Ketentuan Pembayaran Fidyah Puasa Ramadhan

Ustaz Dzulqarnain M. Sunusi
www.dzulqarnain.net

Orang-orang yang Berkewajiban Membayar Fidyah

Bayaran fidyah sebagai ganti dari puasa Ramadhan (yang ditinggalkan) adalah diwajibkan ke atas beberapa orang:

Pertama, laki-laki dan perempuan tua yang tidak mampu berpuasa.

Kedua, perempuan hamil dan yang sedang menyusui yang bimbang terhadap bahaya yang dialami oleh kandungan­nya atau anak susuannya jika berpuasa.

Dua golongan di atas berdasarkan hadis Ibnu ‘Abbas radhiyallâhu ‘anhumâ, riwayat Abu Dâud, Ibnu Jârûd dalam Al-Muntaqâ, dan selainnya dengan sanad yang sahih, bahawa tentang firman Allah Ta’âla,

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ

“Dan orang-orang yang berat menjalan­kan (puasa) tersebut (jika tidak berpuasa) wajib membayar fidyah, (iaitu) memberi makan seorang miskin.” [Surah Al-Baqarah: 184]

Ibnu ‘Abbas berkata,

رَخَّصَ لِلشَّيْخِ الْكَبِيْرِ وَالْعَجُوْزِ الْكَبِيْرَةِ فِيْ ذَلِكَ وَهُمَا يُطِيْقَانِ الصَّوْمَ أَنْ يُفْطِرَا إِنْ شَاءَا أَوْ يُطْعِمَا كَلَّ يَوْمٍ مِسْكِيْنًا وَلَا قَضَاءَ عَلَيْهِمَا ثُمَّ نُسِخَ ذَلِكَ فِيْ هَذِهِ الْآيَةِ فَمْنَ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَثَبَتَ لِلشَّيْخِ الْكَبِيْرِ وَالْعَجُوْزِ الْكَبِيْرَةِ إِذَا كَانَا لَا يُطِيْقَانِ الصَّوْمَ وَالْحُبْلَى وَالْمُرْضِعِ إِذَا خَافَتَا أَفْطَرَتَا وَأَطْعَمَتَا كُلَّ يَوْمٍ مِسْكِيْنًا

“(Asalnya) Laki-laki dan perempuan tua diberikan keringanan dalam hal itu (iaitu untuk tidak berpuasa – pent.), walaupun mereka mampu berpuasa. (Keduanya diberikan keringanan) untuk berbuka apabila menghendaki, atau memberi makan satu orang miskin setiap hari dan tidak ada qadha atas mereka berdua, kemudian hal tersebut di-nasakh (dihapus hukumnya) dalam ayat ini:

“Sesiapa di antara kalian yang menyaksikan bulan (Ramadhan), hendaknya dia berpuasa.”

Maka, tetaplah hukum tersebut bagi laki-laki dan perempuan tua yang tidak mampu berpuasa, juga bagi perempuan hamil dan menyusui apabila bimbang (bahawa puasanya akan membahayakan kandungannya atau anak yang ia susui – pent.) (iaitu mereka) berbuka dan membayar fidyah bagi setiap hari (yang ditinggalkan).” (Lafazh hadis adalah milik Ibnul Jârûd)

Ketiga, orang yang sakit terus-menerus yang tidak punya harapan untuk sembuh lagi, iaitu berdasarkan penelitian para ahli kesihatan atau menurut kebiasaan.

Hal di atas adalah berdasarkan riwayat lain dari Ibnu ‘Abbas radhiyallâhu ‘anhumâ, oleh Imam An-Nasâ`i dengan sanad yang sahih, bahawa tentang firman Allah Ta’âla,

وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ

 “Dan orang-orang yang berat menjalan­kan (puasa) tersebut (jika tidak berpuasa) wajib membayar fidyah, (yaitu) memberi makan seorang miskin.” [Surah Al-Baqarah: 184]

Ibnu ‘Abbas berkata,

لاَ يُرَخَّصُ فِيْ هَذَا إِلَّا لِلَّذِيْ لَا يُطِيْقُ الصِّيَامَ أَوْ مَرِيْضٍ لاَ يُشْفَى

“Keringanan untuk (tidak berpuasa, tetapi membayar fidyah) ini tidaklah diberikan, kecuali kepada orang tua yang tidak mampu berpuasa atau kepada orang sakit yang tidak mampu sembuh.”

Cara Pembayaran Fidyah

Cara pembayaran fidyah adalah dengan memberi makan orang miskin mengikut jumlah hari puasa yang telah ditinggalkan. Contohnya, apabila tidak berpuasa selama lima belas hari, maka ia (wajib) memberi makan lima belas orang miskin.

Fidyah boleh dibayar sekaligus dan boleh dibayar sebahagian-sebahagian secara terpisah.

Pembayaran adalah dengan Makanan dan Tidak Boleh Dengan Wang Tunai

Berdasarkan konteks ayat, Pembayaran fidyah adalah dengan makanan. Maka dengan ini, kami menegaskan bahawa fidyah tidak boleh ditukar dengan wang.

Bentuk dan Jenis Makanan Fidyah

Konteks ayat tentang fidyah adalah bersifat umum, tidak merinci ketentuan tentang jenis makanan. Jadi, jika telah dianggap sebagai makanan menurut kebiasaan manusia di suatu tempat, maka sesuatu itu dapat digunakan untuk membayar fidyah.

Kadar Makanan Fidyah

Kuantiti makanan juga tidak dirinci dalam konteks ayat sehingga ukuran makanan tersebut kembali kepada kebiasaan kebanyakan orang pada suatu tempat atau negeri.

Fidyah yang Paling Afdhal

Namun, tidak diragukan akan terpujinya pembayaran fidyah dengan makanan yang paling baik dan berharga berdasarkan firman Allah ‘Azza wa Jalla,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنْفِقُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنْفِقُونَ وَلَسْتُمْ بِآخِذِيهِ إِلَّا أَنْ تُغْمِضُوا فِيهِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ

“Wahai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian hasil usaha kalian yang baik­baik dan sebahagian (nafkah) yang Kami keluarkan dari bumi untuk kalian. Dan janganlah kalian memilih (nafkah) yang buruk lalu menafkahkannya, sedangkan kalian sendiri tidak mahu mengambilnya, melainkan dengan menjelingkan mata kepadanya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” [Surah Al-Baqarah: 267]

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest