Buku Putih – Sheikh Abdul Qadir al-Jilani


Nama Buku:
Buku Putih – Sheikh abdul Qadir al-Jilani

Penulis:
Sheikh Dr. Sa’id bin Musfir al-Qahthani

Terbitan:
Darul Falah

Harga:
RM65

Berat:
800gram

Berkaitan Buku:

Sheikh Abdul Qadir al-Jilani merupakan seorang ulama yang sangat terkenal namanya, khususnya di kalangan ahli tarekat/sufi. Di luar kalangan ahli tarekat pun namanya sangat harum disebut-sebut. Kebanyakan ulama yang hidup sezaman turut berguru dan mebnghadiri kuliah-kuliahnya. Hal ini menjelaskan dan menggambarkan serba sedikit betapa besarnya keilmuan beliau.

Beliau terkenal dengan akhlaknya yang sangat mulia. Seorang yang zuhud dan ahli ibadah. Beliau juga terkenal dengan kefasihannya, hujah-hujahnya yang kuat, kata-katanya yang menyentuh kalbu. Sehingga ramai orang yang bertaubat setelah mendengar khutbah beliau.

Terdapat beberapa karamah pada dirinya sebagaimana yang diakui sendiri oleh beberapa ulama besar ahlus sunnah. Tetapi tidak jarang juga ada yang dilebih-lebihkan oleh pengikut, murid, atau orang kebanyakan yang terpesona oleh karisma beliau dengan tanpa rasa tanggungjawab. Sehingga menjadikan beliau seakan-akan seorang yang maksum dan didewa-dewakannya lantas membuahkan syirik.

Pengarang buku ini (Dr. Sa’id bin Musfir) adalah bertujuan memberi penilaian semula akan pelbagai perkara yang berkaitan dengannya atas nama membersihkan semula namanya berdasarkan sumber-sumber rujukan yang sebenar dan terpercaya. Buku ini asalnya adalah merupakan risalah ilmiyah beliau untuk memperolehi gelaran doktor dari Universiti Ummul Qura, Makkah al-Mukarramah, Fakulti Dakwah & Usuluddin, Program Pengajian Aqidah. Dan melaluinya beliau juga telah berjaya memperolehi nilai cum laude.

Buku ini menghadirkan Sheikh Abdul Qadir al-Jailani dari sudut perspektif aqidah ahlus sunnah wal jama’ah. Ia membawakan suatu fakta yang cukup-cukup ilmiyah berkenaan siapa sebenarnya ulama ini (Sheikh Abdul Qadir). Buku ini amat bermakna kepada sesiapa yang ingin mengenali Abdul Qadir Jailani dengan lebih jelas dan detail yang mana sekaligus membuktikan bahawa beliau adalah salah seorang yang bermazhab ahlus sunnah dan bukannya orang tarekat atau sufi.

Jumlah Muka Surat:
545

Hubungi:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: [email protected] untuk urusan tempahan atau pembelian.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest