Celaan Terhadap Bid’ah dan Ahlinya

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Setelah mengetahui serba ringkas tentang hakikat kesempurnaan Islam dan sebahagian dari kesan buruk bid’ah, di sini dikemukakan pula tentang peringatan, celaan dan bahaya bid’ah serta para ahlinya.Islam telah sempurna

Karektor dan Ciri-ciri Ahli Bid’ah

1, Mendahulukan akal dan pendapatnya.

Diriwayatkan bahawa ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu berkata:

إياكم وأصحاب الرأي فإنهم أعداء السنن أعيتهم الأحاديث أن يحفظوها فقالوا بالرأى فضلوا وأضلوا

“Hendaklah kamu berhati-hati terhadap Ash-hab Ar-Ra’yi (golongan yang menggunakan akal dalam agama), kerana mereka adalah musuh as-sunnah. Mereka jauh dan lemah terhadap hadis-hadis (yakni tidak menguasainya) sehingga mereka pun tidak menghafalnya (yakni tidak memahami dan mengikutinya), lalu mereka pun berbicara dengan ra’yi (pendapat atau akal) mereka semata-mata. Mereka itu sesat dan menyesatkan.” (Syarh Usul I’tiqad Al-Laalika’i, no. 201)

Al-Imam Al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H) berkata:

وإذا سمعت الرجل يطعن على الآثار أو يرد الآثار أو يريد غير الآثار فاتهمه على الإسلام ولا تشك أنه صاحب هوى مبتدع

“Jika engkau mendengar seseorang mencela atsar atau menolak atsar atau menginginkan selain atsar, maka jadikanlah dia seorang yang tertuduh (dicurigai) dalam Islam, dan janganlah engkau ragu bahawa dia adalah pengikut hawa nafsu dan mubtadi’.” (Syarhus Sunnah oleh Al-Barbahari, no. 105 – Tahqiq Muhammad Sa’id Salim Al-Qahthani)

2, Memusuhi, Mencela dan Menggelarkan ahlus sunnah (pembawa dan pembela hadis) dengan pelbagai gelaran yang buruk.

Al-Imam Abu Haatim Ar-Raazi rahimahullah (Wafat: 277H) berkata:

وعلامة أهل البدع الوقيعة في أهل الأثر وعلامة الزنادقة تسميتهم أهل السنة حشوية يريدون إبطال الآثاروعلامة الجهمية تسميتهم أهل السنة مشهبةوعلامة القدرية تسميتهم أهل الأثر مجبرةوعلامة المرجئية تسميتهم أهل السنة مخالفة ونقصانيةوعلامة الرافضة تسميتهم أهل السنة ناصبةولا يلحق أهل السنة إلا اسم واحد ويستحيل أن تجمعهم هذه الأسماء

“Tanda-tanda ahli-bid’ah adalah mencela Ahlul-Atsar (yakni para ulama dari kalangan sahabat dan tabi’in, serta yang mengikuti mereka), tanda orang-orang zindiq adalah menamakan ahlus sunnah (pembela hadis) sebagai hasyawiyah (orang bodoh atau hina), yang tujuan mereka menamakannya demikian adalah bagi menolak atsar-atsar (atau hadis-hadis yang dibawa oleh mereka). Tanda Al-Jahmiyyah, mereka menamakan ahlus sunnah sebagai musyabbihah (orang yang menyerupakan sifat-sifat Allah dengan makhluk). Tanda Al-Qadariyah, mereka menamakan ahlul atsar sebagai Mujabbirah (orang yang hanya bergantung pada taqdir). Tanda Al-Murji’ah, mereka menamakan ahlus sunnah sebagai mukhalifah (menyimpang) dan Nuqshaniyyah (mengurangi, yakni mengurangi iman). Tanda Ar-Rafidhah (Syi’ah), mereka menamakan ahlus sunnah sebagai Naashibah (yang memusuhi ahlul bayt). Sedangkan ahlus sunnah itu tidaklah mempunyai nama kecuali satu nama (karektor), dan mustahil setiap nama-nama (penisbatan gelaran) tersebut bergabung dalam diri mereka.” (Syarh Ushul I’tiqad oleh Al-Laalikaa’i, 1/176)

Al-Imam Ash-Shabuni rahimahullah (Wafat: 449H) turut menyebutkan hal yang sama, beliau mengatakan:

وعلامات البدع على أهلها بادية ظاهرة ، وأظهر آياتهم وعلاماتهم شدةُ معاداتهم لحَمَلَة أخبار النبي صلى الله عليه وسلم واحتقارهم لهم واستخفافهم بهم وتسميتهم إياهم حَشَويَّة وجهلة وظاهرية ومشبِّهة اعتقادا منهم في أخبار رسول الله صلى الله عليه وسلم أنها بمعزل عن العلم، وأن العلم ما يلقيه الشيطان إليهم من نتائج عقولهم الفاسدة ووساوس صدورهم المظلمة وهواجس قلوبهم الخالية من الخير وكلماتهم وحججهم الباطلة { أُولَئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمَى أَبْصَارَهُمْ } [ سورة محمد، الآية : 23 ]،{ وَمَنْ يُهِنِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ مُكْرِمٍ إِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يَشَاءُ } [ سورة الحج ، الآية : 18 ] ، قال أبو عثمان : قلت : أنا رأيت أهل البدع في هذه الأسماء التي لقَّبوا بها أهل السنة، ولا يلحقهم شيء منها فضلا من الله ومنة، سلكوا معهم مسلك المشركين لعنهم الله مع رسول الله صلى الله عليه وسلم،فإنهم اقتسموا القول فيه فسماه بعضهم ساحرا، وبعضهم كاهنا، وبعضهم شاعرا، وبعضهم مجنونا ، وبعضهم مفتونا ، وبعضهم مفتريا مختلقا كذابا، وكان النبي صلى الله عليه وسلم من تلك المعائببعيدا بريئا ، ولم يكن إلا رسولا مصطفى نبيا، قال الله عز وجل : { انْظُرْ كَيْفَ ضَرَبُوا لَكَ الْأَمْثَالَ فَضَلُّوا فَلَا يَسْتَطِيعُونَ سَبِيلًا } [ سورة الفرقان ، الآية : 9 ]،وكذلك المبتدعة – خذلهم الله – اقتسموا القول في حملة أخبار ونقلة آثاره ورواة أحاديثه المقتدين به المهتدين بسنته المعروفين بأصحاب الحديث ، فسماهم بعضهم حشوية، وبعضهم مشبهة ، وبعضهم نابتة ، وبعضهم ناصبة ، وبعضهم جبرية وأصحاب الحديث عصامة من هذه المعايب بريئة زكية نقية، وليسوا إلا أهل السنة المضِيَّة والسيرة المرضية والسبل السوية والحجج البالغة القوية، فقد وفقهم الله جل جلاله لاتباع كتابه ووحيه وخطابه والاقتداء برسوله صلى الله عليه وسلم) .

“Tanda-tanda ahli bid’ah adalah amat jelas dan tampak. Dan antara tanda-tanda mereka yang paling tampak adalah kerasnya permusuhan mereka terhadap pembawa hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, meremehkan mereka, dan menamakan mereka (pembawa dan pembela hadis-hadis Nabi) sebagai Hasyawiyyah, orang jahil, dzahiri (literalis dan tekstual), serta musyabbihah. Ini adalah kerana i’tiqad mereka yang beranggapan bahawa hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam terpisah dari ilmu. Dan ilmu di sisi mereka adalah apa yang dibisikkan (atau dicampakkan) oleh syaitan kepada mereka, apa yang keluar dari akal-akal mereka yang fasad, was-was yang datang dari dada-dada mereka yang gelap (sesat), gerak hati mereka yang kosong dari kebaikan (dan asas kebenaran), serta kata-kata dan hujah-hujah mereka yang bathil. (Allah berfirman, yang maksudnya):

“Mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan ditulikan telinga-telinga mereka, serta dibutakan penglihatannya oleh-Nya.” (Surah Muhammad, 47: 23)

“Dan sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka tiada seorang pun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan apa yang Dia kehendaki.” (Surah Al-Hajj, 22: 18)

Aku melihat pada nama-nama yang dinisbatkan oleh ahli bid’ah kepada ahlus sunnah, tidak ada satu pun  dari nama-nama tersebut yang haq (benar) disebabkan keutamaan dan kurniaan dari Allah.  Dan adalah mereka ini adalah orang-orang yang menempuh jalannya kaum musyrikin ketika bersikap terhadap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, semoga Allah melaknat mereka.

Mereka (kaum musyrikin) menuduh Rasulullah dengan pelbagai gelaran; (seperti) tukang sihir, sebahagian mereka menggelarkan Rasulullah sebagai kaahin (bomoh), sebahagian yang lain menggelarkan tukang sya’ir, sebahagian lagi mengatakan Rasulullah orang gila, sebahagian yang lain menggelarkan beliau tukang fitnah, orang yang mengada-ada serta pendusta. Adapun Nabi Shallallahu ‘alaii wa Sallam hakikatnya sangatlah jauh dan berlepas diri dari ‘aib-‘aib tersebut. Dan tidaklah beliau melainkan seorang Rasul yang terpilih dan merupakan seorang Nabi.

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

“Perhatikanlah bagaimana mereka membuat perumpamaan-perumpaan tentang engkau, maka sesatlah mereka, mereka tidak mampu mendapatkan jalan (untuk menentang kerasulanmu).” (Surah Al-Furqan, 25: 9)

Demikianlah ahli bid’ah – semoga Allah menghinakan mereka – mereka menuduh dengan pelbagai tuduhan kepada para pembawa hadis-hadis Rasulullah, kepada para penukil atsar-atsar beliau, para periwayat hadis-hadis beliau, kepada orang-orang yang mengikutinya, kepada orang-orang yang mengambil petunjuk dengan sunnah-sunnah beliau, dan kepada orang-orang yang dikenal sebagai ashhabul hadits (pendukung dan pembela hadis). Sebahagian dari ahli bid’ah menggelar ahlus sunnah dengan hasyawiyyah, musyabbihah, naabitah, naashibah, dan Jabriyyah.

Namun ashhabul hadits terpelihara dari ‘aib-‘aib ini dalam keadaan berlepas diri, bersih dan suci, dan tidaklah mereka ini melainkan ahlus sunnah yang bercahaya, yang menempuh jalan yang diredhai dan lurus, dan hujah-hujahnya mendalam lagi teguh. Allah telah memberikan taufiq kepada mereka untuk ittiba’ pada kitab-Nya dan wahyu-Nya, mengikuti ucapan-Nya, dan meneladani Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” (Aqidatus Salaf wa Ashhabil Hadiits oleh Ash-Shabuni)islam kaffah

3, Mengikuti hawa nafsu.

Allah Ta’ala berfirman mensifati mereka:

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilahnya (sembahannya) dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah Al-Jaathiya, 45: 23)

Al-Hafiz Ibnu Katsir berkata:

أي: إنما يأتمر بهواه، فمهما رآه حسنا فعله، ومهما رآه قبيحا تركه: وهذا قد يستدل به على المعتزلة في قولهم بالتحسين والتقبيح العقليين

“Yakni dia bertindak dengan hawa nafsunya. Apa yang dianggap baik oleh hawa nafsunya maka dia lakukan, dan apa yang dianggap buruk oleh hawa nafsunya maka dia tinggalkan. Dan ini adalah corak pendalilan mu’tazilah dalam menetapkan pendapatnya sama ada baik atau buruk menurut akal.” (Tafsir Ibn Katsir, 7/268)

4, Berdalil dengan suatu yang samar (tidak jelas).

Allah Subhanahu wa Ta’ala mengkhabarkan:

فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ

“Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat (ayat-ayat yang samar) untuk menimbulkan fitnah dan mencari-cari ta’wilnya.” (Surah Ali ‘Imraan, 3: 7)

Dari tafsir ayat di Surah Ali ‘Imran, ayat 7; dari hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

فَإِذَا رَأَيْتِ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ فَأُولَئِكِ الَّذِينَ سَمَّى اللَّهُ فَاحْذَرُوهُمْ

“Jika engkau melihat orang-orang yang mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihat; mereka itulah yang disebut Allah (dalam ayat tadi; Surah Ali ‘Imran, 3: 7), maka berhati-hatilah dari mereka.” (Shahih Al-Bukhari, no. 4273. Muslim, no. 2665)

5, Mempertentangkan Al-Qur’an dengan hadis.

Al-Imam Al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H) berkata:

وإذا سمعت الرجل تأتيه بالأثر فلا يريده ويريد القرآن فلا تشك أنه رجل قد احتوى على الزندقة فقم من عنده ودعه

“Apabila engkau memperdengarkan sebuah atsar (hadis) kepada seseorang lalu dia menolaknya dan hanya menginginkan Al-Qur’an, maka tidak syak lagi bahawa dia dihinggapi kezindiqan, maka berdirilah dari sisinya dan segera beredar.” (Syarhus Sunnah, no. 114 – Tahqiq Muhammad Sa’id Salim Al-Qahthan)

6, Mencela sahabat Nabi dan tidak berqudwah kepada mereka.

Al-Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) menegaskan:

Ushul As-Sunnah (Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah) di sisi kami adalah:

التَّمَسُّكُ بِمَا كَانَ عَلَيْهِ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – وَالِاقْتِدَاءُ بِهِمْ، وَتَرْكُ الْبِدَعِ، وَكُلُّ بِدْعَةٍ فَهِيَ ضَلَالَةٌ

“Berpegang teguh dengan jalan hidup para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, berqudwah (mengambil contoh teladan) dengan mereka, dan meninggalkan bid’ah. Dan setiap bid’ah itu adalah kesesatan.”

Beliau turut menegaskan:

وَمَنِ انْتَقَصَ أَحَدًا مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – أَوْ أَبْغَضَهُ لِحَدَثٍ كَانَ مِنْهُ أَوْ ذَكَرَ مَسَاوِئَهُ كَانَ مُبْتَدِعًا حَتَّى يَتَرَحَّمَ عَلَيْهِمْ جَمِيعًا، وَيَكُونَ قَلْبُهُ لَهُمْ سَلِيمًا.

“Dan sesiapa yang mencela salah seorang saja dari para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, atau membencinya kerana suatu kejadian (kesilapan) darinya, atau menyebut-nyebut keburukannya, maka dia adalah seorang mubtadi’ (ahli bid’ah). Sampailah dia mendoakan rahmat ke atas mereka semuanya, dan hatinya pula turut menerima mereka semua.” (Ushulus Sunnah oleh Imam Ahmad. Syarh Usul I’tiqad oleh Al-Laalikaa’i, 1/156)

Baca huraian di, http://bit.ly/1yQyXJs

7, Terkenal dengan kepuakan dan perpecahan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَأُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

“Janganlah kamu seperti oran-orang yang berpecah-belah dan berselisih setelah datang kepada mereka al-bayyinaat (keterangan yang jelas). Dan bagi mereka itulah azab yang besar.” (Surah Ali ‘Imraan, 3: 105)

Dalam ayat yang lain, Allah berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang memecah-belah agamanya dan mereka terpecah menjadi beberapa golongan, tidak ada sedikit pun tanggungjawabmu terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah terserah kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat.” (Surah Al-An’aam, 6: 159)

Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:

وَلِهَذَا وَصَفَ الْفِرْقَةَ النَّاجِيَةَ بِأَنَّهَا أَهْلُ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ وَهُمْ الْجُمْهُورُ الْأَكْبَرُ وَالسَّوَادُ الْأَعْظَمُ.وَأَمَّا الْفِرَقُ الْبَاقِيَةُ فَإِنَّهُمْ أَهْلُ الشُّذُوذِ وَالتَّفَرُّقِ وَالْبِدَعِ وَالْأَهْوَاءِ وَلَا تَبْلُغُ الْفِرْقَةُ مِنْ هَؤُلَاءِ قَرِيبًا مِنْ مَبْلَغِ الْفِرْقَةِ النَّاجِيَةِ فَضْلًا عَنْ أَنْ تَكُونَ بِقَدْرِهَا بَلْ قَدْ تَكُونُ الْفِرْقَةُ مِنْهَا فِي غَايَةِ الْقِلَّةِ . وَشِعَارُ هَذِهِ الْفِرَقِ مُفَارَقَةُ الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ وَالْإِجْمَاعِ

“Oleh itu, Al-Firqatun Naajiyah (kelompok yang selamat) disebut sebagai Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Mereka adalah jumhur al-akbar (kelompok terbesar semenjak era Rasulullah hingga kini – pent.) dan as-sawaadul a’dzam. Adapun kelompok yang lainnya maka mereka adalah kelompok yang aneh (menyimpang), berpecah-belah, bid’ah, dan pengikut hawa nafsu. Kelompok-kelompok mereka ini jumlahnya tidak dapat menghampiri jumlah al-firqatun naajiyah, tidak pula menyamai qadarnya. Bahkan terkadang di antara firqah-firqah tersebut amat sedikit jumlahnya, dan syi’ar kelompok-kelompok ini adalah menyelisihi Al-Qur’an, As-Sunnah dan ijmaa’.” (Majmu’ Al-Fatawa, 3/345-346)

8, Mudah mengkafirkan kaum muslimin.

Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:

والخوارج تكفر أهل الجماعة وكذلك أكثر المعتزلة يكفرون من خالفهم وكذلك أكثر الرافضة ومن لم يكفر فسق وكذلك أكثر أهل الأهواء يبتدعون رأيا ويكفرون من خالفهم فيه وأهل السنة يتبعون الحق من ربهم الذي جاء به الرسول ولا يكفرون من خالفهم فيه بل هم أعلم بالحق وأرحم بالخلق كما وصف الله به المسلمين بقوله كنتم خير أمة أخرجت للناس

“Al-Khawarij, karektor utama mereka adalah mengkafirkan ahlul jama’ah (kaum muslimin). Demikian pula dengan Mu’tazilah, mereka mengkafirkan siapa saja yang menyelisihi mereka. Demikian pula dengan Ar-Rafidhah (syi’ah), siapa yang tidak dikafirkan, maka akan dinilai fasiq oleh mereka. Dan demikian pulalah dengan kebanyakan ahlul ahwa’ (pengikut hawa nafsu), ketika mereka mengadakan bid’ah menurut pendapat (akal) mereka, siapa yang menyelisihi mereka, (maka akan dikafirkan, difasiqkan, atau disesatkan).

Manakala ahlus sunnah, mereka mengikuti al-haq (kebenaran) dari Rabb mereka yang dibawa oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan tidak mengkafirkan siapa yang menyelisihi mereka, tetapi mereka lebih tahu tentang al-haq (kebenaran), lebih punya sifat rahmah terhadap makhluk sebagaimana yang disifatkan oleh Allah terhadap kaum muslimin pada firman-Nya: “Kalian adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan kepada manusia.” (Minhajus Sunnah An-Nabawiyah, 5/158 – Mu’asasah Al-Qurthubah)

Ini kerana syarat pengkafiran itu sangatlah ketat, demikian pula setiap orang yang memiliki ciri-ciri ahli bid’ah juga tidaklah langsung disebut sebagai ahli bid’ah. Ini kerana mungkin mereka jahil, tidak sampai maklumat, ada syubhat yang belum tersingkap padanya, belum sampai nasihat dan teguran untuknya, atau yang seumpama.

Peringatan dan Celaan Terhadap Bid’ah serta Ahlinya

1, Bid’ah memiliki maksud mengubah dan menyelewengkan ayat-ayat Allah serta agama-Nya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

فَبَدَّلَ الَّذِينَ ظَلَمُوا قَوْلًا غَيْرَ الَّذِي قِيلَ لَهُمْ فَأَنزَلْنَا عَلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا رِجْزًا مِّنَ السَّمَاءِ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ

“Lalu orang-orang yang zalim mengganti perintah dengan (mengerjakan) yang tidak diperintahkan kepada mereka. Sebab itu Kami timpakan atas orang-orang yang zalim itu dari langit, kerana mereka berbuat kefasiqan.” (Surah Al-Baqarah, 2: 2:59)

Di ayat yang lain, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

فَبَدَّلَ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ قَوْلًا غَيْرَ الَّذِي قِيلَ لَهُمْ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِجْزًا مِّنَ السَّمَاءِ بِمَا كَانُوا يَظْلِمُونَ

“Maka orang-orang yang zalim di antara mereka itu mengganti (perkataan itu) dengan perkataan yang tidak dikatakan kepada mereka, maka Kami timpakan kepada mereka azab dari langit disebabkan kezaliman mereka.” (Surah Al-A’raaf, 7: 7:162)

2, Allah tidak memerintahkan mereka berbuat bid’ah.hanya islam

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ

“Adakah mereka memiliki sembahan-sembahan selain Allah yang mensyari’atkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah?” (Surah Asy-Syuura, 42: 21)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنَاهَا عَلَيْهِمْ إِلَّا ابْتِغَاءَ رِضْوَانِ اللَّهِ فَمَا رَعَوْهَا حَقَّ رِعَايَتِهَا فَآتَيْنَا

“Dan mereka mengada-adakan rahbaniyyah (kerahiban) padahal kami tidak mewajibkannya kepada mereka tetapi (mereka sendirilah yang mengada-adakannya) untuk mencari keredhaan Allah, lalu mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang semestinya.” (Surah Al-Hadid, 57: 27)

Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:

فمن ندب إلى شيء يتقرب به إلى الله أو أوجبه بقوله أو بفعله، من غير أن يشرعه الله ، فقد شرع من الدين ما لم يأذن به الله ، ومن اتبعه في ذلك فقد اتخذ شريكاً لله، شرع من الدين ما لم يأذن به الله

“Maka siapa yang memperuntukkan sesuatu (amalan) yang dengannya dia bertaqarrub kepada Allah, atau mewajibkannya sama ada dengan perkataan atau perbuatan, selain dari apa yang disyari’atkan oleh Allah, maka dia telah membuat syari’at (baru) dalam agama, dari apa yang tidak diizinkan Allah. Siapa yang mengikuti pada yang demikian, sesungguhnya dia telah menjadikan sekutu bagi Allah dan membuat syari’at dalam agama dari apa-apa yang tidak diizinkan oleh Allah.” (Iqtidha’ Ash-Shirathal Mustaqim, m/s. 268)

3, Setiap bid’ah dalam agama adalah sesat.

Sebagaimana dalam sebuah hadis, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ، تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ، فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ

“Hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Al-Khulafa’ Al-Mahdiyyin Ar-Rasyidin setelah peninggalanku. Pegang dan gigitlah ia walau dengan geraham kalian dengan sekuat-kuatnya, dan jauhilah hal-hal (amalan-amalan agama) yang baru (yang diada-adakan), kerana setiap amalan baru yang diada-adakan itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu adalah sesat.” (Sunan Abu Daud, no. 4607)

Dalam hadis yang lain, beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menegaskan:

أَمَّا بَعْدُ، فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهِ، وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ، وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا، وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ

“Sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah (Al-Qur’an), dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (Shallallahu ‘alaihi wa Sallam), dan seburuk-buruk perkara (dalam agama) adalah apa yang diada-adakan lalu disandarkan kepada agama (iaitu bid’ah), dan setiap bid’ah itu adalah kesesatan.” (Shahih Muslim, no. 867)

Sahabat Nabi, ‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhu berkata:

اتبعوا ولا تبتدعوا فقد كفيتم كل ضلالة

Ittiba’lah (ikutilah sunnah) dan jangan ibtida’ (berbuat bid’ah), kerana sunnah itu telah mencukupi bagi kalian, dan setiap bid’ah adalah kesesatan.” (Al-Bida’ oleh Ibn Wadhdhah, no. 13. As-Sunnah lil Marwazi, no. 78)

Sahabat Nabi, Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata:

كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةُ وَإِنْ رَآهَا النَّاس حَسَنَة

“Setiap bid’ah adalah sesat, walaupun manusia menganggapnya hasanah (baik).” (Dzamm Al-Kalaam, no. 276. Syarh Ushul I’tiqad, no. 126)

4, Pembuat bid’ah mendapat laknat dari Allah dan menangung dosa orang-orang yang mengikutinya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

لِيَحْمِلُواْ أَوْزَارَهُمْ كَامِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمِنْ أَوْزَارِ الَّذِينَ يُضِلُّونَهُم بِغَيْرِ عِلْمٍ أَلاَ سَاء مَا يَزِرُونَ

“(Ucapan mereka) menyebabkan mereka memikul dosa-dosanya dengan sepenuh-penuhnya pada hari kiamat, dan (mereka turut memikul) sebahagian dosa orang-orang yang mereka sesatkan yang tidak mengetahui sedikitpun (bahawa mereka disesatkan). Ingatlah, amat buruklah dosa yang mereka pikul itu.” (Surah An-Nahl, 16: 25)

Dari hadis ‘Ali radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

فَمَنْ أَحْدَثَ حَدَثًا أَوْ آوَى مُحْدِثًا فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللَّهِ وَالمَلاَئِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

“Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru (bid’ah) atau melindungi pembuatnya, maka atasnya laknat Allah, para malaikat-Nya, dan manusia seluruhnya.” (Hadis Riwayat Ahmad, Al-Bukhari, dan Muslim)

Dari hadis Jariir bin ‘Abdillah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ، وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ

“Sesiapa yang menghidupkan (atau mengajarkan) sunnah yang baik dalam Islam, kemudian diikuti (dengan cara diamalkan) oleh orang lain setelahnya, maka dicatat untuknya pahala seperti orang yang mengamalkannya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun.

Sesiapa yang menghidupkan sunnah yang sayyi’ah (buruk) dalam Islam, kemudian diikuti oleh orang lain setelahnya, maka dicatat baginya dosa sebagaimana dosa orang yang melakukannya tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun.” (Shahih Muslim, no. 1017. Bab: Sesiapa yang menghidupkan sunnah hasanah atau sunnah sayyi’ah, dan siapa yang mengajak kepada petunjuk atau kesesatan)

5, Larangan bersahabat dengan ahli bid’ah.

Dari hadis Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ

“Seorang lelaki itu di atas agama teman dekatnya, maka hendaklah setiap kalian perhatikan siapa teman dekatnya.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2378)

Berkata Ibn Mas’oud radhiyallahu ‘anhu:

اعْتَبِرُوا النَّاسَ بِأَخْدَانِهِمْ، الْمُسْلِمُ يَتْبَعُ الْمُسْلِمَ، وَالْفَاجِرُ يَتْبَعُ الْفَاجِرَ

“Nilailah seseorang itu dengan siapa dia berkawan, kerana seorang Muslim akan mengikuti Muslim yang lainnya, manakala seorang fajir pula akan mengikuti orang fajir yang lainnya.” (Al-Ibanah Al-Kubra oleh Ibn Baththah Al-‘Ukbari, no. 502)

Al-Imam Fudhail bin ‘Iyaadh rahimahullah (Wafat: 187H) berkata:

أدركت خيار الناس كلهم أصحاب سنة وينهون عن أصحاب البدع

“Aku mendapati dari orang-orang terbaik (yakni para ulama salaf), semua mereka adalah penjaga-penjaga sunnah dan mereka melarang bersahabat dengan Ash-hab Al-Bid’ah (ahli bid’ah dan para pendukungnya).” (Syarh Ushul I’tiqad, no. 267)

Al-Imam Al-Baihaqi rahimahullah (Wafat: 458H) meriwayatkan dalam Manaqib Asy-Syafi’i, bahawa bahawa Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) berkata:

مَنْ تَبِعْسُنَّةَ رَسُوْلِ اﷲ؛ وَافَقْتُهُ، وَمَنْ غَلَطَ، فَتَرَا كَهَا، خَالَفْتُهُ، صَاحِبِي الَّذِيْ أُفَارِقُهُ، اللاَّزِمُ الثَابِتُ عَنْ رَسُوْلِ اﷲ، وَإِنْ بَعُدَ، وَ الَّذِيْ أُفَارِقُ لَمْ يَقْبَل ْسُنَّةَ رَسُوْلِ اﷲ وَإِنْ قَرُبَ

“Sesiapa yang mengikuti Sunnah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam, maka aku akan bersepakat dengannya, manakala orang yang keliru lagi meninggalkan Sunnah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam, maka aku akan menyelisihinya dan tidak akan bersepakat dengannya. Adapun teman yang tidak aku tinggalkan adalah orang yang sentiasa melazimi lagi tetap tsabt (teguh) terhadap Rasulullah Shalallahu ‘alahi wa Sallam walaupun dia berada jauh (daripadaku). Manakala mereka yang aku pisahkan (yakni yang ditinggalkan oleh Asy-Syafi’i – pent.) adalah mereka yang tidak menerima Sunnah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam, walaupun dia dekat (denganku).” (Manaqib Asy-Syafi’i, 1/485)

Yahya bin Sa’id Al-Qaththan rahimahullah (Wafat: 198H) menceritakan:Tanda baiknya islam

لَمَّا قَدِمَ سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ الْبَصْرَةَ: جَعَلَ يَنْظُرُ إِلَى أَمْرِ الرَّبِيعِ يَعْنِي ابْنَ صُبَيْحٍ، وَقَدْرَهُ عِنْدَ النَّاسِ، سَأَلَ: أَيُّ شَيْءٍ مَذْهَبُهُ؟ قَالُوا: مَا مَذْهَبُهُ إِلَّا السُّنَّةُ قَالَ: مَنْ بِطَانَتُهُ؟ قَالُوا: أَهْلُ الْقَدَرِ قَالَ: هُوَ قَدَرِيٌّ.

“Ketika Sufyan Ats-Tsauri tiba di Bashrah, beliau melihat keadaan Ar-Rabii’ bin Ash-Shabiih dan kedudukannya di sisi manusia. Lalu dia bertanya, “Apakah mazhab beliau (mazhab Ar-Rabii’)?” Jawab mereka, “Tidak lain mazhabnya adalah As-Sunnah.”

Kata Sufyan, “Siapakah teman-temannya?” Kata mereka, “Ahli Qadar (Qadariyah).” Lalu berkata Sufyan, “Jika demikian maka DIA ADALAH QADARI.”.” (Al-Ibanah Al-Kubra oleh Ibn Baththah Al-‘Ukbari, no. 421)

Kemudian di kitab yang sama, Ibnu Baththah rahimahullah (Wafat: 387H) meriwayatkan:

قِيلَ لِلْأَوْزَاعِيِّ: إِنَّ رَجُلًا يَقُولُ: أَنَا أُجَالِسُ أَهْلَ السُّنَّةِ، وَأُجَالِسُ أَهْلَ الْبِدَعِ، فَقَالَ الْأَوْزَاعِيُّ: هَذَا رَجُلٌ يُرِيدُ أَنْ يُسَاوِيَ بَيْنَ الْحَقِّ وَالْبَاطِلِ.

“Dikatakan kepada Al-Auzaa’i, sesungguhnya seorang lelaki berkata, “Aku duduk dengan Ahlus Sunnah dan aku juga duduk dengan Ahli Bid’ah.”

Maka kata Al-Imam Al-Auzaa’i, “Ini adalah lelaki yang hendak menyamakan di antara Al-Haq dengan Al-Bathil.” (Al-Ibanah Al-Kubra oleh Ibn Baththah Al-‘Ukbari, no. 430)

6, Tegahan belajar dengan ahli bid’ah.

‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhu berkata:

لا يزال الناس بخير ما أخذوا العلم عن أكابرهم، فإذا أخذوه من أصاغرهم وشرارهم هلكوا

“Umat manusia akan sentiasa dalam kebaikan selama mereka mengambil ilmu dari tokoh-tokoh besar (ulama Ahli Sunnah) dari kalangan mereka. Maka apabila mereka mengambil dari orang-orang kecil (orang jahil) dan orang-orang keji (Ahli Bid’ah) maka nescaya mereka akan binasa.” (Jaami’ Bayaan Al-‘Ilmi wa Fadhlih, no. 575 – Tahqiq Fawwaz Ahmad Zamarli)

Dari Ibn ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

دِيْنُكَ ! دِيْنُكَ ! اِنَّمَا هُوَ لَحْمُكَ وَدَمُكَ فَانْظُرْ عَمَّنْ تَاْخُذُ خُذْ عَنِ الَّذِيْنَ اسْتَقَامُوْا وَلاَ تَاْخُذْ عَنِ الَّذِيْنَ مَالُوْا

“(Peliharalah) agamamu! (Peliharalah) agamamu! Ia adalah darah dan dagingmu, maka perhatikanlah dari siapa kamu mengambilnya. Ambillah dari orang-orang yang beristiqamah (memelihara sunnah) dan jangan diambil dari orang-orang yang menyeleweng (melencong dari sunnah iaitu Ahli Bid’ah).” (Al-Kifayah fi ‘lmi Ar-Riwaayah oleh Al-Khathib Al-Bahgdadi, m/s. 121)

Al-Imam Muhammad bin Sirin rahimahullah (Wafat: 110H) berkata:

سَمُّوا لَنَا رِجَالَكُمْ، فَيُنْظَرُ إِلَى أَهْلِ السُّنَّةِ فَيُؤْخَذُ حَدِيثُهُمْ، وَيُنْظَرُ إِلَى أَهْلِ الْبِدَعِ فَلَا يُؤْخَذُ حَدِيثُهُمْ

“Mereka (ahlus sunnah) sebelum itu tidak bertanya tentang sanad, tetapi ketika terjadi fitnah, mereka pun berkata, “Sebutkanlah kepada kami nama para perawimu.” Apabila dilihat yang menyampaikannya adalah ahlus sunnah maka hadisnya diterima, tetapi bila yang menyampaikannya adalah ahli bid’ah maka hadisnya ditolak.” (Mukaddimah Shahih Muslim, 1/15)

Beliau juga berkata:

إِنَّ هَذَا الْعِلْمَ دِينٌ فَانْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ دِينَكُمْ

“Sesungguhnya ilmu ini adalah dien (petunjuk kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik daripada siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Mukaddimah Shahih Muslim, 1/33)

Al-Imam Ibn ‘Abdil Barr meriwayatkan perkataan Al-Imam Malik rahimahumallaah:

لا تجوز شهادة أهل البدع وأهل الأهواء

“Tidak diterima persaksian ahli bid’ah dan ahli ahwa’.”

Beliau turut meriwayatkan maksud ahli ahwa’ di sisi Imam Malik dan mazhabnya:

أهل الأهواء عند مالك وسائر أصحابنا هم أهل الكلام، فكل متكلم فهو من أهل الأهواء والبدع, أشعريا كان أو غير أشعري، ولا تقبل له شهادة في الإسلام أبدا، ويهجر ويؤدب على بدعته، فإن تمادى عليها استتيب منها.

“Ahli ahwa’ di sisi Al-Imam Malik dan seluruh sahabat kami (dalam mazhab Malik), mereka adalah ahli kalam, maka siapa saja yang tergolong ahli kalam maka dia adalah ahli ahwa’ dan bid’ah, sama ada dari kalangan Asy’ari atau selain Asy’ari (yakni pengikut mazhab aqidah Asya’irah – pent.), dan tidak diterima persaksian mereka di dalam Islam selamanya, hendaklah mereka dihajr (yakni diboikot) dan diberikan peringatan atas bid’ah mereka, jika masih tetap dipertahankan maka hendaklah diminta bertaubat.” (Jaami’ Bayaan Al-‘Ilmi wa Fadlih, no. 918)

Beliau juga turut menyebutkan perkataan Imam Malik:

لا تجوز الإجارات في شيء من كتب الأهواء، والبدع والتنجيم وذكر كتبا ثم قال: كتب أهل الأهواء والبدع عند أصحابنا هي كتب أصحاب الكلام من المعتزلة وغيرهم، وتفسخ الإجارة في ذلك.

“Tidak boleh engkau menyewakan (atau memperjual-belikan) pada segala sesuatu dari kitab-kitab ahli ahwa’, ahli bid’ah, ahli tanjim (tukang ramal berdasarkan perbintangan – pent.), dan disebutkan kitab-kitabnya, kemudian beliau berkata:

“Kitab-kitab ahli ahwa’ dan bid’ah di sisi mazhab kami adalah kitab ashhab al-kalam (pengikut ahli kalam) dari kalangan mu’tazilah dan selain mereka. Dan hendaklah meninggalkan dari semua ini.” (Jaami’ Bayaan Al-‘Ilmi wa Fadlih, no. 918)

7, Memberi peringatan tentang bahaya ahli bid’ah.

Al-Imam Fudhayl bin ‘Iyaadh rahimahullah (Wafat: 187H) berkata:

إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلَائِكَتَهُ يَطْلُبُونَ حِلَقَ الذِّكْرِ فَانْظُرُ مَعَ مَنْ يَكُونُ مَجْلِسُكَ لَا يَكُونُ مَعَ صَاحِبِ بِدْعَةٍ فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى لَا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ، وَعَلَامَةُ النِّفَاقِ أَنْ يَقُومَ الرَّجُلُ وَيَقْعُدَ مَعَ صَاحِبِ بِدْعَةٍ. وَأَدْرَكْتُ خِيَارَ النَّاسِ كُلُّهُمْ أَصْحَابُ سُنَّةٍ وَهُمْ يَنْهَوْنَ عَنْ أَصْحَابِ الْبِدْعَةِ

“Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang bertugas mencari majlis-majlis dzikir, maka lihatlah bersama siapa majlis tersebut, janganlah bersama ahli bid’ah; kerana Allah Ta’ala tidak melihat kepada mereka. Dan salah satu tanda nifaq adalah seseorang bangun dan duduk bersama ahli bid’ah. Aku mendapati sebaik-baik manusia (yakni generasi tabi’in – pent.), mereka semuanya adalah ahlus Sunnah dan mereka melarang (yakni memperingatkan) dari ahli bid’ah.” (Hilyatul Auliyaa’ oleh Abu Nu’aim, 8/104)

Kata Al-Imam Ibn Abi Zamanain rahimahullah (Wafat: 399H):

وَلَمْ يَزَلْ أَهْلُ اَلسُّنَّةِ يَعِيبُونَ أَهْلَ اَلْأَهْوَاءِ اَلْمُضِلَّةِ، وَيَنْهَوْنَ عَنْ مُجَالَسَتِهِمْ وَيُخَوِّفُونَ فِتْنَتَهُمْ وَيُخْبِرُونَ بِخَلَاقِهِمْ، وَلَا يَرَوْنَ ذَلِكَ غِيبَةً لَهُمْ وَلَا طَعْنًا عَلَيْهِمْ.

“Dan sentiasalah Ahlus Sunnah mencela (yakni menjelaskan keburukan) ahlul ahwa’ (pengikut hawa nafsu, yakni ahli bid’ah) yang menyesatkan serta melarang duduk bersama mereka (yakni bersahabat dengan mereka) dan menakutkan (kaum muslimin) dari fitnah mereka, dan memberi peringatan tentang akibat (buruk) mereka, dan mereka (yakni ahlus sunnah) tidak menganggap perkara tersebut sebagai ghibah atau celaan (yg dilarang syara’) terhadap mereka (ahli bid’ah).” (Ushul As-Sunnah oleh Ibn Abi Zamanain, no. 293)

Al-Imam Abul ‘Abbaas Al-Qaraafii rahimahullah (Wafat: 684H) menegaskan:

أَرْبَابُ الْبِدَعِ وَالتَّصَانِيفِ الْمُضِلَّةِ يَنْبَغِي أَنْ يُشْهِرَ النَّاسُ فَسَادَهَا وَعَيْبَهَا وَأَنَّهُمْ عَلَى غَيْرِ الصَّوَابِ لِيَحْذَرَهَا النَّاسُ الضُّعَفَاءُ فَلَا يَقَعُوا فِيهَا، وَيُنَفَّرُ عَنْ تِلْكَ الْمَفَاسِدِ مَا أَمْكَنَ بِشَرْطِ أَنْ لَا يُتَعَدَّى فِيهَا الصِّدْقُ وَلَا يُفْتَرَى عَلَى أَهْلِهَا مِنْ الْفُسُوقِ وَالْفَوَاحِشِ مَا لَمْ يَفْعَلُوهُ بَلْ يُقْتَصَرُ عَلَى مَا فِيهِمْ مِنْ الْمُنَفِّرَاتِ خَاصَّةً فَلَا يُقَالُ عَلَى الْمُبْتَدِعِ إنَّهُ يَشْرَبُ الْخَمْرَ، وَلَا أَنَّهُ يَزْنِي وَلَا غَيْرُ ذَلِكَ مِمَّا لَيْسَ فِيهِ

“Para tokoh ahli bid’ah dan penulis buku-buku menyesatkan, maka sangat penting untuk menjelaskan kefasadan dan bahayanya kepada manusia, bahawa mereka ini bukan di atas kebenaran agar manusia yang lemah (yakni kalangan awam) tidak terjatuh dalam kesesatan mereka, dan hendaklah memperingatan manusia tentang kesesatan mereka semampu mungkin, dengan syarat tidak sampai melampaui batas kebenaran, dan tidak berdusta dengan menisbatkan kekejian kepada mereka sedang mereka tidak melakukannya. Tetapi sebaliknya hendaklah mencukupkan diri dengan kesesatan yang telah sah sandarannya atas mereka, maka tidak dikatakan kepada ahli bid’ah sesungguhnya dia peminum khamr, atau tidak dikatakan dia berzina atau dengan perkataan-perkataan yang seumpamanya dari apa yang mereka tidak lakukan.” (Anwar Al-Buruq fi Anwa’ul Furuq oleh Al-Qar’afi, 8/261)

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:

وَمِثْلُ أَئِمَّةِ الْبِدَعِ مِنْ أَهْلِ الْمَقَالَاتِ الْمُخَالِفَةِ لِلْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ أَوْ الْعِبَادَاتِ الْمُخَالِفَةِ لِلْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ ؛ فَإِنَّ بَيَانَ حَالِهِمْ وَتَحْذِيرَ الْأُمَّةِ مِنْهُمْ وَاجِبٌ بِاتِّفَاقِ الْمُسْلِمِينَ حَتَّى قِيلَ لِأَحْمَدَ بْنِ حَنْبَلٍ : الرَّجُلُ يَصُومُ وَيُصَلِّي وَيَعْتَكِفُ أَحَبُّ إلَيْك أَوْ يَتَكَلَّمُ فِي أَهْلِ الْبِدَعِ ؟ فَقَالَ : إذَا قَامَ وَصَلَّى وَاعْتَكَفَ فَإِنَّمَا هُوَ لِنَفْسِهِ وَإِذَا تَكَلَّمَ فِي أَهْلِ الْبِدَعِ فَإِنَّمَا هُوَ لِلْمُسْلِمِينَ هَذَا أَفْضَلُ . فَبَيَّنَ أَنَّ نَفْعَ هَذَا عَامٌّ لِلْمُسْلِمِينَ فِي دِينِهِمْ مِنْ جِنْسِ الْجِهَادِ

“Dan seperti tokoh-tokoh bid’ah dari para pembawa pemikiran yang menyelisihi Al-Kitab dan As-Sunnah atau ibadah-ibadah yang menyelisihi Al-Kitab dan As-Sunnah, maka sesungguhnya menjelaskan keadaan mereka dan memberi peringatan umat dari mereka adalah perkara yang wajib berdasarkan kesepakatan kaum muslimin, bahkan dikatakan kepada Ahmad bin Hanbal:

“Seseorang yang berpuasa, solat, dan beri’tikaf lebih engkau sukai atau berbicara tentang ahli bid’ah?”

Beliau menjawab:

“Jika seseorang beribadah, solat dan beri’tikaf, kemaslahatannya hanya untuk dirinya, dan jika dia berbicara tentang ahli bid’ah maka kemaslahatannya untuk kaum muslimin dan ini lebih afdhal.” Maka Beliau menjelaskan bahawa manfaat hal ini lebih bersifat umum untuk kaum muslimin dalam agama mereka yang merupakan sebahagian dari jihad.” (Majmu’ Al-Fatawa, 28/231)

Beliau juga berkata:

وَمَنْ كَانَ مُحْسِنًا لِلظَّنِّ بِهِمْ – وَادَّعَى أَنَّهُ لَمْ يَعْرِفْ حَالَهُمْ – عَرَفَ حَالَهُمْ فَإِنْ لَمْ يُبَايِنْهُمْ وَيُظْهِرْ لَهُمْ الْإِنْكَارَ وَإِلَّا أُلْحِقَ بِهِمْ وَجُعِلَ مِنْهُمْ

“Dan sesiapa yang selalu berprasangka baik terhadap ahli bid’ah – dan mengaku belum mengetahui keadaan mereka – kenalkanlah ahli bid’ah tersebut padanya. Maka sekiranya dia telah mengenalnya tetapi tidak menampakkan penolakan terhadap mereka, gabungkanlah dia bersama-sama mereka dan anggaplah dia dari kalangan mereka juga.” (Majmu’ Al-Fatawa, 2/133)

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H):

كل من اطلع من حال شخص على شيء وخشى أن غيره يغتر بجميل ظاهره فيقع في محذور ما فعليه أن يطلعه على ما يحذر من ذلك قاصدا نصيحته

“Setiap orang yang mengetahui keadaan seseorang dan dia bimbang orang lain tertipu dengan kebaikan zahir orang tersebut sehingga mengakibatkan orang lain terjebak dalam perkara yang dilarang, maka wajib atasnya supaya memberitahu perkara sebenar yang perlu dijauhi tersebut (kepada masyarakat) dengan maksud nasihat.” (Fathul Bari oleh Ibn Hajar Al-‘Asqalani, 10/454)

8, Menghajr (memboikot) dan tidak bermajlis dengan ahli bid’ah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ

“Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al-Qur’an bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka.” (Surah An-Nisaa’, 4 : 140)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِي آَيَاتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ وَإِمَّا يُنْسِيَنَّكَ الشَّيْطَانُ فَلَا تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَى مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

“Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu setelah teringat (akan larangan itu).” (Surah Al-An’aam, 6 : 68)

Al-Imam Al-Baghawi rahimahullah menyebutkan: Adh-Dhohhak berkata, dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma:

“Termasuk pada ayat ini adalah setiap orang yang mengada-adakan bid’ah dalam agama dan setiap mubtadi’, sampailah hari kiamat.” (Ma’alim At-Tanzil oleh Al-Baghawi, 2/301)

Demikian juga yang disebutkan oleh Al-Qurthubi dalam Tafsirnya.

Ibnu ‘Aun rahimahullah berkata:

كان محمد يرى أن أهل الاهواء أسرع الناس ردة، وأن هذه نزلت فيهم: وإذا رأيت الذين يخوضون في آياتنا فأعرض عنهم حتى يخوضوا في حديث غيره

“Muhammad (bin Sirin) berpendapat bahawa ahlul ahwa’ adalah orang yang paling cepat riddahnya (keluar dari Islam), dan bahawa ayat ini (Al-An’aam, 6 : 68 – pent.) turun pada mereka:

“Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain…” (Siyar A’lam An-Nubala, 4/610)

Dari tafsir ayat di Surah Ali ‘Imran, ayat 7; dari hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

فَإِذَا رَأَيْتِ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ فَأُولَئِكِ الَّذِينَ سَمَّى اللَّهُ فَاحْذَرُوهُمْ

“Jika engkau melihat orang-orang yang mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihat; mereka itulah yang disebut Allah (dalam Surah Ali ‘Imran, 3: 7), maka berhati-hatilah dari mereka.” (Shahih Al-Bukhari, no. 4273. Muslim, no. 2665)Kemuliaan Dengan Islam

Kata Al-Imam Al-Baghawi rahimahullah (Wafat: 510H):

وَقَدْ مَضَتِ الصَّحَابَةُ وَالتَّابِعُونَ وَأَتْبَاعُهُمْ، وَعُلَمَاءُ السُّنَّةِ عَلَى هَذَا مُجْمِعِينَ مُتَّفِقِينَ عَلَى مُعَادَاةِ أَهْلِ الْبِدْعَةِ، وَمُهَاجَرَتِهِمْ.

“Dan telah berlalulah Sunnah para Sahabat dan Tabi’in serta para pengikut mereka, di mana para ulama Sunnah bersepakat atas perkara ini, iaitu bersepakat untuk memusuhi ahli bid’ah dan meng-hajr (memboikot) mereka.” (Syarh As-Sunnah oleh Al-Baghawi, 1/227)

Imam Fudhayl bin ‘Iyaadh (Wafat: 187H) berkata:

صَاحِبُ بِدْعَةٍ لَا تَأْمَنْهُ عَلَى دِينِكَ، وَلَا تُشَاوِرْهُ فِي أَمْرِكَ، وَلَا تَجْلِسْ إِلَيْهِ، وَمَنْ جَلَسَ إِلَى صَاحِبِ بِدْعَةٍ، أَوْرَثَهُ اللَّهُ الْعَمَى. يَعْنِي فِي قَلْبِهِ

“Janganlah kamu beri kepercayaan kepada ahli bid’ah dalam urusan agamamu, jangan kamu bermesyuarat dengannya dalam urusanmu, dan jangan kamu duduk-duduk dengannya. Siapa yang duduk dengan ahli Bid’ah, Allah akan mewariskan baginya kebutaan. Yakni (kebutaan) di hatinya.” (Syarh Ushul I’tiqad oleh Al-Laalikaa’i, no. 264)

Kata Al-Imam Fudhayl bin ‘Iyaadh:

أُحِبُ أَنْ يَكُونَ بَيْنِي وَبَيْنَ صَاحِبِ بِدْعَةٍ حِصْنٌ مِنْ حَدِيدٍ

“Aku amat suka jika antara aku dan ahli bid’ah terdapat tembok dari besi.” (Hilyatul Awliyaa’ oleh Abu Nu’aim, 8/103. Al-Ibanah Al-Kubra oleh Ibn Baththah, no. 470)

Kata beliau lagi (Al-Fudhayl bin ‘Iyaadh):

من جلس مع صاحب بدعة فاحذره ومن جلس مع صاحب البدعة لم يعط الحكمة واحب أن يكون بيني وبين صاحب بدعة حصن من حديد آكل عند اليهودي والنصراني أحب إلي من أن آكل عند صاحب بدعة

“Siapa yang duduk dengan ahli bid’ah maka berhati-hatilah darinya dan siapa yang duduk dengan ahli bid’ah tidak akan diberi Al-Hikmah. Dan aku ingin jika antara aku dan ahli bid’ah ada benteng dari besi yang kukuh. Dan aku makan di samping Yahudi dan Nashrani lebih aku sukai berbanding makan di sebelah ahli bid’ah.” (Syarh Ushul I’tiqad oleh Al-Laalikaa’i, 4/638, no. 1149)

Kata beliau juga:

من عظم صاحب بدعة فقد أعان على هدم الإسلام

“Sesiapa yang mengagungkan seorang ahli bid’ah, maka dia telah membantu untuk menghancurkan Islam.” (Dzammul Kalaam oleh Al-Harawi, m/s. 219. Syarhus Sunnah oleh Al-Barbahari, 1/60)

Kata beliau juga:

مَنْ أَحَبَّ صَاحِبَ بِدْعَةٍ أَحْبَطَ اللَّهُ عَمَلُهُ، وَأَخْرَجَ نُورَ الإِسْلامِ مِنْ قَلْبِهِ

“Sesiapa yang mencintai ahli bid’ah, nescaya Allah akan menghapuskan amalnya dan mengeluarkan cahaya Islam dari hatinya.” (Hilyatul Awliyaa’ oleh Abu Nu’aim, 8/103. Syarhus Sunnah oleh Al-Barbahari, no. 130. Al-Ibanah Al-Kubra oleh Ibn Baththah, no. 440. Dzammul Kalaam wa Ahlihi oleh Al-Harawi, no. 933)

Al-Fudhayl bin ‘Iyaadh rahimahullah (Wafat: 187H) juga mengatakan:

إِذَا رَأَيْتَ مُبْتَدِعًا فِي طَرِيقٍ، فَخُذْ فِي طَرِيقٍ آخَرَ

“Apabila engkau melihat ahli bid’ah di suatu jalan, maka ambillah jalan yang lain.” (Al-Ibanah Al-Kubra oleh Ibn Baththah Al-‘Ukbari, no. 493)

Demikian pula kata Yahya bin Abi Katsir, no. 492.

Al-Imam Abul Jauza’ rahimahullah (Wafat: 83H) pernah berkata:

لَأَنْ تُجَاوِرَنِي الْقِرَدَةُ وَالْخَنَازِيرُ فِي دَارٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ يُجَاوِرَنِي رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْأَهْوَاءِ , وَقَدْ دَخَلُوا فِي هَذِهِ الْآيَةِ: وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

“Jika aku didampingi kera-kera dan babi-babi di dalam sebuah rumah lebih aku sukai dari aku didampingi oleh seorang lelaki dari kalangan ahlul ahwa’ (pengikut hawa nafsu atau Ahli Bid’ah) kerana mereka telah termasuk dalam ayat ini (maksudnya):

“dan jika mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: kami beriman, sedangkan apabila mereka bersendirian mereka menggigit jari atas kamu kerana menahan kebencian, katakanlah: matilah kamu dlm kebencian kamu itu sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yg ada di dalam dada-dada.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 119).” (Al-Ibanah Al-Kubra oleh Ibn Baththah Al-‘Ukbari, no. 466)

Beliau juga berkata:

لأن يجاورني قردة وخنازير أحب إليّ من أن يجاورني أحد منهم – يعني: أصحاب الأهواء

“Sungguh, jika aku berjiran dengan monyet-monyet dan babi-babi itu lebih aku sukai berbanding aku berjiran dengan mereka (iaitu para pengekor hawa nafsu).” (Syar Ushul I’tiqad, Al-Laalikaa’i, no. 231)

Al-Imam Al-Barbahari rahimahullah (Wafat: 329H) berkata:

وإذا رأيت الرجل يجلس مع أهل الأهواء فاحذره واعرفه فإن جلس معه بعدما علم فاتقه فإنه صاحب هوى

“Jika engkau melihat seseorang duduk bersama ahlul ahwaa’ (pengikut hawa nafsu), maka berikanlah peringatan padanya dan jelaskanlah. Jika dia tetap duduk bersamanya setelah dia mengetahui, maka jauhilah dia, kerana dia termasuk pengikut hawa nafsu.” (Syarhus Sunnah oleh Al-Barbahari, no. 113 – Tahqiq Muhammad Sa’id Salim Al-Qahthani)

Al-Imam Ibnu Khuwaiz Mindad rahimahullah (Wafat: 390H) yang merupakan seorang Ulama dalam Mazhab Malik, beliau menegaskan:

أَهْلُ الْأَهْوَاءِ عِنْدَ مَالِكٍ وَسَائِرِ أَصْحَابِنَا هُمْ أَهْلُ الْكَلَامِ فَكُلُّ مُتَكَلِّمٍ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْأَهْوَاءِ وَالْبِدَعِ أَشْعَرِيًّا كَانَ أَوْ غَيْرَ أَشْعَرِيٍّ وَلَا تُقْبَلُ لَهُ شَهَادَةٌ فِي الْإِسْلَامِ وَيُهْجَرُ وَيُؤَدَّبُ عَلَى بِدْعَتِهِ، فَإِنْ تَمَادَى عَلَيْهَا اسْتُتِيبَ مِنْهَا

“Ahli ahwa’ di sisi Al-Imam Malik dan seluruh sahabat kami (dalam mazhab Malik), mereka adalah ahli kalam, maka siapa saja yang tergolong ahli kalam maka dia adalah ahli ahwa’ dan bid’ah, sama ada dari kalangan Asy’ari atau selain Asy’ari (yakni pengikut mazhab aqidah Asya’irah – pent.), dan tidak diterima persaksian mereka di dalam Islam selamanya, hendaklah mereka dihajr (yakni diboikot) dan diberikan peringatan atas bid’ah mereka, jika masih tetap dipertahankan maka hendaklah diminta bertaubat.” (Jaami’ Bayaan Al-‘Ilmi wa Fadlih, no. 918)

9, Ahli bid’ah lebih bahaya dari Yahudi dan Nashara.

Abu ‘Ali bin Al-Husain Al-Balkhi rahimahullah berkata:

دَخَلْتُ عَلَى أَحْمَدَ ابْنِ حَنْبَلٍ، فَجَاءَهُ رَسُولُ الْخَلِيفَةِ يَسْأَلُهُ عَنْ الِاسْتِعَانَةِ بِأَهْلِ الْأَهْوَاءِ.فَقَالَ أَحْمَدُ: لَا يُسْتَعَانُ بِهِمْ قَالَ: يُسْتَعَانُ بِالْيَهُودِ وَالنَّصَارَى وَلَا يُسْتَعَانُ بِهِمْ قَالَ: إنَّ النَّصَارَى وَالْيَهُودَ لَا يَدْعُونَ إلَى أَدْيَانِهِمْ، وَأَصْحَابُ الْأَهْوَاءِ دَاعِيَةٌ.

“Aku masuk menemui Ahmad bin Hanbal, lalu datang utusan khalifah, beliau bertanya tentang mendapatkan pertolongan dari ahli ahwa’ (ahli bid’ah). Lalu jawab Imam Ahmad bin Hanbal:

“Tidak boleh minta pertolongan dengan mereka.” Dikatakan lagi, “Boleh minta pertolongan dengan Yahudi dan Nashara, tetapi tidak boleh minta pertolongan dengan ahli bid’ah.” Imam Ahmad berkata lagi:

“Sesungguhnya Nashara dan Yahudi tidak menyeru kepada ajaran mereka, tetapi ashhabul ahwa’ (ahli bid’ah) menyeru kepada ajaran mereka.” (Al-Adabusy Syar’iyyah, 1/275. Fashl: Pada Meminta Pertolongan dengan Ahli Ahwa’ dan Ahli Kitab dalam Negara – Mu’asasah Ar-Risalah, Tahqiq Syu’aib Al-Arnauth)

10, Membantah Ahli bid’ah dengan ilmu (As-Sunnah).

Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali menyebutkan, “Dikatakan kepada Al-Imam Malik bin Anas rahimahullah (Wafat: 179H):

“Bolehkah seorang yang mempunyai ilmu tentang As-Sunnah mendebat (atau berjidal) dengan ahli bid’ah?”

Jawab Imam Malik:

لا، ولكن يخبر بالسُّنَّةِ، فإنْ قُبِلَ منه، وإلاّ سكت

“Tidak! Tapi hendaklah dia mengkhabarkan (yakni menjelaskan) As-Sunnah tersebut, seandainya diterima itulah yang baik baginya, tetapi jika tidak diterima maka (sebaiknya) dia diam saja (yakni jangan berdebat atau berbantah-bantah – pent.).” (Fadhlu ‘Ilmi As-Salaf ‘ala Al-Khalaf, m/s. 4 – Maktabah Syamilah. Jaami’ Al-‘Uluum wa Al-Hikam, m/s. 93)

Al-Imam Ibn Baththah Al-‘Ukbari rahimahullah (Wafat: 387H) berkata:

وَلْيَكُنْ مَا تُرْشِدُهُ بِهِ، وَتُوقِفُهُ عَلَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ وَالْآثَارِ الصَّحِيحَةِ مِنْ عُلَمَاءِ الْأُمَّةِ مِنَ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَكُلُّ ذَلِكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ، وَإِيَّاكَ وَالتَّكَلُّفَ لِمَا لَا تَعْرِفُهُ

“Hendaklah bekalmu untuk membimbing (kepada As-Sunnah) dan menghentikan bid’ah bersumber dari Al-Qur’an dan As-Sunnah serta atsar-atsar yang sahih yang datang dari ulama ummat ini dari kalangan sahabat dan tabi’in, dan jelaskan semua ini dengan hikmah dan mau’idzah (penyampaian) yang hasanah. Dan hati-hatilah engkau dari sikap takalluf (memaksa-maksa) dari apa-apa yang tidak engkau ketahui.” (Al-Ibanah al-Kubra, 2/540)

Periwayatan Hadis dari Perawi Ahli Bid’ah

1, Sikap hati-hati para ulama hadis pada mengambil dan meriwayatkan hadis-hadis Nabi.

Al-Imam Muslim rahimahullah (Wafat: 261H) berkata:

وَاعْلَمْ وَفَّقَكَ اللهُ تَعَالَى أَنَّ الْوَاجِبَ عَلَى كُلِّ أَحَدٍ عَرَفَ التَّمْيِيزِ بَيْنَ صَحِيحِ الرِّوَايَاتِ وَسَقِيمِهَا، وَثِقَاتِ النَّاقِلِينَ لَهَا مِنَ الْمُتَّهَمِينَ، أَنْ لَا يَرْوِيَ مِنْهَا إِلَّا مَا عَرَفَ صِحَّةَ مَخَارِجِهِ، وَالسِّتَارَةَ فِي نَاقِلِيهِ، وَأَنْ يَتَّقِيَ مِنْهَا مَا كَانَ مِنْهَا عَنْ أَهْلِ التُّهَمِ وَالْمُعَانِدِينَ مِنْ أَهْلِ الْبِدَعِ

“Dan ketahuilah, semoga Allah memberikan taufiq kepadamu, bahawa adalah wajib bagi setiap orang untuk mengenal perbezaan di antara riwayat yang sahih dengan riwayat yang ada penyakit (tidak sahih), dan di antara perawi tsiqah yang meriwayatkannya dari para perawi yang diragui (atau dicurigai).Orang yang tidak diambil ilmunya

Bahawa tidak diriwayatkan dari mereka melainkan apa yang dikenal sejahtera (sahih) jalan keluarnya, dan para perawi yang benar-benar manpan pada periwayatan.

Serta berjaga-jaga dari para perawi yang padanya keraguan (tertuduh, tidak manpan) dan yang mengada-adakan (yakni menyimpang) dari kalangan ahli bid’ah.” (Mukaddimah Shahih Muslim, 1/8)

2, Dua Kelompok Perawi Ahli Bid’ah.

i, Ahli bid’ah yang bid’ahnya menjadikannya keluar dari Islam.

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menyatakan:

قال العلماء من المحدثين والفقهاء وأصحاب الأصول المبتدع الذي يكفر ببدعته لا تقبل روايته بالاتفاق

“Berkata para ulama dari kalangan ahli hadis, para fuqoha’ dan ashhabul ushul bahawa ahli bid’ah yang bid’ahnya menjadikannya keluar dari Islam (yakni menjadikannya kafir), maka riwayatnya tidak diterima dengan ittifaq (kesepakatan ulama).” (Muqaddimah Syarah Shahih Muslim, 1/60)

ii, Ahli bid’ah yang bid’ahnya tidak menjadikannya keluar dari Islam.

Al-Imam An-Nawawi menukilkan perkataan Ibn Hibban (Wafat: 354H) rahimahumallaah:

ففى الصحيحين وغيرهما من كتب أئمة الحديث الاحتجاج بكثيرين من المبتدعة غير الدعاة ولم يزل السلف والخلف على قبول الرواية منهم والاحتجاج بها والسماع منهم واسماعهم من غير انكار منهم والله اعلم

“Dalam dua kitab Shahih dan selain dari keduanya dalam kitab-kitab para imam hadis selain keduanya, maka di dalamnya terdapat riwayat-riwayat yang menjadi hujjah yang berasal dari kalangan ahli bid’ah yang tidak menyeru kepada bid’ahnya.

Dan kalangan salaf dan khalaf juga tidak menolak atas diterimanya hadis dari mereka dan mereka juga berhujah dengan hadis tersebut, medengar hadis dari mereka, dan memperdengarkan hadis kepada mereka dari selain yang mereka ingkari. Wallaahu a’lam.” (Syarh Shahih Muslim, 1/61)

Dari sini menunjukkan jika seorang perawi hadis yang ahli bid’ah itu dapat dipastikan kejujurannya, dhabtnya atau baik hafalannya, tsiqah (keboleh-percayaannya), dan bukan seorang pendusta serta tidak pula menghalalkan kedustaan, maka riwayatnya diterima.

Namun, perlu difahami bahawa penerimaan para ulama hadis terhadap hadis-hadis yang diriwayatkan oleh mereka ini bukanlah bermakna menunjukkan dukungan terhadap mereka.

Dikatakan bahawa, kejujuran mereka (yakni dalam periwayatan hadis) adalah untuk kita, sedangkan bid’ah yang mereka bawa tetap untuk mereka.

Jadi, yang diambil dari mereka adalah hadis-hadisnya sahaja. Adapun pemikiran, kefahaman, dan kebid’ahan mereka, maka ditinggalkan dan diperingatkan. Demikianlah ketelitian dan kehati-hatian para ulama hadis dalam meriwayatkan sesuatu hadis.

Al-Imam Ibn Hibban rahimahullah (Wafat: 354H) berkata:

لا يجوز الاحتجاج بالداعية عند أئمتنا قاطبة لا خلاف بينهم في ذلك

“Tidak boleh berhujah dengan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh ahli bid’ah yang menyeru kepada bid’ahnya semuanya tanpa pengecualian di sisi para ulama kami. Tidak ada perselisihan di antara mereka semua pada yang demikian.” (Muqaddimah Syarh Shahih Muslim, 1/60-61)

Berkata Abu Dawud As-Sijistaani rahimahullah (Wafat: 275H), aku bertanya kepada Ahmad bin Hanbal rahimahullah:

يُكْتَبُ عَنِ الْقَدَرِيِّ؟ قَالَ: إِذَالَمْ يَكُنْ دَاعِيًا

“Adakah tetap ditulis (hadis-hadis Nabi yang diriwayatkan) dari seorang Qadari?” Jawab Imam Ahmad: “(Ya), jika dia tidak menyeru kepada bid’ahnya.” (Su-alaat Abi Dawud li Imam Ahmad, no. 135. Syarh ‘Ilal At-Tirmidzi, 1/123)

Berkata Al-Marwazi:

كان أبو عبد الله يحدث عن المرجئ إذا لم يكن داعياً

“Bahawa Abu ‘Abdillah (Imam Ahmad) mengkhabarkan (meriwayatkan) dari murji’ah apabila ia tidak menyeru kepadanya.” (Syarh ‘Ilal At-Tirmidzi oleh Ibn Rajab, 1/123)

Berkata Al-Husain bin Manshur Abu ‘Ali As-Sulami An-Naisaburi:

سئل أحمد عمن يكتبه حديثه ؟ فقال : (( عن الناس كلهم إلا عن ثلاثة : صاحب هوى يدعو إليه ، أو كذاب ، أو رجل يغلط في الحديث فيرد عليه فلا يقبل

“Aku bertanya kepada Ahmad, dari siapa ditulis hadisnya?” Maka jawab beliau, “Dari manusia seluruhnya kecuali tiga orang; (Iaitu) pendukung hawa (yakni ahli bid’ah) yang menyeru kepada bid’ahnya, pendusta, serta perawi yang banyak salahnya dalam hadis, maka ditinggalkan dan tidak diterima.” (Syarh ‘Ilal At-Tirmidzi oleh Ibn Rajab, 1/135)

Berkata Ibn Al-Mubarak rahimahullah (Wafat: 181H):

يكتب الحديث إلا عن أربعة : غلاّط لا يرجع، وكذاب، وصاحب هوى يدعو إلى بدعته، ورجل لا يحفظ فيحدث من حفظه

“Ditulis hadis-hadis melainkan dari empat orang; yang banyak salah tidak kembali, pendusta, pendukung hawa (yakni ahli bid’ah) yang menyeru kepada bid’ahnya, dan perawi yang tidak hafaz lalu meriwayatkan dari hafazannya.” (Syarh ‘Ilal At-Tirmidzi oleh Ibn Rajab, 1/123)

Al-Imam ‘Abdurrahman bin Mahdi rahimahullah (Wafat: 198H) mengatakan:dari mana ambil ilmu

ثلاثة لا يؤخذ عنهم: المتهم بالكذب، وصاحب بدعة يدعو إلى بدعته، والرجل الغالي عليه الوهم والغلط

“Tiga golongan yang tidak diambil (periwayatan hadis-hadis) dari mereka; (iaitu) yang tertuduh sebagai pendusta, ahli bid’ah yang menyeru kepada bid’ah-nya, dan perawi yang banyak padanya wahm dan salah.” (Syarh ‘Ilal At-Tirmidzi oleh Ibn Rajab, 1/135)

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) mengatakan:

وبه صرح الحافظ أبو إسحاق إبراهيم بن يعقوب الجُوزَجاني، شيخ أبي داود والنسائي، في كتابه “معرفة الرجال”، فقال في وصْف الرواة: ومنهم زائغٌ عن الحق -أي عن السنة- صادقُ اللهجة؛ فليس فيه حيلةٌ إلا أن يؤخذ من حديثه ما لا يكون منكَراً، إذا لم يُقَوِّ به بدعته

“Padanya ditegaskan oleh Abu Ishaq Ibrahim bin Ya’qub Al-Juzajani, Syaikh (guru) kepada Abi Dawud dan An-Nasaa’i di kitab beliau “Ma’rifatur Rijaal”, beliau berkata:

“Dan pada sifat para perawi hadis itu di antara mereka ada yang menyimpang dari al-haq (kebenaran) -yakni dari as-sunnah-  tetapi jujur ucapannya, maka tidak ada padanya kecuali akan diambil hadisnya yang mana tidak munkar, yakni apabila hadisnya tersebut tidak menguatkan kebid’ahannya.” (Nuzhatun Nadzar fii Taudhih Nukhbatil Fikar fi Musthalah, m/s. 128)

Kata Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H):

وَكَذَلِكَ لَمَّا كَثُرَ الْقَدَرُ فِي أَهْلِ الْبَصْرَةِ فَلَوْ تُرِكَ رِوَايَةُ الْحَدِيثِ عَنْهُمْ لَا نَدْرُسُ الْعِلْمَ وَالسُّنَنَ وَالْآثَارَ الْمَحْفُوظَةَ فِيهِمْ.

“Demikian pula ketika kelompok Qadariyah sangat kuat di tengah-tengah penduduk Bashrah, jika mereka menolak meriwayatkan hadis dari kelompok ini, maka akan hilanglah ilmu, sunnah-sunnah, dan atsar-atsar yang terpelihara yang ada pada kelompok tersebut.” (Majmu’ Al-Fatawa, 28/212)

Wallaahu a’lam.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest