Ibnu Taimiyyah: Al-Asya’irah Adalah Pondan Muktazilah

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H)
www.ilmusunnah.com

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata:

وأما الأشعرية فعكس هؤلاء وقولهم يستلزم التعطيل، وأنه لا داخل العالم ولا خارجه، وكلامه معنى واحد، ومعنى آية الكرسي وآية الدين، والتوراة، والإنجيل واحد، وهذا معلوم الفساد بالضرورة

“Al-Asy’ariyah adalah pertentangan dengan (golongan) hululiyah (golongan yang berpendapat bahawa Allah menyatu dengan makhluk). Pendapat mereka ini menimbulkan kesan atau akibat ta’thil dan (menzahirkan keyakinan) bahawa Allah tidak berada di alam semesta ini atau pun luarnya. Juga (membawa maksud) bahawa perkataan-perkataan Allah semuanya adalah satu. Sehingga makna ayat al-Kursi, ayat agama, taurat, injil adalah sama. Ini telah jelas merupakan suatu bentuk fahaman yang buruk dan batil.”

Rujuk: Majmu’ al-Fatawa, 6/310.

إنَّ الْبِدَعَ مُشْتَقَّةٌ مِنْ الْكُفْرِ وَآيِلَةٌ إلَيْهِ

“Sesungguhnya Bid’ah-bid’ah itu diambil dari kekufuran dan akan kembali kepadanya.

إنَّ الْمُعْتَزِلَةَ مَخَانِيثُ الْفَلَاسِفَةِ ؛ وَالْأَشْعَرِيَّةُ مَخَانِيثُ الْمُعْتَزِلَةِ

Sesungguhnya Al-Mu’tazilah adalah pondan falsafah dan Al-Asy’ariyah pula adalah pondan kepada Muktazilah.

وَكَانَ يَحْيَى بْنُ عَمَّارٍ يَقُولُ : الْمُعْتَزِلَةُ الْجَهْمِيَّة الذُّكُورُ وَالْأَشْعَرِيَّةُ الْجَهْمِيَّة الْإِنَاثُ

Mu’tazilah adalah Jahmiyyah Jantan manakala Al-Asy’ariyah adalah Jahmiah Betina.

وَمُرَادُهُمْ الْأَشْعَرِيَّةُ الَّذِينَ يَنْفُونَ الصِّفَاتِ الْخَبَرِيَّةَ وَأَمَّا مَنْ قَالَ مِنْهُمْ بِكِتَابِ ” الْإِبَانَةِ ” الَّذِي صَنَّفَهُ الْأَشْعَرِيُّ فِي آخِرِ عُمْرِهِ وَلَمْ يُظْهِرْ مَقَالَةً تُنَاقِضُ ذَلِكَ فَهَذَا يُعَدُّ مِنْ أَهْلِ السُّنَّة

Mereka adalah golongan Al-Asy’ariyah (pengikut Abu Al-Hasan Al-Asy’ari) yang menolak sifat-sifat Khabariyyah Allah. Namun, sebahagian dari mereka yang perkataannya bertepatan dengan kitab Al-Ibanah yang ditulis oleh (Imam Abu Al-Hasan) Al-Asy’ari di akhir-akhir umurnya, maka mereka adalah termasuk Ahlus Sunnah.

لَكِنَّ مُجَرَّدَ الِانْتِسَابِ إلَى الْأَشْعَرِيِّ بِدْعَةٌ لَا سِيَّمَا وَأَنَّهُ بِذَلِكَ يُوهِمُ حُسْنًا بِكُلِّ مَنْ انْتَسَبَ هَذِهِ النِّسْبَةَ وَيَنْفَتِحُ بِذَلِكَ أَبْوَابُ شَرٍّ

Tetapi, dengan semata-mata bernisbat kepada Al-Asy’ari adalah bid’ah, lebih-lebih lagi dengan melakukannya membawa sangkaan baik dengan semua orang yang bernisbat kepadanya dan membuka pinta kejahatan.”

Rujuk: Majmu’ al-Fatawa, 6/359-360.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest