Hukum Tarian Dan Tepuk Tangan Bagi Kaum Lelaki

Fatwa Sultan Al-‘Ulama Al-Imam ‘Izzudin Ibn ‘Abdissalaam rahimahullah (Wafat: 660H)
Dipetik dari Qowa’id Al-Ahkam fii Mashalihil Anaam
www.ilmusunnah.com

dimuliakan di malam hariوأما الرقص والتصفيق فخفة ورعونة مشبهة لرعونة الإناث لا يفعلها إلا راعن أو متصنع كذاب وكيف يتأتى الرقص المتزن بأوزان الغناء ممن طاش لبه وذهب قلبه، وقد قال عليه السلام:

“Adapun tarian dan bertepuk-tangan (bagi kaum lelaki – pent.) adalah bentuk kerendahan dan menyerupai tingkah-laku kewanitaan, tidak akan dilakukan melainkan oleh orang yang cacat akal ataupun seorang yang berpura-pura lagi pendusta. Macam mana dia boleh menari mengikuti dendangan irama dari kalangan orang-orang yang telah hilang jiwanya, dan telah pergi hatinya? Sedangkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:

“خير القرون قرني ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم”،

“Sebaik-baik kurun adalah kurun-ku, kemudian (kurun) yang berikutnya, kemudian (kurun) yang berikutnya setelah itu.”

ولم يكن أحد من هؤلاء الذين يقتدى بهم يفعل شيئا من ذلك. وإنما استحوذ الشيطان على قوم يظنون أن طربهم عند السماع إنما هو متعلق بالله عز وجل

Dan tidak pernah ada seorang pun di antara mereka dari golongan yang dijadikan contoh ikutan dan teladan yang pernah melakukan perkara sedemikian (yakni menari dan bertepuk-tepuk tangan). Dan sebenarnya Syaitan telah memperdayakan golongan yang menyangka dendangan (atau tarian) yang mereka perdengarkan (atau lakukan) adalah sebagai bentuk penggantungan mereka dengan Allah ‘Azza wa Jalla.

ولقد مانوا فيما قالوا وكذبوا فيما ادعوا من جهة أنهم عند سماع المطربات وجدوا لذتين اثنتين…

Sungguh mereka telah berbohong pada apa yang mereka perkatakan, dan berbohong pada apa yang mereka dakwa. Mereka mendakwa kononnya mereka mendapat dua kelazatan ketika mendengar apa yang didendangkan.

إحداهما لذة المعارف والأحوال المتعلقة بذي الجلال. والثانية: لذة الأصوات والنغمات والكلمات الموزونات الموجبات للذات النفس التي ليست من الدين ولا متعلقة بأمور الدين، فلما عظمت عندهم اللذتان غلطوا فظنوا أن مجموع اللذة إنما حصل بالمعارف والأحوال، وليس كذلك بل الأغلب عليهم حصول لذات النفوس التي ليست من الدين بشيء.

Pertamanya, kelazatan al-ma’aarif (atau al-ma’rifah) dan ahwal (yakni suatu keadaan) yang menggantungkan mereka kepada Allah.

Yang keduanya, kelazatan suara, dendangan irama, dan kata-kata yang tersusun yang melahirkan kelazatan nafsu yang bukan dari agama dan tiada kaitan dengan urusan agama.

Di saat dua kelazatan ini makin membesar menurut mereka, mereka telah salah dan menyangka bahawa terkumpulnya kelazatan tersebut terhasil dengan sebab al-ma’aarif dan ahwal, sedangkan halnya bukanlah begitu, bahkan sebaliknya yang kebanyakannya berlaku hanyalah kelazatan pada hawa nafsu semata yang tiada kaitan dengan agama sedikit pun.

وقد حرم بعض العلماء التصفيق لقوله عليه السلام: “إنما التصفيق للنساء” ولعن عليه السلام المتشبهات من النساء بالرجال، والمتشبهين من الرجال بالنساء،

Sebahagian ulama telah mengharamkan perbuatan “bertepuk tangan” berdasarkan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Bertepuk tangan itu hanya bagi kaum wanita.”

dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah melaknat kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki, dan kaum lelaki yang menyerupai wanita.

ومن هاب الإله وأدرك شيئا من تعظيمه لم يتصور منه رقص ولا تصفيق، ولا يصدر التصفيق والرقص إلا من غبي جاهل، ولا يصدران من عاقل فاضل،

Maka sesiapa yang punya rasa takut (dengan kehebatan) Allah (sebagai satu-satunya yang berhak diibadahi), ada pada dirinya pengagungan terhadap-Nya, maka tidak akan tergambar dari dirinya tarian, dan tidak pula tepuk-tangan, dan tidak mungkin mereka melakukan tarian dan bertepuk-tangan kecuali dari kalangan orang-orang yang tidak ada ilmu lagi bodoh, dan kedua-duanya (yakni tarian dan bertepuk-tangan) tidak akan terpapar (atau lahir) dari seorang yang berakal lagi punya kemuliaan.

ويدل على جهالة فاعلهما أن الشريعة لم ترد بهما في كتاب ولا سنة، ولم يفعل ذلك أحد الأنبياء ولا معتبر من أتباع الأنبياء، وإنما يفعل ذلك الجهلة السفهاء الذين التبست عليهم الحقائق بالأهواء،

Cukuplah sebagai dalil (bukti) kejahilan orang-orang yang melakukan kedua-dua perbuatan tersebut adalah bahawasanya tiada suatu pun petunjuk daripada syari’ah, tidak warid dari Al-Qur’an dan tidak pula sunnah. Dan tidak pula pernah dilakukan oleh walau seorang pun dari kalangan para Nabi, dan tidak pula oleh tokoh-tokoh terkemuka dari kalangan pengikut para Nabi. Dan bahawasanya ia hanya dilakukan oleh orang-orang yang jahil lagi dungu yang tidak ada sifat tatsabbut atas mereka dalam menyemak antara kebenaran dengan hawa nafsu (kebathilan).

وقد قال تعالى: {وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَاناً لِكُلِّ شَيْءٍ}

Bahawa Allah Ta’ala telah berfirman:

“dan Kami turunkan kepada-mu Al-Qur’an yang menjelaskan segala sesuatu.”

وقد مضى السلف وأفاضل الخلف ولم يلابسوا شيئا من ذلك، ومن فعل ذلك أو اعتقد أنه غرض من أغراض نفسه وليس بقربة إلى ربه، فإن كان ممن يقتدى به ويعتقد أنه ما فعل ذلك إلا لكونه قربة فبئس ما صنع لإيهامه أن هذا من الطاعات، وإنما هو من أقبح الرعونات.

Bahawasanya golongan As-Salaf telah berlalu, dan golongan yang punya keutamaan dari kalangan Al-Khalaf juga telah berlalu, tidak ada suatu apa pun yang mengelirukan dari yang tersebut.

Sesiapa yang melakukan demikian (menari dan bertepuk-tangan), atau beri’tiqad bahawa ianya merupakan suatu tujuan dari tujuan dirinya, dan bukan sebagai bentuk qurbah (mendekatkan diri) kepada Rabb-nya, dan sekiranya dia meyakini bahawa yang demikian itu tidak dilakukan kecuali dalam rangka qurbah (mencari kedekatan) kepada Allah, maka sesungguhnya sangatlah kejinya apa yang telah dilakukannya tersebut, kerana dia menyangka perbuatannya sebagai bentuk dari ketaatan, sedangkan ianya hanya suatu bentuk kebodohan lagi sia-sia.”

Lihat: Qowa’idul Ahkam fii Mashalihil Anaam oleh Al-‘Izz Ad-Diin Ibn ‘Abdissalaam, 2/186-187 – Daar Al-Ma’aarif (Beirut).

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest