Ucapkanlah InsyaAllah, Tetapi Bagaimana Jika Lupa?

www.ilmusunnah.com

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:ucapkan insyaAllah

وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَدًا (23) إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا (24)

“Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu, “Sesungguhnya aku akan melakukan itu esok pagi.”, kecuali (dengan menyebut), “Insya Allah.” (jika Allah berkehendak).

Dan zikirlah (ingatlah) kepada Rabb-mu jika engkau lupa, dan katakanlah, “Mudah-mudahan Rabb-ku akan memberikan petunjuk yang lebih dekat kebenarannya daripada ini.”.” (Surah Al-Kahfi, 18: 23-24)

Penjelasan dari Tafsir Al-Qur’an Al-Azhim

Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) berkata:

هذا إرشاد من الله لرسوله الله صلوات الله وسلامه عليه، إلى الأدب فيما إذا عزم على شيء ليفعله في المستقبل، أن يرد ذلك إلى مشيئة الله، عز وجل، علام الغيوب، الذي يعلم ما كان وما يكون، وما لم يكن لو كان كيف كان يكون

“Ini adalah petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada Rasul-Nya tentang adab bilamana hendak melakukan sesuatu yang telah di-azamkannya di masa mendatang, yakni hendaklah dia mengembalikan hal tersebut kepada masyi’ah (kehendak) Allah ‘Azza wa Jalla yang maha mengetahui hal-hal yang ghaib, maha mengetahui apa-apa yang tidak akan terjadi dan apa-apa yang akan terjadi, dan maha mengetahui apa-apa yang tidak akan terjadi bagaimana keadaannya seandainya ia terjadi, yakni bagaimana akibatnya jika hal yang tidak akan terjadi itu terjadi.”

كما ثبت في الصحيحين عن أبي هريرة، رضي الله عنه، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه [قال] قال سليمان بن داود عليهما السلام: لأطوفن الليلة على سبعين امرأة -وفي رواية تسعين امرأة. وفي رواية: مائة امرأة-تلد كل امرأة منهن غلامًا يقاتل في سبيل الله، فقيل له -وفي رواية: فقال له الملك-قل: إن شاء الله. فلم يقل فطاف بهن فلم يلد منهن إلا امرأة واحدة نصف إنسان

“Sebagaimana yang telah tsabit dalam Ash-Shahihain (dua Kitab Shahih) dari hadis Abu Hurairah, dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahawa beliau bersabda:

“Sulaiman bin Dawud ‘alaihumas Salam pernah mengatakan, “Benar-benar aku akan menggilir kesemua tujuh puluh orang isteriku malam ini.” Di riwayat yang lain disebutkan sembilan puluh orang isteri, dan di riwayat yang lain lagi disebutkan seratus orang isteri.

Yakni – Dengan tujuan agar masing-masing setiap isterinya akan melahirkan seorang anak lelaki yang kelak akan berperang di jalan Allah. Maka dikatakan kepada Sulaiman, di suatu riwayat malaikat berkata kepadanya “Ucapkanlah Insya Allah…” Akan tetapi Sulaiman tidak mengucapkannya.

Lalu Sulaiman pun menggilir mereka dan ternyata tidak ada seorang pun yang mengandung dari mereka melainkan hanya seorang isteri yang melahirkan setengah manusia (yakni anak yang cacat).”

فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “والذي نفسي بيده، لو قال: “إن شاء الله” لم يحنث، وكان دركا لحاجته”، وفي رواية: “ولقاتلوا في سبيل الله فرسانًا أجمعون

Setelah menceritakan kisah tersebut, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun bersabda:

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ قَالَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَمْ يَحْنَثْ وَكَانَ دَرْكًا لِحَاجَتِه

“Demi yang jiwaku berada di Tangan-Nya, seandainya beliau mengucapkan, “Insya Allah (jika Allah menghendaki).” nescaya dia tidak berdosa dan yang demikian itu telah cukup dalam memenuhi hajatnya.”

Dan di riwayat yang lain disebutkan:

وَلَقَاتَلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فُرْسَانًا أَجْمَعُونَ

“Dan benar-benar mereka (anak-anaknya) akan berperang di jalan Allah semuanya dengan berkuda.”

وقد تقدم في أول السورة ذكر سبب نزول هذه الآية في قول النبي صلى الله عليه وسلم، لما سئل عن قصة أصحاب الكهف: “غدًا أجيبكم”. فتأخر الوحي خمسة عشر يومًا، وقد ذكرناه بطوله في أول السورة، فأغنى عن إعادته.

Bahawa di permulaan surah ini telah diperjelaskan asbabun nuzul (sebab-sebab penurunan) ayat ini, yakni sebagaimana dalam sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ketika ditanya tentang kisah Ashhabul Kahfi (pemuda yang menghuni gua), di mana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengatakan:

غَدًا أُجِيبُكُم

“Esok aku akan menjawab (pertanyaan) kalian.”

Kemudian wahyu pun lewat turun sehingga mencapai lima hari lamanya. Kami telah menyebutkan hadis tersebut secara lengkap mencakup setiap rinciannya sehingga tidak perlu mengulanginya semula di sini.

وقوله: { وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ } قيل: معناه إذا نسيت الاستثناء، فاستثن عند ذكرك له. قاله أبو العالية، والحسن البصري.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ

“Dan berzikirlah (ingatlah) kepada Rabb-mu jika engkau lupa.” (Surah Al-Kahfi, 18: 24)

Berdasarkan satu pendapat, makna yang dimaksudkan ialah apabila kamu lupa mengucapkan al-istisna’ (yakni kalimat pengecualian; Insya-Allah), maka ucapkanlah kalimat tersebut di saat kamu mengingatnya. Demikianlah yang dikemukakan oleh Abul Aliyah dan Al-Hasan Al-Bashri.

وقال هشيم، عن الأعمش، عن مجاهد، عن ابن عباس في الرجل يحلف؟ قال: له أن يستثني ولو إلى سنة، وكان يقول: { وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ } في ذلك. قيل للأعمش: سمعته عن مجاهد؟ قال (3) حدثني به ليث بن أبي سليم، يرى (4) ذهب كسائي هذا. ورواه الطبراني من حديث أبي معاوية، عن الأعمش، به (5) .

Hasyim telah meriwayatkan dari Al-A’masy, dari Mujahid, dari Ibnu ‘Abbas tentang orang yang bersumpah hendaklah dia mengucapkan insyaAllah walaupun telah berlalu tempoh masa setahun lamanya, dan beliau menyebutkan firman-Nya:

وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ 

“Dan berzikirlah (ingatlah) kepada Rabb-mu jika engkau lupa.” (Surah Al-Kahfi, 18: 24)

Maksudnya adalah mengucapkan kata Insya Allah. Dikatakan kepada Al-A’masy:

“Adakah engkau mendengarnya dari Mujahid?” Al-A’masy menjawab bahawa telah menceritakan kepadaku Layts ibn Abi Sulaim, dan beliau melihat bahawa Kisaa’i mempunyai pendapat yang sama dengan ini. Diriwayatkan oleh Al-Imam Ath-Thabrani dari hadis Abu Mu’awiyah, dari Al-A’masy dengan sanad yang sama.

ومعنى قول ابن عباس: “أنه يستثني ولو بعد سنة” أي: إذا نسي أن يقول في حلفه أو كلامه “إن شاء الله” وذكر ولو بعد سنة، فالسُّنة له أن يقول ذلك، ليكون آتيا بسُنَّة الاستثناء، حتى ولو كان بعد الحنث، قال ابن جرير، رحمه الله، ونص على ذلك، لا أن يكون [ذلك] (6) رافعًا لحنث اليمين ومسقطًا للكفارة. وهذا الذي قاله ابن جرير، رحمه الله، هو الصحيح، وهو الأليق بحمل كلام ابن عباس عليه، والله أعلم.

Dan makna ungkapan perkataan Ibnu ‘Abbas yang mengatakan:

“Dan ucapkanlah walau setelah berlalu tempoh setahun lamanya.”

Bermakna jika dia lupa dalam sumpahnya atau ucapannya untuk mengatakan insyaAllah, lalu dia mengingatnya setelah berlalu satu tahun, maka disunnahkan baginya mengucapkan hal tersebut, yakni agar dia beroleh pahala kerana melaksanakan apa yang dianjurkan oleh sunnah, sekalipun ianya dilakukannya setelah setahun sumpahnya dilanggar. Demikianlah pendapat yang dipegang oleh Ibnu Jarir rahimahullah dan beliau me-nash-kan hal tersebut.

Namun hal tersebut tidaklah menggugurkan dosanya dan tidak pula menggugurkan kaffaratnya. Apa yang dikatakan oleh Ibnu Jarir rahimahullah inilah yang merupakan tafsiran yang sahih dan yang sesuai bagi ungkapan perkataan Ibnu ‘Abbas tersebut. Wallaahu a’lam.

وقال عكرمة: { وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ } أي: إذا غضبت. وهذا تفسير باللازم.

‘Ikrimah berkata tentang firman Allah:

وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ

“Dan berzikirlah (ingatlah) kepada Rabb-mu jika engkau lupa.” (Surah Al-Kahfi, 18: 24)

Maknanya adalah apabila engkau marah, inilah tafsir yang dikehendaki.

وقال الطبراني: حدثنا أحمد بن يحيى الحُلْواني، حدثنا سعيد بن سليمان، عن عباد بن العوام، عن سفيان بن حسين، عن يعلى بن مسلم، عن جابر بن زيد، عن ابن عباس: { وَلا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَدًا إِلا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ } أن تقول: إن شاء الله (7) [وهذا تفسير باللازم] (8) .

Al-Imam Ath-Thabrani berkata, telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Yahya Al-Hulwani, telah mengkhabarkan kepada kami Sa’id bin Sulaiman, dari ‘’Abbad bin Al-‘Awwaam, dari Sufyan bin Husain, dari Ya’la bin Muslim, dari Jaabir bin Zayd, dari Ibn ‘Abbaas tentang firman Allah:

وَلا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَدًا إِلا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ

“Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, “Sesungguhnya aku akan melakukan yang demikian esok pagi.”, kecuali (dengan menyebut), “Insya Allah.”.

Dan berzikirlah (ingatlah) kepada Rabb-mu jika engkau lupa…”

Yakni dengan mengucapkan, “InsyaAllah.” Dan inilah tafsir yang dikehendaki.

وقال الطبراني: حدثنا محمد بن الحارث الجُبيلي حدثنا صفوان بن صالح، حدثنا الوليد بن مسلم، عن عبد العزيز بن حُصَيْن، عن ابن أبي نَجِيح، عن مجاهد، عن ابن عباس في قوله: { وَلا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَدًا إِلا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ } أن تقول: إن شاء الله.

Al-Imam Ath-Thabrani berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al-Haarits Al-Jubaili, telah menceritakan kepada kami Shafwan bin Sholeh, telah menceritakn kepada kami Al-Walid bin Muslim, dari ‘Abdil Aziz bin Hushain, dari Ibn Abi Najih, dari Mujaahid, dari Ibnu ‘Abbaas tentang firman Allah:insyaAllah

وَلا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَدًا إِلا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ

“Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu, “Sesungguhnya aku akan melakukan yang demikian esok pagi.”, kecuali (dengan menyebut), “Insya Allah.”.

Dan berzikirlah (ingatlah) kepada Rabb-mu jika engkau lupa…”

Yakni dengan mengucapkan, “InsyaAllah.”

وروى الطبراني، أيضًا عن ابن عباس في قوله: { وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ } الاستثناء، فاستثن إذا ذكرت. وقال: هي خاصة برسول الله صلى الله عليه وسلم، وليس لأحد منا أن يستثني إلا في صلة من يمينه ثم قال: تَفَرَّد به الوليد، عن عبد العزيز بن الحصين.

Al-Imam Ath-Thabrani juga telah meriwayatkan dari Ibn ‘Abbaas tentang firman Allah:

وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ

“Dan ingatlah kepada Rabb-mu jika engkau lupa.” (Surah Al-Kahfi, 18: 24)

Maksudnya adalah al-istitsnaa’, apabila kamu lupa menyebutkan insyaAllah, maka sebutkanlah ia ketika ingat.

Kemudian Ibn ‘Abbaas mengatakan bahawa ianya hanya khusus bagi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, tidak dibolehkan bagi seorang pun dari kita mengucapkan sebagai istitsnaa’ kecuali apabila berhubungan langsung dengan sumpahnya (yakni tidak ada jarak pemisah atau tempoh yang lama). Namun Al-Imam Ath-Thabrani mengatakan bahawa atsar ini diriwayatkan secara tafarrud (menyendiri) oleh Al-Walid, dari ‘Abdul ‘Aziz ibnul Hushain (yakni tidak sahih – penterjemah).

ويحتمل في الآية وجه آخر، وهو أن يكون الله، عز وجل، قد أرشد من نسي الشيء في كلامه إلى ذكر الله تعالى؛ لأن النسيان منشؤه من الشيطان، كما قال فتى موسى: { وَمَا أَنْسَانِيهُ إِلا الشَّيْطَانُ أَنْ أَذْكُرَهُ } [الكهف: 63] وذكر الله تعالى يطرد الشيطان، فإذا ذهب الشيطان ذهب النسيان، فذكر الله سبب للذكر (4) ؛ ولهذا قال: { وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ }

(Selain itu) Ayat ini mungkin mengandungi makna yang lain, yakni Allah ‘Azza wa Jalla bertujuan memberi petunjuk kepada seiapa yang lupa terhadap sesuatu pada ucapannya agar berzikir (mengingat) kepada-Nya, kerana lupa itu dari syaitan.

Sebagaimana yang dikatakan oleh pemuda yang bersama Musa (‘alahis Salaam) (yakni sebagaimana dalam firman Allah):

وَمَا أَنْسَانِيهُ إِلَّا الشَّيْطَانُ أَنْ أَذْكُرَهُ

“Dan tidak ada yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali (disebabkan pengaruh) syaitan.” (Surah Al-Kahfi, 18: 63)

Dan berdzikir (mengingat) kepada Allah itu dapat mengusir syaitan. Apabila syaitan itu telah pergi, maka akan hilanglah kelupaan tersebut. Maka Allah menyebutkan sebab untuk berdzikir, kerana itulah Allah berfirman:

وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ

“Dan ingatlah kepada Rabb-mu jika engkau lupa.” (Surah Al-Kahfi, 18: 24)

وقوله: { وَقُلْ عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لأقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا } أي: إذا سئُلت عن شيء لا تعلمه، فاسأل الله فيه، وتوجه إليه في أن يوفقك للصواب والرشد [في ذلك] وقيل في تفسيره غير ذلك في تفسيره، والله أعلم.

Dan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَقُلْ عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا   

“Dan katakanlah, “Mudah-mudahan Rabb-ku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini.” (Surah Al-Kahfi, 18: 24)

Yakni, apabila engkau ditanya tentang sesuatu yang engkau tidak mengetahuinya, maka bermohonlah kepada Allah dan bertawajjuh-lah kepada-Nya agar Dia memberikan engkau taufiq kepada kebenaran dan petunjuk tentang hal tersebut.

Ada juga yang berpendapat dengan penafsiran yang lain, wallaahu a’lam.

Penjelasan Dari Kitab Taisir Al-Karim Ar-Rahman fii Tafsir Kalaam Al-Mannan

Asy-Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Si’di rahimahullah (Wafat: 1376H) berkata:

وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَدًا (23) إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا (24)

“Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu, “Sesungguhnya aku akan melakukan itu esok pagi.”, kecuali (dengan menyebut), “Insya Allah.”.

Dan zikirlah (ingatlah) kepada Rabb-mu jika engkau lupa, dan katakanlah, “Mudah-mudahan Rabb-ku akan memberikan petunjuk yang lebih dekat kebenarannya daripada ini.”.” (Surah Al-Kahfi, 18: 23-24)

هذا النهي كغيره، وإن كان لسبب خاص وموجها للرسول صل الله عليه وسلم، فإن الخطاب عام للمكلفين، فنهى الله أن يقول العبد في الأمور المستقبلة { إني فاعل ذلك } من دون أن يقرنه بمشيئة الله

Firman Allah, “وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ” (Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu…)

Larangan ini adalah sebagaimana larangan yang lainnya, walaupun penyebabnya khusus dan ditujukan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, namun khithab (arah tujuan perbahasannya) adalah umum bagi setiap mukallaf (yakni umum untuk setiap yang telah terbeban dengan kewajiban syari’at), di mana Allah melarang seorang hamba mengatakan pada urusan yang akan datang (dengan ucapan), “إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَدًا” (Sesungguhnya aku akan melakukan itu esok pagi) tanpa mengaitkannya dengan masyi’ah (kehendak) Allah.

وذلك لما فيه من المحذور، وهو: الكلام على الغيب المستقبل، الذي لا يدري، هل يفعله أم لا؟ وهل تكون أم لا؟ وفيه رد الفعل إلى مشيئة العبد استقلالا وذلك محذور محظور، لأن المشيئة كلها لله { وما تشاءون إلا أن يشاء الله رب العالمين }

Perkara demikian mengandungi bahaya; yakni di mana dia sedang berbicara tentang perkara ghaib yang akan datang, yang mana dia tidak mengetahui adakah dia benar-benar akan melakukannya ataupun tidak? Dan sama ada akan terjadi ataupun tidak?

Pada ungkapan tersebut (yakni apabila tidak mengucapkan insyaAllah), ianya mengandungi makna mengembalikan suatu perbuatan semata-mata hanya kepada kehendak hamba, dan sikap sedemikian mengandungi bahaya lagi terlarang. Ini adalah kerana setiap kehendak adalah milik Allah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ (29)

“Dan engkau tidak akan dapat menghendaki (sesuatu) melainkan apabila ianya dikehendaki oleh Allah, Rabb semesta alam.” (Surah At-Takwir, 81: 29)

ولما في ذكر مشيئة الله، من تيسير الأمر وتسهيله، وحصول البركة فيه، والاستعانة من العبد لربه

Dan kerana pada penyebutan masyi’ah (kehendak) Allah, ia mengandungi makna agar diberi keringanan dan kemudahan dalam urusan, terhasil padanya keberkahan serta permohonan pertolongan dari seorang hamba kepada Rabb-nya.

ولما كان العبد بشرا، لا بد أن يسهو فيترك ذكر المشيئة، أمره الله أن يستثني بعد ذلك، إذا ذكر، ليحصل المطلوب، وينفع المحذور، ويؤخذ من عموم قوله: { وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ }

Ketika mana seorang hamba itu merupakan seorang manusia, tidak dapat tidak dia pasti tidak dapat lari dari sifat lupa, lalu dia terluput dari menyebutkan (atau mengingat) tentang masyi’ah Allah. Maka Allah pun memerintahkannya (untuk menyebutkannya) setelah dia kembali ingat, agar terhasil apa yang dihajatkannya, dan terangkatlah bahaya darinya.

Dan penjelasan tentang perkara ini diambil dari keumuman firman-Nya:

{ وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ }

“Dan berdzikirlah (ingatlah) kepada Rabb-mu jika engkau lupa.”

الأمر بذكر الله عند النسيان، فإنه يزيله، ويذكر العبد ما سها عنه، وكذلك يؤمر الساهي الناسي لذكر الله، أن يذكر ربه، ولا يكونن من الغافلين،

Perintah agar berdzikir (mengingat) Allah ketika lupa adalah kerana ianya dapat menghilangkan dan mengingatkan seorang hamba dari apa-apa yang dia lupa. Demikianlah pula bagi orang-orang yang terlalai, mereka diperintahkan agar berdzikir (mengingat) Allah, yakni berdzikir kepada Rabbnya agar tidak menjadi orang yang benar-benar dilalaikan.

ولما كان العبد مفتقرا إلى الله في توفيقه للإصابة، وعدم الخطأ في أقواله وأفعاله، أمره الله أن يقول: { عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لأقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا } فأمره أن يدعو الله ويرجوه، ويثق به أن يهديه لأقرب الطرق الموصلة إلى الرشد. وحري بعبد، تكون هذه حاله، ثم يبذل جهده، ويستفرغ وسعه في طلب الهدى والرشد، أن يوفق لذلك، وأن تأتيه المعونة من ربه، وأن يسدده في جميع أموره.

Ketika mana seorang hamba memerlukan taufiq Allah agar dapat meraih kebenaran dan menghindari kesalahan dalam perkataan dan perbuatannya, maka Allah pun memerintahkan agar dia mengucapkan:

{ عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لأقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا }

“Mudah-mudahan Rabb-ku akan memberikan petunjuk yang lebih dekat kebenarannya daripada ini.”

Allah memerintahkannya agar berdoa dan berharap kepada-Nya serta percaya kepada Allah bahawa Allah akan memberikan hidayah untuknya kepada jalan yang paling hampir yang dapat menghubungkannya kepada kebenaran yang jelas.

Dan demikianlah seharusnya keadaan seorang hamba, lalu dia mencurahkan seluruh kesungguhannya dan mengerahkan segenap kemampuannya dalam mencari hidayah dan petunjuk kebenaran agar dia diberi taufiq untuk hal tersebut, diikuti pertolongan dari Rabb-nya dan hendaklah dia meluruskan dan memfokuskan seluruh urusannya.

Wallaahu a’lam – sekian nukilan.

Tafsir_Ibnu_Katsir_Mudah_2

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest