Siapa Yang Tidak Menyukai Sunnahku, Maka Dia Bukan Dari-ku

www.ilmusunnah.com

Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu menceritakan:

جَاءَ ثَلاَثَةُ رَهْطٍ إِلَى بُيُوتِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَسْأَلُونَ عَنْ عِبَادَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَمَّا أُخْبِرُوا كَأَنَّهُمْ تَقَالُّوهَا، فَقَالُوا: وَأَيْنَ نَحْنُ مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَدْ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ، قَالَ أَحَدُهُمْ: أَمَّا أَنَا فَإِنِّي أُصَلِّي اللَّيْلَ أَبَدًا، وَقَالَ آخَرُ: أَنَا أَصُومُ الدَّهْرَ وَلاَ أُفْطِرُ، وَقَالَ آخَرُ: أَنَا أَعْتَزِلُ النِّسَاءَ فَلاَ أَتَزَوَّجُ أَبَدًا، فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْهِمْ، فَقَالَ: «أَنْتُمُ الَّذِينَ قُلْتُمْ كَذَا وَكَذَا، أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ، لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ، وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ، وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ، فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي

“Ada tiga orang (dari sahabat-sahabat Nabi) datang ke rumah isteri-isteri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, mereka bertanyakan tentang ibadahnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Maka apabila dikhabarkan kepada mereka tentang hal tersebut, mereka pun merasakan yang ibadah mereka terlalu sedikit berbanding ibadah Nabi. Lalu mereka pun mengatakan:

“Apalah jika dibandingkan kita dengan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Sesungguhnya beliau telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan juga akan datang?”

Maka berkatalah salah seorang daripada mereka, “Adapun aku, benar-benar aku akan solat malam selamanya.

Kemudian berkata yang lain, “Aku pula akan berpuasa Ad-Dahr dan tidak akan berbuka (yakni berpuasa setiap hari sepanjang tahun).”

Dan berkata yang seorang lagi, “Aku pula akan menjauhi wnaita dan tidak akan bernikah selama-lamanya.”

Lalu kemudian datanglah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada mereka, maka beliau bersabda:

“Kalian telah berkata demikian dan demkian…, sesungguhnya demi Allah, aku adalah orang yang paling takut kepada Allah di antara kalian, dan juga paling bertaqwa. Aku berpuasa dan aku juga berbuka (yakni ada hari yang beliau berpuasa dan ada hari yang beliau berbuka), aku solat malam dan aku juga tidur, dan aku sendiri menikahi wanita. Maka sesiapa yang tidak menyukai (berpaling dari) sunnahku, maka dia bukanlah dari golonganku.”.” (Shahih Al-Bukhari, no. 5063. Muslim, no. 1401)

Di riwayat Muslim terdapat tambahan lafaz:

وَقَالَ بَعْضُهُمْ: لَا آكُلُ اللَّحْمَ، وَقَالَ بَعْضُهُمْ: لَا أَنَامُ عَلَى فِرَاشٍ

“Berkata sebahagian mereka, “Aku tidak akan makan daging…” sebahagian yang lain pula berkata, “Aku tidak akan tidur di atas katil/tilam.”

Penjelasan hadis,

Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) menjelaskan:

فمن رغب عن سنتي فليس مني المراد بالسنة الطريقة لا التي تقابل الفرض والرغبة عن الشيء الأعراض عنه إلى غيره والمراد من ترك طريقتي وأخذ بطريقة غيري فليس مني ولمح بذلك إلى طريق الرهبانية فإنهم الذين ابتدعوا التشديد كما وصفهم الله تعالى وقد عابهم بأنهم ما وفوه بما التمزموه وطريقة النبي صلى الله عليه و سلم الحنيفية السمحة فيفطر ليتقوى على الصوم وينام ليتقوى على القيام ويتزوج لكسر الشهوة واعفاف النفس وتكثير النسل

“(Hadis Nabi) “Maka siapa yang tidak menyukai (berpaling dari) sunnahku, maka dia bukanlah dari golonganku.”

Yang dimaksudkan dengan As-Sunnah adalah Ath-Thariiqah (jalan hidup, cara beragama), bukan sunnah lawan kepada yang fardhu. Manakala Ar-Raghibah ‘an syai’i (berpaling dari sesuatu…), adalah berpaling dari suatu perkara kepada yang selainnya.

Maka maksudnya (di sini), “Siapa yang meninggalkan jalan-ku (jalan Nabi), seraya mengambil jalan yang lain, maka dia bukan dari (golongan)-ku.” (dengan perkataan ini) Nabi mengisyaratkan (menyindir) kepada jalan kerahiban, kerana mereka adalah orang-orang yang melampau dalam mengada-adakan sesuatu (dalam rangka untuk beribadah), sebagaimana yang telah Allah Ta’ala sifatkan bagi mereka. Dan mereka dicela dengan sebab apa yang telah mereka lakukan, mereka tidak merasa cukup dan tidak komitmen dengan apa-apa yang telah ditetapkan untuk mereka.

Adapun jalan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah jalan yang haniif, lembut lagi sederhana. Maka (dengan sebab itu, sebagaimana disebutkan dalam hadis), Nabi berbuka (yakni selang-selang hari dalam berpuasa; berbuka sehari, dan berpuasa sehari) agar dapat membina kekuatan tubuh untuk berpuasa pada keesokannya, beliau tidur agar memiliki kekuatan untuk qiyam (bangun dan solat di malam hari), dan beliau menikah agar dapat meredakan syahwat, menjaga kehormatan diri, serta memperbanyakkan keturunan.

وقوله فليس مني أن كانت الرغبة بضرب من التأويل يعذر صاحبه فيه فمعنى فليس مني أي على طريقتي ولا يلزم أن يخرج عن الملة وأن كان اعراضا وتنطعا يفضي إلى اعتقاد ارجحية عمله فمعنى فليس مني ليس على ملتي لأن اعتقاد ذلك نوع من الكفر

(Sabda Nabi) “Bukan dari kalangan/golongan-ku…”, jika makna “الرغبة” di sini ditakwilkan dengan sebab uzur pelakunya (jahil, tersilap, atau semisal), maka makna “bukan dari kalangan/golongan-ku..” adalah tidak berada di atas jalan-ku, dan tidak melazimkan pelakunya langsung terkeluar dari millah (agama).

Adapun jika berpaling dan melampau sehingga menjadi sebab melebihkan amalnya (yang menyelisihi sunnah tersebut), maka makna “bukan dari kalangan/golongan-ku..” di sini adalah bukan di atas millah (agama)-ku, kerana bentuk i’tiqad sedemikian adalah sebahagian dari kekufuran.

وفي الحديث دلالة على فضل النكاح والترغيب فيه وفيه تتبع أحوال الأكابر للتاسي بافعالهم وأنه إذا تعذرت معرفته من الرجال جاز استكشافه من النساء وأن من عزم على عمل بر واحتاج إلى اظهاره حيث يأمن الرياء لم يكن ذلك ممنوعا وفيه تقديم الحمد والثناء على الله عند الفاء مسائل العلم وبيان الأحكام للمكلفين وإزالة الشبهة عن المجتهدين وأن المباحات قد تنقلب بالقصد إلى الكراهة والاستحباب

Pada hadis ini terkandung petunjuk/dalil pada beberapa keutamaan (antaranya),

1, Keutamaan nikah dan anjuran supaya menikah.

2, Memerhati dan meneliti keadaan serta amalan tokoh-tokoh besar (dalam agama) agar dapat diteladani. Jika tidak dapat diketahui melalui kaum lelaki, maka boleh diketahui melalui isterinya.

3, Bahawa siapa yang berazam dan bertekad untuk melakukan suatu kebaikan, lalu merasa perlu untuk menzahirkannya (dalam rangka mendidik dan sebagai pelajaran), selagi mana tidak ada unsur riya’ padanya, maka melakukannya tidaklah terlarang.

4, Padanya terkandung adab dalam menyampaikan sesuatu pelajaran, ketika membahas suatu permasalahan ilmu, ketika menjelaskan hukum-hakam bagi golongan mukallaf dan untuk melucutkan (menghilangkan) syubhat dari kalangan orang-orang yang bersemangat (dalam ibadah); yakni dengan mendahulukan puji-pujian dan sanjungan kepada Allah.

5, Dan hal-hal yang bersifat mubah (halal) boleh berubah keadaannya dengan sebab tujuan/niat pelakunya, sama ada menjadi makruh (dibenci/terlarang), atau menjadi mustahab (disukai/dianjurkan).

وقال الطبري فيه الرد على من منع استعمال الحلال من الأطعمة والملابس وآثر غليظ الثياب وخشن المأكل قال عياض هذا مما اختلف فيه السلف فمنهم من نجا إلى ما قال الطبري ومنهم من عكس واحتج بقوله تعالى أذهبتم طيباتكم في حياتكم الدنيا قال والحق أن هذه الآية في الكفار وقد أخذ النبي صلى الله عليه و سلم بالأمرين

Dan telah berkata Ath-Thabari, “Pada hadis ini terkandung bantahan terhadap mereka yang melarang dari menggunakan sarana (atau hal-hal) yang dihalalkan sama ada dari jenis makanan atau pakaian, dengan lebih mendahulukan pakaian-pakaian yang tebal (yang rendah kualitinya), atau makanan-makanan yang kasar (yang kurang bermutu dan baik).”

Dan telah berkata ‘Iyadh, “Ini termasuk dalam perkara yang diperselisihkan oleh para salaf, sebahagian mereka ada yang sependapat dengan apa yang disebutkan oleh Ath-Thabari, manakala sebahagian lagi dari mereka ada yang bersikap sebaliknya dengan berdalilkan firman Allah Ta’ala (Surah Al-Ahqaaf, 46: 20):

“Kalian telah menghabiskan rezeki kalian dalam kehidupan dunia kalian (semata-mata)…”

Kata ‘Iyadh, “(Akan tetapi) yang benar, bahawa ayat ini adalah terkait orang-orang kafir, sedang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri telah menempuh kedua-dua sikap sekaligus (bergantung pada keadaan dan tempatnya).”

قلت لا يدل ذلك لأحد الفريقين أن كان المراد المداومة على إحدى الصفتين والحق أن ملازمة استعمال الطيبات تفضي إلى الترفه والبطر ولا يأمن من الوقوع في الشبهات لأن من اعتاد ذلك قد لا يجده أحيانا فلا يستطيع الانتقال عنه فيقع في المحظور كما أن منع تناول ذلك أحيانا يفضي الى التنطع المنهي عنه ويرد عليه صريح قوله تعالى قل من حرم زينة الله التي أخرج لعباده والطيبات من الرزق

Aku katakan, dalil-dalil tersebut tidak menunjukkan demikian pada salah satu dari dua kelompok tersebut, yakni jika yang dimaksudkan berlangsung secara mudawamah (terus-menerus) pada salah satu sifat dari dua sifat tersebut.

Dan adapun yang haq (benar), adalah melazimi dengan mengambil hanya yang terbaik (pada perkara dunia) akan mendorong kepada sikap bermewah-mewah dan kurang bersyukur (meremehkan yang selainnya). Dan mereka yang terbiasa dalam kehidupan dunia yang baik-baik, selesa, dan aman, seandainya sampai waktu kejatuhannya ketika dia kehilangan hal tersebut, boleh jadi dia akan terjerumus ke dalam hal-hal yang syubhat dan tidak mampu berhadapan dengan kepayahan. Keadaan ini boleh mendorongnya untuk melakukan hal-hal yang terlarang.

Demikian pula dengan perbuatan melarang dari menikmati kesenangan, kemudahan, dan kebaikan-kebaikan dalam urusan kehidupan, ia boleh mendorong kepada sikap berlebih-lebihan yang terlarang, di mana sikap ini ditegah secara jelas dalam firman Allah Ta’ala (Surah Al-A’raaf, 7: 32):

“Katakanlah: “Siapakah yang teah mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk para hamba-Nya? Dan Siapakah pula yang telah mengharamkan rezeki yang baik-baik?”

كما أن الأخذ بالتشديد في العبادة يفضي إلى الملل القاطع لاصلها وملازمة الاقتصار على الفرائض مثلا وترك التنفل يفضي إلى إيثار البطالة وعدم النشاط إلى العبادة وخير الأمور الوسط

Demikian pula mengambil sikap tasyaddid (keras dan berlebih-lebihan) dalam ibadah, ianya akan membawa pelakunya kepada jemu dan letih sehingga menjadi sebab pelakunya meninggalkannya. Demikian pula dengan perbuatan melazimi ibadah hanya pada yang fardhu (yang wajib-wajib saja), seperti meninggalkan nawafil (sunnah-sunnah yang mengiringinya), ianya akan mendorong pelakunya kepada sikap bermalas-malasan, tidak prihatin, dan lemah dalam beribadah.

Adapun yang terbaik, adalah bersikap pertengahan (tidak melampau, dan tidak pula meremehkannya).”

Sekian nukilan.

Dinukil dari kitab Fath Al-Bari Syarh Shahih Al-Bukhari oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani, 9/105-106.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest