Wasiat Ibnu ‘Umar, Membaca Al-Qur’an Di Kubur???

www.ilmusunnah.com

Al-Imam Al-Baihaqi rahimahullah (Wafat: 458H) meriwayatkan:bacalah al-quran

Telah mengkhabarkan kepada kami Abu ‘Abdillah Al-Haafiz, telah menceritakan kepada kami Abu Al-‘Abbaas Muhammad bin Ya’quub, telah menceritakan kepada kami Al-‘Abbaas bin Muhammad, beliau berkata, aku pernah bertanya kepada Yahya bin Ma’in berkaitan qiraa’ah (membaca Al-Qur’an) di sisi kubur, maka beliau berkata:

حَدَّثَنَا مُبَشِّرُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ الْحَلَبِيُّ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْعَلاءِ بْنِ اللَّجْلاجِ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّهُ قَالَ لِبَنِيهِ: ” إِذَا أَدْخَلْتُمُونِي قَبْرِي فَضَعُونِي فِي اللَّحْدِ وَقُولُوا: بِاسْمِ اللَّهِ وَعَلَى سُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَسُنُّوا عَلَيَّ التُّرَابَ سَنًّا، وَاقْرَءُوا عِنْدَ رَأْسِي أَوَّلَ الْبَقَرَةِ وَخَاتِمَتَهَا فَإِنِّي رَأَيْتُ ابْنَ عُمَرَ يَسْتَحِبُّ ذَلِكَ “

Telah menceritakan kepada kami Mubasysyir bin Ismail Al-Halabi, dari ‘Abdurrahmaan bin Al-‘Ala’ bin Al-Lajlaaj, dari ayahnya, bahawa beliau pernah berkata kepada anak-anaknya:

“Apabila kalian memasukkan aku ke kuburku, maka letakkanlah aku dalam liang lahad dan ucapkanlah:

“Bismillaahi wa ‘alaa sunnati Rasuulillahi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam.” Lalu letakkanlah di atas (mayat)-ku tanah, dan bacalah di atas kepalaku awal dan akhir surat Al-Baqarah. Kerana sesungguhnya aku melihat Ibnu ‘Umar menyukai hal tersebut.” (As-Sunan Al-Kubraa, no. 7068 – Tahqiq ‘Abdul Qadir ‘Atha’)

Namun hadis ini adalah mauquf, dha’if, tidak sahih, tidak boleh dijadikan sebagai hujah sebagaimana akan dikemukakan penjelasannya.

Dari riwayat ini, maka antaranya:

Al-Imam An-Nawawi di Kitab Al-Adzkar, menyebutkan:

وروينا في سنن البيهقي بإسناد حسن؛ أن ابن عمر استحبَّ أن يقرأ على القبر بعد الدفن أوّل سورة البقرة وخاتمتها.

“Kami meriwayatkan di Sunan Al-Baihaqi dengan isnad hasan, bahawa Ibn ‘Umar menganjurkan (menyukai) agar dibacakan di kubur sebaik pengebumian awal surah Al-Baqarah dan mengkhatamkannya.” (Al-Adzkar, no. 503 – Tahqiq Amir ‘Ali Yasin)

Al-Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H) menyebutkan dalam Al-Mughni:

فَرَوَى جَمَاعَةٌ أَنَّ أَحْمَدَ نَهَى ضَرِيرًا أَنْ يَقْرَأَ عِنْدَ الْقَبْرِ، وَقَالَ لَهُ: إنَّ الْقِرَاءَةَ عِنْدَ الْقَبْرِ بِدْعَةٌ. فَقَالَ لَهُ مُحَمَّدُ بْنُ قُدَامَةَ الْجَوْهَرِيُّ: يَا أَبَا عَبْدِ اللَّهِ: مَا تَقُولُ فِي مُبَشِّرٍ الْحَلَبِيِّ ؟ قَالَ: ثِقَةٌ. قَالَ: فَأَخْبَرَنِي مُبَشِّرٌ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّهُ أَوْصَى إذَا دُفِنَ يُقْرَأُ عِنْدَهُ بِفَاتِحَةِ الْبَقَرَةِ وَخَاتِمَتِهَا، وَقَالَ: سَمِعْت ابْنَ عُمَرَ يُوصِي بِذَلِكَ. قَالَ أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ: فَارْجِعْ فَقُلْ لِلرَّجُلِ يَقْرَأُ

“Diriwayatkan dari ramai orang bahawasanya Ahmad (Imam Ahmad) melarang orang buta membaca Al-Qur’an di perkuburan, dan beliau berkata:

“Sesungguhnya membaca Al-Qur’an di perkuburan adalah bid’ah.”

Lalu Muhammad bin Qudamah Al-Jauhari berkata, “Wahai Abu ‘Abdillah (Imam Ahmad), bagaimana pendapatmu tentang Mubasysyir Al-Halabi?”

Beliau menjawab: “Tsiqah (Terpercaya).” Beliau berkata lagi: Mubasysyir mengkhabarkan kepadaku dari ayahnya, “bahawa beliau berwasiat supaya setelah jenzahnya dikebumikan (dikuburkan), supaya dibacakan awal dan akhir ayat-ayat dari surah Al-Baqarah di kuburnya, dan beliau berkata:

“Aku mendengar Ibnu ‘Umar mewasiatkan perkara sedemikian.”

Ahmad bin Hanbal lalu berkata, “Kembalilah, dan katakan kepada orang itu supaya membacanya.” (lihat: Al-Mughni oleh Ibnu Qudamah, 5/78)baca quran di rumah

Al-Imam Ibnul Qayyim turut menyebutkan di kitab Ar-Ruuh (sebuah kitab yang masih diperselisihkan dan menjadi perbahasan sama ada ianya benar tulisan Ibnul Qayyim atau pun bukan):

قال الخلال وأخبرني الحسن بن أحمد الوراق حدثنى على بن موسى الحداد وكان صدوقا قال كنت مع أحمد بن حنبل ومحمد بن قدامة الجوهرى في جنازة فلما دفن الميت جلس رجل ضرير يقرأ عند القبر فقال له أحمد يا هذا إن القراءة عند القبر بدعة فلما خرجنا من المقابر قال محمد بن قدامة لأحمد بن حنبل يا أبا عبد الله ما تقول في مبشر الحلبي قال ثقة قال كتبت عنه شيئا قال نعم فأخبرني مبشر عن عبد الرحمن بن العلاء اللجلاج عن أبيه أنه أوصى إذا دفن أن يقرأ عند رأسه بفاتحة البقرة وخاتمتها وقال سمعت ابن عمر يوصي بذلك فقال له أحمد فارجع وقل للرجل يقرأ

“Al-Khallal berkata: Al-Hasan bin Ahmad Al-Warraq memberitahuku bahawa ‘Ali bin Musa Al-Haddad (seorang yang Shaduq) memberitahu kami, beliau berkata:

Aku pernah bersama Ahmad bin Hanbal dan Muhammad bin Qudamah Al-Jauhari ketika menghadiri seorang jenazah. Setelah jenazah itu selesai dimakamkan, ada seorang buta yang duduk dan membaca Al-Qur’an di kuburan tersebut. Maka Ahmad pun berkata kepadanya:

“Wahai saudara, sesungguhnya membaca Al-Qur’an di perkuburan adalah bid’ah.”

Setelah kami keluar dari perkuburan, Muhammad bin Qudamah berkata kepada Ahmad bin Hanbal:

“Wahai Abu ‘Abdillah, bagaimana pendapatmu tentang Mubasysyir Al-Halabi? Ahmad menjawab, “Tsiqah (Terpercaya). Beliau bertanya lagi, “Adakah engkau menulis berita darinya?” Ahmad menjawab, “Ya.” Maka Muhammadbin Qudamah Al-Jauhari pun berkata:

“Mubasysyir telah mengkhabarkan kepadaku dari ‘Abdurrahman bin Al-Ala’ bin Lajlaj dari ayahnya bahawa beliau pernah berwasiat supaya setelah jenazahnya dikebumikan (dikuburkan), supaya dibacakan Al-Fatihah dan ayat-ayat akhir surah Al-Baqarah di kepalanya, dan beliau berkata:

“Aku mendengar Ibnu ‘Umar mewasiatkan perkara sedemikian.”

Ahmad bin Hanbal lalu berkata:

“Kembalilah, dan katakan kepada orang itu supaya membacanya.” (Ar-Ruuh oleh Ibnul Qayyim, 1/10)

Penjelasan:

Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah mengemukakan:

الاول: إن في ثبوت هذه القصة عن أحمد نظر، لان شيخ الحلال الحسن بن أحمد الوراق لم أجد ترجمة فيما عندي الان من كتب الرجال، وكذلك شيخه علي بن موسى الحداد لم أعرفه، وإن قيل في هذا السند أنه كان صدوقا، فإن الظاهر أن القائل هو الوارق هذا، وقد عرفت حاله

1, Berkenaan penisbahan dan kebenaran kisah ini berasal daripada Imam Ahmad masih perlu dikaji semula kerana Syaikh Al-Khallal Al-Hasan bin Ahmad Al-Warraq tidak pernah aku temui biografinya dalam manuskrip yang aku miliki sekarang ini dari kitab-kitab berkenaan perawi hadis. Demikian juga dengan Syaikhnya, ‘Ali bin Musa Al-Haddad, juga tidak aku kenali. Jika di dalam sanad ini beliau disebut sebagai seorang yang Shaduq, maka secara zahirnya yang dapat dilihat adalah bahawa yang mengatakan adalah Al-Warraq. Kita sendiri telah mengetahui keadaannya.

الثاني، إنه إن ثبت ذلك عنه فإنه أخص مما رواه أبو داود عنه، وينتج من الجمع بين الروايتين عنه أن مذهبه كراهة القراءة عند القبر إلا عند الدفن

2, Sekiranya perkara tersebut ditegaskan oleh Imam Ahmad, maka perkara tersebut merupakan riwayat yang paling khusus dari apa-apa yang telah diriwayatkan oleh Abu Dawud darinya. Dari penggabungan di antara dua riwayat darinya menghasilkan bahawa mazhabnya (pendapatnya) memakruhkan (membenci) perbuatan membaca Al-Qur’an di perkuburan melainkan pada ketika pemakaman (pengkebumian).bodohnya orang yang berdoa kepada kuburan

الثالث: أن السند بهذا الاثر لا يصح عن ابن عمر، ولو فرض ثبوته عن أحمد، وذلك لان عبد الرحمن ابن العلاء بن اللجلاج معدود في المجهولين، كما يشعر بذلك قول الذهبي في ترجمته من (الميزان): (ما روي عنه سوى مبشر هذا)، ومن طريقة رواه ابن عساكر (13 / 399 / 2) وأما توثيق ابن حيان إياه فمما لا يعتد به لما اشهر به من التساهل في التوثيق، ولذلك لم يعرج عليه الحافظ في (التقريب) حين قال في المترجم: (مقبول) يعني عند المتابعة وإلا فلين الحديث كما نص عليه في المقدمة، ومما يؤيد ما ذكرنا أن الترمذي مع تساهله في التحسين لما أخرج له حديثا آخر (2 / 128) وليس له عنده سكت عليه ولم يحسنه

3, Penyandaran atsar ini pada Ibnu ‘Umar adalah tidak sahih walaupun sekiranya datangnya dari Imam Ahmad telah pasti. Kerana, ‘Abdurrahman bin Al-Ala’ bin Lajlaj termasuk di dalam golongan orang-orang yang tidak dikenali, sebagaimana yang dapat dilihat dari pernyataan Adz-Dzahabi di kitab biografinya, Al-Mizaan:

“Tidak ada yang meriwayatkan darinya (‘Abdurrahman bin Al-Ala’), kecuali Mubasysyir Al-Halabi. Dari jalan riwayat oleh Ibnu ‘Asakir.”

Ada pun penilaian tsiqah yang diberikan oleh Ibnu Hibban kepadanya, ini merupakan suatu yang tidak boleh dijadikan sebagai pegangan, disebabkan Ibnu Hibban sebagaimana diketahui sikapnya tasahhul (bermudah-mudah) dalam meletakkan penilaian tsiqah. Oleh kerana itu, Al-Hafiz Ibnu Hajar di Kitab At-Taqrib tidak memihak kepadanya (Ibnu Hibban) di ketika beliau (Ibnu Hajar) menjelaskan tentang biografi ‘Abdurrahman Al-Ala’. Beliau menyatakan: Maqbul, iaitu sekiranya disertakan perawi lain dan jika tidak, maka hadisnya layyin, sebagaimana yang telah disampaikan di muqaddimah.

Yang memperkuatkan apa yang kami sampaikan di atas adalah bahawa At-Tirmidzi dengan sikapnya yang terkenal meletakkan penilaian hasan, pada ketika beliau meriwayatkan satu hadis lain milik ‘Abdurrahman Al-Ala’, yang beliau hanya memiliki satu hadis (darinya), beliau bersikap diam dan tidak menilainya sebagai hasan.

الرابع: أنه لو ثبت سنده كل عن ابن عمر، فهو موقوف لم يرفعه إلى النبي صلى الله عليه وسلم فلا حجة فيه أصلا

4, Jika sanadnya seluruhnya dinisbatkan kepada Ibnu ‘Umar, maka di sini dapat kita fahami bahawa riwayat ini adalah mauquf (terhenti) dan tidak dimarfu’kan (tidak dapat disandarkan) kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sehingga tidak dapat dijadikan sebagai hujjah.

ومثل هذا الاثر ما ذكره ابن القيم أيضا (ص 14): (وذكر الحلال عن الشعبي قال: كانت الانصار إذا مات لهم الميت اختلفوا إلى قبره يقرؤون القرآن). فنحن في شك من ثبوت ذلك عن الشعبي بهذا اللفظ خاصة، فقد رأيت السيوطي قد أورده في (شرح الصدور) (ص 15) بلفظ: (كانت الانصار يقرؤون عند الميت سورة البقرة). قال: (رواه ابن أبي شيبة والمروزي) أورده في (باب ما يقول الانسان في مرض الموت، وما يقرأ عنده). ثم رأيته في (المصنف) لابن أبى شيبة (4 / 74) وترجم له بقوله: (باب ما يقال عند المريض إذا حضر) “. فتبين أن في سنده مجالدا وهو ابن سعيد قال الحافظ في (التقريب): (ليس بالقوي، وقد تغيير في آخر عمره). فظهر بهذا أن الاثر ليس في القراءة عند القبر بل عند الاحتضار، ثم هو على ذلك ضعيف الاسناد

Atsar yang seumpama di atas adalah apa yang disebutkan oleh Ibnul Qayyim di halaman seterusnya:

Al-Khallal menyebutkan dari Asy-Sya’bi, dia menceritakan:

“Orang-orang Anshar, jika berlaku kematian di antara mereka, maka mereka ulang-alik ke kuburan untuk membaca Al-Qur’an.

Mengenai atsar ini, kami benar-benar ragu terhadap keabsahannya dari Asy-Sya’bi, khususnya dengan lafaz seperti ini, kerana aku juga pernah melihat As-Suyuti menyebutkannya di Kitab Syarhush Shuduur dengan lafaz:

“Kaum Anshar biasa membacakan surah Al-Baqarah berdekatan jenazah.”

Beliau berkata:

“Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dan Al-Mawardzi.”

Atsar ini beliau sebutkan pada Bab: Maa Yaquulu al-Insaan fii Maradhi al-Maut wa Maa Yuqra’u Indahu (Apa yang diucapkan oleh Manusia di ketika menghadapi Maut dan apa yang dibacakan ke atasnya).

Kemudian, aku juga mendapatinya di Kitab Al-Mushannaf karya Ibnu Abi Syaibah. Di dalamnya tertulis biografinya melalui ucapannya, “Bab: Ma Yaquulu ‘Inda al-Mariidh Idza Hadhara (Bab: Apa yang diucapkan di sisi orang sakit ketika datang menjenguknya).”

Dengan demikian, dapat dilihat dengan jelas bahawa di dalam sanadnya terdapat (perawi bernama) Mujalid, iaitu Ibnu Sa’id, di mana Al-Hafiz (Ibnu Hajar al-’Asqalani) di kitab At-Taqrib berkata:

“Dia bukan seorang yang kuat (hafalan/ingatan), yang di akhir hayatnya dia mengalami nyanyuk.”

Dengan demikian, jelaslah bahawa atsar ini bukanlah berkenaan bacaan Al-Qur’an di kuburan, tetapi di ketika sakaratul maut. Lebih-lebih lagi, atsar ini bersanad dha’if (lemah). (lihat: Ahkamul Jana’iz oleh Al-Albani, m/s. 192-193)

Demikian pula sebagaimana kata pentahqiq Adzkar An-Nawawiyyah (Amir ‘Ali Yasin):

“Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, 4/56: Dari jalan Mubasysyir bin Ismail, dari ‘Abdurrahman bin Al-‘Ala’ bin Al-Lajlaaj, dari ayahnya, dari Ibn ‘Umar dengan hadis tersebut secara mauquf.

Ini adalah sanad yang dha’if (lemah), selain ianya mauquf. Dan ‘Abdurrahman ini, beliau majhul (tidak dikenal), dan tidak ada yang meriwayatkan darinya selain Mubasysyir.” (lihat: Takhrij Al-Adzkar An-Nawawiyyah, no. 503 – Tahqiq Amir ‘Ali Yasin, Daar Ibn Khuzaimah, Cet. 1 (1422H – Riyadh))

Al-Imam Al-Subki rahimahullah pula menjelaskan:

وَاَمَّا مَا يَرْوِيْ عَنِ بْنِ عُمَرَ اَنَّهُ اُوْصِيَ بِقِرَاءَ ةِ الْفَاتِحَةِ وَخَوَاتِمَ الْبَقَرَةِ عَلَى قَبْرِهِ فَهُوَ اَثَرٌ شَاذٌ لَمْ يَصِحْ سَنَدُهُ وَلَمْ يُوَافِقهُ عَلَيْهِ اَحَدٌ مِنَ الصَّحَابَةِ.

“Dan apa yang telah diriwayatkan dari Ibn ‘Umar bahawasanya beliau mewasiatkan agar dibacakan Al-Fatihah dan ayat-ayat terakhir dari surah Al-Baqarah di atas kuburnya, maka itu adalah atsar yang Syadz (ganjil) dan tidak sahih pula sanadnya. Dan tidak pernah dipersetujui (diterima) walaupun oleh seorang sahabat.” (Takmilah Syarah Al-Muhazzab oleh Tajuddin As-Subki, 10/429 – dinukil dari Kitab Hukum Al-Qira’ah ‘Ala Al-Amwat oleh Muhammad bin Ahmad ‘Abdus Salam dengan Tahqiq Mahmud Mahdi Al-Istambuli)

Seorang ulama Mesir, Asy-Syaikh Muhammad bin Ahmad ‘Abdus Salam melalui tulisannya, beliau menyatakan:

أما ما يروى عن ابن عمر أنه أوصى بقراءة الفاتحة وخواتيم البقرة على قبره، فهو أثر شاذ لم يصح سنده، ولم يوافقه عليه أحد من الصحابة، وكذلك ما يروى من قراءة الفاتحة والصمدية والمعوذتين وألهاكم والكافرون وإهدائها لأهل المقابر فباطل لمخالفتها لأقوال النبي صلى الله عليه وآله وسلم وأفعال أصحابه.

“Adapun apa yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma yang menceritakan bahawa beliau (Ibnu ‘Umar) pernah berwasiat, sekiranya beliau telah meninggal dunia, supaya dibacakan Surah Al-Fatihah dan beberapa ayat terakhir dari Surah Al-Baqarah di atas kuburnya. (Bahawasanya) Atsar tersebut adalah Syazd (ganjil), sanadnya tidak sahih. Dan tidak seorang pun di antara para sahabat yang menyepakatinya.

Demikian juga dengan riwayat-riwayat tentang membaca Surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas, At-Takatsur, Al-Kafiruun, dan menghadiahkannya kepada ahli kubur adalah palsu. Ini adalah kerana ianya bertentangan dengan perkataan-perkataan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan perbuatan para sahabatnya.” (Hukum Al-Qira’ah ‘ala Al-Amwat dengan Tahqiq Mahmud Mahdi Al-Istambuli, m/s. 25)wasiat_imam_syafii

Hukum Membaca Al-Qur’an Di Kubur

Al-Imam Abu Dawud meriwayatkan di kitab Masa’ilnya, di bab Al-Qiraa’ah ‘indal Qabr (Membaca Al-Qur’an di sisi Kubur):

سَمِعْتُ أَحْمَدَ، ” سُئِلَ عَنِ الْقِرَاءَةِ عِنْدَ الْقَبْرِ؟ فَقَالَ: لَا “.

“Aku mendengar Ahmad ditanya tentang membaca Al-Qur’an di sisi kubur, maka beliau jawab, “Tidak boleh.” (Masa’il Al-Imam Ahmad oleh Abu Dawud, m/s. 224)

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:

ولا يحفظ عن الشافعي نفسه في هذه المسألة كلام، وذلك لان ذلك كان عنده بدعة، وقال مالك: ما عملت أحدا يفعل ذلك، فعلم أن الصحابة، والتابعين ما كانوا يفعلونه

“Dan tidak ada dari Asy-Syafi’i sendiri perkataan beliau berkenaan masalah ini, yang demikian ini menunjukkan bahawa (membaca al-Qur’an di perkuburan) menurut beliau adalah bid’ah. Imam Malik berkata: Tidak aku dapati seorang pun daripada para sahabat dan tabi’in yang melakukan perkara tersebut.” (Iqtidhaa’ Ash-Shiraatil Mustaqim Mukhaalafata Ashabil Jahiim, m/s. 182)

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah juga menyebutkan:

والقراءة على الميت بعد موته بدعة

“Dan membaca Al-Qur’an atas jenazah setelah kematiannya, maka ia adalah bid’ah.” (Al-Ikihtiyaaraat Al-Fiqhiyyah oleh Ibn Taimiyyah, m/s. 447 – Daar Al-Ma’rifah)

Ibnu Hajar Al-Haitami rahimahullah (salah seorang tokoh fiqh dalam mazhab Asy-Syafi’i) berkata:

الْمَيِّتُ لَا يُقْرَأُ عليه مَبْنِيٌّ على ما أَطْلَقَهُ الْمُتَقَدِّمُونَ

“Jenazah tidak boleh dibacakan Al-Qur’an ke atasnya sebagaimana keterangan yang ditetapkan oleh Al-Mutaqaddimun (ulama generasi awal).” (Al-Fatawa Al-Kubra Al-Fiqhiyyah, 2/26)

Asy-Syaikh Muhammad bin Ahmad ‘Abdus Salam melalui tulisannya, beliau menyatakan:

قال في كتاب الفقه الأكبر للإمام ملا علي القاري الحنفي (ص 115) : “ثم القراءة عند القبور مكروهة عند أبى حنيفة ومالك وأحمد رحمهم الله في رواية. لأنه محدث لم ترد به السنة” وكذلك قال شارح الإحياء

“Disebutkan di kitab Fiqh Al-Akbar oleh Mulla ‘Ali Al-Qaari Al-Hanafi:

“Membaca Al-Qur’an di kuburan adalah hal yang dibenci di sisi Abu Hanifah, Malik dan Ahmad rahimahumullah dalam satu riwayat, kerana ia adalah muhdats (perkara baru dalam agama) dan tidak warid dari sunnah.” Demikian pula yang dikatakan oleh pensyarah kitab Al-Ihyaa’.” (Hukum Al-Qira’ah ‘ala Al-Amwat dengan Tahqiq Mahmud Mahdi Al-Istabuli, m/s. 20)

Al-Imam Ibn Abil ‘Izz Al-Hanafi rahimahullah menjabarkan:

واختلف العلماء في قراءة القرآن عند القبور، على ثلاثة أقوال: هل تكره، أم لا بأس بها وقت الدفن، وتكره بعد؟ فمن قال بكراهتها، كأبي حنيفة و مالك و أحمد في رواية – قالوا: لأنه محدث، لم ترد به السنة، والقراءة تشبه الصلاة، والصلاة عند القبور منهي عنها، فكذلك القراءة. ومن قال: لا بأس بها، كمحمد بن الحسن و أحمد في رواية – استدلوا بما نقل عن ابن عمر رضي الله عنه: أنه أوصى أن يقرأ على قبره وقت الدفن بفواتح سورة البقرة وخواتمها. ونقل أيضاً عن بعض المهاجرين قراءة سورة البقرة. ومن قال: لا بأس بها وقت الدفن فقط ، وهو رواية عن أحمد – أخذ بما نقل عن عمر وبعض المهاجرين. وأما بعد ذلك، كالذين يتناوبون القبر للقراءة عنده – فهذا مكروه، فإنه لم تأت به السنة، ولم ينقل عن أحد من السلف مثل ذلك أصلاً

“Para ulama telah berselisih berkaitan hukum membaca Al-Qur’an di sisi kubur kepada tiga pendapat:

Adakah ianya dimakruhkan, tidak mengapa (yakni dibolehkan) pada waktu pengkuburan, dan dimakruhkan (dibenci) setelahnya? Adapun ulama yang mengatakan kemakruhannya adalah Abu Hanifah, Malik, dan Ahmad dalam satu riwayat. Mereka berkata:

“Kerana ianya adalah muhdats (suatu yang baru; bid’ah), tidak warid dari as-sunnah. Dan Al-Qira’ah (membaca Al-Qur’an) itu menyerupai solat, sedangkan solat di sisi kubur adalah dilarang. Maka dekimianlah juga dengan Al-Qira’ah.”

Manakala ulama yang mengatakan pembolehannya adalah seperti Muhammad bin Al-Hasan dan Ahmad dalam salah satu riwayat darinya. Mereka berdalil dengan riwayat yang dinukil dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu:

“Bahawa beliau pernah berwasiat agar dibacakan di atas kuburnya sebaik pengebumianya awal dan akhir surat Al-Baqarah.”

Dan turut dinukil dari sebahagian Muhajirin tentang membacakan surah Al-Baqarah. Adapun para ulama yang membolehkan membaca Al-Qur’an hanya pada waktu penguburan saja, maka ia dari satu riwayat dari Imam Ahmad yang mengambil riwayat yang ternukil dari ‘Umar dan sebahagian kaum Muhaajirin. Adapun pembacaan Al-Qur’an setelah itu seperti orang-orang yang bersilih-ganti membacakan Al-Qur’an di sisi kubur, maka ini adalah makruh (suatu yang dibenci), kerana perbuatan tersebut tidak ada dasarnya dalam as-sunnah, dan tidak pula dinukil satupun riwayat dari kalangan salaf amalan yang semisal itu.” (Syarh Al-‘Aqidah Ath-Thahawiyyah oleh Ibn Abil ‘Izz, m/s. 675-676)

Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) berkata:

قال ابن عَبْد البر: الوثن الصنم. يقول: لا تجعل قبري صنما يصلى إليه، ويسجد نحوه، ويعبد، فقد اشتد غضب الله على من فعل ذلك، وكان رسول الله ( يحذر أصحابه وسائر أمته من سوء صنيع الأمم قبلهم الذين صلوا في قبور أنبيائهم، واتخذوها قبلة ومسجدا، كما صنعت الوثنية بالأوثان التي كانوا يسجدون إليها ويعظمونها، وذلك الشرك الأكبر، وكان رسول الله ( يخبرهم بما في ذلك من سخط الله وغضبه، وانه مما لا يرضاه؛ خشية عليهم من امتثال طرقهم، وكان رسول الله ( يحب مخالفة أهل الكتاب وسائر الكفار، وكان يخاف على أمته اتباعهم، ألا ترى إلى قوله ( على جهة التعيير والتوبيخ: لتتبعن سنن الذين كانوا قبلكم حذو النعل بالنعل، حتى إن أحدهم لو دخل حجر ضب لدخلتموه

“Berkata Ibnu ‘Abdil Barr: Al-Watsan itu maknanya patung. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Janganlah Engkau jadikan kuburku sebagai patung/berhala yang menjadi kiblat solat, tempat bersujud, atau tempat beribadah.”

Dan Allah sangat murka kepada orang yang melakukan perkara tersebut. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri telah memberi tahdzir (peringatan) kepada para sahabat dan seluruh umatnya tentang perbuatan buruk umat-umat terdahulu, kerana mereka solat menghadap kuburan para Nabi mereka serta menjadikannya sebagai kiblat dan masjid. Sebagaimana penyembah berhala yang menjadikan berhala sebagai objek sembahan yang diagungkan. Perbuatan tersebut merupakan syirik akbar (yakni syirik besar yang mengeluarkan seseorang dari keislaman).

Dan Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam telah mengkhabarkan bahawa perbuatan tersebut mengundang kemurkaan dan kemarahan Allah Ta’ala dan Dia tidak pernah meredhainya sama sekali. Perkara tersebut disampaikan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam disebabkan beliau bimbang umatnya akan mengikuti perbuatan mereka. Dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sentiasa memperingatkan umatnya agar tidak menyerupai Ahli Kitab dan orang-orang kafir. Dan beliau juga bimbang jika umatnya akan mengikuti jejak-jejak mereka. Tidakkah engkau mengetahui sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang mengungkapkan celaan dan kemarahan:

“Benar-benar kalian (yakni dari kalangan umatnya – pent.) akan mengikuti jejak-jejak orang sebelum kalian selangkah demi selangkah; sehingga salah seorang dari mereka masuk ke lubang dhab (sejenis biawak padang pasir – pent.), nescaya kamu pun akan turut mengikutinya.” (lihat: Fathul Bari oleh Ibnu Rejab Al-Hanbali, 2/441)

Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Baz rahimahullah pernah ditanya tentang hal ini dan beliau menjawab:

القراءة عند القبور بدعة، ولا يجوز فعلها، ولا الصلاة عندها؛ لأن الرسول -صلى الله عليه وسلم- لم يفعل ذلك، ولا أرشد إليه ولا خلفاؤه الراشدون، ولأن هذا مما يفعل في المساجد والبيوت يقول -صلى الله عليه وسلم- :

“Membaca Al-Qur’an di sisi kubur adalah bid’ah, tidak boleh melakukannya, dan tidak boleh bersolat di sisinya. Ini adalah kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah melakukan yang demikian. Dan hal tersebut tidak ada petunjuknya dari para khulafaur rasyidin. Dan kerana amalan tersebut (yakni solat dan membaca Al-Qur’an) itu dilakukan ketika di masjid dan di rumah sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam…” (Klik untuk lihat selengkapnya, http://bit.ly/1L00j2y)solat di rumah bila hujan

Beliau (Syaikh Ibn Baz) juga berkata:

“Dan apa yang diriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Umar, seandainya riwayat tersebut sahih dari beliau yang mana beliau melakukannya, alasan ini tidak boleh dijadikan sebagai hujah, kerana ibadah itu diambil (yakni diterima atau ditetapkan) dari Rasul Shallallahu ‘alaihi wa Sallam atau dari Al-Qur’an. Tidak boleh berhujah dengan perkataan seorang sahabat (yakni perkataan sahabat tidak semestinya menjadi dalil atau hujah – pent.), dan tidak pula dari yang selainnya selain dari al-khulafaur rasyidin yang mana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda tentang mereka (al-khulafaur rasyidin):

“Wajib atas kalian berpegang teguh dengan sunnahku dan juga sunnah al-khulafaur rasyidin yang mendapatkan petunjuk. Gigitlah kuat-kuat sunnah tersebut walaupun dengan gigi geraham kalian.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2676. Ibnu Majah, no. 42)

Apa-apa yang datang dari al-khulafaur rasyidin boleh dijadikan pegangan selama mana tidak menyelisihi sunnah Rasul ‘alaihish Sholaatu was Salaam.

Adapun yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar atau sahabat yang lainnya dalam perkara-perkara ibadat, maka itu tidak semestinya hujah (dalil), kerana perkara ibadah adalah tauqifiyyah (terbatas pada dalil), ibadah-ibadah itu tauqifiyyah, tidak diambil melainkan dari Al-Qur’an, atau As-Sunnah yang sahih dari Rasulullah ‘alaihish sholaatu was Salaam.

Dan apa yang disebut oleh Ibnul Qayyim dan dari sebahagian ulama yang lainnya, itu tidak boleh dijadikan sandaran. Adapun yang wajib dalam bab semisal ini, hendaklah dia beri’timad (berpegang) di atas Al-Qur’an dan As-Sunnah. Dan apa-apa amalan yang menyelisihi keduanya dari amal-amal ibadah, ianya adalah bid’ah, maka tidak boleh solat di sisi kubur, dan tidak pula boleh membaca Al-Qur’an di sisi kubur, tidak boleh thawaf padanya, tidak boleh berdo’a kepada selain Allah, tidak boleh beristighotsah (memohon pertolongan) kepada penghuni kubur dengan berdoa kepada si mati.

Dan perbuatan istighotsah atau bernadzar kepada penghuni kubur, ini termasuk syirik akbar. Sedangkan berdo’a di sisi kubur atau berdo’a kepada Allah di sisi kubur (yakni dengan meyakini adanya kelebihan atau keutamaan tertentu), maka ini termasuk amalan bid’ah. Dan demikian pula dengan membaca Al-Qur’an di sisi kubur, ia adalah bid’ah.” (Klik untuk lihat selengkapnya, http://bit.ly/1L00j2y)

Asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah menjelaskan:

وأما قراءة القرآن عند زيارتها، فمما لا أصل له في السنة، بل الاحاديث المذكورة في المسألة السابقة تشعر بعدم مشروعيتها، إذ لو كانت مشروعة، لفعلها رسول الله (ص) وعلمها أصحابه، لا سيما وقد سألته عائشة رضي الله عنها – وهي من أحب الناس إليه (ص) – عما تقول إذا زارت القبور؟ فعلمها السلام والدعاء.

ولم يعلمها أن تقرأ الفاتحة أو غيرها من القرآن، فلو أن القراءة كانت مشروعة لما كتم ذلك عنها، كيف وتأخير البيان عن وقت الحاجة لا يجوز كما تقرر في علم الاصول، فكيف بالكتمان، ولو أنه (ص) علمهم شيئا من ذلك لنقل إلينا، فإذ لم ينقل بالسند الثابت دل على أنه لم يقع.

ومما يقوي عدم المشروعية قوله صلى الله عليه وسلم :  ( صحيح ) ( لا تجعلوا بيوتكم مقابر فإن الشيطان يفر من البيت الذي يقرأ فيه سورة البقرة ) فقد أشار صلى الله عليه وسلم إلى أن القبور ليست موضعا للقراءة شرعا فلذلك حض على قراءة القرآن في البيوت ونهى عن جعلها كالمقابر التي لا يقرأ فيها كما أشار في الحديث الآخر إلى أنها ليست موضعا للصلاة أيضا وهو قوله :

 ( صحيح ) ( صلوا في بيوتكم ولا تتخذوها قبورا )

 وترجم له البخاري بقوله : ( باب كراهية الصلاة في المقابر ) فأشار به إلى أنه يفيد كراهة الصلاة في المقابر فكذلك الحديث الذي قبله يفيد كراهة قراءة القرآن في المقابر ولا فرق ولذلك كان مذهب جمهور السلف كأبي حنيفة ومالك وغيرهم كراهة القراءة عند القبور وهو قول الإمام أحمد فقال أبو داود في ( مسائله )

 ( سمعت أحمد سئل عن القراءة عند القبر ؟ فقال : لا )

“Adapun membaca Al-Qur’an ketika menziarahi kuburan, sama sekali tidak memiliki asal dari As-Sunnah, malah hadis-hadis yang disebutkan pada perbahasan terdahulu menunjukkan tidak adanya pensyari’atan perkara tersebut. Seandainya ia disyari’atkan, sudah tentu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mendatangi kuburan untuk mengamalkannya dan mengajarkan kepada para sahabatnya. Lebih-lebih lagi, beliau pernah ditanya oleh ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha mengenai apa yang perlu diucapkan tatkala menziarahi kubur.

Kemudian beliau (Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) mengajarkan kepadanya (‘Aisyah) salam dan doa, dan tidak pula mengajarkan supaya membacakan Al-Fatihah atau surah-surah lain dari Al-Qur’an. Sekiranya bacaan Al-Qur’an di kubur itu disyari’atkan, sudah tentu beliau tidak akan menyembunyikan perkara tersebut dari ‘Aisyah. Tidak mungkin perkara tersebut berlaku, di mana Rasulullah tidak mungkin menyembunyikan ilmu. Dan perbuatan menangguhkan suatu penjelasan dari waktu yang diperlukan adalah suatu yang tidak seharusnya berlaku berdasarkan kaedah Ushul. Sekiranya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengajarkan perkara tersebut (membaca Al-Qur’an di kubur), nescaya akan sampai kepada kita nukilan riwayatnya. Jika tidak ada sebarang nukilan kepada kita dengan sanad yang benar dan pasti, bererti di sini menunjukkan bahawa perkara tersebut tidak pernah terjadi (yakni bukan termasuk petunjuk Nabi).

Dan apa yang lebih memperkukuh bahawa amalan tersebut tidak disyari’atkan adalah sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنْ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

“Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian sebagai kuburan, kerana sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan surah Al-Baqarah.” (Shahih Muslim, no. 780)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengisyaratkan bahawa secara syari’inya, kuburan itu bukanlah tempat untuk membaca Al-Qur’an. Oleh itu beliau menganjurkan agar memperbanyakkan membaca Al-Qur’an di rumah.

Beliau melarang menjadikan rumah seperti kuburan yang tidak dibacakan Al-Qur’an padanya. Sebagaimana diisyaratkan oleh beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di dalam hadis yang lain bahawa kuburan itu bukanlah tempat untuk solat.

Yakni sabda beliau:

صَلُّوا فِي بُيُوتِكُمْ وَلَا تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا

“Solatlah kalian di rumah-rumah kalian dan janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian sebagai kuburan.” (Shahih Muslim, no. 777)

Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah membuat judul bab dengan hadis di atas, “Bab tentang dibencinya solat di kuburan.”

Beliau rahimahullah mengisyaratkan bahawa hadis tersebut bermakna dibencinya solat di kuburan. Demikian pula hadis yang disebutkan sebelumnya juga menunjukkan dibencinya membaca Al-Qur’an di kuburan. Tidak ada perbezaan di antara keduanya. Oleh kerana itu, mazhab jumhur seperti Abu Hanifah, Malik, dan selainnya menyatakan dibencinya membaca Al-Qur’an di kuburan. Ini juga merupakan pendapat Imam Ahmad.

Kata Abu Dawud dalam Masa’ilnya, “Aku mendengar Ahmad ditanya tentang membaca Al-Qur’an di kuburan, maka beliau menjawab, tidak boleh.” (Ahkamul Jana’iz oleh Al-Albani, m/s. 191-193. Talkhis Ahkam Al-Jana’iz, m/s. 82)

Di antara Dalil-dalil yang Menguatkan Pendapat ini

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنْ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

“Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian sebagai kuburan, kerana sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan surah Al-Baqarah.” (Shahih Muslim, no. 780)

Dari hadis Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

صَلُّوا فِي بُيُوتِكُمْ وَلَا تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا

“Solatlah kalian di rumah-rumah kalian dan janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian sebagai kuburan.” (Shahih Muslim, no. 777)

Dari hadis Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

اجْعَلُوا فِي بُيُوتِكُمْ مِنْ صَلَاتِكُمْ وَلَا تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا

“Laksanakanlah solat-solat kalian di rumah-rumah kalian dan janganlah kalian jadikannya seperti perkuburan.” (Shahih Al-Bukhari, no. 432)

Dari hadis Abu Sa’id, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

كُلُّ الْأَرْضِ مَسْجِدٌ وَطَهُورٌ إِلَّا الْمَقْبَرَةَ وَالْحَمَّامَ

“Bumi ini seluruhnya adalah masjid (yakni dibolehkan untuk melaksanakan ibadah padanya), melainkan perkuburan dan tempat permandian (tandas atau bilik air – pent.).” (Musnad Ahmad, no. 11784)

Dari hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata:

فِي مَرَضِهِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسْجِدًا قَالَتْ وَلَوْلَا ذَلِكَ لَأَبْرَزُوا قَبْرَهُ غَيْرَ أَنِّي أَخْشَى أَنْ يُتَّخَذَ مَسْجِدًا

“Ketika beliau (Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) dalam keadaan sakit sambil berbaring, beliau bersabda:

“Laknat Allah ke atas orang-orang Yahudi dan Nashrani yang menjadikan perkuburan para Nabi mereka sebagai masjid (tempat beribadah).” (Shahih Al-Bukhari, no. 1330)

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَأَنْ يَجْلِسَ أَحَدُكُمْ عَلَى جَمْرَةٍ فَتُحْرِقَ ثِيَابَهُ فَتَخْلُصَ إِلَى جِلْدِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَجْلِسَ عَلَى قَبْرٍ

“Sesungguhnya jika salah seorang di antara kalian duduk di atas bara api sehingga terbakar pakaiannya lalu menembusi kulitnya, sesungguhnya itu adalah lebih baik baginya berbanding dia duduk di atas kubur.” (Shahih Muslim, no. 971)

Dari hadis ‘Abdullah (bin Mas’oud), Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

‫ إِنَّ مِنْ شِرَارِ النَّاسِ مَنْ تُدْرِكُهُ السَّاعَةُ وَهُمْ أَحْيَاءٌ ، وَمَنْ يَتَّخِذُ الْقُبُورَ مَسَاجِدَ

“Sesungguhnya termasuk seburuk-buruk manusia adalah mereka yang melihat hari Kiamat sedang mereka masih hidup, dan orang-orang yang menjadikan kuburan sebagai tempat ibadah.” (Musnad Ahmad, no. 3884. Shahih Ibn Hibban, no. 6847. Shahih Ibn Khuzaimah, no. 789)

Demikian sebahagian dari dalil-dalil yang menunjukkan bahawa perkuburan bukanlah tempat untuk beribadah, tempat untuk riyadah atau bersantai dan duduk-duduk, dan bukan juga sebagai tempat untuk membaca Al-Qur’an.

Tetapi sebaliknya, apa yang ditunjukkan dari dalil-dalil tersebut adalah supaya kita melaksanakan aktiviti ibadah seperti solat dan membaca Al-Qur’an di masjid-masjid dan di rumah-rumah kita, bukan di kuburan.

Al-Qur’an Untuk Yang Hidup

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِنْ هُوَ إِلا ذِكْرٌ وَقُرْآنٌ مُبِينٌ لِيُنْذِرَ مَنْ كَانَ حَيًّا وَيَحِقَّ الْقَوْلُ عَلَى الْكَافِرِينَ

“Al-Qur’an itu tidak lain, ia adalah peringatan dan kitab yang memberi penjelasan. Supaya menjadi peringatan UNTUK ORANG-ORANG YANG HIDUP dan sebagai perkataan yang haq ke atas orang-orang kafir.” (Surah Yasin, 36: 69-70)

Kata Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) ketika menjelaskan ayat ini:

أي: لينذر هذا القرآن البيّن كلّ حي على وجه الأرض

“Maksudnya, supaya peringatan Al-Qur’an ini menjadi bukti (penjelasan) yang nyata bagi setiap yang hidup di atas muka bumi ini.”

Beliau juga mengatakan:

وإنما ينتفع بنذارته من هو حَيّ القلب، مستنير البصيرة، كما قال قتادة: حي القلب، حي البصر. وقال الضحاك: يعني: عاقلا

“Orang yang dapat mengambil manfaat dengan peringatan dari Al-Qur’an adalah orang-orang yang hidup hatinya dan yang terang pandangannya. Sebagaimana kata Qotadah, “Hati yang hidup adalah dengan hidupnya pandangan.” Juga sebagaimana kata Adh-Dhahhak, “Iaitu orang yang berakal.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/592)

Ini menegaskan bahawa Al-Qur’an ini adalah untuk orang-orang yang hidup, iaitu untuk orang-orang yang beriman, orang yang benar pandangannya, orang yang berakal, dan mereka yang mahu mengambil pelajaran. Bukan untuk orang-orang yang telah mati.

Memahami Tujuan Menziarahi Kubur

Kata Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah:semangat sunnah

انتفاع الزائر بذكر الموت والموتى، وأن مآلهم إما إلى جنة وإما إلى نار وهو الغرض الاول من الزيارة

“Orang yang berziarah dapat mengambil manfaat dengan merenungi kematian orang-orang yang telah meninggal dunia, dan mereka pun mampu memahami bahawa tempat kembali mereka hanya Syurga atau Neraka. Demikianlah tujuan pertama menziarahi kubur.” (Rujuk: Ahkamul Jana’iz oleh Al-Albani, m/s. 188 – Maktabah Syamilah)

Di antara manfaat dan tujuan menziarahi kubur adalah bagi mengingati mati, mengingati akhirat, mengambil ‘ibrah (pelajaran), dan melembutkan hati. Manakala manfaat bagi si mati (ahli kubur), adalah mendapat salam, doa, dan istighfar dari orang yang berziarah. (lihat rincian di artikel: Adab-adab Ziarah Kubur Yang Sunnah)

Demikianlah tujuan ziarah ke perkuburan. Bukannya untuk beribadah seperti untuk melaksanakan solat di sana, mengambil berkah, memohon hajat, atau membacakan Al-Qur’an.

Wallahu a’lam.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest