Bolehkah Bekerja Di Firma Audit Terlibat Riba, Insurans, dan Percukaian?

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melaknat pemakan riba, pembayar riba, yang menulisnya (atau yang mencatatnya), dan yang menjadi saksinya. Dan Rasulullah berkata, “Mereka semua adalah sama.”.”

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melaknat pemakan riba, pembayar riba, yang menulisnya (atau yang mencatatnya), dan yang menjadi saksinya. Dan Rasulullah berkata, “Mereka semua adalah sama.”.” (Shahih Muslim, no. 1598)

العمل في مراجعة الحسابات وفيها الربا والتأمين والضرائب
Dari website Al-Islaam Su-aal wa Jawaab (Islamqa.com)
www.ilmusunnah.com

Soalan:

عملي هو متدرب في مجال المحاسبة، والهدف هو مراجعة الإقرارات المالية المعدة بواسطة الشركات وعمل تقارير عن مدى صحتها وعدالتها، وفي سبيل تحقيق هذا الهدف علينا أن نراجع السجلات المالية التي أعدت من خلالها الإقرارات المالية، ونراجع أيضاً العمليات الحسابية التي قامت بها الشركات. تلك الشركات لها أنشطة معتمدة على قروض ربوية، وتأمين وضرائب، وتلك الأنشطة موجودة في كل الشركات حتى لو كان مجال العمل نفسه حلالا، كشركات التصنيع مثلا. هذا يعني أننا ملزمون بمراجعة حسابات الربا والتأمين والضرائب، والتي لا يمكننا تقديم التقارير المطلوبة بدون مراجعتها، سؤالي هو: هل يجوز تأدية هذا العمل؟

“Saya bekerja di satu firma audit. Dan fokus auditnya tertumpu pada semakkan penyata kewangan yang disediakan oleh syarikat dan berdasarkan laporan yang dibentangkan secara benar dan seimbang. Bagi tujuan mencapai fokus ini, kami mesti membuat semakkan terhadap rekod kewangan berdasarkan penyata kewangan yang disediakan, juga berdasarkan proses perakaunan dan pengiraan yang dibawa oleh syarikat. Syarikat ini terlibat dengan kerja-kerja meraih keuntungan berdasarkan interest pinjaman, memiliki atau terlibat dengan insurans, dan pembayaran cukai. Aktiviti-aktiviti seumpama ini wujud dalam semua syarikat walaupun asas dan fokus perniagaan yang mereka jalankan adalah perniagaan yang halal seperti contohnya, syarikat pengeluaran. Dari sini bermaksud, kami berkewajiban untuk menyemak penyata kira-kira bagi account interest, insurans, dan cukai yang mana tanpanya kami tidak akan dapat menyiapkan penyata audit kami. Soalan saya, adakah dibenarkan untuk melaksanakan tugas-tugas audit tersebut?”

Jawaban:

الحمد لله

لا يجوز مراجعة الحسابات الربوية؛ لما في ذلك من إقرار الربا وكتابته والسكوت عنه، وقد روى مسلم في صحيحه (1598) عن جابر رضي الله عنه قال: (لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم آكل الربا، ومؤكله، وكاتبه، وشاهديه. وقال: هم سواء

Al-Hamdulillaah

Adalah tidak dibenarkan bekerja dalam bidang audit yang terlibat dengan orientasi perakaunan ribawi. Ini kerana pada yang demikian mengandungi pembenaran terhadap amalan riba, menulisnya, dan berdiam diri terhadapnya (kemaksiatan riba).

Diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim dalam Shahih-nya (no. 1598), dari Jaabir radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melaknat pemakan riba, pembayar riba, yang menulisnya (atau yang mencatatnya), dan yang menjadi saksinya. Dan Rasulullah berkata, “Mereka semua adalah sama.”.”

وسئل علماء اللجنة الدائمة للإفتاء: لدي مكتب محاسب قانوني، نقوم فيه بعمل مراجعة البيانات المالية للمؤسسات والشركات من واقع الدفاتر المحاسبية التي لدى المؤسسة، وذلك بغرض إظهار نتيجة المراجعة في نهاية السنة المالية في شكل ميزانيات وتقارير عن الوضع المالي للمؤسسة، لتقديمها عن طريق المؤسسة لإحدى الدوائر الحكومية، أو لأحد البنوك، أو لمصلحة الزكاة والدخل، وكذلك نقوم بعملنا خلال السنة للمراقبة على أموال المؤسسة من التلاعب والاختلاسات. ولدي بعض الأسئلة أرجو من سماحتكم الرد عليها

Telah ditanyakan kepada ulama di Al-Lajnah Ad-Daa’imah lil Iftaa’:

Dalam sebuah pejabat perakaunan yang sah, kami melakukan kerja-kerja semakkan pada penyata kewangan milik institusi-institusi dan syarikat-syarikat, berpandukan kepada buku-buku rekod syarikat, yang tujuannya adalah bagi mendapatkan hasil akhir kewangan tahunan borang belanjawan dan laporan tentang situasi kewangan syarikat yang mana akan dibentangkan dari institusi tersebut kepada pihak kerajaan atau bank, atau kepada badan zakat, serta kepada bahagian percukaian (income tax). Kami melakukannya secara tahunan bagi tujuan pemantauan terhadap kewangan syarikat dari sebarang penipuan dan penyelewengan. Dan di sini saya ada beberapa pertanyaan dengan harapan agar kalian yang dimuliakan dapat memberi pencerahan jawabannya:

1- قد يظهر لي بعض حسابات المؤسسات في بنود الميزانية حسابات مع البنوك، وتكون هذه الحسابات دائنة، أي مطالبة بها المؤسسة نتيجة لحصولها على قرض من هذا البنك أو نتيجة سحبها أكثر من رصيدها، مما يترتب عليه أن يقوم البنك بأخذ فوائد على ذلك، أي: ربا، وبطبيعة عملنا فإننا نقوم بإظهار هذا الحساب مع بقية الحسابات الأخرى في الميزانية، وذلك من واقع دفاتر وسجلات المؤسسة، وكشوف البنك، ولا نستطيع إسقاطه من بقية الحسابات، ويجب إظهاره لكي تعبر الميزانية عن الواقع الحقيقي للمؤسسة. فهل علينا إثم في ذلك، وهل نعتبر من الشاهدين على الربا؟

Bahawa dalam sebahagian akaun pertubuhan (atau syarikat), saya melihat butiran maklumatnya yang melakukan transaksi dengan bank-bank. Kira-kira akaun tersebut diperlukan bertujuan menunjukkan hutang-hutang syarikat tersebut yang perlu mereka lunaskan melalui bank-bank, ini bagi membolehkan mereka membuat pinjaman dengan bank, dan ini menjadikan akaun tersebut terlibat dengan (audit atau kira-kira) interest (riba).

Secara kebiasaannya pada kerja-kerja kami memang terlibat membuat pengisytiharan pengiraan pada hal ini bersama baki akaun kira-kira yang lainnya pada setiap belanjawan. Dan inilah situasi asas pada mana-mana akaun syarikat berdaftar dan perbankan, dan kami memang tidak boleh mengasingkan dari terlibat dengan akaun-akaun ini. Ini semua mesti diisytiharkan sebagai menunjukkan situasi sebenar data belanjawan bagi syarikat terbabit.

Maka soalannya, adakah kami berdosa pada hal yang demikian? Dan adakah kami dikira sebagai orang yang menjadi saksi terhadap aktiviti riba tersebut?

فأجابوا :”لا يجوز لك أن تكون محاسبا لما ذكرت في السؤال؛ لما في ذلك من التعاون على الإثم والعدوان” انتهى.

“فتاوى اللجنة الدائمة” (15/20)

عبد العزيز بن عبد الله بن باز … عبد الرزاق عفيفي … عبد الله بن غديان

Maka mereka jawab:

“Adalah tidak diperbolehkan bagi anda menjadi seorang akauntan dengan sebab apa yang anda sebutkan dalam soalan anda, kerana itu termasuk tolong-menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan (kemelampauan).” (Fatwa Al-Lajnah Ad-Daa’imah, 15/20)

Fatwa oleh Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz, ‘Abdurrozzaq ‘Afifi, dan ‘Abdullah bin Ghudayaan.

فالواجب أن تبحث عن عمل لا تتعرض فيه لحسابات الربا

Jadi, anda hendaklah berkerja pada tempat di mana yang anda tidak akan terlibat dengan akaun ribawi.

وأما التأمين والضرائب فما كان منه إجبارياً، فلا حرج في حسابه ومراجعته؛ لأن صاحبه معذور في ذلك

Adapun berkaitan insurans dan adh-dhara’ib (cukai), jika ianya termasuk hal yang diwajibkan (oleh pemerintah) atas syarikat tersebut, maka tidak mengapa pada membuat kira-kira padanya dan meng-auditnya, kerana hanya mereka yang membayarnya akan mendapat pelepasan.

ونسأل الله تعالى أن يهيئ لك أسباب الرزق الحلال، وأن يبارك لك فيه

Kami memohon kepada Allah Ta’ala agar anda dipermudahkan dalam meraih sumber rezeki yang halal, dan semoga Allah memberi barakah padanya.

والله أعلم

Wallahu a’lam.

Sumber: http://islamqa.info/ar/108105 (Kelolaan Syaikh Muhammad bin Soleh Al-Munajjid).

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest