Perbezaan Di Antara Ahlus Sunnah Dengan Jahmiyah Dalam Persoalan Tangan Allah

Al-Imam At-Tirmidzi rahimahullah (Wafat: 279)Sunan_At_Tirmidzi_Tahqiq_Ahmad_Syakir
www.ilmusunnah.com

Berkata Abu ‘Isa (At-Tirmidzi) setelah meriwayatkan hadis:

إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ

“Sesungguhnya Allah menerima sedekah dan mengambilnya dengan Tangan Kanan-Nya…” (Sunan At-Tirmidzi, no. 662)

Beliau berkata:

وَقَدْ قَالَ غَيْرُ وَاحِدٍ مِنْ أَهْلِ العِلْمِ فِي هَذَا الحَدِيثِ وَمَا يُشْبِهُ هَذَا مِنَ الرِّوَايَاتِ مِنَ الصِّفَاتِ: وَنُزُولِ الرَّبِّ تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا

“Bahawa bukan hanya seorang ahli ilmu yang telah mengeluarkan pendapat berkenaan hadis ini dan yang seumpama dengannya berkaitan hadis-hadis yang meriwayatkan tentang sifat-sifat (Allah) seperti turunnya Allah Tabaraka wa Ta’ala ke langit dunia di setiap malam.

قَالُوا: قَدْ تَثْبُتُ الرِّوَايَاتُ فِي هَذَا وَيُؤْمَنُ بِهَا وَلَا يُتَوَهَّمُ وَلَا يُقَالُ: كَيْفَ

Mereka menegaskan bahawa riwayat tersebut adalah jelas tsabit dan kami mengimaninya (meyakininya) tanpa membayangkan (yakni menggambarkan atau imagine) serta tanpa mempersoalkannya bagaimana.

هَكَذَا رُوِيَ عَنْ مَالِكٍ، وَسُفْيَانَ بْنِ عُيَيْنَةَ، وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ المُبَارَكِ أَنَّهُمْ قَالُوا فِي هَذِهِ الأَحَادِيثِ: أَمِرُّوهَا بِلَا كَيْف ، وَهَكَذَا قَوْلُ أَهْلِ العِلْمِ مِنْ أَهْلِ السُّنَّةِ وَالجَمَاعَةِ،

Diriwayatkan dari Malik, Sufyan Ibnu ‘Uyainah, dan ‘Abdullah Ibnul Mubarak, bahawa mereka mengatakan berkenaan hadis-hadis tersebut:

Tetapkanlah (yakni terimalah) hadis-hadis tersebut (sebagaimana datangnya) tanpa mempersoalkan atau menanyakan bagaimananya. Dan demikianlah pegangan ahli ilmu dari kalangan ahli sunnah wal jama’ah.

وَأَمَّا الجَهْمِيَّةُ فَأَنْكَرَتْ هَذِهِ الرِّوَايَاتِ وَقَالُوا: هَذَا تَشْبِيهٌ، وَقَدْ ذَكَرَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِي غَيْرِ مَوْضِعٍ مِنْ كِتَابهِ اليَدَ وَالسَّمْعَ وَالبَصَرَ، فَتَأَوَّلَتِ الجَهْمِيَّةُ هَذِهِ الآيَاتِ فَفَسَّرُوهَا عَلَى غَيْرِ مَا فَسَّرَ أَهْلُ العِلْمِ، وَقَالُوا: إِنَّ اللَّهَ لَمْ يَخْلُقْ آدَمَ بِيَدِهِ، وَقَالُوا: إِنَّ مَعْنَى اليَدِ هَاهُنَا القُوَّةُ

Tetapi, mereka dari kelompok Al-Jahmiyyah (yakni salah satu firqah sesat dalam bab ini – pent.), mereka mengingkari (yakni menolak) riwayat-riwayat ini. Mereka mendakwa, pemahaman seperti itu (yakni apa yang difahami oleh ahli sunnah) adalah termasuk Tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk). Ketika Allah Ta’ala menyebutkan di tempat yang lain di Kitab-Nya (Al-Qur’an), (misalnya) ketika menyebut tentang Al-Yadd (tangan), As-Sami’ (mendengar) dan Al-Bashar (melihat), kelompok Al-Jahmiyyah mentakwilkannya (yakni menyelewengkan) makna ayat-ayat ini dan mereka menafsirkannya tanpa mengikuti penjelasan para ahli ilmu. Dan mereka (Al-Jahmiyyah) mengatakan bahawa Allah tidak menciptakan Adam dengan tangan-Nya. Sebaliknya mereka (Al-Jahmiyyah) mengatakan bahawa makna tangan adalah al-quwwah (kekuatan).

وقَالَ إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ: ” إِنَّمَا يَكُونُ التَّشْبِيهُ إِذَا قَالَ: يَدٌ كَيَدٍ، أَوْ مِثْلُ يَدٍ، أَوْ سَمْعٌ كَسَمْعٍ، أَوْ مِثْلُ سَمْعٍ، فَإِذَا قَالَ: سَمْعٌ كَسَمْعٍ، أَوْ مِثْلُ سَمْعٍ، فَهَذَا التَّشْبِيهُ، وَأَمَّا إِذَا قَالَ كَمَا قَالَ اللَّهُ تَعَالَى يَدٌ، وَسَمْعٌ، وَبَصَرٌ وَلَا يَقُولُ كَيْفَ، وَلَا يَقُولُ مِثْلُ سَمْعٍ، وَلَا كَسَمْعٍ، فَهَذَا لَا يَكُونُ تَشْبِيهًا، وَهُوَ كَمَا قَالَ اللَّهُ تَعَالَى فِي كِتَابهِ: {لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ} [الشورى: 11]

Telah berkata Ishaq bin Ibrahim (Ibn Rahawayh), bahawasanya apa yang dimaksudkan dengan Tasybih (menyerupakan sifat Allah dengan sifat makhluk) itu adalah sekiranya seseorang mengatakan:

“Tangan Allah seperti tanganku atau seperti tangan ini, atau mendengar seperti pendengaranku atau seperti pendengaran ini.” Maka ini barulah dinamakan sebagai Tasybih (menyerupakan).

Namun jika seseorang mengatakan sebagaimana yang Allah Ta’ala katakan bahawa Allah ada tangan, maha mendengar, dan maha melihat, tanpa dinyatakan bagaimananya, tanpa mengatakan semisal pendengaran ini, dan tidak pula seperti aku mendengar, maka ini bukanlah Tasybih.

Dan ini adalah sebagaimana firman Allah Ta’ala di Kitab-Nya:

“Tidak ada sesuatu apa pun yang semisal dengan Dia, dan adalah Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah As-Syura, 42: 11).”

Sumber:

Sunan At-Tirmidzi, pada hadis no. 662. Turut dinukilkan oleh para ulama lainnya semisal Adz-Dzahabi di Al-‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghiffar, no. 518, dan Ath-Thabari dalam Tafsir, 6/20.

awan_biru

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest