Keutamaan Doa di Hari Arafah

www.ilmusunnah.com

Keutamaan dan kelebihan doa pada hari ‘Arafah dapat dilihat berdasarkan beberapa hadis. Berikut kami senaraikan sebahagian darinya.keutamaan hari arafah

1, Dari hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُو، ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمِ الْمَلَائِكَةَ، فَيَقُولُ: مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ؟

“Di antara hari yang Allah banyak membebaskan para hamba dari Neraka adalah pada hari ‘Arafah. Allah akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman:

“Apa yang dikehendaki oleh mereka?” (Shahih Muslim, no. 1348)

Kata Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

هذا الحديث ظاهر الدلالة في فضل يوم عرفة

“Hadis ini secara zahirnya menunjukkan keutamaan hari ‘Arafah.” (Syarh Shahih Muslim, 9/117)

2, Di hadis yang lain, dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya (‘Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash radhiyallahu ‘anhu), bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Sebaik-baik do’a adalah do’a pada hari Arafah, dan sebaik-baik ucapan yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan adalah:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Tiada yang berhak diibadahi melainkan Allah satu-satunya, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian, dan Dia-lah yang berkuasa atas segala sesuatu.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 3585. Kata At-Tirmidzi, hadis gharib. Manakala Al-Albani mengatakannya hasan)

3, Manakala dalam Musnad Ahmad, disebutkan:

كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَرَفَةَ: ” لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Kebanyakan doa Rasulullah di hari ‘Arafah adalah:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Tiada yang berhak diibadahi melainkan Allah satu-satu-Nya, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian, di Tangan-Nya lah kebaikan, dan Dia-lah yang berkuasa atas segala sesuatu.” (Musnad Ahmad, no. 6961. Kata Syu’aib Al-Arnauth, hasan lighairihi. Lihat pula rincian tahqiq beliau pada Musnad Ahmad di hadis ini)

Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) berkata:

“Sesiapa yang ingin membebaskan dirinya dari api Neraka dan diampuni dosa-dosanya pada hari ‘Arafah, maka hendaklah dia menjaga (melaksanakan) sebab-sebab (yakni amalan-amalan) yang dapat membebaskannya dari api Neraka dan mendapatkan keampunan Allah Ta’ala. Di antaranya (dengan):

Berpuasa pada hari ‘Arafah,… menjaga anggota dan pancaindera dari apa-apa yang diharamkan pada hari tersebut,… memperbanyakkan mengucapkan kesaksian terhadap tauhid dengan ikhlas dan benar, kerana tauhid adalah dasar dan asas agama Islam yang telah Allah sempurnakannya pada hari ‘Arafah… (lalu beliau menyebutkan hadis ini dan hadis sebelumnya di atas – pen.)….” (Lathaa’if Al-Ma’aarif, m/s. 283)

4, Dalam riwayat yang lain, dari Thalhah bin ‘Ubaidillah bin Kariz (tabi’in tsiqah), bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَفْضَلُ الدُّعَاءِ دعَاءُ يَوْمُ عَرَفَةَ، وَأَفْضَلُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ

“Doa yang paling afdhal adalah doa hari ‘Arafah, serta (ucapan) yang paling afdhal yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan adalah:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ

“Tiada yang berhak diibadahi melainkan Allah satu-satu-Nya, tiada sekutu bagi-Nya.” (Muwaththa’ oleh Imam Malik, no. 239. Kata Syu’aib Al-Arnauth, mursal sahih)

5, Asy-Syaikh Al-Albani dalam Ash-Shahihah membawakan hadis:

أَفْضَلُ مَا قُلْتُ أَنَا والنَّبِيُّونَ عَشِيَّةَ يَوْمِ عَرَفَةَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

“(Ucapan) yang paling afdhal yang aku dan para nabi ucapkan pada petang hari ‘Arafah adalah:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

“Tiada yang berhak diibadahi melainkan Allah satu-satu-Nya, tiada sekutu bagi­Nya, bagi-Nya lah segala pujian, dan Dia-lah yang Maha berkuasa atas segala sesuatu.”keutamaan 10 dzulhijjah

Kata Al-Albani, “Diriwayatkan oleh Ath-Thabrani di Fadhl Asyr Dzilhijjah dari Qays bin Ar-Rabii’ dari Al-Agharr bin Ash-Shabbaah dari Khalifah bin Hushain dari ‘Ali radhiyallahu ‘anhu secara marfu’, isnadnya la ba’sa bihi fi syawahid (tidak mengapa sebagai riwayat pendukung).”

Kemudian beliau pun membawakan riwayat-riwayat yang lain yang menjelaskan (tentang keutamaan doa pada hari ‘Arafah) lalu menyimpulkan:

أن الحديث ثابت بمجموع هذه الشواهد و الله أعلم

“Bahawa hadis ini tsabit dengan sejumlah syawahid (pendukung dan penguatnya), wallaahu a’lam.” (lihat rincian perbahasannya di Silsilah Al-Ahaadits Ash-Shahihah, Jilid 4, no. 1503)

6, Asy-Syaikh Al-Albani juga turut membawakan riwayat berikut:

Al-Ashbahani meriwayatkan di dalam At-Targhib dari Abu Marwan (Muhammad bin ‘Utsman Al-Umawi), dari ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad, dari ‘Amr bin Abi ‘Amr, dari Al-Muththalib secara mursal dengan lafaz:

أَفْضَلُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَأَفْضَلُ مَا أَقُوْلُهُ أَنَا وَمَا قَالَهُ النَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِيْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ

“Doa yang paling afdhal adalah doa hari ‘Arafah, dan sesungguhnya ucapanku dan ucapan para nabi sebelumku yang paling afdhal adalah:

“Tiada yang berhak diibadahi melainkan Allah.”

Kata Syaikh Al-Albani: riwayat ini mursal, sanadnya hasan. (lihat rincian perbahasannya di Silsilah Al-Ahaadits Ash-Shahihah, Jilid 4, no. 1503)

Kefahaman hadis

Kata Al-Imam Ibn ‘Abdil Barr rahimahullah (Wafat: 463H):

وَفِيهِ مِنَ الْفِقْهِ أَنَّ دُعَاءَ يَوْمِ عَرَفَةَ أَفْضَلُ مِنْ غَيْرِهِ وَفِي ذَلِكَ دَلِيلٌ عَلَى فَضْلِ يَوْمِ عَرَفَةَ عَلَى غَيْرِهِ

 “Pada hadis-hadis ini terkandung kefahaman bahawa doa hari ‘Arafah itu lebih utama berbanding doa-doa di hari selainnya, dan pada yang demikian terdapat dalil yang menunjukkan keutamaan hari ‘Arafah di atas hari-hari yang lainnya.”

Beliau juga berkata:

وَفِي الْحَدِيثِ أَيْضًا دَلِيلٌ عَلَى أَنَّ دُعَاءَ يَوْمِ عَرَفَةَ مُجَابٌ كُلُّهُ فِي الْأَغْلَبِ

“Pada hadis-hadis ini juga menjadi dalil yang menjelaskan bahawa doa pada hari ‘Arafah itu adalah mustajab secara keseluruhannya.”

Kata beliau lagi:

وَفِيهِ أَيْضًا أَنَّ أَفْضَلَ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

“Dan padanya juga menjelaskan bahawa dzikir yang paling afdhal adalah Laa ilaaha illallaah…” (At-Tamhid oleh Ibn ‘Abdil Barr, 6/41)

Wallaahu a’lam.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest