Hukum Mengadakan Sambutan Maulid (Hari Lahir)

Rangkaian Fatwa Ulama
www.ilmusunnah.com

1, Fatwa Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz rahimahullah.

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz mengatakan:Siapa yang memulakan sambutan maulid Nabi

لا ريب أن الله سبحانه وتعالى شرع للمسلمين عيدين يجتمعون فيهما للذكر والصلاة، وهما: عيد الفطر والأضحى بدلا من أعياد الجاهلية، وشرع أعيادا تشتمل على أنواع من الذكر والعبادة كيوم الجمعة ويوم عرفة وأيام التشريق

“Tidak diragukan lagi bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mensyari’atkan bagi kaum Muslimin dua hari raya agar mereka berkumpul untuk berdzikir dan solat, iaitu ‘Idul Fitri dan ‘Idul Adha sebagai ganti dari perayaan-perayaan jahiliyah. Kemudian dari itu, Allah pun mensyari’atkan perayaan-perayaan lain yang mengandungi pelbagai bentuk dzikir dan ibadah, iaitu; Hari Juma’at, hari ‘Arafah, dan hari-hari Tasyriq.

ولم يشرع لنا سبحانه وتعالى عيدا للميلاد لا ميلاد النبي صلى الله عليه وسلم ولا غيره، بل قد دلت الأدلة الشرعية من الكتاب والسنة على أن الاحتفال بالموالد من البدع المحدثة في الدين ومن التشبه بأعداء الله من اليهود والنصارى وغيرهم ، فالواجب على أهل الإسلام ترك ذلك والحذر منه، وإنكاره على من فعله وعدم نشر أو بث ما يشجع على ذلك أو يوهم إباحته في الإذاعة أو الصحافة أو التلفاز لقول النبي صلى الله عليه وسلم في الحديث الصحيح

Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak mensyari’atkan kepada kita perayaan sempena hari kelahiran, tidak untuk kelahiran Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan tidak pula bagi kelahiran selain dari beliau. Bahkan dalil-dalil syari’at dari Al-Qur’an dan As-Sunnah telah menunjukkan bahawa sambutan hari kelahiran merupakan perbuatan bid’ah yang diada-adakan dalam urusan agama dan merupakan bentuk penyerupaan (tasyabbuh) dengan musuh-musuh Allah dari kalangan Yahudi, Nashara, dan selainnya. Maka hendaklah umat Islam meninggalkannya dan berwaspada terhadapnya serta mengingkari orang-orang yang melakukannya, dan tidak turut serta menyebarkan atau mendukung kelompok yang mempromosikannya atau yang mengisyaratkan kemubahannya dalam siaran-siaran radio, atau surat-surat khabar, ataupun televisyen.

Ini adalah berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam hadis yang sahih:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد

“Siapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kami ini yang bukan darinya, maka ianya tertolak.” (Shahih Al-Bukhari, no. 2697. Muslim, no. 1718)

وفي صحيح مسلم عن جابر رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه كان يقول في خطبة الجمعة: أما بعد فإن خير الحديث كتاب الله وخير الهدي هدي محمد صلى الله عليه وسلم وشر الأمور محدثاتها وكل بدعة ضلالة والأحاديث في هذا المعنى كثيرة

Dan sebagaimana dalam Shahih Muslim, dari hadis Jaabir radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahawa beliau bersabda di Khuthbah Al-Jumu’ah:

“Amma ba’d, bahawasanya sebaik-baik perkhabaran adalah Kitab Allah, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Sementara seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), dan setiap bid’ah adalah kesesatan.” (Shahih Muslim, no. 867)senang dengan sunnah, golongan nabi

Dan hadis-hadis yang semakna dengannya sangatlah banyak.

وفي مسند أحمد بإسناد جيد عن ابن عمر رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من تشبه بقوم فهو منهم » وفي الصحيحين عن أبي سعيد رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: لتتبعن سنن من كان قبلكم حذو القذة بالقذة وفي لفط شبرا بشبر وذراعا بذراع حتى لو دخلوا جحر ضب لدخلتموه قالوا يا رسول الله اليهود والنصارى ؟ قال فمن

Di Musnad Ahmad dengan isnad yang jayyid, dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Siapa yang tasyabbuh (menyerupai) suatu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (Sunan Abi Dawud, no. 4031)

Dalam Ash-Shahihain, dari hadis Abi Sa’id radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahawa beliau bersabda:

“Benar-benar kalian akan mengikuti sunnah-sunnah (yakni jalan hidup) orang-orang sebelum kalian setapak demi setapak…”

Dalam lafazh lain disebutkan:

“..sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta. Sehingga seandainya mereka memasuki lubang dhab (biawak padang pasir) sekalipun, tentu kalian akan mengikutinya.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah mereka itu Yahudi dan Nashara?” Beliau menjawab,”Siapa lagi (kalau bukan mereka)?” (Shahih Al-Bukhari, no. 3456. Muslim, no.  2669)

وفي هذا المعنى أحاديث أخرى كلها تدل على وجوب الحذر من مشابهة أعداء الله في أعيادهم وغيرها، وأشرف الخلق وأفضلهم نبينا محمد صلى الله عليه وسلم لم يحتفل بمولده في حياته، ولم يحتفل به أصحابه بعده رضي الله عنهم ولا التابعون لهم بإحسان في القرون الثلاثة المفضلة، ولو كان الاحتفال بمولده صلى الله عليه وسلم أو مولد غيره خيرا لسبقنا إليه أولئك الأخيار، ولعلمه النبي صلى الله عليه وسلم أمته وحثهم عليه أو فعله بنفسه، فلما لم يقع شيء من ذلك علمنا أن الاحتفال بالموالد من البدع المحدثة في الدين التي يجب تركها والحذر منها امتثالا لأمر الله سبحانه وأمر رسول الله صلى الله عليه وسلم.

Masih banyak lagi hadis-hadis lain yang semakna dengan ini, semuanya menunjukkan kewajiban agar waspada supaya jangan sampai bertasyabbuh (menyerupai) musuh-musuh Allah sama ada dalam urusan perayaan-perayaan ataupun yang lainnya. Manusia yang paling utama dan paling mulia, iaitu Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau tidak pernah merayakan hari ulang tahun kelahirannya semasa hidupnya, dan para sahabat beliau pun tidak pernah melangsungkannya, demikian pula orang-orang yang mengikuti mereka dengan kebaikan pada tiga generasi yang diutamakan. Seandainya melangsungkan hari ulang tahun kelahiran Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam atau hari ulang tahun kelahiran yang lainnya termasuk amalan yang baik, tentu mereka telah lebih dahulu merayakannya berbanding kita, dan tentunya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun telah mengajarkan amalan tersebut kepada umatnya seraya menganjurkan mereka untuk melaksanakannya atau beliau sendiri pasti akan melaksanakannya.Dalam sebuah hadis daripada Al-‘Irbadh bin Saariyah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Aku wasiatkan kalian agar bertaqwa kepada Allah, mendengar dan taat, walaupun yang memerintah kalian adalah hamba Habasyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup setelah peninggalanku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah Al-Khulafa’ Ar-Rasyidin Al-Mahdiyyin (yang mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.” [Sunan Abu Daud, no. 4607. At-Tirmidzi, no. 2676. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi dan Al-Albani]

Namun disebabkan itu tidak pernah terjadi, maka kita tahu bahawa perayaan atau sambutan sempena hari kelahiran adalah perbuatan yang bid’ah dalam urusan agama yang harus ditinggalkan dan diwaspadai. Tindakan ini adalah sebagai merealisasikan perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala dan perintah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

وذكر بعض أهل العلم أن أول من أحدث الاحتفال بالموالد هم الشيعة الفاطميون في المائة الرابعة، ثم تبعهم بعض المنتسبين إلى السنة في هذه البدعة جهلا وتقليدا لهم ولليهود والنصارى، ثم انتشرت هذه البدعة في الناس، والواجب على علماء المسلمين بيان حكم الله في هذه البدع وإنكارها والتحذير منها ، لما يترتب على وجودها من الفساد الكبير وانتشار البدع واختفاء السنن، ولما في ذلك من التشبه بأعداء الله من اليهود والنصارى وغيرهم من أصناف الكفرة الذين يعتادون مثل هذه الاحتفالات، وقد كتب أهل العلم في ذلك قديما وحديثا، وبينوا حكم الله في هذه البدع فجزاهم الله خيرا، وجعلنا من أتباعهم بإحسان.

Sebahagian ahli ilmu (yakni para ulama) menyebutkan, bahawa yang pertama kali melangsungkan hari ulang tahun kelahiran ini adalah golongan Syi’ah Fathimiyah pada tahun 400 Hijriyah, kemudian diikuti oleh sebahagian orang yang mengaku ahlus sunnah kerana kejahilan mereka dan kerana meniru golongan Syi’ah, Yahudi dan Nashara. Lalu amalan bid’ah ini pun tersebar luas. Maka hendaklah para ulama kaum Muslimin menjelaskan tentang hukum Allah berkaitan bid’ah ini, mengingkarinya dan memperingatkannya, kerana keberadaannya mengandungi kerosakan yang besar, memangkin penyebaran pelbagai bid’ah dan mematikan pelbagai sunnah, selain ia sendiri merupakan amalan yang tasyabbuh (menyerupai) musuh-musuh Allah dari kalangan Yahudi, Nashara dan golongan-golongan kafir lainnya yang terbiasa melangsungkan perayaan-perayaan seperti ini. Tidak sedikit ahli ilmu (ulama) dahulu dan kini yang telah menulis dan menjelaskan hukum Allah tentang bid’ah-bid’ah, semoga Allah membalas mereka dengan kebaikan dan semoga Allah menjadikan kita termasuk orang-orang yang mengikuti mereka dengan kebaikan.

وهذه الكلمة الموجزة أردنا بها التنبيه للقراء على هذه البدعة ليكونوا على بينة، وقد كتبت في ذلك كتابة مطولة نشرت في الصحف المحلية وغيرها غير مرة، ولا ريب أن الواجب على المسئولين في حكومتنا وفي وزارة الإعلام بوجه أخص وعلى جميع المسئولين في الدول الإسلامية منع نشر هذه البدع والدعوة إليها أو نشر ما يوهم الناس إباحتها أداء لواجب النصح لله ولعباده، وقياما بما أوجب الله من إنكار المنكر، ومساهمة في إصلاح أوضاع المسلمين وتطهيرها مما يخالف الشرع المطهر، والله المسئول بأسمائه الحسنى وصفاته العلى أن يصلح أحوال المسلمين، وأن يوفقهم للتمسك بكتابه وسنة نبيه عليه الصلاة والسلام، والحذر من كل ما يخالفهما، وأن يصلح قادتهم ويوفقهم لتحكيم شريعة الله في عباده ومحاربة ما خالفها إنه ولي ذلك والقادر عليه.

Demikian kalimat-kalimat ringan ini kami sampaikan sebagai peringatan bagi para pembaca supaya berwaspada dengan bid’ah-bid’ah tersebut, agar mereka sentiasa di atas bayyinah (dalil). Berkaitan perkara ini saya telah membuat tulisan panjang yang diterbitkan di pelagai harian tempatan dan lainnya, lebih dari sekali.

Sudah tentu, para kakitangan atau menteri-menteri pemerintahan kita, terutamanya yang di bahagian penerangan, juga para pemegang tampuk pemerintahan di negara-negara Islam lainnya, seharusnya mencegah dari tersebarnya bid’ah ini atau dari orang yang mengajak melaksanakannya atau yang mengisyaratkan kemubahannya. Ini adalah sebagai bentuk merealisasikan tugas ketaatan dan kecintaan kepada Allah, terhadap para hamba-Nya, dan sebagai bentuk pelaksanaan apa-apa yang telah diwajibkan Allah, iaitu mengingkari kemungkaran, mengambil bahagian dalam memperbaiki keadaan kaum Muslimin dan membersihkannya dari hal-hal yang menyelisihi syari’at yang suci. Hanya Alllah-lah tempat meminta dengan Asma’ Al-Husna-Nya dan sifat-sifat-Nya yang luhur. Semoga Allah memperbaiki keadaan kaum Muslimin, membimbing mereka untuk berpegang-teguh kepada Kitab-Nya dan Sunnah Nabi-Nya, serta berwaspada kepada setiap hal yang menyelisihi keduanya. Dan semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala memperbaiki para pemimpin kaum Muslimin serta membimbing mereka untuk merealisasikan syari’at Allah terhadap hamba-Nya dan memerangi orang-orang yang menyelisihinya. Sesungguhnya Dia Maha Penolong dan Maha Kuasa atas perkara tersebut.

وصلى الله وسلم على نبينا محمد وآله وصحبه.

Semoga selawat dan salam sentiasa dilimpahkan kepada Nabi kita, Muhammad, kepada keluarga dan para sahabatnya.”

Sumbur: Majmu’ Fatawa Syaikh Ibnu Baz, 4/288.

2, Fatwa Syaikh Muhammad bin Sholeh Al-‘Utsaimin rahimahullah.

Syaikh Muhammad bin Sholeh Al-‘Utsaimin ditanya:

س: هل الاحتفال بعيد الميلاد للطفل يعتبر تشبها بالغربيين الكفار، أم أنه ترويح عن النفس وإدخال السرور في قلب الطفل وأهله؟

“Adakah mengadakan sambutan ulang tahun hari kelahiran untuk anak dikira menyerupai amalan masyarakat barat yang kafir, atau ianya boleh dianggap sekadar untuk menghiburkan dan menggembirakan hati anak-anak dan keluarga?”

ج (الشيخ ابن عثيمين): الاحتفال بميلاد الطفل لا يخلو من حالين، فأما أن يكون عبادة، وإما أن يكون عادة، فإن كان عبادة فهو من البدع في دين الله، وقد ثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم التحذير من البدع وأنها من الضلال، قال صلى الله عليه وسلم: “إياكم ومحدثات الأمور، فإن كل بدعة ضلالة، وكل ضلالة في النار”.

Jawab Asy-Syaikh Muhammad bin Sholeh Al-‘Utsaimin:

“Mengadakan sambutan hari kelahiran untuk anak tidak terlepas dari dua kebarangkalian. Boleh masuk dalam kategori ibadah atau kebiasaan. Jika dianggap ibadah, maka ini merupakan perbuatan bid’ah dalam agama Allah, telah tsabit dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang tahdzir (amaran dan peringatan) dari perbuatan bid’ah bahawanya bid’ah itu adalah kesesatan, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Dan hendaklah kalian menjauhi perkara-perkara baru yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap bid’ah adalah kesesatan, dan setiap kesesatan itu di neraka.” (Sunan Abu Dawud, no. 4607. Sunan At-Tirmidzi, no. 2676. Sunan Ibnu Majah, no. 42)

وإما أن يكون من العادة، وإذا كان من العادة ففيه محذوران:

Adapun jika ianya dianggap sebagai kebiasaan, maka ada dua hal yang perlu diwaspadai:

أحدهما: اعتبار ما ليس بعيد عيدا، وهذا من التقدم بين يدي الله ورسوله صلى الله عليه وسلم، حيث أثبتا عيدا في الإسلام لم يجعله الله ورسوله عيدا، ولما قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم المدينة وجد للأنصار يومين يلعبون فيهما، ويعتبرونهما عيدا، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الله أبدلكم بخير منهما: عيد الفطر وعيد الأضحى.

Salah satu dari keduanya adalah: Menganggap sesuatu yang bukan ‘ied (perayaan) sebagai ‘ied (yakni waktu, tempat, atau peristiwa yang diingati, dimuliakan, dikenang dengan suatu acara atau sambutan tertentu – pent.). Ini termasuk mendahului Allah dan Rasul-Nya, dengan menetapkan suatu ‘ied (perayaan) dalam Islam yang tidak ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tiba di Madinah, beliau mendapati pada kaum Anshar dengan dua hari khusus yang biasa mereka ambil untuk bermain-main, dan mereka menganggapnya sebagai ‘ied, maka beliau pun bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kalian dengan yang lebih baik dari keduanya, iaitu ‘Idul Fithri dan Idul Adha.” (Sunan Abu Dawud, no. 1134)

وأما المحذور الثاني: فإن فيه تشبها بأعداء الله، فإن هذه العادة ليست من عادات المسلمين، وإنما ورثت من غيرهم، وقد ثبت عنه صلى الله عليه وسلم: “أن من تشبه بقوم فهو منهم” ثم إن كثرة السنين للمرء ليست محمودة إلا في مرضاة الله عز وجل وطاعته، فخير الناس من طال عمره وحسن عمله، وشر الناس من طال عمره وساء عمله.

Adapun bahaya yang kedua: Dalam hal ini mengandungi tasyabbuh (menyerupai) musuh-musuh Allah, kerana adat (atau kebiasaan) ini bukan berasal dari kebiasaan kaum Muslimin, sebaliknya berasal dari selain kaum Muslimin. Sesungguhnya telah tsabit dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Bahawa siapa yang tasyabbuh (menyerupai) suatu kaum maka dia termasuk sebahagian dari mereka.”

Kemudian (perlu diketahui), bahawa banyaknya tahun-tahun (masa) yang dilalui seseorang bukanlah suatu yang terpuji di sisi Allah melainkan apabila dia melalui waktu-waktu tersebut dalam keredhaan Allah ‘Azza wa Jalla dan dalam ketaatan kepada-Nya, kerana sebaik-baik manusia adalah yang panjang usianya yang baik amalnya, manakala seburuk-buruk manusia adalah yang panjang usianya namun buruk amalnya.

ولهذا كره بعض أهل العلم الدعاء بالبقاء على وجه الإطلاق، فكرهوا أن يقال للشخص: أبقاك الله، إلا على سبيل القيد، مثل أن يقول: أبقاك الله على طاعته، أو أبقاك الله على خير، أو ما أشبه ذلك. وذلك لأن البقاء قد يكون شراً للمرء فإن طول العمر مع سوء العمل والعياذ بالله شر للإنسان، وزيادة في عذابه، ووبال عليه، قال تعالى: {والذين كذبوا بآياتنا سنستدرجهم من حيث لا يعلمون وأملي لهم أن كيدي متين}. وقال سبحانه: {ولا يحسبن الذين كفروا أنما نملي لهم خيراً لأنفسهم وإنما نملي لهم ليزدادوا إثما ولهم عذاب مهين}.

Atas sebab ini, sebahagian ahli ilmu memakruhkan berdoa memohon panjang umur secara muthlaq, mereka memakruhkan doa seperti:

“Semoga Allah memanjangkan usiamu engkau…” tanpa disertai atau dibatasi dengan kalimat pengikat yang baik, misalnya seperti ucapan:

“Semoga Allah memanjangkan usia engkau dalam keadaan taat kepada-Nya…“ atau

“Semoga Allah memanjangkan usia engkau dalam kebaikan.” dan yang serupa dengannya.

Dan yang demikian ini, kerana panjangnya umur itu seringkali menjadi keburukan bagi seseorang, kerana panjang umur disertai dengan amal yang buruk, wal ‘iyadzu billaah, merupakan seburuk-buruk manusia, dan hanya akan menambahkan adzab dan keburukan baginya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

والذين كذبوا بآياتنا سنستدرجهم من حيث لا يعلمون وأملي لهم أن كيدي متين

“Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami nanti Kami akan menarik mereka dengan perlahan-lahan (ke arah kebinasaan), dengan cara yang tidak mereka ketahui. Dan Aku memberi tangguh kepada mereka. Sesungguhnya rencana-Ku amat kukuh.”(Surah Al-‘Araf, 7: 182-183)

Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

ولا يحسبن الذين كفروا أنما نملي لهم خيراً لأنفسهم وإنما نملي لهم ليزدادوا إثما ولهم عذاب مهين

“Dan janganlah sekali-kali orang kafir menyangka bahawa pemberian tangguh Kami kepada mereka adalah kebaikan bagi mereka. Sesungguhnya Kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka; dan bagi mereka adzab yang menghinakan.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 178).” (Fatawa Manar Al-Islam, 1/43 oleh Syaikh Ibn ‘Utsaimin)

Beliau juga ditanya sebagaimana tercatat dalam Majmu’ Fayawa wa Rasa’il beliau, Soalan 354:

سئل فضيلة الشيخ: عن حكم إقامة أعياد الميلاد للأولاد أو بمناسبة الزواج

“Syaikh Ibn ‘Utsaimin ditanya tentang hukum mengadakan ‘ied (yakni sambutan bagi mengenang) hari kelahiran bagi anak-anak atau dalam rangka mengingati hari pernikahan?”

Jawaban:

ليس في الإسلام أعياد سوى يوم الجمعة عيد الأسبوع، وأول يوم من شوال عيد الفطر من رمضان، والعاشر من شهر ذي الحجة عيد الأضحى، وقد يسمى يوم عرفة عيدًا لأهل عرفة وأيام التشريق أيام عيد تبعًا لعيد الأضحى. وأما أعياد الميلاد للشخص أو أولاده، أو مناسبة زواج ونحوها فكلها غير مشروعة، وهي للبدعة أقرب من الإباحة.

“Dalam Islam tidak ada ‘Ied yang lain kecuali hari Juma’at sebagai ‘Ied mingguan, hari pertama di bulan Syawal sebagai ‘Idul Fithri setelah Ramadhan, dan hari ke sepuluh di bulan Dzulhijjah sebagai ‘Iedul Adh-ha, di samping itu hari Arafah juga disebut sebagai hari raya bagi orang-orang yang berada di ‘Arafah dan hari-hari Tasyriq juga, iaitu tiga hari setelah ‘Idul Adha.

Adapun ‘Ied (sambutan) sempena mengingati kelahiran seseorang atau anak-anaknya atau dalam rangka mengenang hari pernikahannya dan seumpamanya, semua itu tidaklah disyari’atkan, ini semua lebih dekat kepada bid’ah berbanding kemubahannya.” (Majmu’ Fatawa wa Rasa’il oleh Asy-Syaikh Muhammad bin Sholeh Al-‘Utsaimin, 2/302)

3, Fatwa Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman Al-Jibrin rahimahullah.

Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman Al-Jibrin ditanya:

في بلدنا بمصر عادة وهو أن كل شخص عندما يُتم سنة من عمره يقيم حفلاً ويسمى عندنا بعيد الميلاد أو إطفاء الشمعة. وقد سمعت مؤخرًا أن ذلك غير جائز شرعًا، فهل هذا العمل لا يجوز شرعًا، وهل يجوز حضور هذه الأعياد إذا دعي إليها الشخص، أفيدوني ولكم جزيل الشكر.

“Di negara kami Mesir, ada suatu adat (kebiasaan), iaitu setiap orang ketika usianya genap dalam setiap tahun, dia pun akan mengadakan suatu sambutan (acara) yang kami sebut sebagai hari ulang tahun kelahiran atau majlis meniup llilin. Namun dalam masa terdekat ini saya mendengar bahawa amalan tersebut tidak dibolehkan menurut syari’at. Adakah amalan ini memang tidak dibenarkan oleh syari’at? Dan adakah boleh menghadiri majlis-majlis sambutan seperti ini apabila diundang seseorang? Kami mohon faedah penjelasan dan syukran.”

Maka jawab Syaikh Ibn Jibrin:

هذه عادة سيئة وبدعة منكرة ما أنزل الله بها من سلطان، فالأعياد توقيفية كالعبادات، وقد ورد في الحديث أن أهل المدينة كان لهم عيدان في الجاهلية يلعبون فيهما فأبدلهم الله بهما العيدين الشرعيين. وحيث لم يرد في الشرع ما يسمى بعيد الميلاد ولم يفعله أحد من الصحابة ولا سلف الأم، فإنه لا يجوز شرعاً الاحتفال بهذه الأعياد ولا حضورها ولا تشجيع أهلها ولا تهنئتهم ونحو ذلك مما فيه إعانة هذا المنكر أو إقرار عليه.

“Ini adalah adat (kebiasaan) yang buruk dan bid’ah yang harus diingkari. Allah tidak pernah memberi kebenaran untuk itu. Kerana ‘ied itu bersifat tauqif (berdasarkan dalil) sebagaimana ibadah. Telah warid dalam hadis, bahawa dulunya penduduk Madinah (kaum Anshar) memiliki dua hari raya pada masa jahiliyah, di mana pada kedua-dua hari itu biasanya mereka akan bermain-main (yakni hari khas setiap tahun untuk bergembira), lalu Allah menggantikan keduanya dengan dua hari raya yang disyari’atkan. Kerana di dalam syari’at tidak pernah ada istilah hari ulang tahun kelahiran dan tidak pernah pula dilakukan oleh para sahabat dan para pendahulu umat ini. Maka secara syar’inya, tidak boleh mengadakan sambutan-sambutan khas tersebut dan tidak boleh menghadirinya, tidak boleh mendukung pelakunya dan tidak boleh mengucapkan selamat kepada mereka dan hal-hal lainnya yang berupa dukungan atas penyelenggaraan kemungkaran ini atau pengakuan (persetujuan) atas amalan tersebut.” (Fatawa Islamiyah, 1/87. Himpunan Syaikh Muhammad bin ‘Abdul ‘Aziz Al-Musnad)

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest