Muat Turun Pelajaran Kitab Syarhus Sunnah karya Al-Imam Al-Muzani

www.ilmusunnah.com

Tarikh rakaman/pelajaran: 3-5 Jumadil Ula 1435H (15/17 Mac 2014M).

Bismillah, berikut dikongsikan syarah dan huraian dari pelajaran kitab Syarhus Sunnah karya Al-Imam Al-Muzani[i] (yang berlangsung selama 3 hari penuh) oleh Al-Ustadz Dzulqarnain hafidzahullah.

Tarikh rakaman/pelajaran: 3-5 Jumadil Ula 1435H (15/17 Mac 2014M).[ii]

Pilihan link 1:

>> Sesi 1: Pendahuluan | Sesi 2: Biografi Al-Imam Al-Muzani dan latar belakang kitab | Sesi 3: Pendahuluan Al-Muzani dan Muqaddimah | Sesi 4: Perbahasan Al-Asma’ wa Ash-Shifat Allah | Sesi 5: Sifat Ketinggian Allah dan Perbahasan Taqdir | Sesi 6: Iman terhadap Malaikat, Penciptaan Adam, dan Tentang Syurga & Neraka | Sesi 7: Iman Terhadap Al-Qur’an | Sesi 8: Iman Terhadap Adzab Kubur dan Hari Kebangkitan | Sesi 9: Sikap Terhadap Kaum Muslimin dan Ahl Al-Bayt | Sesi 10: Sikap Terhadap Para Sahabat Nabi dan Ketaatan Terhadap Pemerintah | Sesi 11: Soal Jawab | Tamat.

Pilihan link 2 (Alternatif):

>> Sesi 1: Pendahuluan | Sesi 2: Biografi Al-Imam Al-Muzani dan latar belakang kitab | Sesi 3: Pendahuluan Al-Muzani dan Muqaddimah | Sesi 4: Perbahasan Al-Asma’ wa Ash-Shifat Allah | Sesi 5: Sifat Ketinggian Allah dan Perbahasan Taqdir | Sesi 6: Iman terhadap Malaikat, Penciptaan Adam, dan Tentang Syurga & Neraka | Sesi 7: Iman Terhadap Al-Qur’an | Sesi 8: Iman Terhadap Adzab Kubur dan Hari Kebangkitan | Sesi 9: Sikap Terhadap Kaum Muslimin dan Ahl Al-Bayt | Sesi 10: Sikap Terhadap Para Sahabat Nabi dan Ketaatan Terhadap Pemerintah | Sesi 11: Soal Jawab | Tamat.

Semoga bermanfaat.


[i] Beliau adalah Abu Ibrahim Isma’iil bin Yahya Al-Muzani Al-Mishri rahimahullah (lahir: 175H, wafat: 264H). Beliau adalah salah seorang anak murid Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) yang paling senior (utama). Beliau dikenal sebagai salah seorang ulama yang sedikit gurunya kerana fokus melazimi pengajiannya bersama Al-Imam Asy-Syafi’i. Dan beliau telah melazimi perguruan bersama Al-Imam Asy-Syafi’i selama 20 tahun lamanya. Bahkan beliau turut disebut sebagai penerus kepada mazhab Al-Imam Asy-Syafi’i.

Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) pernah mengatakan:

الْمُزَنِى نَاصِرُ مَذْهَبِى

“Al-Muzani adalah penolong (pembela) mazhabku.” (Siyar A’lam An-Nubalaa’, 12/493)

Bahkan Imam Asy-Syafi’i-lah yang menyarankan dan mendorong Imam Al-Muzani agar menekuni ilmu fiqh. Suatu hari Imam Asy-Syafi’i berkata kepada Al-Muzani:

فَهَلْ لَكَ فِى عِلْمٍ إِنْ أَصَبْتَ فِيْهِ أُجِرْتَ وَإِنْ أَخْطَأْتَ لَمْ تَأْثَمْ قلت: وما هو؟ قال: الفقه. فلزَمْه، فتعلمت منه الفقه، ودرست عليه.

“Bukankah sebaiknya engkau pelajari ilmu yang jika engkau benar maka engkau mendapat pahala, dan jika engkau salah (dalam berijtihad) maka engkau tidak berdosa?”

Al-Muzani bertanya, “Ilmu apa itu?” Asy-Syafi’i menjawab, “Ilmu fiqh.” Sejak saat itu, Al-Muzani pun melazimi Asy-Syafi’i (berguru dengannya), belajar fiqh secara komited kepada Imam Asy-Syafi’i.” (Tajuddin As-Subki, Thabaqat Asy-Syafi’iyyah Al-Kubra, 2/98)

Al-Imam Ibnu ‘Abdil Bar rahimahullah (Wafat: 463H) mengatakan:

“Al-Muzani adalah sahabat Imam Asy-Syafi’i yang paling berilmu, kecerdasan dan pemahamannya sangat teliti, kitab-kitab dan ringkasan-ringkasan karyanya tersebar di seluruh penjuru bumi sama ada di timur mahupun barat. Beliau adalah seorang yang bertaqwa, wara’, dan beragama. Sangat penyabar dalam berdepan keadaan yang sedikit dan kekurangan.”

Demikian secara ringkas tentang beliau. Kedudukan Al-Muzani di kalangan ulama dengan keilmuannya, keutamaannya, ibadahnya, wara’ dan zuhudnya, semua itu termasuk perkara yang dimaklumi dan makruf.

[ii] Capaian edisi terjemahan matan/teks kitab Syarhus Sunnah karya Al-Imam Al-Muzani rahimahullah (Wafat: 264H) boleh dicapai di pautan ini >> https://ilmusunnah.com/bait-bait-aqidah-yang-diiqrarkan-oleh-al-imam-al-muzani/

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest