Adab Masuk dan Keluar Masjid
Menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

masjid-raya

Termasuk tanda orang-orang yang beriman adalah dia tetap menjaga kewajiban-kewajibannya kepada Allah dan dia memakmurkan masjid-masjid Allah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

“Adalah yang tetap memakmurkan masjid-masjid Allah itu hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, serta tetap menegakkan solat, menunaikan zakat dan dia tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah At-Taubah, 9: 18)

Dari hadis Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا رَأَيْتُمُ الرَّجُلَ يَعْتَادُ المَسْجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالإِيمَانِ»، قَالَ اللَّهُ تَعَالَى: {إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ} [التوبة: 18]

“Apabila engkau melihat seorang lelaki biasa ke masjid, maka saksikanlah dia termasuk orang yang beriman. Allah Ta’ala berfirman (maksudnya), “Adalah yang tetap memakmurkan masjid-masjid Allah itu hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat..”.” (Tafsir Ibn Katsir, 4/119)

Di antara cara memakmurkan masjid-masjid Allah adalah dengan melaksanakan dan menegakkan solat-solat berjama’ah padanya.

‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhu berkata:

لَقَدْ رَأَيْتُنَا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنِ الصَّلَاةِ إِلَّا مُنَافِقٌ قَدْ عُلِمَ نِفَاقُهُ، أَوْ مَرِيضٌ، إِنْ كَانَ الْمَرِيضُ لَيَمْشِي بَيْنَ رَجُلَيْنِ حَتَّى يَأْتِيَ الصَّلَاةِ»، وَقَالَ: «إِنْ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَّمَنَا سُنَنَ الْهُدَى، وَإِنَّ مِنْ سُنَنَ الْهُدَى الصَّلَاةَ فِي الْمَسْجِدِ الَّذِي يُؤَذَّنُ فِيهِ

“Tidaklah pernah kami melihat dari orang-orang yang meninggalkan solat (jama’ah) melainkan dia munafiq yang telah jelas kemunafikannya. Atau kerana sakit, jika dia sakit dia berjalan dengan dipapah di antara dua orang sampailah dia datang untuk solat.

Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengajar kepada kami Sunan Al-Huda, dan termasuk Sunan Al-Huda itu adalah solat di masjid yang dikumandangkan adzan padanya.” (Shahih Muslim, no. 654)

Di lafaz yang lain:

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَلْقَى اللهَ غَدًا مُسْلِمًا، فَلْيُحَافِظْ عَلَى هَؤُلَاءِ الصَّلَوَاتِ حَيْثُ يُنَادَى بِهِنَّ، فَإِنَّ اللهَ شَرَعَ لِنَبِيِّكُمْ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُنَنَ الْهُدَى، وَإِنَّهُنَّ مَنْ سُنَنَ الْهُدَى، وَلَوْ أَنَّكُمْ صَلَّيْتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ كَمَا يُصَلِّي هَذَا الْمُتَخَلِّفُ فِي بَيْتِهِ، لَتَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ

“Siapa yang gembira untuk bertemu Allah dalam keadaan muslim, maka jagalah solat-solat ini (yakni solat jama’ah) di saat dia diseru untuk melaksanakannya. Kerana Allah telah mensyari’atkan bagi Nabi kalian Shallallahu ‘alaihi wa Sallam Sunan Al-Huda (jalan hidup di atas petunjuk). Solat jama’ah tersebut adalah sebahagian dari Sunan Al-Huda.

Kalau seandainya kalian masih tetap solat di rumah-rumah kalian sebagaimana kebiasaan orang-orang yang meremehkannya, bermakna kalian telah meninggalkan sunnah (ajaran) Nabi kalian.” (Shahih Muslim, no. 654)

Demikianlah tidak seharusnya kita meremehkan hal ini, berupa ajaran Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bahkan harus menjadi motivasi buat kita untuk tetap istiqomah menghidupkan rumah-rumah Allah di mana pun kita berada. Seiring dengan itu, pada memakmurkan masjid-masjid Allah itu juga terdapat adab-adab yang disunnahkan untuk kita terapkan di setiap kali keluar atau masuk kepadanya.

Alhamdulillah, berikut dikongsikan sebahagian dari hadis-hadis berkaitan adab-adab dan sunnah-sunnah masuk dan keluar dari masjid yang dimaksudkan. Semoga bermanfaat buat sahabat-sahabat yang membaca, dan menjadi amal yang berpahala dari sisi Allah.

Alhamdulillah, berikut dikongsikan sebahagian dari hadis-hadis berkaitan adab-adab dan sunnah-sunnah masuk dan keluar dari masjid. Semoga bermanfaat buat sahabat-sahabat yang membaca, dan menjadi amal yang berpahala dari sisi Allah.

1, Dengan Niat yang Baik.

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ أَتَى الْمَسْجِدَ لِشَيْءٍ فَهُوَ حَظُّهُ

“Sesiapa yang mendatangi masjid untuk sesuatu, maka dia akan mendapatkan bersesuaian dengan niatnya.” (Sunan Abi Dawud, no. 472. Bab: Keutamaan duduk di Masjid)

2, Berwudhu’ Sebelum Berangkat ke Masjid.

Dari hadis Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ مُتَطَهِّرًا إِلَى صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْحَاجِّ الْمُحْرِمِ، وَمَنْ خَرَجَ إِلَى تَسْبِيحِ الضُّحَى لَا يَنْصِبُهُ إِلَّا إِيَّاهُ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْمُعْتَمِرِ

“Siapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan suci menuju masjid untuk solat fardhu, maka pahalanya seperti pahala seorang haji yang muhrim (berihram), dan siapa yang keluar untuk solat dhuha yang dia tidak berganjak melainkan untuk itu, maka pahalanya seperti pahala orang yang ‘umrah.” (Sunan Abi Dawud, no. 558. Dinilai hasan oleh Al-Albani)

Hadis daripada ‘Utsman, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ تَوَضَّأَ هَكَذَا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ، وَكَانَتْ صَلَاتُهُ وَمَشْيُهُ إِلَى الْمَسْجِدِ نَافِلَةً

“Sesiapa yang berwudhu’ seperti ini (seperti wudhu’nya Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu, dan solat serta langkahnya menuju masjid akan dihitung sebagai naafilah (amal kebaikan).” (Shahih Muslim, no. 229)

Dari hadis Salman radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ تَوَضَّأَ فِي بَيْتِهِ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ أَتَى الْمَسْجِدَ فَهو زَائِرُ اللَّهِ، وَحَقٌّ عَلَى الْمَزُورِ أَنْ يُكْرِمَ الزَّائِرَ

“Sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya lalu memperbaiki wudhu’nya, kemudian mendatangi masjid maka dia adalah tetamu Allah. Dan haq atas yang diziarahi adalah memuliakan tamunya.” (Al-Mu’jam Al-Kabir, no. 6139. Dinilai hasan oleh Al-Albani)

3, Mengenakan pakaian yang baik dan syar’i.

Sebagaimana firman Allah Ta’ala:

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ

“Wahai bani Adam, pakailah pakaianmu yang indah pada setiap memasuki masjid.” (Surah Al-A’raaf, 7: 31)

Ini adalah kerana kaum musyrikin Makkah dahulu, mereka berthawaf di Ka’bah dalam keadaan telanjang tidak berpakaian. Maka, hendaklah kaum muslimin meninggalkan sikap seperti mereka dengan memperindahkan pakaian ketika ke masjid, iaitu berpakaian secara syar’i, yang menutup aurat, yang tidak menggambarkan bentuk tubuh (aurat), dan tidak pula menampakkan warna kulit. Kerana sebahagian ulama ada yang menjelaskan apabila seseorang itu berpakaian, namun tidak mengikuti syarat-syaratnya, maka pada hukumnya sebenarnya dia masih bertelanjang.

Kemudian, Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) ada berkata:

وعن أشهب فيمن اقتصر على الصلاة في السراويل مع القدرة يعيد في القوت إلا إن كان صفيقا

“Dan daripada Asyhab, bahawa orang yang mencukupkan diri pada solat dengan memakai seluar (yang ketat) sedangkan dia punya kemampuan memakai pakaian yang tidak ketat, maka dia wajib mengulang solatnya pada ketika itu juga, melainkan jika dia sudah tidak punya rasa malu.” (Fathul Bari, 1/476)

Termasuk dalam makna ayat Allah tersebut adalah disunnahkan agar berhias ketika hendak melaksanakan solat, lebih-lebih lagi ketika hari Juma’at dan hari ‘Ied. Dan termasuk padanya adalah dengan mengenakan wangi-wangian (bagi lelaki) dan bersiwak ketika hendak ke masjid dan melaksanakan solat. (Lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 3/405-406)

Lihat juga artikel dengan judul, Sunnah Berwangi-wangian Bagi Lelaki.

4, Tidak membawa bau yang tidak disenangi.

Daripada Ibnu ‘Umar, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ أَكَلَ مِنْ هَذِهِ الْبَقْلَةِ فَلَا يَقْرَبَنَّ مَسَاجِدَنَا، حَتَّى يَذْهَبَ رِيحُهَا يَعْنِي الثُّومَ

“Sesiapa yang makan sayuran ini, maka janganlah dia mendekati masjid-masjid kami sampailah baunya hilang.” Yakni bawang putih.” (Shahih muslim, no. 561)

Dari hadis Jaabir, beliau berkata:

نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَكْلِ الْبَصَلِ وَالْكُرَّاثِ، فَغَلَبَتْنَا الْحَاجَةُ، فَأَكَلْنَا مِنْهَا، فَقَالَ: «مَنْ أَكَلَ مِنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ الْمُنْتِنَةِ، فَلَا يَقْرَبَنَّ مَسْجِدَنَا، فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ تَأَذَّى، مِمَّا يَتَأَذَّى مِنْهُ الْإِنْسُ

“Rasulullah melarang (yakni membenci) dari memakan bawang merah dan bawang putih. Lalu ada suatu keperluan yang membuatkan kami memakannya. Maka beliau bersabda:

“Sesiapa yang makan tumbuhan yang berbau (busuk) ini, maka janganlah dia mendekati masjid kami, kerana para malaikat terganggu dari apa-apa (bau) yang membuatkan manusia terganggu dengannya.” (Shahih Muslim, no. 563)

Dari Jaabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ أَكَلَ الْبَصَلَ وَالثُّومَ وَالْكُرَّاثَ فَلَا يَقْرَبَنَّ مَسْجِدَنَا، فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ تَتَأَذَّى مِمَّا يَتَأَذَّى مِنْهُ بَنُو آدَمَ

“Siapa yang makan bawang merah, bawang putih, dan yang sejenisnya, maka jangalah dia mendekati masjid kami, kerana para malaikat terganggu dari apa-apa (bau) yang mengganggu keturunan Adam.” (Shahih Muslim, no. 564)

Abu Ayyub Al-Anshaari radhiyallahu ‘anhu berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أُتِيَ بِطَعَامٍ أَكَلَ مِنْهُ، وَبَعَثَ بِفَضْلِهِ إِلَيَّ، وَإِنَّهُ بَعَثَ إِلَيَّ يَوْمًا بِفَضْلَةٍ لَمْ يَأْكُلْ مِنْهَا، لِأَنَّ فِيهَا ثُومًا، فَسَأَلْتُهُ: أَحَرَامٌ هُوَ؟ قَالَ: لَا، وَلَكِنِّي أَكْرَهُهُ مِنْ أَجْلِ رِيحِهِ»، قَالَ: فَإِنِّي أَكْرَهُ مَا كَرِهْتَ

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila diberikan makanan, beliau pun makan darinya, dan memberikan sebahagiannya kepadaku. Suatu hari beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberikan makanan kepadaku tanpa beliau makan darinya, kerana padanya terdapat bawang putih. Lalu aku bertanya kepada beliau:

“Adakah ia diharamkan?” Jawab beliau:

“Tidak, tetapi aku membencinya disebabkan baunya.” (Abu Ayyub) pun berkata berkata:

“Sesungguhnya aku membenci apa-apa yang engkau benci.” (Shahih Muslim, no. 2053)

Dalam Shahih Muslim diriwayatkan bahawa ‘Umar pernah berkhuthbah pada hari Juma’at, dan beliau berkata (antaranya):

لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِذَا وَجَدَ رِيحَهُمَا مِنَ الرَّجُلِ فِي الْمَسْجِدِ، أَمَرَ بِهِ فَأُخْرِجَ إِلَى الْبَقِيعِ، فَمَنْ أَكَلَهُمَا فَلْيُمِتْهُمَا طَبْخًا

“… Sungguh aku pernah melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila mendapati bau bawang merah dan bau bawang putih pada diri seseorang di masjid, maka beliau akan memerintahkan agar orang tersebut dikeluarkan ke Baqii’. Maka sesiapa yang mahu memakan (dari dua jenis ini), hendaklah dia hilangkan baunya dengan cara memasaknya.” (Shahih Muslim, no. 567)

5, Berjalan ke Masjid dengan Tenang.

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu; Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلاَةُ، فَلاَ تَأْتُوهَا تَسْعَوْنَ، وَأْتُوهَا تَمْشُونَ، عَلَيْكُمُ السَّكِينَةُ، فَمَا أَدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا، وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا

“Apabila iqamah untuk solat telah dikumandangkan, maka janganlah kalian mendatanginya dengan tergesa-gesa (yakni mempercepatkan jalan atau dengan berlari), tetapi datangilah dengan berjalan seperti biasa, hendaklah kalian tetap tenang. Lalu apa yang kalian dapati maka solatlah, dan apa yang kalian terluput darinya maka sempurnakanlah.” (Shahih Al-Bukhari, no. 908. Muslim, no. 602)

Abu Qatadah radhiyallahu ‘anhu, daripada ayahnya, beliau berkata:

“Ketika kami solat bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau mendengar suara riuh-rendah orang ramai. Maka setelah selesai, beliau pun bertanya:

مَا شَأْنُكُمْ؟

“Apa yang berlaku pada kalian?”

Mereka menjawab:

اسْتَعْجَلْنَا إِلَى الصَّلاَةِ

“Kami tergesa-gesa mendatangi solat.”

Beliau pun bersabda:

فَلاَ تَفْعَلُوا إِذَا أَتَيْتُمُ الصَّلاَةَ فَعَلَيْكُمْ بِالسَّكِينَةِ، فَمَا أَدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا وَمَا فَاتَكُمْ فَأَتِمُّوا

“Janganlah kalian lakukan seperti itu. Jika kalian mendatangi solat, maka datanglah dengan tenang, apa yang kalian dapatkan dari solat maka ikutilah, dan apa yang kalian terluput maka sempurnakanlah.” (Shahih Al-Bukhari, no. 635)

6, Tetap Berusaha ke Masjid Walau Dalam Kegelapan Malam dan Keutamaannya.

Dari hadis Abu Hurairah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ غَدَا إِلَى المَسْجِدِ وَرَاحَ، أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ نُزُلَهُ مِنَ الجَنَّةِ كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ

“Siapa yang pergi ke masjid di waktu pagi atau di waktu petang, Allah menyediakan baginya suatu tempat persinggahan di Syurga setiap kali dia pergi di waktu pagi dan petang.” (Shahih Al-Bukhari, no. 662)

Daripada Buraidah Al-Aslami, daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda:

بَشِّرِ الْمَشَّائِينَ فِي الظُّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّورِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Sampaikanlah berita gembira untuk orang-orang yang sering berjalan di kegelapan malam menuju masjid dengan balasan cahaya yang sempurna di hari kiamat.” (Sunan Abi Dawud, no. 561. At-Tirmidzi, no. 223)

7, Tidak disukai perbuatan berpindah-pindah masjid.

Ini sebagaimana hadis daripada Ibnu ‘Umar, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لِيُصَلِّ الرَّجُلُ فِي المَسْجِدِ الَّذِي يَلِيهِ وَلاَ يَتَّبِعِ المَسَاجِدَ

“Hendaklah seorang lelaki itu solat di masjid yang paling dekat dengannya dan janganlah dia berpindah-pindah masjid.” (Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 9587. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

8, Jika solat di masjid dengan memakai kasut.

Dari hadis Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْمَسْجِدِ فَلْيَنْظُرْ: فَإِنْ رَأَى فِي نَعْلَيْهِ قَذَرًا أَوْ أَذًى فَلْيَمْسَحْهُ وَلْيُصَلِّ فِيهِمَا

“Apabila salah seorang daripada kalian datang ke masjid, maka perhatikanlah, jika dia melihat di kasutnya ada najis atau kotoran maka bersihkanlah (dengan mengusapkannya pada tanah), dan solatlah dengan sepasang kasutnya tersebut.” (Sunan Abi Dawud, no. 650)

Hadis ini menunjukkan disunnahkan agar solat dengan tetap memakai kasut jika lantai masjid adalah dari tanah sebagaimana masjid-masjid di zaman Nabi dan para sahabat.

Dan dari hadis ini juga menujukkan agar pakaian untuk solat itu mestilah bersih dari sebarang najis.

9, Masuk ke Masjid dengan Kaki Kanan.

Dari hadis Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau berkata:

مِنَ السُّنَّةِ إِذَا دَخَلْتَ الْمَسْجِدَ أَنْ تَبْدَأَ بِرِجْلِكَ الْيُمْنَى، وَإِذَا خَرَجْتَ أَنْ تَبْدَأَ بِرِجْلِكَ الْيُسْرَى

“Sebahagian dari sunnah adalah apabila engkau memasuki masjid hendaklah engkau mulakan dengan kaki yang kanan. Dan apabila engkau keluar dari masjid, maka engkau mulakan dengan kakimu yang kiri.” (Al-Mustadrak Al-Hakim, no. 791)

Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H) telah membuat dalam Shahih-nya:

بَابُ التَّيَمُّنِ فِي دُخُولِ المَسْجِدِ وَغَيْرِهِ

“Bab mendahulukan yang kanan pada memasuki masjid dan selainnya.”

Kemudian beliau mengemukakan satu atsar:

وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ: يَبْدَأُ بِرِجْلِهِ اليُمْنَى فَإِذَا خَرَجَ بَدَأَ بِرِجْلِهِ اليُسْرَى

“Bahawasanya Ibnu ‘Umar (apabila masuk ke masjid), beliau mendahulukan kaki kanannya, maka apabila keluar, beliau mendahulukan kaki kirinya.”

Lalu kemudian beliau membawakan satu hadis daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau (‘Aisyah) berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحِبُّ التَّيَمُّنَ مَا اسْتَطَاعَ فِي شَأْنِهِ كُلِّهِ، فِي طُهُورِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَتَنَعُّلِهِ

“Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam suka mendahulukan yang kanan dalam setiap perbuatannya; seperti ketika bersuci, berhias dan memakai kasut.” (Shahih Al-Bukhari, no. 426)

10, Mengucapkan Salam kepada Orang yang ada di Masjid.

Daripada Naafi’, beliau mendengar ‘Abdullah bin ‘Umar berkata:

خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى قُبَاءَ يُصَلِّي فِيهِ، قَالَ: فَجَاءَتْهُ الْأَنْصَارُ، فَسَلَّمُوا عَلَيْهِ وَهُوَ يُصَلِّي، قَالَ: ” فَقُلْتُ لِبِلَالٍ: كَيْفَ رَأَيْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرُدُّ عَلَيْهِمْ حِينَ كَانُوا يُسَلِّمُونَ عَلَيْهِ وَهُوَ يُصَلِّي؟ قَالَ: يَقُولُ هَكَذَا، وَبَسَطَ كَفَّهُ، وَبَسَطَ جَعْفَرُ بْنُ عَوْنٍ كَفَّهُ، وَجَعَلَ بَطْنَهُ أَسْفَلَ، وَجَعَلَ ظَهْرَهُ إِلَى فَوْقٍ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam keluar menuju Qubaa’ lalu solat di sana. Maka datanglah sekelompok orang-orang Anshar lalu mengucapkan salam kepadanya, sedangkan beliau sedang melaksanakan solat.”

‘Abdullah (Ibn ‘Umar) berkata:

“Aku bertanya kepada Bilal, “Bagaimana engkau melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab salam ketika mereka mengucapkan salam, sedangkan beliau sedang solat.”

Kata ‘Abdullah (Ibn ‘Umar), “Bilal menjawab, seperti ini.” beliau seraya membuka telapak tangannya. Dan Ja’far bin ‘Aun (salah seorang perawi hadis ini pun menjelaskan) membuka telapak tangannya dan menjadikan perut telapak tangan di bawah, sedangkan punggung telapak tangannya di atas.” (Sunan Abi Dawud, no. 927. Bab: Menjawab salam ketika solat)

Daripada Naafi’, beliau berkata:

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ مَرَّ عَلَى رَجُلٍ وَهُوَ يُصَلِّي فَسَلَّمَ عَلَيْهِ فَرَدَّ الرَّجُلُ كَلَامًا فَرَجَعَ إِلَيْهِ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ فَقَالَ لَهُ إِذَا سُلِّمَ عَلَى أَحَدِكُمْ وَهُوَ يُصَلِّي فَلَا يَتَكَلَّمْ وَلْيُشِرْ بِيَدِهِ

“Bahawasanya ‘Abdullah bin ‘Umar melewati seseorang yang sedang solat. Lalu dia mengucapkan salam kepada orang tersebut. Orang tersebut pun menjawabnya dengan ucapan. Maka ‘Abdullah bin ‘Umar kembali kepada orang tersebut dan berkata:

“Jika ada salah seorang di antara kalian diberi salam, sedangkan kalian dalam keadaan solat, maka janganlah berbicara. Dan hendaklah memberikan isyarat dengan tangannya.” (Muwaththa’ Al-Imam Malik, no. 583)

11, Berusaha mendapatkan saf pertama.

Dari hadis Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الأَوَّلِ، ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لاَسْتَهَمُوا، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لاَسْتَبَقُوا إِلَيْهِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي العَتَمَةِ وَالصُّبْحِ، لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

“Kalaulah orang-orang tahu apa yang terdapat pada seruan (azan) dan barisan (saf) pertama kemudian mereka tidak mendapatkan cara untuk meraihnya melainkan dengan cara melakukan undian, nescaya mereka akan mengadakannya. Dan kalaulah mereka tahu apa yang terdapat dalam segera menuju solat, nescaya mereka akan berlumba-lumba. Dan kalaulah mereka mengetahui apa yang terdapat pada solat Isya’ dan Subuh, nescaya mereka akan mendatangi keduanya walaupun terpaksa dengan merangkak.” (Shahih al-Bukhari, Bab: Saf yang awal, no. 721. Shahih Muslim, no. 437)

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) menegaskan:

“Sesiapa yang datang ke masjid lebih awal berbanding yang lainnya tetapi dia tidak memilih saf yang pertama, bererti dia telah menyalahi syari’at. Jika keadaan itu ditambah lagi dengan buruknya solat, berlebihan dalam berbicara (berbual-bual), atau mengucapkan perkataan-perkataan yang dibenci atau diharamkan, juga hal-hal lain yang perlu dihindarkan dari masjid, maka dia dianggap sebagai orang yang tidak menghormati syari’at dan telah keluar dari batas-batas ketaatan kepada Allah yang telah disyari’atkan.” (Ibnu Taimiyah, Majmu’ al-Fatawa, 22/262)

Dari hadis Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى فِي أَصْحَابِهِ تَأَخُّرًا فَقَالَ لَهُمْ: «تَقَدَّمُوا فَأْتَمُّوا بِي، وَلْيَأْتَمَّ بِكُمْ مَنْ بَعْدَكُمْ، لَا يَزَالُ قَوْمٌ يَتَأَخَّرُونَ حَتَّى يُؤَخِّرَهُمُ اللهُ

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah melihat keterlambatan pada sahabat-sahabatnya (untuk mendatangi saf-saf solat), maka beliau pun bersabda kepada mereka:

“Majulah kalian dan ikutilah aku, dan hendaklah orang-orang yang setelah kalian mengikuti kalian. Tidaklah suatu kaum yang sentiasa terlambat, sampailah Allah pun akan melambatkan mereka.” (Shahih Muslim, no. 438)

Kata Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

وقوله صلى الله عليه و سلم لا يزال قوم يتأخرون أي عن الصفوف الأول حتى يؤخرهم الله تعالى عن رحمته أو عظيم فضله ورفع المنزلة وعن العلم ونحو ذلك

“Sabda Nabi, “Tidaklah suatu kaum yang sentiasa terlambat, sampailah Allah pun akan melambatkan mereka…”

yakni lambat untuk memenuhi saf-saf yang pertama, sampailah Allah Ta’ala pun melambatkan mereka dari rahmat-Nya, fadhilat yang besar, dilambatkan dari diangkat kedudukan, dan dilambatkan dari ilmu serta yang seumpama dengannya.” (Syarh Shahih Muslim, 4/159)

Adapun saf bagi wanita, maka sebagaimana hadis berikut daripada Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا، وَشَرُّهَا آخِرُهَا، وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا، وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا

“Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang paling hadapan dan seburuk-buruknya adalah yang paling belakang. Dan sebaik-baik saf wanita pula adalah yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah yang paling hadapan.” (Shahih Muslim, no. 440)

12, Tidak Meletakkan Barang Di Sebelah Kanan Atau Kiri Sehingga Menggangu Orang di Saf Sebelah.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فَلَا يَضَعْ نَعْلَيْهِ عَنْ يَمِينِهِ، وَلَا عَنْ يَسَارِهِ، فَتَكُونَ عَنْ يَمِينِ غَيْرِهِ، إِلَّا أَنْ لَا يَكُونَ عَنْ يَسَارِهِ أَحَدٌ، وَلْيَضَعْهُمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ

“Apabila salah seorang di antara kalian hendak melaksanakan solat, janganlah dia meletakkan kasutnya di sisi kanan atau kirinya sehingga mengambil sisi kanan orang lain, melainkan jika di sisi kirinya tidak ada orang yang menempatinya, tetapi hendaklah dia meletakkannya di antara kedua kakinya.” (Sunan Abi Dawud, no. 654. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Dalam riwayat yang lain;

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فَخَلَعَ نَعْلَيْهِ فَلَا يُؤْذِ بِهِمَا أَحَدًا، لِيَجْعَلْهُمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَوْ لِيُصَلِّ فِيهِمَا

“Apabila salah seorang di antara kalian solat dengan melepaskan kedua kasutnya, janganlah sampai dia mengganggu orang lain dengannya, hendaklah dia meletakkan kedua kasutnya di antara kedua kakinya atau dia solat dengan memakai keduanya.” (Sunan Abi Dawud, no. 655. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

13, Tidak Melintas di Hadapan Orang Yang Sedang Solat Sendirian.

Dari hadis Abu Juhaim, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَوْ يَعْلَمُ المَارُّ بَيْنَ يَدَيِ المُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ، لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ» قَالَ أَبُو النَّضْرِ: لاَ أَدْرِي، أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، أَوْ شَهْرًا، أَوْ سَنَةً

“Sekiranya orang yang melintas di hadapan orang yang sedang solat mengetahui apa akibat yang akan ia tanggung, nescaya dia berdiri (berhenti dan menunggu) selama empat puluh lebih baik baginya dari dia melintas di hadapan orang yang sedang solat.”

Abu An-Nadhr (salah seorang perawi hadis ini) berkata, “Aku tidak tahu yang dimaksudkan dengan jumlah “empat puluh” tersebut, adakah empat puluh hari, atau bulan, atau tahun.” (Shahih Al-Bukhari, no. 510. Muslim, no. 507)

Tetapi dalam riwayat Al-Bazzar, disebutkan dengan lafaznya:

لَوْ يَعْلَمُ الْمَارُّ بَيْنَ يَدَيِ الْمُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ، كَانَ لأَنْ يَقُومَ أَرْبَعِينَ خَرِيفًا خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ

“Sekiranya orang yang melintas di hadapan orang yang sedang solat mengetahui apa akibat yang akan ia tanggung, nescaya dia berdiri (berhenti dan menunggu) selama empat puluh tahun itu lebih baik baginya dari dia melintas di hadapan orang yang sedang solat.” (Musnad Al-Bazzar, no. 3782)

Al-Imam Ibnu Khuzaimah turut meriwayatkan hadis ini dan meletakkannya dalam bab:

التَّغْلِيظِ فِي الْمُرُورِ بَيْنَ الْمُصَلِّي، وَالدَّلِيلِ عَلَى أَنَّ الْوُقُوفَ مُدَّةً طَوِيلَةً انْتِظَارَ سَلَامِ الْمُصَلِّي خَيْرٌ مِنَ الْمُرُورِ بَيْنَ يَدَيِ الْمُصَلِّي

“Ancaman keras melintas di hadapan orang yang sedang solat, dan merupakan dalil berdiri lama menunggu ucapan salam seseorang yang sedang solat itu lebih baik daripada melintas di hadapannya.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 2/14)

Kata Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

معناه لو يعلم ما عليه من الإثم لاختار الوقوف أربعين على ارتكاب ذلك الإثم ومعنى الحديث النهي الأكيد والوعيد الشديد في ذلك

“Makna hadis ini, sekiranya ia mengetahui betapa besarnya dosa dari perbuatan tersebut, pasti dia akan memilih untuk berhenti selama empat puluh dari perlu menanggung dosa akibat perbuatan tersebut. Jadi, hadis ini adalah larangan yang cukup keras dan ancaman yang berat sebagai akibat perbuatan melintas di hadapan orang solat.” (Syarah Shahih Muslim, 4/225)

Larangan ini merujuk kepada perbuatan melintasi kawasan depan orang yang sedang solat. Sekiranya dia mengenakan sutrah, maka dibolehkan melintas di sebalik sutrah yang dikenakan. Dan tidak boleh melintas di dalam lingkungan kawasan antara sutrah dengan orang solat yang mengenakannya.

14, Tidak Memisahkan Dua Orang Yang Sedang Duduk Bersebelahan.

Dari hadis Salman Al-Farisi radhiyallahu ‘anhu; Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لاَ يَغْتَسِلُ رَجُلٌ يَوْمَ الجُمُعَةِ، وَيَتَطَهَّرُ مَا اسْتَطَاعَ مِنْ طُهْرٍ، وَيَدَّهِنُ مِنْ دُهْنِهِ، أَوْ يَمَسُّ مِنْ طِيبِ بَيْتِهِ، ثُمَّ يَخْرُجُ فَلاَ يُفَرِّقُ بَيْنَ اثْنَيْنِ، ثُمَّ يُصَلِّي مَا كُتِبَ لَهُ، ثُمَّ يُنْصِتُ إِذَا تَكَلَّمَ الإِمَامُ، إِلَّا غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الجُمُعَةِ الأُخْرَى

“Tidaklah seseorang mandi di hari Juma’at dan membersihkan apa yang sepatutnya dibersihkan dari badannya, kemudian mengenakan perapi (minyak) rambut atau memakai wangi-wangian lalu keluar menuju masjid. (Sebaik sampai di masjid) dia tidak memisahkan dua orang (yang saling duduk bersebelahan) dengan cara duduk di antaranya tanpa izin, kemudian dia solat sunnah sebanyak yang dia mampu, kemudian dia diam sebaik imam mula berkhutbah, melainkan dosanya akan diampuni antara hari tersebut dengan Juma’at berikutnya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 883)

Dari hadis Sahl bin Sa’d, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَا يَجْلِسُ الرَّجُلُ بَيْنَ الرَّجُلِ وَابْنِهِ فِي الْمَجْلِسِ

“Janganlah seseorang duduk di antara seorang ayah dan anaknya dalam suatu majlis.” (Al-Mu’jam Al-Ausath oleh Ath-Thabrani, no. 4429. Musnad Ibn Al-Ja’d, no. 2947)

Dari hadis ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَا يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُفَرِّقَ بَيْنَ اثْنَيْنِ إِلَّا بِإِذْنِهِمَا

“Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk memisahkan di antara dua orang kecuali dengan izin keduanya.” (Musnad Ahmad, no. 6999)

Lafaz di Sunan Abi Dawud:

لَا يُجْلَسْ بَيْنَ رَجُلَيْنِ إِلَّا بِإِذْنِهِمَا

“Janganlah seseorang duduk di antara dua orang kecuali dengan izin keduanya.” (Sunan Abi Dawud, no. 4844)

15, Tidak memerintahkan orang berdiri dari tempatnya lalu dia pula mendudukinya.

Dari hadis Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لاَ يُقِيمُ الرَّجُلُ الرَّجُلَ مِنْ مَجْلِسِهِ ثُمَّ يَجْلِسُ فِيهِ

“Janganlah seseorang meminta orang lain berdiri dari tempat duduknya kemudian dia mengambil tempat tersebut.” (Shahih Al-Bukhari, no. 6269)

Dari hadis Jabir radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَا يُقِيمَنَّ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ، ثُمَّ لْيُخَالِفْ إِلَى مَقْعَدِهِ، فَيَقْعُدَ فِيهِ وَلَكِنْ يَقُولُ افْسَحُوا

“Janganlah seseorang dari kalian menyuruh saudaranya berdiri (dari tempat duduknya) pada hari Juma’at sehingga membuatkannya meninggalkan tempat duduknya lalu kemudian dia pula yang duduk di situ. Akan tetapi katakanlah:

“Berilah kelonggaran (untuk duduk).”.” (Shahih Muslim, no. 2178)

16, Berdo’a ketika masuk masjid dan keluar.

[Hadis pertama] Dari hadis ‘Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Ash radhiyallahu ‘anhuma, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila masuk ke masjid, beliau mengucapkan:

أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ، وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيمِ، وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيمِ، مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

(Terjemahan maksudnya): “Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung, dan kepada Wajah-Nya yang Maha Mulia, dan kepada kekuasaan-Nya yang Qadim, dari gangguan Syaitan yang direjam.”

(Perawi bertanya): “Adakah itu saja?”

Aku (‘Abdullah bin ‘Amru) menjawab, “Ya.”

Kemudian Nabi : Barangbersabda:

ذَلِكَ قَالَ الشَّيْطَانُ: حُفِظَ مِنِّي سَائِرَ الْيَوْمِ

“Siapa yang mengucapkannya, maka Syaitan akan berkata kepadanya, “Dia terjaga dariku sepanjang hari ini.” (Sunan Abi Dawud, no. 466)

[Hadis kedua] Dari hadis Abi Humaid atau dari Abi Usaid radhiyallahu ‘anhu; Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمُ الْمَسْجِدَ، فَلْيَقُلْ

“Jika salah seorang di antara kalian ke masuk masjid, maka bacalah (doa):

اللهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ

(Terjemahan maksudnya): “Ya Allah, bukalah bagiku pintu-pintu rahmat-Mu.”

Dan apabila keluar, maka bacalah (doa):

اللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ

“Ya Allah, aku memohon kepada Engkau kurniaan-Mu.” (Shahih Muslim, no. 713)

[Hadis ketiga] Fatimah binti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِذَا دَخَلَ الْمَسْجِدَ يَقُولُ

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila memasuki masjid, beliau mengucapkan (doa):

بِسْمِ اللَّهِ، وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذُنُوبِي وَافْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ

(Terjemahan maksudnya): “Dengan nama Allah dan salam (semoga) tercurahkan ke atas Rasulullah. Ya Allah, ampunilah dosaku dan bukakanlah bagiku pintu rahmat-Mu.”

وَإِذَا خَرَجَ قَالَ

“Dan apabila keluar, beliau mengucapkan (doa):

بِسْمِ اللَّهِ، وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذُنُوبِي، وَافْتَحْ لِي أَبْوَابَ فَضْلِكَ

“Dengan nama Allah dan salam (semoga) tercurahkan ke atas Rasulullah. Ya Allah, ampunilah dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu kurniaan-Mu.” (Musnad Ahmad, no. 26416, 26417. Sunan Ibnu Majah, no. 771)

[Hadis keempat] Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمُ الْمَسْجِدَ، فَلْيُسَلِّمْ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَلْيَقُلْ: اللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ، وَإِذَا خَرَجَ، فَلْيُسَلِّمْ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَلْيَقُلْ: اللَّهُمَّ اعْصِمْنِي مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

“Apabila salah seorang di antara kalian memasuki masjid, maka ucapkanlah salam ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan hendaklah dia mengucapkan (doa):

اللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ

(Terjemahan maksud): “Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmat-Mu.”

Dan apabila keluar maka ucapkanla salam ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan hendaklah dia mengucapkan (doa):

اللَّهُمَّ اعْصِمْنِي مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

“Ya Allah, lindungilah aku dari Syaitan yang direjam.” (Sunan Ibnu Majah, no. 773)

17, Melaksanakan Solat Tahiyatul Masjid sebaik memasuki masjid.

Dari hadis Abi Qotadah As-Sulami Al-Anshari radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun bersabda:

فَإِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمُ الْمَسْجِدَ، فَلَا يَجْلِسْ حَتَّى يَرْكَعَ رَكْعَتَيْنِ

“Apabila salah seorang dari kamu memasuki masjid, maka janganlah dia duduk sampai dia melaksanakan ruku’ (solat) dua raka’at.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1163. Muslim, no. 714. Dan ini adalah lafaz dalam Shahih Muslim)

Baca selengkapnya di artikel: https://ilmusunnah.com/91-solat-tahiyatul-masjid/

18, Berjaga-jaga dari menyakiti atau mencederakan kaum muslimin, dan perintah agar tidak menghunus senjata ketika di masjid.

Dari hadis Abu Musa radhiyallahu ‘anhu; Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا مَرَّ أَحَدُكُمْ فِي مَسْجِدِنَا، أَوْ فِي سُوقِنَا، وَمَعَهُ نَبْلٌ، فَلْيُمْسِكْ عَلَى نِصَالِهَا، – أَوْ قَالَ: فَلْيَقْبِضْ بِكَفِّهِ -، أَنْ يُصِيبَ أَحَدًا مِنَ المُسْلِمِينَ مِنْهَا شَيْءٌ

“Jika salah seorang di antara kalian melalui masjid kami, atau pasar kami, dan bersamanya membawa anak panah (atau senjata – pent.), maka hendaklah dia pegang (yakni dia jaga atau tutup) mata panahnya, – atau Nabi bersabda: Hendaklah dia genggam mata panahnya dengan sempurna (atau dengan tapak tangan), kerana dibimbangi ada kaum muslimin yang akan terluka dengannya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 7075. Muslim, no. 2615. Sunan Abi Dawud, no. 2587)

19, Tidak Mengganggu Solat atau Bacaan Al-Qur’an Orang Lain.

Dari hadis Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ، فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ، فَكَشَفَ السِّتْرَ، وَقَالَ: أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ، فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا، وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ، أَوْ قَالَ: فِي الصَّلَاةِ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam i’tikaf di masjid, lalu beliau mendengar mereka mengeraskan bacaan Al-Qur’an, maka beliau pun menyingkap tabir dan berkata:

“Ingatlah sesungguhnya setiap dari kalian sedang bermunajat kepada Rabb-nya, maka janganlah sekali-kali sebahagian dari kalian mengganggu sebahagian yang lain, dan jangan sekali-kali sebahagian dari kalian mengeraskan bacaan Al-Qur’an atas sebahagian yang lainnya.” Atau beliau mengatakan:

“… dalam solatnya.” (Sunan Abi Dawud, no. 1332)

Dari hadis ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam beri’tikaf dan berkhutbah kepada manusia, beliau bersabda:

أَمَا إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا قَامَ فِي الصَّلَاةِ، فَإِنَّهُ يُنَاجِي رَبَّهُ، فَلْيَعْلَمْ أَحَدُكُمْ مَا يُنَاجِي رَبَّهُ، وَلَا يَجْهَرْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ بِالْقِرَاءَةِ فِي الصَّلَاةِ

“Ketahuilah, jika salah seorang dari kalian melaksanakan solat, sesungguhnya dia sedang bermunajat dengan Rabb-nya. Maka hendaklah salah seorang dari kalian mengetahui apa yang dia panjatkan kepada Allah dan janganlah sebahagian kalian mengeraskan bacaannya di atas bacaan sebahagian yang lain dalam solat.” (Musnad Ahmad, no. 4928)

20, Tidak Keluar dari Masjid Sebaik Mendegar Azan.

Dari hadis Abi Sya’sa’, beliau berkata:

كُنَّا قُعُودًا فِي الْمَسْجِدِ مَعَ أَبِي هُرَيْرَةَ، فَأَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ، فَقَامَ رَجُلٌ مِنَ الْمَسْجِدِ يَمْشِي فَأَتْبَعَهُ أَبُو هُرَيْرَةَ بَصَرَهُ حَتَّى خَرَجَ مِنَ الْمَسْجِدِ، فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ: «أَمَّا هَذَا، فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Pernah suatu ketika kami sedang duduk di masjid bersama Abu Hurairah, ketika muadzin mengumandangkan adzan, maka berdirilah seorang laki-laki lalu beliau berjalan keluar dari masjid. Maka Abu Hurairah pun memerhatikannya hingga dia keluar dari masjid. Maka Abu Hurairah pun berkata:

“Adapun orang ini benar-benar telah bermaksiat kepada Abul Qasim (yakni Nabi) Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. (Shahih Muslim, no. 655)

Manakala dalam Sunan At-Tirmidzi, daripada Abi Sya’sa’ lafaznya:

خَرَجَ رَجُلٌ مِنَ المَسْجِدِ بَعْدَ مَا أُذِّنَ فِيهِ بِالعَصْرِ، فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ: أَمَّا هَذَا فَقَدْ عَصَى أَبَا القَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Pernah seorang lelaki keluar dari masjid sebaik adzan ‘Ashar dikumandangkan, maka Abu Hurairah pun berkata:

“Adapun orang ini telah bermaksiat kepada Abul Qasim (yakni Nabi) Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 204)

Al-Imam At-Tirmidzi rahimahullah (Wafat: 279H) berkata sebaik menyebutkan hadis ini:

وَعَلَى هَذَا العَمَلُ عِنْدَ أَهْلِ العِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَمَنْ بَعْدَهُمْ: أَنْ لَا يَخْرُجَ أَحَدٌ مِنَ المَسْجِدِ بَعْدَ الأَذَانِ، إِلَّا مِنْ عُذْرٍ: أَنْ يَكُونَ عَلَى غَيْرِ وُضُوءٍ، أَوْ أَمْرٍ لَا بُدَّ مِنْهُ

“Hadis ini diamalkan oleh para ahli ilmu dari kalangan sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Berkata sebahagian mereka:

“Tidak boleh seorang pun keluar dari masjid setelah adzan melainkan punya udzur, seperti mengambil wudhu’ atau udzur yang lainnya.”

Diriwayatkan bahawa Ibrahim An-Nakha’i berkata:

يَخْرُجُ مَا لَمْ يَأْخُذِ المُؤَذِّنُ فِي الإِقَامَةِ

“Boleh keluar sekiranya mu’adzin belum melaungkan iqamah.”

وَهَذَا عِنْدَنَا لِمَنْ لَهُ عُذْرٌ فِي الخُرُوجِ مِنْهُ

Dan menurut kami (Al-Imam At-Tirmidzi), hal ini dibolehkan bagi mereka yang punya udzur untuk keluar.”

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لا يَسْمَعُ النِّدَاءَ فِي مَسْجِدِي هَذَا، ثُمَّ يَخْرُجُ مِنْهُ، إِلا لِحَاجَةٍ، ثُمَّ لا يَرْجِعُ  إليه إِلا مُنَافِقٌ

“Tidaklah seorang mendengar adzan di masjidku ini lalu dia keluar, melainkan kerana punya keperluan, kemudian dia tidak kembali lagi melainkan dia adalah munafiq.” (Al-Mu’jam Al-Ausath, no. 3842. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

21, Tidak solat sunnah jika iqamah telah dikumandangkan.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu; Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda:

إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ فَلَا صَلَاةَ إِلَّا الْمَكْتُوبَةُ

“Jika seruan solat (iqamat) telah dikumandangkan, maka tidak ada solat kecuali solat al-maktubah (solat wajib).” (Sahih Muslim, no. 710)

22, Tidak meninggikan suara tanpa ada keperluan.

As-Sa’ib bin Yazid rahimahullah berkata:

كُنْتُ قَائِمًا فِي المَسْجِدِ فَحَصَبَنِي رَجُلٌ، فَنَظَرْتُ فَإِذَا عُمَرُ بْنُ الخَطَّابِ، فَقَالَ: اذْهَبْ فَأْتِنِي بِهَذَيْنِ، فَجِئْتُهُ بِهِمَا، قَالَ: مَنْ أَنْتُمَا – أَوْ مِنْ أَيْنَ أَنْتُمَا؟ – قَالاَ: مِنْ أَهْلِ الطَّائِفِ

“Ketika aku berdiri di dalam masjid tiba-tiba ada seseorang melempar aku dengan batu kecil (kerikil), dan ternyata orang tersebut adalah ‘Umar bin Al Khaththab. Beliau berkata:

“Pergi dan bawalah dua orang ini kepadaku.”

Maka aku datang dengan membawa dua orang yang dimaksudkan oleh ‘Umar, lalu ‘Umar pun bertanya:

“Siapa kalian berdua ini?” Atau, “Dari mana asal kalian berdua?”

Lalu keduanya menjawab, “Kami berasal dari Tha’if.”

Maka ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu pun berkata:

لَوْ كُنْتُمَا مِنْ أَهْلِ البَلَدِ لَأَوْجَعْتُكُمَا، تَرْفَعَانِ أَصْوَاتَكُمَا فِي مَسْجِدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Sekiranya kalian berdua ini dari kalangan penduduk di sini, maka aku tentu akan menghukum kalian berdua, kerana kalian telah meninggikan suara di Masjid Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” (Shahih Al-Bukhari, no. 470)

23, Pindah Tempat duduk Jika Mengantuk.

Dari hadis Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا نَعَسَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ فِي الْمَسْجِدِ فَلْيَتَحَوَّلْ مِنْ مَجْلِسِهِ ذَلِكَ إِلَى غَيْرِهِ

“Jika seseorang dari kalian mengantuk ketika dia berada di majid, maka pindahlah tempat duduk ke tempat yang lain.” (Sunan Abi Dawud, no. 1119. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

24, Tidak Langsung Solat Sunnah Sebaik Selesai Solat Wajib, Melainkan Dengan Beranjak Dari Tempatnya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ إِذَا صَلَّى أَنْ يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ، أَوْ عَنْ يَمِينِهِ، أَوْ عَنْ شِمَالِهِ

“Tidak mampukah salah seorang dari kalian jika shalat untuk maju ke depan, atau ke belakang, atau ke kanan, atau ke kiri.”

Yakni dalam solat sunnah.” (Sunan Ibn Majah, no. 1427)

Lihat rinciannya di, https://ilmusunnah.com/?p=9438

25, Tidak Membuat Kotor di Masjid.

Dari hadis Anas bin Malik, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah menasihati seorang Badwi yang kencing di masjid, lalu beliau bersabda:

إِنَّ هَذِهِ الْمَسَاجِدَ لَا تَصْلُحُ لِشَيْءٍ مِنْ هَذَا الْبَوْلِ وَلَا الْقَذَرِ إِنَّمَا هِيَ لِذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَالصَّلَاةِ وَقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ

“Sesungguhnya masjid ini tidak boleh digunakan untuk kencing dan kekotoran, masjid adalah tempat untuk zikir, solat, dan membaca al-Qur’an.” (Shahih Muslim, no. 285)

Dari hadis Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ الْبُزَاقَ فِي الْمَسْجِدِ خَطِيئَةٌ، وَكَفَّارَتُهَا دَفْنُهَا

“Bahawasanya meludah di dalam Masjid adalah suatu kesalahan, dan kafarahnya (penebusnya) adalah menguburnya (yakni membersihkannya).” (Musnad Ahmad, no. 13906. Shahih Al-Bukhari, no. 415. Muslim, no. 552)

26, Larangan menjadikan masjid sekadar tempat melintas.

Dari hadis ‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhu; Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَمُرَّ الرَّجُلُ فِي الْمَسْجِدِ لَا يُصَلِّي فِيهِ رَكْعَتَيْنِ

“Di antara tanda dekatnya hari kiamat adalah apabila seseorang masuk masjid namun dia tidak solat di dalamnya dua raka’at.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, no. 1326)

Dari hadis ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لَا تَتَّخِذُوا الْمَسَاجِدَ طُرُقًا إِلَّا لِذِكْرٍ أَوْ صَلَاةٍ

“Janganlah kalian jadikan masjid-masjid sebagai tempat-tempat laluan, kecuali untuk berdzikir atau solat.” (Al-Mu’jam Al-Awsath, no. 31. Al-Jaami’ Ash-Shaghiir, no. 13171)

27, Tidak melakukan jual beli dan mengumumkan barang hilang di masjid.

‘Amru bin Syu’aib daripada ayahnya, daripada datuknya, beliau berkata:

أَنَّهُ نَهَى عَنْ تَنَاشُدِ الأَشْعَارِ فِي الْمَسْجِدِ، وَعَنِ البَيْعِ وَالاِشْتِرَاءِ فِيهِ، وَأَنْ يَتَحَلَّقَ النَّاسُ فِيهِ يَوْمَ الجُمُعَةِ قَبْلَ الصَّلاَةِ

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang dari melagukan sya’ir di masjid, berjual-beli, dan membuat halaqah pada hari Juma’at sebelum solat.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, no. 6676. Abu Daud, bab: Larangan membuat halaqah di hari Juma’at sebelum solat, no. 1079. At-Tirmidzi, bab: Dibencinya jual-beli dan melagukan sya’ir di masjid, no. 322. Shahih Ibnu Khuzaimah, bab: Larangan jual-beli di masjid, no. 1304.

Rincian artikel boleh dicapai di, https://ilmusunnah.com/?p=8460

28, Menyediakan pintu khas bagi kaum wanita.

Naafi’ meriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَوْ تَرَكْنَا هَذَا الْبَابَ لِلنِّسَاءِ

“Kalau seandainya pintu ini kita khaskan bagi kaum wanita.”

Naafi’ (rahimahullah) berkata:

فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ ابْنُ عُمَرَ، حَتَّى مَاتَ

“Sejak dari saat itu Ibnu ‘Umar pun tidak pernah lagi masuk melalui pintu tersebut sampai beliau wafat.” (Sunan Abi Dawud, no. 462. Bab: Pengasingan Kaum Wanita dari Kaum Lelaki di Masjid)

Di riwayat yang lain, bahawa Al-Imam Abu Dawud Ath-Thayalisi meriwayatkan dari Naafi’ dari ayahnya, bahawa Ibn ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم لَمَّا بَنَى الْمَسْجِدَ جَعَلَ بَابًا لِلنِّسَاءِ ، وَقَالَ : لاَ يَلِجَنَّ مِنْ هَذَا الْبَابِ مِنَ الرِّجَالِ أَحَدٌ قَالَ نَافِعٌ : فَمَا رَأَيْتُ ابْنَ عُمَرَ دَاخِلاً مِنْ ذَلِكَ الْبَابِ وَلاَ خَارِجًا مِنْهُ

“Bahawa Rasulullah ketika membina masjid, beliau telah membuat pintu khusus bagi orang-orang perempuan, dan beliau berkata, “Tidak boleh seorang lelaki pun masuk dari pintu ini.”

Naafi’ berkata, “Maka aku tidak pernah melihat Ibn ‘Umar masuk dan tidak pula keluar dari pintu tersebut.” (Musnad Ath-Thayalisi, no. 1938)

29, Larangan ke Masjid dengan Berwangi-wangian Bagi Wanita.

Zainab isteri ‘Abdullah radhiyallahu ‘anhuma berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda kepada kami:

إِذَا شَهِدَتْ إِحْدَاكُنَّ الْمَسْجِدَ فَلَا تَمَسَّ طِيبًا

“Apabila salah seorang dari kalian (dari kalangan kaum wanita) hendak menghadiri solat di masjid, maka janganlah kalian mengenakan wangi-wangian.” (Shahih Muslim, no. 443)

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ، وَلَكِنْ لِيَخْرُجْنَ وَهُنَّ تَفِلَاتٌ

“Janganlah kalian melarang hamba Allah (yang wanita) pergi ke masjid, akan tetapi hendaklah mereka keluar dengan tanpa wangi-wangian.” (Sunan Abi Dawud, no. 565)

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, “Beliau bertemu seorang wanita dan mendapati darinya aroma yang harum, dan hujung pakaiannya labuh menyapu tanah.” Lalu beliau pun berkata:

“Wahai hamba wanita Al-Jabbar, adakah engkau datang dari masjid?”

Wanita tersebut menjawab, “Ya.”

Abu Hurairah bertanya lag, “Dengan sebab itukah engkau berwangi-wangian?”

Wanita tersebut menjawab, “Ya.”

Abu Hurairah lalu berkata:

“Sesungguhnya aku telah mendengar kekasihku, Abu Al-Qasim Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَا تُقْبَلُ صَلَاةٌ لِامْرَأَةٍ تَطَيَّبَتْ لِهَذَا الْمَسْجِدِ، حَتَّى تَرْجِعَ فَتَغْتَسِلَ غُسْلَهَا مِنَ الجَنَابَةِ

“Tidak akan diterima solat seorang wanita yang berwangi-wangian untuk ke masjid ini, sampailah dia kembali lalu mandi sebagaimana dia mandi janaabah.” (Sunan Abi Dawud, no. 4174)

Dari hadis Abu Musa, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:

أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ، ثُمَّ مَرَّتْ عَلَى الْقَوْمِ لِيَجِدُوا رِيحَهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ

“Wanita yang memakai wangi-wangian, dan kemudian dia melintasi suatu kumpulan lelaki supaya mereka mencium bau wanginya, maka wanita tersebut termasuk wanita penzina.” (Musnad Ahmad, no. 19747)

Baca juga artikel berkaitan: Tempat Solat Terbaik Bagi Wanita.

30, Kaum wanita Segera Beredar Terlebih Dahulu Sebaik Selesai Solat Agar Tidak Berlaku Iktilath (berbaur dengan kaum lelaki)

Bahawa Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا سَلَّمَ قَامَ النِّسَاءُ حِينَ يَقْضِي تَسْلِيمَهُ، وَمَكَثَ يَسِيرًا قَبْلَ أَنْ يَقُومَ

“Sebaik Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberi salam (dari solat), maka kaum wanita pun segera berdiri untuk beredar (dari masjid) tatkala Rasulullah selesai salam, manakala Rasulullah, beliau menunggu sejenak sebelum berdiri.”

Berkata Ibnu Syihab rahimahullah:

فَأُرَى وَاللَّهُ أَعْلَمُ أَنَّ مُكْثَهُ لِكَيْ يَنْفُذَ النِّسَاءُ قَبْلَ أَنْ يُدْرِكَهُنَّ مَنِ انْصَرَفَ مِنَ القَوْمِ

“Aku berpandangan, wallahu a’lam (dan Allah lebih mengetahui), bahawa (tujuan) Rasulullah menunggu sejenak tersebut adalah supaya kaum wanita lebih dahulu keluar dari masjid agar kaum lelaki tidak bertembung dengan mereka.” (Shahih Al-Bukhari, no. 837)

‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata:

كُنَّ نِسَاءُ المُؤْمِنَاتِ يَشْهَدْنَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلاَةَ الفَجْرِ مُتَلَفِّعَاتٍ بِمُرُوطِهِنَّ، ثُمَّ يَنْقَلِبْنَ إِلَى بُيُوتِهِنَّ حِينَ يَقْضِينَ الصَّلاَةَ، لاَ يَعْرِفُهُنَّ أَحَدٌ مِنَ الغَلَسِ

“Kami, para wanita Mukminaat, pernah ikut serta solat fajar (Subuh) bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan menutup wajah-wajah dengan tudung. Kemudian mereka kembali ke rumah mereka masing-masing sebaik selesai solat tanpa diketahui oleh seorangpun kerana hari masih gelap.” (Shahih Al-Bukhari, no. 578. Muslim, no. 645)

Kemudian dalam sebuah hadis yang lain, daripada Hamzah bin Abu Usaid Al-Anshaari daripada bapanya, bahawasanya beliau pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berbicara ketika berada di luar masjid sehinggalah berlaku percampuran lelaki dan wanita di tengah jalan. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun bersabda kepada kaum wanita:

اسْتَأْخِرْنَ فَإِنَّهُ لَيْسَ لَكُنَّ أَنْ تَحْقُقْنَ الطَّرِيقَ عَلَيْكُنَّ بِحَافَّاتِ الطَّرِيقِ فَكَانَتْ الْمَرْأَةُ تَلْتَصِقُ بِالْجِدَارِ حَتَّى إِنَّ ثَوْبَهَا لَيَتَعَلَّقُ بِالْجِدَارِ مِنْ لُصُوقِهَا بِهِ

“Hendaklah kamu melambatkan dalam berjalan (supaya berjalan di belakang), kerana kamu tidak berhak untuk memenuhi tengah-tengah jalan. Dan hendaklah kamu berjalan di tepi jalan.”

Sehingga ada seorang wanita yang serta-merta berjalan merapat ke dinding, hingga bajunya menempel (atau tersangkut) pada dinding disebabkan terlalu rapat dengan dinding.” (Sunan Abi Dawud, no. 5272. Dinilai hasan oleh Al-Albani)

Tamat – Wallaahu a’lam.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest