Meluruskan Sejarah Menguak Tabir Fitnah
(al-‘Awashim Minal Qowashim)

Title:
Meluruskan Sejarah Menguak Tabir Fitnah
Judul Asli: al-Awashim minal Qowashim fii Tahqiq Mawaqif ash-Shahabah ba’da Wafat an-Nabi

Author:
al-Imam al-Qadhi Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Publisher:
Pustaka Sahifa

Price:
RM60

Weight:
800g

Description:

Sebuah nama yang telah menjadikan sejarah Islam suram dan bergolak, ‘Abdullah B. Saba’ (Ibnu Saba’), seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam dengan tujuan untuk merosakkan Islam dari dalam, sebagaimana agama Nashrani juga pernah dimasuki oleh seorang Yahudi yang berpura-pura menjadi Nashrani. Lelaki terlaknat ini bergerak dalam kegelapan, bertindak mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang bodoh ke tengah-tengah kaum Muslimin. Mereka inilah yang menabur fitnah pemberontakan kepada khalifah ‘Utsman B. ‘Affan radhiyallahu ‘anhu. Akhirnya hasil perancangan ‘Ibnu Saba’ inilah Khalifah ‘Utsman telah dibunuh secara zalim dan keji.

Dalam kekecohan yang terjadi di antara para sahabat besar/utama: ‘Ali B. Abi Tholib, ‘Aisyah, az-Zubair B. al-Awwam, dan Thalhah bin Ubaidillah (rodhiyallahu ‘anhum) si Yahudi dan kelompoknya ini jugalah di antara yang mengobarkan api peperangan/pertelingkahan di antara mereka. Begitu juga dalam perselisihan yang berlaku di antara khalifah ‘Ali radhiallahu ‘anhu dengan Mu’awiyah radhiallahu ‘anhu yang telah banyak mengorbankan nyawa kaum Muslimin, manusia durjana ini dan para pengikutnyalah yang telah sekali lagi berada di sebalik peristiwa itu. Semua ini adalah kehendak Allah Subhanahu wa Ta’ala , untuk suatu hikmah yang hanya diketahui oleh-Nya. Agama Nasrani berjaya dihancurkan, tetapi terhadap Islam, hanya mampu memberi sedikit usikan yang mengakibatkan munculnya pelbagai golongan (firqah) sesat/menyimpang. Kelompok pertama yang menyimpang dalam Islam adalah khowarij, dan salah satunya adalah golongan Syi’ah Rafidhah – keduanya tidak terlepas dari penglibatan fitnah si Yahudi tersebut.

Ini adalah sebahagian kecil dari fitnah yang terjadi di tengah-tengah generasi umat Islam terbaik tersebut, ditambah lagi dengan penyimpangan yang disebabkan oleh penulisan sejarah oleh golongan yang tidak bertanggung jawab.

Maka, buku ini pun tampil ke tengah-tengah kaum Muslimin bagi menjernihkan keadaan dalam pelbagai sejarah para sahabat yang diputar-belitkan oleh musuh-musuh dalam selimut tersebut, meluruskan catatan sejarah tentang pertikaian dan fitnah yang telah terjadi sejak kewafatan Rasullullah Shalallahu ‘alaihi was Salam sehingga ke era Bani ‘Umayyah.

Buku ini ditulis oleh seorang ulama dan imam besar kaum Muslimin bernama Imam al-Qadhi Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Imam Ibnul ‘Arabi (Wafat: 543H) untuk menjelaskan sifat-sifat kemuliaan yang dimiliki oleh para sahabat Rasulullah dan mengikis serta menangkis apa yang disusupkan (berbentuk pembohongan pelbagai fakta dan sejarah) ke atas para sahabat dan kepada para tabi’in yang membantu dan mengikuti mereka dengan baik. Buku ini wajar untuk dijadikan sebagai sebuah seruan kebenaran dan penjernihan sejarah kaum Muslimin sehingga mampu membersihkan pelbagai jenis racun yang dimasukkan oleh musuh-musuh Islam yang mengakibatkan api kebencian kepada para sahabat dan para ulama generasi awal umat Islam.

AI-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi al-Maliki rahimahullah, penulis al-‘Awashim min al-Qawashim ini adalah salah seorang imam kaum Muslimin. Di antara fuqaha (ulama fiqh) dalam mazhab Imam Malik yang pelbagai pendapatnya menjadi rujukan dan pegangan serta tauladan bagi mereka. Beliau adalah salah seorang guru kepada al-Qadhi Iyadh rahimahullh (yang merupakan seorang Qadhi/imam besar juga), penulis buku asy-Syifa’ fi at-Ta’rif bi Huquq al-Musthofa, juga salah seorang syaikh Ibnu Rusyd rahimahullah seorang ulama dan ahli fiqh, ayah Abu al-Walid.

Bukunya al-‘Awashim min al-Qawashim ini adalah di antara salah sebuah buku terbaiknya, sekaligus merupakan anugerah Allah yang membersihkan pelbagai salah faham dalam sejarah umat Islam terutamanya dalam isu pertelingkahan para sahabat dari angkara Yahudi dan kaum Syi’ah. Beliau menulisnya pada tahun 536H, pada ketika beliau berada dalam fasa kematangan yang sempurna setelah kota-kota besar dibanjiri oleh karya-karyanya dan anak-anak muridnya yang menjadi imam yang dicontohi di zamannya.

Total Pages:
409 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: [email protected] untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Depositkan bayaran (bank in bayaran termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi Subandi) atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), dan sms/email kan nama serta alamat penuh anda untuk urusan penghantaran.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest