Penegasan Aqidah Salaf oleh Ibnu Abi Zaid Al-Qairawani

Disarikan dari ‘Aqaa’id A’immah As-Salaf
Tahqiq dan ta’liq Syaikh Fawwaz Ahmad Zamarli
www.ilmusunnah.com

zamarli_1Biografi Ibn Abi Zaid Al-Qairawani

Beliau adalah Abu Muhammad ‘Abdullah bin Abi Zaid ‘Abdurrahman An-Naghrawi Al-Qairawani, seorang tokoh ulama mazhab Maliki di daerah Maghrib (Morocco).

Beliau dilahirkan pada tahun 310H. Seorang Imam yang sangat luas pengetahuannya dalam pelbagai lapangan ilmu-ilmu syar’i, seorang yang sangat ittiba’ kepada manhaj As-Salaf Ash-Shalih.

Berkata Al-Qadhi ‘Iyadh tentang beliau:

“Beliau telah menggapai kepimpinan dalam perkara dunia dan agama, dan beliau juga digelar sebagai Imam Malik kecil (Malik Ash-Shaghir).”

Berkata Al-Imam Adz-Dzahabi tentang diri beliau:

“Beliau seorang imam, al-‘allamah (yang berilmu), al-Qudwah (contoh teladan), faqih (mendalam dalam bidang fiqh), ‘alim (ilmuan) bagi penduduk Maghrib,… dan beliau seorang yang telah menunjukkan ketelitian dalam ilmu dan amal… Dan beliau dengan keagungannya dalam ilmu dan amal juga disertai dengan sifat penuh kebajikan, perhatian, senang menginfaq-kan harta untuk para penuntut ilmu dan selalu berbuat kebaikan… Beliau rahimahullah berada di atas jalan para ulama As-Salaf dalam masalah ushuluddin, dan tidaklah beliau mengetahui ilmu kalam dan tidak juga tentang ta’wil.”

Di antara Karya Tulis Ilmiah Beliau

1, Kitab An-Nawaadir dan Az-Ziyadat

2, Ikhtishar dari kitab Al-Mudawwanah.

3, Ats-Tsiqah billah wat-Tawakkal ‘alallah.

4, I’jaz Al-Qur’an.

5, An-Nahyu ‘anil Jidal. Dan selainnya

Beliau rahimahullah wafat pada pertengahan bulan Sya’ban tahun 386H dan beliau dimakamkan di kampung beliau di Qairawan.

Secara Ringkas Tentang I’tiqad ini

I’tiqad ini adalah sebagaimana yang tertera pada Muqaddimah kitab beliau Ar-Risalah Al-Fiqhiyyah (fiqh mazhab Malik), atau dikenal dengan sebutan Muqaddimah Ibnu Abi Zaid Al-Qairawani. I’tiqad Ibn Abi Zaid Al-Qairawani ini telah dicetak di percetakan Jam’iah Al-Imam Muhammad bin Su’ud Al-Islamiyah [semoga Allah menjaganya] pada tahun 1396H.

Dan telah dicetak pula oleh Al-Jam’iah Al-Islamiyah di Al-Madinah Al-Munawwarah.

Muqaddimah Ar-Risalah Ibnu Abi Zaid Al-Qairawani

Zamarli_2

باب ما تَنطقُ به الألسنةُ، وتعتقِدُهُ الأفئدةُ من واجب أُمورِ الدياناتِ

Bab apa yang wajib diungkapkan oleh lisan dan diimani dengan hati dari kewajiban dalam Perkara-Perkara Agama

من ذلك الإيمانُ بالقلب، والنُّطقُ باللِّسان أنَّ الله إلَهٌ واحدٌ لا إله غيرُه، ولا شبيهَ له، ولا نَظيرَ له، ولا وَلَدَ له، ولا وَالِدَ له، ولا صاحبة له، ولا شريكَ له

“Di antaranya, iman dengan hati dan diungkap dengan lisan; Bahwasanya Allah adalah Ilah yang satu, tiada ilah selain-Nya. Dan tiada yang serupa dengan-Nya dan tiada juga yang sebanding dengan-Nya. Tiada bagi-Nya keturunan dan tidak pula memiliki bapa (atau ibu), tidak memiliki pendamping dan tiada sekutu bagi-Nya.”

ليس لأَوَّلِيَّتِهِ ابتداءٌ، ولا لآخِرِيَّتِه انقضَاءٌ، لا يَبْلُغُ كُنْهَ صِفَتِهِ الواصفون، ولاَ يُحيطُ بأمرِه المُتَفَكِّرونَ، يَعتَبِرُ المتفَكِّرونَ بآياته، ولا يَتَفكَّرونَ في مَاهِيَةِ ذاتِه، ولا يُحيطون بشيءٍ من عِلمه إلاَّ بِما شاء وَسِعَ كرْسِيُّه السَّموات والأرض، ولا يِؤُودُه حفظُهما وهو العليُّ العَظيمُ

“Awal-Nya tanpa ada permulaan dan keakhiran-Nya tanpa berpenghujung. Keberadaan sifat-Nya tidak dapat dijangkau oleh setiap yang hendak menyifatkan dan hal ihwal Allah tidak akan terjangkau oleh setiap para pemikir.

Para pemikir hanya mampu mengambil pelajaran dari ayat-ayat-Nya saja,

وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

“Dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah Ta’ala adalah seluas langit dan bumi dan tidaklah memberatkan bagi-Nya untuk menjaga keduanya dan Dia-lah Dzat yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.” (Surah Al-Baqarah, 2: 255)zamarli_3

العالِمُ الخبيرُ، المُدَبِّرُ القَدِيرُ، السَّمِيعُ البصيرُ، العَلِيُّ الكَبيرُ

“… Dia-lah Al-‘Alim (yang maha berilmu), Al-Khabir (yang maha terperinci pengetahuanya), Al-Mudabbir (yang mentadbir segala urusan), Al-Qadir (yang maha menentukan), Al-Bashir (yang maha melihat), Al-‘Ali (yang maha tinggi), Al-Kabir (maha besar lagi maha agung).”

وَأنَّه فوقَ عَرشه المجيد بذاته، وهو في كلِّ مَكان بعِلمه

“Dan sesungguhnya Dia (Allah) berada di atas ‘Arsy-Nya[1],[2] sedangkan Dia di setiap tempat dengan ilmu-Nya (pengetahuan-Nya yang maha luas).”

خَلَقَ الإنسانَ ويَعلمُ ما تُوَسْوِسُ به نفسُه، وهو أَقرَبُ إليهِ مِن حَبْلِ الوَرِيدِ

“Allah Ta’ala telah menciptakan manusia dan Dia yang mengetahui segala bisikan hatinya, dan Dia lebih dekat kepada setiap manusia dari urat leher manusia itu sendiri.” (Surah Qaaf, 50: 16)

وما تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إلاَّ يَعلَمُها، ولاَ حَبَّةٍفي ظُلُمَات الأرضِ وَلاَ رَطْبٍ وَلاَ يَابِس إلاَّ في كتاب مُبين

“Dan tiada suatu apa pun yang terjatuh berupa dedaunan kecuali Dia telah mengetahuinya, dan tidak juga biji-bijian yang berada dalam kegelapan perut bumi, sama ada yang kering atau yang basah melainkan telah ditentukan dalam Kitab yang jelas – iaitu di Lauhul-Mahfudz.

على العَرشِ اسْتَوى، وعَلى المُلْكِ احْتَوى، وله الأسماء الحُسنى والصِّفاتُ العُلَى

“(Dia-lah Allah) yang ber-istiwa’ di atas ‘Arsy-Nya, menguasai dan mentadbir seluruh kerajaan. Dan bagi-Nya al-asmaa’ul-husna (nama-nama yang baik lagi indah) dan bagi-Nya shifaatul-‘ula (sifat-sifat yang maha tinggi).”

لَم يَزَل بِجَميعِ صفاتِه وأسمائِه، تَعالى أن تكونَ صفاتُه مَخلوقَةً، وأسماؤُه مُحْدَثَةً

“Dan Dia (Allah) sentiasa bersama dengan segala Sifat-sifat dan Nama-nama-Nya[3]. Maha Tinggi Sifat-sifat-Nya dari menyerupai sifat-sifat makhluk dan Maha Tinggi Nama-nama-Nya dari suatu yang baru (lagi diada-adakan).”

كلَّم موسى بكلامِه الَّذي هو صفةُ ذاتِه لا خَلْقٌ مِن خَلقِه، وَتَجَلَّى للجَبَل فصار دَكًّا مِن جلالِه

“Dan Allah berbicara kepada Musa (‘alaihis salaam) dengan kalaam-Nya yang merupakan sifat Dzatiyah-Nya, bukan dari makhluk ciptaan-Nya. Dan di saat Allah menampakkan Dzatnya kepada gunung, jadilah gunung itu hancur berkecai kerana Keagungan Dza-Nya.”

وأنَّ القرآنَ كلامُ الله، ليس بمخلُوقٍ فيَبِيدُ، ولا صفة لمخلوقٍ فَيَنْفَدُ

“Sesungguhnya Al-Qur’an adalah Kalamullah bukan makhluk, maka Al-Qur’an akan kekal selamanya[4], dan Al-Qur’an bukanlah sifat dari makhluq yang akan mengalami kemusnahan.”

والإيمانُ بالقَدَرِ خَيْرِه وشَرِّه، حُلْوِهِ وَمُرِّهِ، وكلُّ ذلك قَد قَدَّرَهُ اللهُ رَبُّنا، ومقاديرُ الأمورِ بيدِه، ومَصدَرُها عن قضائِه

“(Dan hendaklah) beriman dengan Al-Qadar, yang baik mahupun yang buruk, yang menyenangkan mahupun yang menyakitkan[5]. Di Tangan-Nya-lah terletak ketentuan seluruh perkara dari Qadha’-Nya.”

عَلِمَ كلَّ شيْءٍ قَبل كَونِه، فجَرَى على قَدَرِه، لا يَكون مِن عبادِه قَولٌ ولا عَمَلٌ إلاَّ وقدْ قَضَاهُ وسبق عِلْمُه به

“Allah Ta’ala mengetahui segala sesuatu sebelum segala sesuatu itu terjadi. Maka segala sesuatu tersebut akan berjalan sesuai dengan ketetapan Al-Qadar dari Allah[6]. Tidak akan terjadi pada seorang hamba, sama ada ucapan atau amal perbuatannya, kecuali telah ditentukan (pada Qadha’Nya) dan telah didahului oleh ilmu-Nya.”

أَلا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ

“Ketahuilah adakah Dia tidak mengetahui apa yang Dia ciptakan, dan Dia-lah Al-Lathiif (yang Maha lemah-lembut) dan Al-Khabiir (yang Maha Mengetahui dengan terperinci).” (Surah Al-Mulk, 65: 14)

يُضِلُّ مَن يشاء فيَخْذُلُه بعدْلِه، ويَهدي مَن يَشاء فَيُوَفِّقُه بفضلِه، فكَلٌّ مُيَسَّرٌ بتَيْسيره إلى ما سَبَقَ مِن علمه وقَدَرِه، مِن شَقِيٍّ أو سعيدٍ

“Dialah yang menyesatkan siapa saja yang Dia kehendaki sehingga terhina sesuai dengan keadilan-Nya, dan Dia memberi hidayah kepada siapa saja yang Dia inginkan sehingga mendapat taufiq dengan Kurnia-Nya. Semua dipermudahkan kepada apa yang telah ditaqdirkan dan diketahui oleh ilmu-Nya, adakah dia sengsara atau bahagia.”

تعالَى أن يكونَ في مُلْكِهِ ما لا يُريد، أو يكونَ لأَحَد عنه غِنًى، أو يكون خالقٌ لشيءٍ إلا هو رَبُّ العباد ورَبُّأعمالِهم، والمُقَدِّرُ لِحَركاتِهم وآجالِهم، الباعثُ الرُّسُل إليهِم لإقَامَةِ الحُجَّةِ عَلَيهم

“Maha Tinggi Allah dari sesuatu yang Allah tidak kehendaki dalam kekuasaan-Nya, atau ada dari kalangan hamba-Nya merasa tidak memerlukan-Nya. Atau terciptanya sesuatu melainkan Dia-lah Rabb para hamba, Rabb segala amalan mereka, Dia-lah yang menentukan segala tingkah laku mereka dan ajal mereka. Dia-lah yang mengutuskan para Rasul atas mereka (para hamba) bagi menegakkan hujah atas diri mereka.”

ثُمَّ خَتَمَ الرِّسالةَ والنَّذَارَةَ والنُّبُوَةَ بمحمَّد نَبيِّه صلى الله عليه وسلم، فجَعَلَه آخرَ المرْسَلين، بَشِيراً ونَذِيراً وداعياً إلى الله بإذنِه وسِرَاجاً منيراً

“Lalu kemudian Allah menutup risalah, peringatan, serta kenabian dengan diutusnya Muhammad Nabi-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan Allah menjadikan beliau sebagai Rasul yang terakhir yang membawa khabar gembira dan peringatan (amaran), yang berdakwah (mengajak) kepada Allah dengan izin-Nya dan cahaya yang terang benderang.”

وأنزَلَ عَليه كتابَه الحَكِيمَ، وشَرَحَ به دينَه القَويمَ، وهَدَى به الصِّرَاطَ المستَقيمَ

“Dan Allah menurunkan kepada beliau Kitab-Nya yang penuh dengan hikmah dan penjelasan yang dengannya ditegakkan agama-Nya, serta yang membawa hidayah (petunjuk) menuju Ash-Shiraath Al-Mustaqiim (jalan yang lurus).”

وأنَّ السَّاعةَ آتيَةٌ لا رَيْبَ فيها، وأنَّ اللهَ يَبعَثُ مَن يَموتُ، كما بدأَهم يعودون

“Dan sesungguhnya As-Saa’ah (hari Kiamat dan kebangkitan) itu akan tiba yang padanya tiada keraguan. Sesungguhnya Allah akan membangkitkan setiap mereka yang telah mati, sebagaimana Allah mengadakan mereka di awal penciptaannya.”

وأنَّ اللهَ سبحانه وتعالَى ضاعَفَ لعباده المؤمنين الحسَنات، وصَفَحَ لهم بالتَّوبَة عن كبائرِ السيِّئات، وغَفَرَ لهم الصَّغائِرَ باجْتناب الكبائِر، وجَعَلَ مَن لَم يَتُبْ مِنَ الكبائر صَائراً إلى مَشيئَتِه

“Bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta’ala akan melipatgandakan amal kebaikan bagi para hamba-Nya yang beriman, menghamparkan bagi mereka taubat dari perbuatan dosa-dosa besar, dan memberikan ampunan bagi mereka dari segala dosa-dosa kecil jika mereka meninggalkan dosa-dosa yang besar[7]. Allah menjadikan bagi yang tidak bertaubat dari dosa-dosa besar berada dalam masyi’ah-Nya (kehendak Allah).”

إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni mereka (yang mati) dalam keadaan berbuat syirik kepada-Nya dan Dia akan mengampuni yang selainnya siapa yang Dia kehendaki.” (Surah An-Nisaa’, 4: 48)

ومَن عاقَبَه اللهُ بنارِه أخرجه مِنها بإيمانِه، فأدخَلَه به جَنَّتَه

“Dan sesiapa yang Allah telah siksa dia dengan Neraka-Nya nescaya Allah akan keluarkan dia darinya dengan sebab keimanannya lalu Allah masukkan dia ke dalam Syurga-Nya.”

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْراً يَرَهُ

“Sesiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar dzarrah sekalipun, maka dia akan melihat (balasan)nya.” (Surah Al-Zalzalah, 99: 7)

ويُخرِجُ منها بشفاعَة النَّبِيِّ صلى الله عليهوسلم مَن شَفَعَ لَه مِن أهلِ الكبائِر مِن أمَّتِه

“Dan Allah akan keluarkan ahli kaba’ir (para pelaku dosa-dosa besar) dengan syafa’at Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam[8] bagi sesiapa yang beliau syafa’ati dari kalangan umatnya.”

وأنَّ اللهَ سبحانه قد خَلَقَ الجَنَّةَ فأَعَدَّها دارَ خُلُود لأوليائِه، وأكرَمهم فيها بالنَّظر إلَى وَجْهِه الكريم، وهي الَّتِي أَهْبَطَ منها آدَمَ نبِيَّه وخلِيفَتَه إلى أَرضِه بِما سَبَقَ فِي سابِق عِلمِه. وخَلَق النَّارَ فأعَدَّها دَارَ خُلُود لِمَن كَفَرَ به، وألْحَدَ في آياتِه وكتُبه ورُسُلِه، وجَعَلَهم مَحجُوبِين عن رُؤيَتِه.

“Dan bahawasanya Allah yang Maha Suci telah menciptakan Syurga dan mempersiapkannya sebagai negeri yang kekal bagi para wali-Nya, dan Allah memuliakan mereka dengan (kenikmatan) memandang ke wajah-Nya yang mulia[9], dan inilah (yakni Syurga) tempat di mana Adam, yang merupakan nabi dan khalifah-Nya diturunkan darinya ke buminya yang ianya telah didahului dengan ilmu-Nya. Dan Allah telah menciptakan Neraka dan mempersiapkannya sebagai negeri untuk sesiapa yang kafir terhadap-Nya dan bagi mereka yang menyimpang dari ayat-ayat-Nya, kitab-kitab-Nya, serta Rasul-rasul-Nya, dan Allah menjadikan mereka terhijab dari melihat kepada-Nya.”

وأنَّ اللهَ تبارك وتعالى يَجيءُ يَومَ القيامَةِ: {وَالمَلَكُ صَفًّا صَفًّا} [الفجر:22]؛ لِعَرْضِ الأُمَمِ وَحِسَابِهَا وعقُوبَتِها وثَوابِها، وتُوضَعُ الموازِينُ لَوَزْنِ أَعْمَالِ العِبَادِ

“Dan sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala akan datang pada hari Kiamat beserta para Malaikat-Nya bershaf-shaf untuk diperhadapkan semua umat dan bagi menentukan perhitungan hisab mereka[10]. Dan akan dipersiapkan al-mawaaziin (timbangan-timbangan) untuk menimbang amal-amal para hamba[11].”

فمَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ فَأولئك هم المُفلِحون

“Dan siapa yang berat timbangan (amal kebaikan)nya maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Surah Al-A’raaf, 7: 8)

ويُؤْتَوْنَ صَحائِفهم بأعمَالِهم: فمَن أُوتِي كتابَه بيمينه فسوف يُحاسَبُ حِساباً يَسيراً، ومَن أُوتِي كتابَه ورَاء ظَهْرِه فأولئِك يَصْلَوْنَ سَعيراً

“Dan akan diberikan kepada mereka lembaran-lembaran amal perbuatan mereka,

“Maka siapa yang menerima kitab-nya dengan tangan kanannya maka akan dihisab dengan hisab yang mudah, dan siapa yang menerima kitab-nya dari belakang punggugnya maka mereka itulah yang akan dicampakkan ke dalam Neraka Sa’ir.[12]

وأنَّ الصِّرَاطَ حَقٌّ، يَجُوزُه العبادُ بِقَدْرِ أعمالِهم، فناجُون مُتفاوِتُون في سُرعَة النَّجاةِ عليه مِن نار جَهَنَّم، وقَوْمٌ أَوْبَقَتْهُمْ فيها أعمالُهم

“Dan sesungguhnya ash-Shirath (jambatan yang terhampar dijurang api neraka) itu adalah haq (suatu yang benar). Masing-masing hamba akan melewatinya bersesuaian dengan kadar amal-amal mereka, dan mereka yang selamat dari jurang Neraka di bawahnya melewatinya dengan kadar kepantasan yang berbeza-beza, manakala kaum yang bakinya akan dicampakkan ke dalam Neraka (bersesuaianya dengan kadar amalannya).”

والإيمانُ بِحَوْض رسولِ الله صلى الله عليه وسلم، تَرِدُهُ أمَّتُهُ لاَ يَظْمَأُ مَن شَرب مِنه، ويُذَادُ عنه مَنْ بَدَّلَ وغَيَّرَ

“Dan hendaklah beriman terhadap Al-Haudh (telaga) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam[13] yang akan didatangi oleh umatnya, dan tidak akan merasa kehausan bagi yang meminum airnya. Dan akan terusir pula darinya bagi siapa-siapa yang telah mengganti dan mengubah-suai agamanya.”

وأنَّ الإيمانَ قَولٌ باللِّسانِ، وإخلاَصٌ بالقلب، وعَمَلٌ بالجوارِح، يَزيد بزيادَة الأعمالِ، ويَنقُصُ بنَقْصِها، فيكون فيها النَّقصُ وبها الزِّيادَة، ولا يَكْمُلُ قَولُ الإيمانِ إلاَّ بالعمل.ولا قَولٌ وعَمَلٌ إلاَّ بنِيَّة، ولا قولٌ وعَمَلٌ وَنِيَّةٌ إلاَّ بمُوَافَقَة السُّنَّة

“Dan bahawasanya iman itu adalah ucapan dengan lisan, ikhlash dengan hati, dan amal dengan anggota tubuh.[14] Iman itu bertambah dengan bertambahnya amal-amal kebaikan dan berkurang dengan berkurangnya amal-amal kebaikan, maka iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang dengan amal. Dan tidak akan sempurna (atau diterima) ucapan keimanan melainkan dengan diiringi oleh amal, dan tidak juga diterima ucapan dan amal itu melainkan dengan niat, dan tidak juga diterima ucapan, amal dan niat melainkan yang bertepatan dengan sunnah.”

وأنَّه لا يَكفُرُ أَحدٌ بذَنب مِنْ أهْل القِبْلَة

“Dan sesungguhnya tidaklah dikafirkan seorang pun dari ahli kiblah (yakni kaum Muslimin) semata-mata dengan sebab dosa yang dia lakukan.[15]

وأنَّ الشُّهداءَ أحياءٌ عند ربِّهم يُرْزَقونَ، وأرْواحُ أهْل السَّعادَةِ باقِيةٌ ناعِمةٌ إلى يوم يُبْعَثون، وأرواحُ أهلِ الشَّقاوَةِ مُعَذَّبَةٌ إلى يَوم الدِّين

“Dan para Syuhada’ itu mereka hidup di sisi Rabb mereka dengan mendapat limpahan rezeki. Demikian pula ruh-ruh ahl as-sa’aadah (kaum yang berbahagia) mereka sentiasa berada dalam kenikmatan sampai datangnya hari kebangkitan, manakala ruh-ruh kaum yang sengsara mereka akan sentiasa dalam keadaan diadzab sampai ke hari pembalasan.”

وأنَّ المؤمنِينَ يُفْتَنُونَ في قُبُورِهم ويُسْأَلُون

“Orang-orang yang beriman akan mendapat fitnah (ujian) di kubur mereka dan mereka akan ditanya.”[16]

يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ

“Dan Allah akan menetapkan hati orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.” (Surah Ibrahim, 14: 27)

وأنَّ على العباد حَفَظَةً يَكتُبون أعمالَهم، ولا يَسقُطُ شيْءٌ مِن ذلك عَن عِلمِ ربِّهِم

“Dan bagi setiap hamba itu ada penjaga yang sentiasa mencatatkan amal-amal perbuatan mereka, dan tidak ada satupun yang terluput dari jangkauan ilmu (pengetahuan) Rabb mereka.”

وأنَّ مَلَكَ الموتِ يَقْبِضُالأرواحَ بإذن ربِّه

“Dan sesungguhnya Malakul Maut mencabut ruh seseorang dengan izin Rabb-nya.”

وأنَّ خيْرَ القرون القرنُ الَّذين رَأَوا رسولَ الله صلى الله عليه وسلم وآمَنوا به، ثمَّ الَّذين يَلُونَهم ثمَّ الَّذين يَلونَهم

“Dan sesungguhnya sebaik-baik kurun (generasi) adalah mereka yang telah melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan beriman kepada beliau (yakni generasi sahabat), setelah itu generasi berikutnya (yakni generasi tabi’in), kemudian generasi yang berikutnya pula (yakni generasi tabi’ at-tabi’in).”[17]

وَأفْضَلُ الصحابة: الخُلَفاءُ الرَّاشدون المَهْديُّون؛ أبو بكر ثمَّ عُمر ثمَّ عُثمان ثمَّ عليٌّ رضي الله عنهم أجمعين

“Dan sebaik-baik sahabat adalah para khalifah ar-rasyidiin al-mahdiyyin, yakni Abu Bakr, kemudian ‘Umar (bin Al-Khaththab), kemudian ‘Utsman dan setelah itu ‘Ali radhiayallaahu ‘anhum ajma’in.”[18]

وأن لاَ يُذكَرَ أَحَدٌ مِن صحابَةِ الرَّسولِ صلى الله عليه وسلم إلاَّ بأحْسَن ذِكْرٍ، والإمساك عمَّا شَجَرَ بَينهم، وأنَّهم أحَقُّ النَّاس، أن يُلْتَمَسَ لَهم أَحَسَن المخارج، ويُظَنَّ بهم أحْسن المذاهب

“Dan hendaklah tidak menyebut salah seorang dari sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melainkan dengan sebutan yang baik-baik. Dan hendaklah menahan diri dari membicarakan tentang mereka pada hal-hal yang di antara mereka berselisih, dan bahawa merekalah kelompok manusia yang paling berhak (mendapat uzur atas kekeliruan mereka). Dan hendaklah sentiasa bersangka yang baik-baik terhadap mereka dengan sebaik-baiknya persangkaan.”[19]

والطَّاعَةُ لأئمَّة المسلمين مِن وُلاَة أمورِهم وعُلمائهم، واتِّباعُ السَّلَفِ الصَّالِح واقتفاءُ آثارِهم، والاستغفارُ لهم.

“Dan hendaklah taat terhadap pemimpin kaum muslimin dari kalangan pemimpin yang mengurus urusan mereka dan terhadap para ulama mereka, dan hendaklah ittiba’ kepada as-Salaf ash-Shalih (yakni golongan awal yang soleh; sahabat, tabi’in dan yang mengikuti mereka dengan baik) dengan mencukupkan diri mengikuti atsaar (yakni jejak) mereka serta mendoakan ampunan bagi mereka.”

وتَركُ المراءِ والجِدَالِ في الدِّين، وتَركُ ما أَحْدَثَهُ المُحْدِثُونَ

“Dan hendaklah meninggalkan al-miraa’ (berbantah-bantah) dan jidal (perdebatan) dalam agama ini, dan hendaklah meninggalkan segala yang diada-adakan oleh orang-orang yang berbuat bid’ah.”[20]

وصلَّى الله على سيِّدنا محمَّدٍ وعلى آله وأزواجِه وذريته، وسلَّم تَسليماً كثيراً

Tahqiq dan Ta’liq oleh:
Asy-Syaikh Fawwaz Ahmad Zamarli.


[1] Sifat istiwa’ Ar-Rabb ‘Azza wa Jalla di atas ‘Arsy adalah aqidah yang telah ditetapkan berdasarkan Al-Qur’an, As-Sunnah dan konsensus ulama As-Salaf Ash-Shalih dan Ash-haabul-Hadits (para ulama yang ahli dan teguh dalam mengikuti hadis).

Dan sifat ‘uluw merupakan sifat yang ditetapkan bagi Allah Ta’ala. Para ulama kaum muslimin telah menjabarkan penetapan sifat ini ke dalam beberapa karya tulis mereka. Seperti halnya Kitab Itsbat Shifat al-‘Uluw karya Ibnu Qudamah Al-Maqdisiy, Al-‘Uluw oleh Al-Imam Adz-Dzahabi, Ijtima’ Juyusy Islamiyah oleh Al-Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah.

Dan tidak dibolehkan menta’wil sifat istiwa’  dengan memaknakannya sebagai istawla (menguasai). Al-Hafiz Ibnul Qayyim telah memberikan bantahan atas ta’wil seperti ini dari sekian banyak sisi bantahan. Lihat Kitab Ijtima’ Juyusy Islamiyah dan juga Mulhaq – Sisipan kedua – yang telah kami tahqiq hal. 337.

Dan juga Talbis Al-Jahmiyyah karya Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah, 1/127, 557, 580. Syarh Ushul I’tiqad,3/387-403. Mukhtashar Ash-Shawa’iq,2/126-152.

[2] Kelompok Al-Jahmiyyah mengatakan: Bahawa sifat istiwa’ Allah hanyalah sebuah makna konotatif (majaz), sedangkan Ahlus-Sunnah telah menunjukkan dengan sangat jelas bahawa sifat istiwa’ Allah di atas ‘Arsy secara hakikat adalah dengan Dzat-Nya. Sila lihat nama-nama para ulama yang telah menyebutkan hal ini dalam Mukhtashar Ash-Shawaiq,2/134-135.

[3] Yakni bahawa sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa disifatkan dengan sifat yang sempurna, sama ada ianya sifat Dzatiyyah ataukah sifat Fi’liyyah. Dan tidaklah boleh seseorang berkeyakinan (atau mengimani) bahawa Allah Ta’ala disifatkan dengan suatu sifat setelah sebelumnya tidak memiliki sifat tersebut. Ini kerana sifat Allah adalah sifat yang sempurna, dan menghilangkan suatu sifat adalah merupakan bentuk kekurangan, dan tidaklah boleh dikatakan bahawa Allah Ta’ala mendapatkan suatu kesempurnaan setelah sebelumnya disifatkan dengan sebaliknya pula. Lihat syarh ath-Thahawiyah hal. 123-125.

[4] Al-Qur’an Al-Kariim adalah Kalamullah dan merupakan salah satu sifat dari sekian banyak sifat Allah ta’ala. Al-Qur’an bukanlah suatu ibarat dari Kalamullah dan tidak juga hikayat dari-Nya serta bukan makhluk ciptaan-Nya.

Lihat dalil-dalil dalam masalah ini dan bantahan bagi ahluz-zaigh (kaum yang menyimpang) dan dhalal (sesat) di dalam:

As-Sunnah karya Al-Imam ‘Abdullah bin Imam Ahmad, 2/18. Syarh Ushul I’tiqad, 2/216-dst, 3/378-385. Syarh As-Sunnah karya Al-Barbahari, m/s. 24-29. Al-Hujjah, 1/334-359. Al-Ajurri dalam Asy-Syari’ah, m/s. 75-96. Al-Baihaqi dalam Al-Asma’ wash-Shifat, 1/299-422. Al-I’tiqad, m/s. 94-110. Ar-Radd ‘alal-Jahmiyah, m/s. 132-170. Ar-Radd ‘ala Bisyr al-Mirrisi, m/s. 464. Mukhtashar Ash-Shawa’iq 2/277-332. dan Syarh Ath-Thahawiyah, m/s. 107-127 (Tahqiq Ahmad Syakir).

[5] Keimanan kepada Al-Qadar (takdir) adalah salah satu rukun dari rukun-rukun Iman, yang merupakan salah satu ikatan keimanan dan ushul (dasar) ma’rifah kepada Allah, dan pengakuan terhadap tauhid Allah Ta’ala dan Rububiyah-Nya.

Al-Qadar sendiri adalah pengkhabaran tentang ilmu Allah yang mendahului segala yang terjadi dari perbuatan-perbuatan hamba-Nya dan hasil yang mereka capai. Dan kesemuanya bersumber dari taqdir Allah Ta’ala. Allah Ta’ala-lah yang menciptakan kebaikan dan keburukan. Dan Qadar ini memiliki empat tingkatan:

Al-Ilmu, iaitu Ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala terhadap segala sesuatu sebelum terjadinya.

Al-Kitabah, iaitu penulisan segala sesuatu di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Al-Masyi’ah, bahawa tidak akan terjadi suatu apapun melainkan dengan kehendak Allah. Segala yang Allah kehendaki pasti akan terjadi manakala yang tidak Allah kehendaki pasti tidak akan terjadi.

Al-Khalq, iaitu bahawa Allah yang menciptakan segala amal perbuatan, yang mengadakan dan yang menciptakan.

Lihat Syarh Ushul I’tiqad,3/534. Al-I’tiqad karya Al-Baihaqi, m/s. 123. Asy-Syari’ah, m/s. 149-168. Sharih As-Sunnah,m/s. 34-36. Syarh Ath-Thahawiyah,m/s. 383-399. Jaami’ Al-‘Ulum wal-Hikam, m/s. 103-104. Lum’atul I’tiqad, m/s. 21-22. Thariq Al-Hijratain, m/s. 71-172. Ar-Radd ‘alal-Jahmiyyah karya Al-Bukhari, m/s. 39-42. dan Al-Hujjah, 2/13-69.

[6] Beliau mengisyaratkan pada tingkatan Qadar, sebagaimana pada komentar di atas sebelumnya.

[7] Firman Allah Ta’ala:

إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ

Jika kalian menjauhi dosa-dosa besar yang kalian dilarang padanya, nescaya Kami hapuskan keburukan-keburukan kalian (dosa-dosamu yang kecil),” (Surah An-Nisaa’, 4: 31)

[8] Syafa’at yang telah ditetapkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wa Sallam ada beberapa bentuk:

Pertama: Asy-Syafa’at Al-‘Uzma (yang terbesar), yang dikhususkan hanya bagi Nabi kita Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagai kelebihan beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam atas seluruh saudara-saudara beliau para Nabi dan Rasul –Shalawatullahu ‘alaihim ajma’in. Di mana beliau mendatangi Rabb Subhanahu wa Ta’ala agar segera memutuskan hisab-Nya.

Kedua dan Ketiga: Syafa’at Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam terhadap beberapa kaum yang mana kebaikan dan keburukan sama timbangannya, maka beliau memberikan bagi mereka syafa’at agar mereka masuk ke dalam Syurga, dan terhadap kaum lainnya yang telah diputuskan masuk ke dalam neraka, lalu mereka dengan syafa’at Nabi tersebut diselamatkan dari masuk ke dalam Neraka.

Keempat: Syafa’at Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk meninggikan darjat siapa saja yang telah masuk ke dalam Syurga melebihi dari apa yang sepatutnya diberikan untuknya berdasarkan pahala amal kebaikannya.

Kelima: Syafa’at bagi beberapa kaum agar masuk ke dalam Syurga tanpa adanya hisab (perhitungan).

Keenam: Syafa’at untuk mendapatkan keringanan azab bagi hamba yang telah wajar dan layak menerimanya. Sebagaimana syafa’at beliau bagi pak cik beliau Abu Thalib agar mendapatkan keringanan azab.

Ketujuh: Syafa’at beliau agar setiap orang-orang yang beriman dapat memasuki Syurga.

Kedelapan: Syafa’at beliau bagi para pelaku dosa besar dari kalangan umat beliau yang telah masuk ke dalam neraka di mana mereka akan diselamatkan keluar darinya.

Lihat Syarh Ath-Thahawiyah,m/s. 174-178. Ash-Shifat karya ‘Abdul Ghani Al-Maqdisi, m/s. 113-114 dengan tahqiq dari kami.

[9] Lihat Risalah kami tentang masalah ini yang berjudul “Ru’yatullah fii Al-Akhirah”.

[10] Firman Allah Ta’ala:

وَجَاءَ رَبُّكَ وَالْمَلَكُ صَفًّا صَفًّا

Dan datanglah Rabb-mu dan para Malaikat bershaf-shaf.” (Surah Al-Fajr, 89: 22)

[11] Lihat dalam Asy-Syari’ah,m/s. 382. dan As-Sunnah oleh Ibnu Abi ‘Ashim, m/s. 347.

[12] Allah ta’ala berfirman:

فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ (7) فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا (8) وَيَنْقَلِبُ إِلَى أَهْلِهِ مَسْرُورًا (9) وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ وَرَاءَ ظَهْرِهِ (10) فَسَوْفَ يَدْعُو ثُبُورًا (11) وَيَصْلَى سَعِيرًا

Adapun siapa yang didatangkan kitabnya dari kanannya, maka dia akan dihisab dengan hisab yang mudah, dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira. Adapun orang-orang yang diberikan kitabnya dari belakang punggungnya, maka dia akan berteriak: “Celakalah aku.” Dan dia akan dibakar ke dalam Neraka Sa’iir.” (Surah Al-Insyiqaaq, 84: 7-12)

[13] Berkata Al-Qurthubi dalam Al-Mufhim – sebagaimana perkataan Al-Qadhi ‘Iyadh pada sebahagian besarnya:

“Dan di antara yang wajib bagi setiap mukallaf untuk mengetahuinya dan membenarkannya, bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengkhususkan Nabi-Nya Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan telaga yang telah dijelaskan namanya, sifatnya, dan air minumannya pada hadis-hadis yang masyhur. Hadis-hadis tersebut diriwayatkan daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam oleh sekitar tiga puluh sahabat, di antaranya riwayat dua puluh sahabat terdapat dalam Ash-Shahihain (Al-Bukhari dan Muslim), manakala selebihnya pada selain riwayat Ash-Shahihain.

Permasalahan ini merupakan permasalahan yang telah sahih penukilannya dan terkenal periwayatannya. Selanjutnya, hadis tersebut diriwayatkan dari kalangan sahabat oleh generasi tabi’in, dengan jumlah semisal mereka. Serta generasi yang datang setelah mereka lebih banyak lagi, dan demikianlah seterusnya.

Telah sepakat dalam penetapan al-haudh para ulama as-salaf dan kalangan ahlus-sunnah yang datang terkemudian. Namun demikian al-haudh tersebut diingkari oleh sekelompok ahlul-bid’ah.”

Demikian juga turut disebutkan dalam Al-Fath, 11/467. Asy-Syari’ah m/s. 352. As-Sunnah oleh Ibnu Abi ‘Ashim, 1/307. Syarh Ath-Thahawiyah,m/s. 171. dan Al-Lawami’, 2/194.

[14] Telah sepakat kalangan ahlus-Sunnah bahawasanya al-iman adalah ucapan dan amal, boleh bertambah dan berkurang.

Lihat dalil-dalil dari pegangan aqidah ini dan bantahan bagi yang menyelisihinya dalam:

Al-I’tiqad karya Al-Baihaqi, m/s. 174. Syarh Ushul I’tiqad,4/830-851. Asy-Syari’ah, m/s. 111-119. As-Sunnah Ibnu Abi ‘Ashim, m/s.449. Syarh Ath-Thahawiyah,m/s. 277. Lawami’ Al-Anwar, 1/438. Al-Minhaj karya Al-Hulaimi, 1/55. Lum’atul I’tiqad, m/s. 27.

[15] Ketahuilah semoga Allah merahmatimu bahawa masalah takfir (pengkafiran) dan penolakan adanya takfir, perbahasannya pernah menyebabkan fitnah dan ujian yang sangat besar. Dan telah menyebabkan banyaknya perpecahan, masing-masing pengikut hawa nafsu dan pemikiran saling tercerai-berai, hingga sandaran mereka masing-masing saling bertentangan:

Satu kelompok mengatakan: Bahawa kita tidak boleh mengkafirkan seorangpun dari ahli kiblat (kaum muslimin) dan meniadakan adanya pengkafiran secara umum. Bersamaan dengan itu, mereka mengetahui bahawa dari kalangan ahlul kiblat terdapat kaum munafik.

Kelompok lainnya berpendapat: Kami akan mengkafirkan seorang muslim disebabkan dosa yang dia lakukan, ataupun bagi setiap dosa besar yang dia perbuat, dan kedua pendapat ini tentulah pendapat yang keliru.

Adapun Ahlus-Sunnah telah bersepakat bahawa pelaku dosa besar tidaklah dikafirkan dengan hukum kekafiran yang mengeluarkannya dari agama Islam (dengan sebab dosa tersebut) berbeza dengan pendapat kelompok Khawarij.

Lihat secara meluas penjelasan perkara ini dalam Syarh Ath-Thahawiyah,m/s. 316-325.

[16] Lihat penjelasan tentang azab kubur dan ujian dalam kubur di kitab: Al-I’tiqad karya Al-Baihaqi, m/s. 219. Asy-Syari’ah karya Al-Ajurri, m/s. 358. As-Sunnah karya Ibnu Abi ‘Ashim, m/s. 407. Syarh Ath-Thahawiyah,m/s. 345. dan Lawami’ Al-Anwar, 2/12.

Al-Imam Al-Baihaqi telah menulis sebuah kitab yang mengumpulkan dasar-dasar penetapan azab kubur. Beliau mengumpulkan dalil-dalil Al-Qur’an dan As-Sunnah. Kitab tersebut telah dicetak dengan judul “Itsbat ‘Adzab Qabr wa-Sual Al Malakain.” (Penetapan adanya azab kubur dan soal dua malaikat). Sila menyemak ke buku tersebut, kerana buku tersebut sangatlah penting.

[17] Berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Sebaik-baik generasi adalah generasiku, kemudian generasi setelahnya, kemudian yang setelahnya, lalu datanglah kaum yang mana sumpahnya lebih mendahului persaksiannya. Dan persaksian mereka mendahului sumpah mereka.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, 4/267, 276, 277. Ibnu Hibban, no. 6727. Al-Bazzar, no. 2767. Ibnu Abi ‘Ashim dalam As-Sunnah, no. 1477. Ath-Thahawi dalam Musykilul Atsar, 3/177. Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah, 2/78, 4/125 dari hadis An-Nu’man bin Basyir dengan sanad yang hasan. Lihat Majma’ Az-Zawa’id, 10/17.

Hadits tersebut diriwayatkan serupa dari hadits ‘Abdullah bin Mas’ud. Diriwayatkan oleh Muslim No.2533, Ahmad 1/434, Ibnu Hibban No. 7222, 7223, 7227, 7228 dan selain mereka.

Dan dari hadis ‘Imran bin Hushain, diriwayatkan oleh At-Tirmidzi, no. 2221. Ath-Thabrani, 18/585. Ibnu Hibban, no. 7229 dengan sanad yang sahih.

[18] Telah sepakat kalimat ulama kaum muslimin bahawasanya yang terkemuka dari seluruh sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah Abu Bakr kemudian Al-Faruq ‘Umar bin Al-Khaththab setelah Abu Bakr. Setelah itu Dzun-Nurain ‘Utsman bin ‘Affan, berikutnya adalah Amirul Mu’minin dan Imam Al-Muttaqin ‘Ali bin Abi Thalib –ridhwanullahi ‘alaihim ajma’in. Lihat dalam Sharih As-Sunnah,m/s. 38-39. Al-Fatawa, 421-428. Fathul Bari, 7/16. Syarh Ushul I’tiqad,7/1363-1372. dan Lawami’ Al-Anwar, 2/310.

[19] Imam Ahmad dalam Ushul As-Sunnah, m/s. 33 mengatakan:

Dan sesiapa yang merendahkan salah seorang dari para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam atau membencinya disebabkan kejadian yang telah dialaminya atau menyebutkan keburukan mereka, maka dia adalah seorang ahli bid’ah, sampailah dia mendoakan rahmat baginya, dan hatinya selamat terhadap diri sahabat tersebut.

Imam Al-Humaidi dalam Ushul As-Sunnah, m/s. 152 mengatakan:

Dan tidaklah kami diperintahkan melainkan memohonkan keampunan bagi mereka, sesiapa yang menghina atau membenci mereka atau salah seorang dari kalangan mereka maka tidaklah dia berada di atas sunnah, dan tidak berhak mendapatkan harta bahagian rampasan perang.” Lihat Syarh Ushul I’tiqad,7/1227-1270 dan perkataan muhaqqiqnya, 7/1238.

[20] Berkata Al-Imam Al-Auzaa’i:

“Sabarkanlah dirimu di atas Sunnah, dan berhentilah sebagaimana kaum Salaf berhenti. Katakan sebagaimana yang mereka katakan, dan hendaklah engkau menahan dirilah sebagaimana mereka menahan diri mereka, dan turutilah jalan para ulama As-Salaf Ash-Shalih, kerana mereka akan melapangkan untukmu segala yang telah dilapangkan bagi mereka.”

Diriwayatkan oleh Al-Laalikaa’i di dalam Syarh Ushul I’tiqad,1/154-155. Dan sanadnya hasan –insya Allah.

Lihat Kitab Ash-Shifat karya Al-Hafiz ‘Abdul Ghani Al-Maqdisi, m/s. 125-130 –dengan tahqiq dari kami.

Tatati Rasul Taat Allah

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest