Pergolakan di Mesir
Nasihat Syaikh Dr. Soleh bin Fawzan Al-Fawzan hafidzahullah
(Anggota Hai’ah Kibar Al-‘Ulama ‘Arab Saudi)

www.ilmusunnah.com

Beliau ditanya:

Semoga Allah menambah kebaikan buat Syaikh. Penanya bertanya, berkaitan konflik pergolakkan yang berlaku di Mesir sekarang ini sudah tentu tidak tersembunyi dari engkau (wahai syaikh), (dari itu) apa nasihat Syaikh kepada kaum muslimin secara umum, dan kepada para penuntut ilmu secara khusus di Mesir?

Jawaban Syaikh:

Konflik yang sedang berlaku ini adalah fitnah (sebuah huru-hara yang penuh kesamaran). Seorang muslim sepatutnya menjauhi fitnah. Tidak bercakap melainkan perkataan yang padanya ada kebaikan untuk semua. Iaitu sesuatu yang dapat memadamkan fitnah, melindungi kaum muslimin dari keburukan. Jika dia tidak mampu mendamaikan dua pihak yang saling bertelagah, maka hendaklah dia menghindari dari fitnah. Namun pintu doa tetap terbuka. Hendaklah dia mendoakan untuk kaum muslimin di semua tempat. Doakan kaum muslimin Mesir dan yang lainnya. Semoga Allah memberikan pertolongan untuk mereka.

Sumber: http://youtu.be/Vt7_IMPfHPM

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest