Ringkasan Shahih al-Bukhari

Title:
Ringkasan Shahih Bukhari
(Set Lengkap: 5 Jilid)

Author:
Imam al-Bukhary

Disemak dan Diringkaskan oleh Syaikh al-Albani

Publisher:
Pustaka Azzam

Price:
RM360

Weight:
5kg

Description:

Set 5 jilid kitab ini adalah merupakan ringkasan dari kitab Shahih al-Bukhary. Disemak dan diringkaskan oleh Syaikh al-Albani. Juga diberikan sedikit komentar pada catatan kakinya oleh Syaikh al-Albani. Semoga ianya bermanfaat.

‘Allamah Ibnu al-Solah dalam kitabnya Muqaddimah ada menyebutkan, bahawa jumlah hadis Shahih al-Bukhari sebanyak 7275 buah hadis, termasuk hadis-hadis yang disebutnya berulang kali atau dihitung sebanyak 4000 buah hadis tanpa pengulangan. Perhitungan ini diikuti oleh Syaikh Muhyiddin al-Nawawi dalam kitabnya, al-Taqrib.

Selain pendapat tersebut di atas, Ibn Hajar di dalam mukadimah kitabnya yang terunggul iaitu kitab Fath al-Bari merupakan kitab syarah Shahih Bukhari, ada menyebutkan bahawa semua hadis sahih yang terkandung di dalam Sahih Bukhari tanpa hadis yang disebut berulang sebanyak 2602 buah hadis.

Sedangkan matan hadis yang mu’allaq namun marfu’, iaitu hadis sahih namun tidak diwasalkan (tidak disebutkan sanadnya secara sambung menyambung) pada tempat yang lain sebanyak 159 hadis. Semua hadis Sahih Bukhari termasuk hadis yang disebutkan berulang-ulang sebanyak 7397 buah. Hadis yang mu’allaq berjumlah 1341 buah, hadis yang muttabi’ sebanyak 344 buah hadis.

Jadi, berdasarkan perhitungan ini dan termasuk yang berulang-ulang, jumlah keseluruhannya sebanyak 9082 buah hadis. Jumlah ini di luar lingkungan hadis mauquf yang terkait dengan sahabat dan (perkataan) yang diriwayatkan dari para tabiin serta ulama sesudah mereka.

Maka Syaikh Nashiruddin al-Albani menghasilkan sebuah ringkasan Shahih al-Bukhari ini dengan mengasingkan hadits-hadits yang berulang bagi mengelakkan para pembaca terutama dari kalangan orang awam merasa bosan untuk mengkaji hadits. Justeru terhasillah kitab ini untuk memudahkan para pembaca.

Total Pages:
5 Jilid

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: [email protected] untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest