Kisah Pencuri Masuk Ke Rumah Malik bin Dinar

www.ilmusunnah.com

Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) mengisahkan:

أن لصاً دخل بيت مالك بن دينار فما وجد شيئاً فجاء ليخرج فناداه مالك: سلام عليكم، فقال: وعليك السلام، قال: ما حصل لكم شيء من الدنيا فترغب في شيء من الآخرة قال: نعم، قال: توضأ من هذا المركن وصل ركعتين، ففعل ثم قال: يا سيدي أجلس إلى الصبح، قال: فلما خرج مالك إلى المسجد قال أصحابه: من هذا معك قال: جاء يسرقنا فسرقناه.

Bahawa (pernah suatu hari), seorang pencuri masuk ke rumah Malik bin Dinaar. Namun sedihnya, dia tidak mendapatkan suatu apapun yang berharga di dalam rumah tersebut, maka beliau pun mengambil keputusan untuk segera beredar keluar.

Lalu ketika dia hendak keluar, Malik bin Dinaar pun menyapanya, “Assalaamu ‘alaikum.” Sang pencuri pun menjawab, “Wa ‘alaikumussalaam.”

Malik berkata, “Tidak ada suatu hasil pun untuk engkau dari harta dunia di sini, jadi adakah engkau menginginkan sesuatu dari akhirat?”

Sang pencuri menjawab, “Ya,”

Malik bin Dinaar berkata, “Berwudhu’lah di sini dan solatlah dua raka’at.” Lalu sang pencuri pun melakukannya.

Malik berkata lagi, “Wahai saudara, duduklah di sini sampai Subuh.” (dan beliau pun setuju)

Ketika Malik keluar menuju masjid (untuk solat Subuh), para sahabatnya pun berkata, “Siapakah yang bersamamu ini?”

Maka jawab Malik bin Dinaar, “(Semalam) dia telah datang untuk mencuri sesuatu di rumahku, namun hakikatnya sekarang aku yang mencuri hatinya.”

Sumber: Dinukil dari Taariikh Al-Islaam oleh Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H).

buku_kitab

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest