Apa Yang Diucapkan Tatkala Seseorang Datang Mengungkapkan Rasa Cinta Kerana Allah

www.ilmusunnah.com

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

أَنَّ رَجُلًا كَانَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَمَرَّ بِهِ رَجُلٌ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنِّي لَأُحِبُّ هَذَا، فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَعْلَمْتَهُ؟» قَالَ: لَا، قَالَ: «أَعْلِمْهُ» قَالَ: فَلَحِقَهُ، فَقَالَ: إِنِّي أُحِبُّكَ فِي اللَّهِ، فَقَالَ: أَحَبَّكَ الَّذِي أَحْبَبْتَنِي لَهُ

“Bahawa ada seorang lelaki di sisi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, kemudian ada seorang lelaki yang lain berjalan melintasi mereka, lalu lelaki di sisi Nabi tersebut berkata (kepada Nabi):

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mencintai orang ini.”

Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun bertanya, “Adakah engkau telah mengungkapkannya kepada orang tersebut?”

Beliau jawab, “Belum.” Maka Nabi pun bersabda, “Beritahulah kepadanya.”cintai_orang_yang_menegur_kesalahan

Lalu langsung beliau pun menyusul lelaki yang melintasi mereka tadi seraya mengucapkan padanya, “Sungguh, aku mencintai engkau kerana Allah.”

Maka orang tersebut pun menjawab, “Semoga engkau juga dicintai oleh Dzat yang mana engkau mencintai aku kerana-Nya.”.” (Sunan Abi Dawud, no. 5125)

Kata Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah:

وأن من أسباب المحبة أن يفشي الإنسان السلام بين إخوانه أي يظهره ويعلنه ويسلم على من لقيه من المؤمنين سواء عرفه أو لم يعرفه فإن هذا من أسباب المحبة ولذلك إذا مر بك رجل وسلم عليك أحببته وإذا أعرض كرهته ولو كان أقرب الناس إليك فالذي يجب على الإنسان أن يسعى لكل سبب يوجب المودة والمحبة بين المسلمين لأنه ليس من المعقول ولا من العادة أن يتعاون الإنسان مع شخص لا يحبه ولا يمكن التعاون على الخير والتعاون على البر والتقوى إلا بالمحبة ولهذا كانت المحبة في الله من كمال الإيمان وفي حديث معاذ رضي الله عنه إخبار النبي صلى الله عليه وسلم أنه يحبه وقوله لأنس لما قال له إني أحب هذا الرجل قال له أأعلمته فدل هذا على أنه من السنة إذا أحببت شخصا أن تقول إني أحبك وذلك لما في هذه الكلمة من إلقاء المحبة في قلبه لأن الإنسان إذا علم أنك تحبه أحبك مع أن القلوب لها تعارف وتآلف وإن لم تنطق الألسن … لكن إذا قال الإنسان بلسانه فإن هذا يزيده محبة في القلب فتقول إني أحبك في الله

“Di antara sebab-sebab berseminya kecintaan adalah dengan menyebarkan salam kepada sesama saudaranya seislam, iaitu dengan mengungkapkannya secara terang-terangan, menyampaikan salam kepada setiap orang mukmin yang dia temui, sama ada kenal ataupun tidak. Inilah sebab-sebab kecintaan.

Oleh kerana itu, jika ada seseorang yang lalu, lalu dia mengucapkan salam kepadamu, maka engkau pun akan merasa senang kepadaya, dan jika dia bersikap buat tidak tahu saja, engkau pun pasti tidak akan punya rasa suka padanya, walaupun dia merupakan kerabat dekatmu sendiri.

Setiap orang yang saling mencintai seharusnya berusaha menyemai benih-benih yang menyebabkan berseminya kecintaan di antara sesama mukmin, kerana tidak mungkin seseorang dapat bekerja-sama dengan orang yang tidak dia cintai. Tidak mungkin dia bekerja-sama dalam kebaikan dan ketaqwaan kalau tidak ada rasa saling mencinta. Oleh kerana itu, kecintaan kerana Allah adalah merupakan ciri kesempurnaan iman seseorang.

Dalam hadis Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengungkapkan bahawa beliau mencintainya. Kemudian sebagaimana dalam hadis Anas, ketika seorang lelaki mengatakan, “Aku mencintai orang itu.” Nabi pun berkata kepadanya, “Adakah engkau telah mengungkapkannya?”

Ini menunjukkan bahawa disunnahkan jika engkau mencintai seseorang kerana Allah, maka engkau pun mengatakan padanya, “Aku mencintai engkau kerana Allah.” Kerana ungkapan ini mampu membangkitkan kecintaan yang bersemi di dalam hati. Kerana, jika seseorang mengetahui kalau engkau mencintainya, maka pasti dia pun akan mencintai engkau. Kerana hati ini selalu terikat walaupun tidak terungkapkan oleh kata-kata.

Ketika seseorang mengugkapkan rasa cintanya dengan ungkapan kata-kata, maka ia pun akan menambah kecintaan di dalam hatinya.” (Syarh Riyadhish Shalihin, bab 46: hadis no. 385)

Syaikh Salim bin ‘Ied Al-Hilali berkata:

“Dianjurkan bagi seseorang untuk mendatangi saudaranya dengan maksud memberi tahu bahawa dia mencintainya. Yakni disunnahkan mendatangi rumahnya. Ini berdasarkan pada hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagaimana dalam Kitab Az-Zuhd oleh Ibnu Al-Mubarak dan Kitab Al-Jami’ oleh Ibnu Wahab dengan sanad yang sahih:

إِذَا أَحَبَّ أَحَدُكُمْ صَاحِبَهُ فَلْيَأْتِهِ فِي مَنْزِلِهِ فَلْيُخْبِرْهُ أَنَّهُ يُحِبُّهُ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

“Jika salah seorang di antara kalian mencintai sahabatnya, maka hendaklah dia mendatanginya rumahnya, lalu khabarkan padanya bahawa dia mencintainya kerana Allah ‘Azza wa Jalla.”

Bagi orang yang dikhabarkan oleh seorang mukmin bahawa dia mencintainya, maka hendaklah dia pun memberitahukan kepadanya bahawa dirinya juga demikian seraya mendoakan untuknya dengan ucapan (doa):

“Semoga engkau juga dicintai oleh Dzat yang mana engkau mencintai aku kerana-Nya.”

Pertemuan yang sesuai dan diikat dengan sebab kerana Allah akan dapat menambah keeratan hubungan antara sesama muslim.” (Bahjatun Nazhirin Syarh Riyadhis Shalinin, bab 46: hadis no. 385)

Wallaahu a’lam.

Syarah_Riyadhus_Shalihin_Syaikh_Salim_1

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest