Ucapan Terima Kasih Cara Sunnah

www.ilmusunnah.com

Dari hadis Usamah bin Zayd radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:ucapan yang baik

مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ: جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ

“Siapa yang diberikan (atau diperlakukan) dengan suatu kebaikan lalu dia mengatakan kepada pelakunya:

Jazaakallaahu khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh dia telah menyatakan sebuah penghargaan.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2035. Shahih Ibn Hibban, no. 3413)

Hadis seumpama turut diriwayatkan dari Abu Hurairah Usamah bin Zayd radhiyallahu ‘anhu. (lihat: Sunan At-Tirmidzi, no. 2035. Syarh As-Sunnah oleh Al-Baghawi, no. 2035. Mushannaf oleh ‘Abdurrazzaq, no. 3118)

Dari hadis Thalhah bin ‘Ubaidillah bin Kariiz, ‘Umar radhiyallahu ‘anhu pernah berkata:

لَوْ يَعْلَمُ أَحَدُكُمْ مَا لَهُ فِي قَوْلِهِ لِأَخِيهِ: جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا، لَأَكْثَرَ مِنْهَا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ

“Kalaulah salah seorang di antara kalian mengetahui apa yang diperolehinya dengan ucapannya kepada saudaranya, (berupa ucapan) “Jazakallaahu khairan…”, nescaya dia akan memperbanyakkan ucapan tersebut di antara mereka terhadap satu sama lain.” (Mushannaf oleh Ibn Abi Syaibah, no. 26519)

Dan ucapan ini turut diamalkan oleh sejumlah sahabat berdasarkan riwayat yang sahih. (lihat: Musnad Ahmad, 24299, 26312. Shahih Al-Bukhari, no. 336. Muslim, no. 367)

Kata Asy-Syaikh Faishal bin ‘Abdul ‘Aziz Al-Mubarak rahimahullah:

مشروعية الدعاء لمن فعل المعروف حسِّيًّا أو معنويًّ

“Disyari’atkan mendoakan kebaikan untuk orang yang telah berbuat kebaikan sama ada dalam bentuk fizikal atau secara makna.” (Tathrizu Riyadhish Shalihin, m/s. 819)

Bagi mereka yang menerima ucapan “jazakallaahu khairan” (atau semakna), maka disunnahkan untuk membalasnya dengan ucapan yang sama, semisal, atau lebih baik lagi. Antaranya sebagaimana dalam hadis Anas bin Malik dan Usaid bin Hudhair, dan juga berdasarkan hadis Abu Murrah dari Ummu Haani’. (lihat: Sunan Al-Kubra oleh An-Nasaa’i, no. 8287. Shahih Ibn Hibban, no. 7277. Al-Adabul Mufrad oleh Al-Bukhari, no. 14)

Wallaahu a’lam.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest