Lembutnya Dakwah Ahlus Sunnah
Title:
Lembutnya Dakwah Ahlus Sunnah
Judul asal: Rifqan Ahlas Sunnah bi Ahlis Sunnah

Author:
Syaikh ‘Abdul Muhsin al-‘Abbad al-Badr
Publisher:
Pustaka Drul Ilmi

Price:
RM14

Weight:
kurang 100gram

Description:

Ada dua perkara yang perlu saya catatkan berkaitan buku ini. Pertama, pengenalan kepada pengarang buku ini iaitu Syaikh Abdul Muhsin Al-‘Abbad Al-Badr dan kandungan buku ini seterusnya.

Syaikh Abdul Muhsin Abbad

Beliau masih beluam dikenali di tanah air kita. Pertama mungkin kerana beliau tidak pernah menziarahi Malaysia atau menerima sebarang anugerah dari pihak pemerintah negara kita seperti Yusuf al-Qaradhawi atau Dr. Wahbah az-Zuhaili. Buku-buku beliau juga belum diterjemah ke dalam bahas Melayu.

Pun begitu, di kalangan pencinta ilmu di luar negara namanya begitu masyhur. Dek kerana gah dan masyuhurnya nama beliau ini, ada di antara sahabat-sahabat di sini mendedikasikan nama anaknya sempena nama syaikh ini.

Beliau mengarang begitu banyak buku, rencana dan mengadakan banyak siri kuliah pengajian agama. Semua ini tercatat dalam biografi ringkas yang disertakan dalam naskah ini. Beliau pernah menjawat jawatan rektor Universiti Islam Madiah.

Antara ulama’ yang merekomendasi beliau sebagai guru termasuk; Al-Imam Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz rahimahullah, Syaikh Hammad al-Anshari rahimahullah, Syaikh Soleh Fauzan al-Fauzan hafidzahullah dan pakar hadith dari Yaman Syaikh Muqbil bin Hadi al-Wadi’.

Adapun Syaikh ‘Abdul Muhsin al-‘Abbad hafizahullah ini sendiri adalah di antara barisan ulama hadis paling senior di Madinah sekarang ini.

Lembutnya Dakwah Ahlus Sunnah

Kata pepatah Arab “Lembutkanlah kata-kata, nescaya ia akan melembutkan hati”.

Asal dakwah itu adalah dengan berlemah-lembut. Tegas atau berkeras perlu hanya pada situasi-situasi yang tententu dan terdesak. Sekeras dan setegar Fir’aun, Allah perintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berdakwah dengan kata-kata yang baik. Seperti yang terakam dalam Surah Toha : 43-44,

“Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampai batas (sesat), maka bicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata lemah-lembut, mudah-mudahan ia mendapat peringatan dan takut (terhadap Allah)”

Manakala Aisyah melaporkan, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah berkata:

“Sesungguhnya kelembutan tidak terdapat pada sesuatu melainkan ia akan menjadikannya indah, dan tidak dicabut dari sesuatu melainkan ia akan menjadikannya buruk.” (Sahih Muslim)

Pengarang seterunya membawakan beberapa perbincangan berkaitan kritikan (tahdzir) dan cela-mencela di kalangan orang Islam. Lebih khusus lagi ia ditujukan kepada orang Islam yang melalukan kesilapan atau tergelincir dalam memahami agama.

Tidak ada gading yang tidak retak, begitulah boleh diibaratkan kepada penuntut ilmu bahkan juga kepada mereka yang bergelar sarjana atau ulama’. Yang maksum hanya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Fenomena mengkritik dan menjatuhkan hukuman secara semberono dilihat akan merosakkan keharmonian beragama di dalam Islam.

Walaupun ringkas, buku ini sangat bermanfaat buat penuntut ilmu dan pendakwah.

Isi kandungan utama buku ini:
1 – Nikmat bertutur kata dan berbicara.
2 – sikap berburuk sangka dan mencari-cari kesalahan.
3 – Berkasih-sayang dan lemah lembut.
4 – Sikap Ahlus sunnah terhadap kesalahan ulama.
5 – Fenomena tahdzir (kritik keras), celaan, dan tohmah-mentohmah sesama ahlus sunnah dan jalan penyelesaiannya.
Untuk Siapa Buku Ini Ditulis?
Syaikh ‘Abdul Muhsin al-‘Abbad menjelaskan untuk siapa buku ini ditujukan. Syaikh ‘Abdul Muhsin al-‘abbad hafizahullah berkata:

والكتاب الذي كتبته أخيراً وهو ( رفقاً أهل السنة بأهل السنة ) لا علاقة للذين ذكرتهم في مدارك النظر بهذا الكتاب، لا علاقة للذينذكرتهم في مدارك النظر بهذا الكتاب؛ فهذا الكتاب الذي هو ( رفقاًأهل السنة بأهل السنة ) لا يعني الإخوان المسلمين، و لا يعنيالمفتونين بسيد قطب، و غيره من الحركيين، و لا يعني أيضاًالمفتونين بفقه الواقع، و النيل من الحكام، و كذلك التزهيد في العلماء، لا يعني هؤلاء، لا من قريب و لا من بعيد، وإنما يعني أهل السنةفقط، وهم الذين على طريقة أهل السنة حيث يحصل بينهم الاختلاف فينشغل بعضهم ببعض تجريحاً و هجراً و ذماً ”

“Buku yang aku tulis akhir-akhir ini iaitu Rifqan Ahlas Sunnah bi Ahlis Sunnah tidak ada kaitannya dengan apa yang telah aku sebutkan dalam kitab Madarikun Nadhar (karya ‘Syaikh ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jaza’iri). Risalahku Rifqan Ahlas Sunnah bi Ahlis Sunnah tidaklah dimaksudkan untuk Ikhwanul Muslimin, tidak pula dimaksudkan untuk orang-orang yang yang terkesan dengan pemikiran Sayyid Quthub dan selainnya dari para hizbiyyun (pentaksub kelompok-kelompok ahli bid’ah).

Tidak pula untuk orang-orang yang terkesan dengan fiqhul waqi’, para pencela pemerintah, dan orang-orang yang merendahkan para ulama, tidak dimaksudkan untuk mereka sama ada yang dekat ataupun yang jauh.

Sesungguhnya risalahku ini aku peruntukkan untuk Ahlus Sunnah sahaja! Mereka berada di atas jalan Ahlus Sunnah. Tetapi telah terjadi di tengah-tengah mereka sekarang ini perselisihan dan sibuknya mereka dengan tajrih (menjatuhkan kedudukan), hajr (memulau), dan mencela antara satu dengan lainnya.

Syaikh juga berkata:

ذكرت أن هذا الكتاب لا يعني هذه الطوائف وهذه الفرق المنحرفة عن منهج أهل السنة والجماعة وعن طريقة أهل السنة و الجماعة و إنما يعني من كان من أهل السنة مشتغلاً بغيره من أهل السنة تجريحاً و هجراً و تتبعاً للأخطاء و التحذير بسبب هذه الأخطاء و كذلك إذا حصل خلاف بين شخصين ينقسم أهل السنة إلى قسمين قسم يؤيد هذا و قسم يؤيد هذا ثم يحصل التهاجر والتقاطع بين أهل السنة في كل مكان نتيجة لهذا الاختلاف فإن هذا من أعظم المصائب و من أعظم البلاء يعني حيث يتهاجر أهل السنة و يتقاطعون بسبب خلاف بين شخص و شخص و ما قاله فلان في فلان و ما قاله في فلان و فلان و ما موقفك من فلان و إن وقفت سلمت و إن لم تقف وإن لم يكن لك موقف فإنك تكون مبتدعاً ثم يحصل التهاجر و ينقسم أهل السنة إلى هذا الانقسام الخطير هذا هذا هو هذا هو الذي يعنيه هذا الكتاب و من المعلوم أن هذا الكتاب لا يعجب الحركيين لأنهم لأن الحركيين يحبون أن ينشغل أهل السنة بعضهم ببعض حتى يسلموا منهم حتى يسلموا من أهل السنة و ذلك بانشغال بعضهم ببعض و هذا الكتاب يدعو إلى إصلاح ذات البين و أن يرفق أهل السنة بعضهم ببعض وأن يحرص بعضهم على تسديد البعض وهذا هو الذي يعنيه الكتاب وأما أهل الحركات المناهضة أو المباينة لطريقة أهل السنة فهؤلاء يعجبهم هذا الاختلاف لأنهم إذا انشغل أهل السنة بعضهم ببعض هم سلموا من أهل السنة و صار بأس أهل السنة فيما بينهم وهذا هو الذي يريدونه ” اهـ

Jadi aku katakan semula bahawa buku ini tidaklah ditujukan untuk kelompok ataupun firqah yang menyelisihi manhaj Ahlus Sunnah wal-Jama’ah ataupun jalannya Ahlus Sunnah. Bahkan buku ini ditujukan kepada kalangan Ahlus Sunnah yang mereka sibuk antara satu dengan yang lainnya sesame ahlus Sunnah dengan jarh, hajr, mencari-cari kesalahan dan mentahdzir dari manusia kerana kesalahan-kesalahan ini. Jika ada dua orang mula berselisih, mereka pun berpecah menjadi dua kelompok, kelompok yang ini berbangga diri dengan orang orang ini dan kelompok satu lagi berbangga diri dengan orang satu lagi pula. Sehingga tampak pada mereka hajr dan muqatha’ah (pemutusan hubungan) di antara satu dengan yang lainnya sesame pengikut Ahlus Sunnah di setiap tempat disebabkan adanya perselisihan ini.

Perkara ini adalah termasuk bencana dan fitnah yang paling besar. Sehingga ahlus Sunnah akan terpecah-belah berdasarkan pernyataan ketidak-sepakatan di antara orang ini dan orang itu, “Apa yang fulan katakana tentang fulan dan fulan!” atau, “Bagaimana sikapmu terhadap fulan dan fulan!?” Jika jawabanmu seiring dengan pendapat mereka, maka kamu akan selamat. Dan jika kamu tidak memiliki pendapat, maka kamu akan dilabel dengan sebutan mubtadi’. Hajr akan dipraktikkan dan Ahlus Sunnah akan terpecah-belah menjadi kelompok-kelompok yang berbahaya.

Inilah yang melatar-belakangi maksud penulisan buku ini. Telah diketahui bersama bahawa buku ini tidaklah menyeru harakiyyin (pergerakkan parti-parti politik), dan perkara ini kerana buku ini disukai oleh mereka. Harakiyyun senang sekiranya Ahlus Sunnah sibuk antara satu dengan yang lainnya (saling bercakaran), sehingga mereka merasa selamat dari Ahlus Sunnah. Dan perkara ini disebabkan kita menyibukkan diri (bercakaran) antara sesame ahlus sunnah.

Buku ini menyerukan ishlah (pembaikan) tentang perkara-perkara yang sedang melanda kita supaya kita lebih berlemah-lembut sesame kita, dan kita mampu untuk memperbaiki di antara satu dengan yang lainnya. Ini terbetik dalam fikiranku tentang latar belakang penulisan buku ini. Tetapi mereka dari kalangan harakiyyun dan hizbiyyun yang jelas-jelas menyelisihi jalan Ahlus Sunnah, mereka sangat bergembira dengan perselisihan yang berlaku di antara kita. Kerana ketika Ahlus Sunnah sibuk (bercakaran) sesame sendiri.

Jadi, perpecahan dan prselisihan di antara ahlus Sunnah inilah yang mereka kehendaki.”

Rujuk:

http://alrbanyon.yoo7.com/t9166-topic

http://www.fatwa1.com/anti-erhab/hezbeh/abb_refqan.rm

http://www.al-sunna.net/articles/file.php?id=4604

Total Pages:
116

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: [email protected] untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest