Ingatan Agar Tidak Menahan Dari Menyusukan Anak Kecil

www.ilmusunnah.com

Ini adalah sebagai tambahan dari artikel terdahulu dengan tajuk, “Air Susu Ibu Lambang Kasih-Sayang.”

Dalam satu hadis disebutkan (asalnya sebagai perumpamaan), Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

فَنِعْمَ المُرْضِعَةُ وَبِئْسَتِ الفَاطِمَةُ

“Maka nikmatlah (alangkah baiknya) orang yang menyusukan, dan betapa buruknya orang yang melepaskan (menceraikan susu).” (Shahih Al-Bukhari, no. 7148 – Kitab Al-Ahkaam)

Di hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ إِذْ أَتَانِي رَجُلَانِ، فَأَخَذَا بِضَبْعَيَّ، فَأَتَيَا بِي جَبَلًا وَعْرًا… ثُمَّ انْطَلَقَ بِي، فَإِذَا أَنَا بِنِسَاءٍ تَنْهَشُ ثُدِيَّهُنَّ الْحَيَّاتُ، قُلْتُ: مَا بَالُ هَؤُلَاءِ؟ قَالَ: هَؤُلَاءِ يَمْنَعْنَ أَوْلَادَهُنَّ أَلْبَانَهُنَّ

“Ketika aku sedang tidur, dua orang lelaki mendatangiku dan memegang kedua lenganku, lalu keduanya membawa aku ke gunung yang keras lagi kasar… kemudian aku diperjalankan, tiba-tiba aku di hadapkan kepada para wanita yang tetek-tetek mereka di patuk oleh ular-ular. Aku bertanya, “Kenapa dengan mereka itu?” Dia menjawab, ‘Mereka adalah para wanita yang menahan susu-susu mereka terhadap anak-anaknya.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, no. 1986. Shahih Ibnu Hibban, no. 7491)

Dalam Al-Qur’an, Allah Ta’ala juga telah memerintahkan kepada anak-anak agar berbuat baik kepada ibu dan bapa mereka dengan penyebutan sebab yang antaranya kerana ibu telah mengandungkan, melahirkan dan menyusukan (dua tahun penuh) dengan susah payah. (lihat: Surah Luqman, 31: 14. dan Surah Al-Ahqaaf, 46: 15)

Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdil Wahhab Al-‘Aqil hafizhahullah berkata:

فعلى المرأة المسلمة أن تتقي الله عز وجل وأن تعطي أبنها حقه الذي خلقه الله عز وجل فيها هذا اللبن وعلى المسلمين كذلك أن يتقوا الله عز وجل في أمور دنياهم وآخراهم وأن يحافظوا على ما شرع الله عز وجل لهم من عبادات

“Maka hendaklah para perempuan muslimah itu takut kepada Allah ‘Azza wa Jalla, dan hendaklah mereka memberikan anak-anak mereka haknya dari apa yang telah Allah ‘Azza wa Jalla ciptakan untuk mereka pada diri mereka berupa air susu. Dan demikian pula ke atas kaum muslimin, hendaklah mereka takut kepada Allah ‘Azza wa Jalla baik dalam urusan dunia mereka mahupun urusan akhirat mereka, dan hendaklah mereka menjaga apa-apa yang telah Allah ‘Azza wa Jalla syari’atkan atas mereka dari urusan ibadat.” (lihat: http://www.ajurry.com/vb/showthread.php?t=42990)

Wallahu a’lam.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest