Sebahagian Dari Bid’ah-bid’ah Kaum Sufi

Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H)
www.ilmusunnah.com

ومما أحدث من العلوم الكلام في العلوم الباطنة من المعارف وأعمال القلوب وتوابع ذلك بمجرد الرأي والذوق أو الكشف وفيه خطر عظيم: وقد أنكره أعيان الأئمة كالإمام أحمد وغيره: وكان أبو سليمان يقول أنه لتَمُرُّ بي النكتةُ من نُكَتِ القوم فلا أقبلها إلا بشاهدين عدلين الكتاب والسنة.

“Termasuk perkara baru (yakni bid’ah) yang diada-adakan dari ilmu kalam adalah perbahasan tentang bodohnya orang yang berdoa kepada kuburanilmu kebatinan, ilmu ma’rifat, perasaan hati dan selainnya dengan semata-mata menggunakan ra’yi (pendapat akal), rasa-rasa (perasaan), dan kasyaf (mengakui konon ilmu ghaib disingkap padanya). Dan ini adalah bahaya yang besar, serta telah diingkari oleh para ulama terkemuka semisal Imam Ahmad rahimahullah dan selainnya.

Bahawa Abu Sulaiman rahimahullah menegaskan, “Sesungguhnya telah sampai kepadaku cerita yang lucu dari cerita suatu kaum, maka aku tidak menerimanya kecuali dengan dua saksi yang adil iaitu Al-Qur’an dan As-Sunnah.”

وقال الجنيد علمنا هذا مقيد بالكتاب والسنة من لم يقرأ القرآن ويكتب الحديث لا يقتدى به في علمنا هذا

Berkata Al-Junayd (bin Muhammad):

“Ilmu kita ini diikat (atau dibatasi) dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah, sesiapa yang tidak membaca Al-Qur’an dan tidak menulis (atau mencatat) hadis-hadis Nabi, maka dia tidaklah dapat diikuti (sebagai rujukan) pada ilmu kita ini.”

وقد اتسع الخرق في هذا الباب ودخل فيه قوم إلى أنواع الزندقة والنفاق ودعوى أن أولياء اللَه أفضل من الأنبياء أو أنهم مستغنون عنهم وإلى التنقص بما جاءت به الرسل من الشرائع: وإلى دعوى الحلول والاتحاد أو القول بوحدة الوجود. وغير ذلك من أصول الكفر والفسوق والعصيان كدعوى الإباحة وحل محظورات الشرائع. وأدخلوا في هذا الطريق أشياء كثيرة ليست من الدين في شيء.

“Sungguh permasalahan (sufi) ini bertambah rumit (tidak terkawal), telah masuk padanya kaum menjadi beberapa bentuk, para zindiq, munafiq, dan mereka menyakini bahawa wali-wali Allah lebih utama berbanding para nabi, atau sampai mereka ini beranggapan tidak lagi perlu kepada para nabi di mana mereka merendahkan syari’at-syari’at yang dibawa oleh para Rasul, bahkan ada dari mereka yang mendakwa adanya khulul dan ittihad (yakni menyakini bahawa Allah ‘Azza wa Jalla menjelma dan menyatu pada makhluk-makhluk-Nya – pent.), atau menyatakan adanya wihdatul wujud (yakni menyakini bahawa tidaklah sesuatu yang wujud ini atau yang kita lihat ini melainkan ianya adalah Allah atau sebahagian dari Allah) dan selain dari itu yang merupakan dasar-dasar kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan, seperti membolehkan dan menghalalkan sesuatu yang dilarang oleh syari’at. Dengan cara inilah mereka memasukkan segala sesuatu dari ajaran-ajaran yang sama sekali bukan dari agama sedikitpun.”

فبعضها زعموا أنه يحصل به ترقيق القلوب كالغناء والرقص. وبعضها زعموا أنه يراد لرياضة النفوس لعشق الصور المحرمة ونظرها. وبعضها زعموا أنه لكسر النفوس والتواضع كشهرة اللباس وغير ذلك مما لم تأت به الشريعة.

“Sebahagian mereka menyangka bahawa nyanyian dan tarian dapat melunakkan hati. Sebahagian yang lain dari mereka pula menganggap bahawa menatap gambar-gambar yang diharamkan dipandang sebagai riyadhah bagi jiwa. Ada pula dari mereka yang menganggap merendahkan hati dan sikap tawadhu’ (dapat dicapai) dengan mengenakan pakaian syuhrah dan selainnya yang sama sekali tidak ada dalam syari’at.”

وبعضه يصد عن ذكر اللَه وعن الصلاة كالغناء والنظر إلى المحرم. وشابهوا بذلك الذين اتخذوا دينهم لهواً ولعباً.

“Sebahagian yang lainnya menghalangi dzikir kepada Allah dan solat, di mana mereka melakukan nyanyian dan melihat kepada yang haram. Mereka menyerupai orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau.”

فالعلم النافع من هذه العلوم كلها ضبط نصوص الكتاب والسنة وفهم معانيها والتقيد في ذلك بالمأثور عن الصحابة والتابعين وتابعيهم في معاني القرآن والحديث. وفيما ورد عنهم من الكلام في مسائل الحلال والحرام. والزهد. والرقائق. والمعارف. وغير ذلك والاجتهاد على تمييز صحيحه من سقيمه أولا. ثم الاجتهاد على الوقوف في معانيه وتفهمه ثانياً. وفي ذلك كفاية لمن عقل. وشغل لمن بالعلم النافع عني واشتغل.

“Maka ilmu yang bermanfaat dari seluruh ilmu ini (yakni yang telah beliau sebutkan sebahagian bentuknya di risalah beliau ini – pent.) adalah meneliti teks-teks al-Qur’an dan as-Sunnah, memahami makna-maknanya dan mengikat diri dalam (memahami) sumber tersebut berdasarkan apa yang diriwayatkan dari para sahabat, tabi’in, dan orang-orang yang mengikuti mereka dalam mengambil makna al-Qur’an dan hadis. Dan pada apa-apa yang datang dari mereka dari ucapan-ucapan mereka tentang permasalahan halal, haram, zuhud, ar-raqaa’iq (melembutkan hati), ilmu pengetahuan, dan yang selainnya. Berikutnya, dia berusaha untuk membezakan antara yang sahih dengan yang tidak sahih sebagai langkah pertama, kemudian berusaha untuk memahaminya sebagai langkah keduanya.

Dan sudah tentu, perkara (atau urusan) tersebut sudah cukup berat lagi menyibukkan bagi orang yang berakal dan bagi sesiapa yang memfokuskan dirinya terhadap ilmu yang bermanfaat!”

Dipetik dari Fadhlu Ilmis Salaf ‘ala ‘ilmil Kholaf karya Al-Hafiz Ibnu Rajab rahimahullah.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest