Tanda Dekatnya Kiamat: Berleluasanya Riba

Dr. Yusuf bin ‘Abdillah bin Yusuf Al-Wabil
Asyraathus Saa’ah
www.ilmusunnah.com

Dan di antara tanda-tanda Kiamat adalah terzahirnya riba (secara berleluasa), dan ia menyebar di tengah-tengah manusia, dan hilangnya kepedulian memakan sesuatu yang haram. Dijelaskan dalam hadis Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahawa beliau bersabda:

بينَ يدَيِ السّاعةِ يظهرُ الرِّبا

“Menjelang hari Kiamat riba akan tampak zahir (berleluasa).” (Ath-Thabrani, Mu’jam Al-Awsath, no. 7695)

Dijelaskan dalam Ash-Shahih dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ، لاَ يُبَالِي المَرْءُ بِمَا أَخَذَ المَالَ، أَمِنْ حَلاَلٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ

“Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana seseorang tidak peduli terhadap harta yang dia perolehi itu adakah dari yang halal ataupun dari yang haram.” (Shahih Al-Bukhari, no. 2083)

Hadis-hadis ini selari dengan keadaan kebanyakan kaum muslimin pada zaman ini. Anda akan dapati mereka tidak mencukupkan diri dengan yang halal dalam pekerjaannya, bahkan mereka mengumpulkan harta dari yang halal dan yang haram. Sebahagian besar perkara tersebut terjadi dengan masuknya riba ke dalam mu’amalah di kalangan sesama manusia. Telah banyak tersebar bank-bank yang melakukan transaksi riba dan banyak manusia yang terjerumus ke dalam bencana besar ini.

Di antara kefaqihan Imam Al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H) bahawa beliau meletakkan hadis Abu Hurairah tersebut dalam bab firman Allah Ta’ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا الرِّبَا أَضْعَافًا مُضَاعَفَةً

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah engkau memakan riba dengan berlipat ganda…” (Ali ‘Imran, 3: 130)

Itu adalah bagi menjelaskan bahawa memakan riba yang berlipat-ganda terjadi dengan memperluas dan mempermudahkan pintu urusannya, iaitu ketika manusia tidak lagi peduli dengan pelbagai laluan (sarana) pengumpulan harta dan tidak ada lagi sikap membezakan antara yang halal dengan yang haram.

Dari buku, Asyraathus Saa’ah, m/s. 140-141  – Daar Ibnul Jauzi (1411H).

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest