، ضال، مستحق للطرد والضرب؛ لأنه استخف بما أمر الله بتعظيمه، قال الله تعالى: (في بيوت أذن الله أن ترفع ” أي تعظم ” ويذكر فيها اسمه)، أي يتلى فيها كتابه. وبيوت الله هي المساجد؛ وقد أمر الله بتعظيمها، وصيانتها عن الأقذار، والأوساخ، والصبيان، والمخاط، والثوم، والبصل، وإنشاد الشعر فيها، والغناء والرقص؛ فمن غنى فيها أو رقص فهو مبتدع، ضال مضل، مستحق للعقوبة.

“Dan di antaranya adalah menari, menyanyi di dalam masjid, memukul kompang (atau gendang) atau rebab (sejenis alat muzik bertali seperti biola), atau selain itu dari jenis-jenis alat-alat muzik.

Maka sesiapa yang melakukan yang tersebut di masjid maka dia adalah mubtadi’ (ahli bid’ah), sesat, perlu dihalau dan boleh dipukul, kerana dia meremehkan perintah Allah untuk memuliakan masjid. Allah Ta’ala berfirman:

“Bertasbih  kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan (iaitu meng-agungkannya) dan disebut nama-Nya di dalamnya.” (Surah an-Nuur, 24: 36)

Iaitu dibacakan kitab-Nya di dalamnya. Rumah-rumah Allah adalah masjid-masjid, dan Allah Ta’ala telah memerintahkan untuk memuliakannya, menjaganya dari kotoran, najis, anak-anak, hingus, bawang putih, bawang merah, nasyid-nasyid dan sya’ir di dalamnya, nyanyian dan tarian, dan sesiapa yang bernyanyi atau menari di dalamnya maka dia adalah mubtadi’, sesat dan menyesatkan, dan berhak diberikan hukuman.” (Al-Amru bil Ittiba’ wan Nahyu ‘anil Ibtida’ oleh Jalaluddin As-Suyuthi, m/s. 275 – Daar Ibnul Qayyim, Tahqiq Masyhur Hasan Salman)

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest