Larangan Hadir Dalam Acara Pengurusan Mayit Kaum Kafir

Fatwa Barisan Ulama Besar Arab Saudi
Fatwa Al-Lajnah Ad-Daa’imah Lil Buhuts wal iftaa’
www.ilmusunnah.com

السؤال الثالث من الفتوى رقم 2612

Soalan ke-3 dari fatwa no. 2612:

س: ما حكم الله في حضور جنائز الكفار، الذي أصبح تقليدًا سياسيًّا وعرفًا متفقًا عليه؟

الجزء رقم : 9، الصفحة رقم: 11

Soalan: “Apa hukum Allah pada menghadiri pengurusan jenazah kaum kafir yang pada hari ini telah menjadi suatu tradisi politik dan kebiasaan masyarakat?”

ج: إذا وجد من الكفار من يقوم بدفن موتاهم فليس للمسلمين أن يتولوا دفنهم، ولا أن يشاركوا الكفار ويعاونوهم في دفنهم، أو يجاملوهم في تشييع جنائزهم؛ عملاً بالتقاليد السياسية، فإن ذلك لم يعرف عن رسول الله صلى الله عليه وسلم، ولا عن الخلفاء الراشدين، بل نهى الله رسوله صلى الله عليه وسلم أن يقوم على قبر عبد الله بن أُبَي بن سلول ، وعلل ذلك بكفره، قال تعالى:  وَلاَ تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلاَ تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ  ، وأما إذا لم يوجد منهم من يدفنه دفنه المسلمون كما فعل النبي صلى الله عليه وسلم بقتلى بدر ، وبعمه أبي طالب لما توفي قال لعلي :   اذهب فواره  .

وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم.

Jawaban: “Jika telah ada dari kalangan orang kafir yang menguruskan pengebumian jenazah orang-orang kafir, maka umat Islam tidak boleh ikut serta menguruskannya, tidak boleh melibatkan diri pada acara mereka, dan tidak boleh membantu urusan pengebumian tersebut. Juga tidak boleh mengiringi jenazahnya atas alasan hubungan kepolitikan. Kerana semua itu tidak pernah dikenal diamalkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan tidak juga oleh Al-Khulafa’ Al-Rasyidin. Bahkan Allah telah melarang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berdiri di atas kuburan ‘Abdullah bin Ubay bin Salul dengan sebab kekafirannya.[1]

Allah Ta’ala berfirman (yang terjemahan maknanya):

“dan janganlah engkau menyolatkan (jenazah) seorang pun dari mereka yang mati, dan janganlah engkau berdiri di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mereka mati dalam keadaan fasiq.”

Namun jika tidak ditemukan ada dari kalangan mereka yang menguruskan pengebumian jenazah orang kafir, maka hendaklah kaum muslimin yang mengebumikannya sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam terhadap kaum Musyrikin yang mati di perang Badar, dan pakcik beliau Abu Thalib ketika dia mati. Beliau berkata kepada ‘Ali, “Pergilah engkau kuburkan dia.”[2]

Wa billaahittaufiq, wa Shallallaahu ‘ala Nabiyyina Muhammad wa Alihi wa Shahbihi wa Sallam.”

Sumber: Fatwa Al-Lajnah Ad-Daa’imah Lil Buhuts wal iftaa’, no. 2612 di bawah pimpinan Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz rahimahullah.

[*]Nota kaki disediakan oleh penterjemah.

 


[1] Ditegaskan dalam Kasyaaf Al-Qonaa’ (fiqh Mazhab Hanbali):

وَيَحْرُمُ أَنْ يُغَسِّلَ مُسْلِمٌ كَافِرًا وَلَوْ قَرِيبًا أَوْ يُكَفِّنَهُ أَوْ يُصَلِّيَ عَلَيْهِ أَوْ يَتْبَعَ جِنَازَتَهُ أَوْ يَدْفِنَهُ. لِقَوْلِهِ تَعَالَى { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَوَلَّوْا قَوْمًا غَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ } وَغُسْلُهُمْ وَنَحْوُهُ: تَوَلٍّ لَهُمْ وَلِأَنَّهُ تَعْظِيمٌ لَهُمْ ، وَتَطْهِيرٌ فَأَشْبَهَ الصَّلَاةَ عَلَيْهِ وَفَارَقَ غُسْلَهُ فِي حَيَاتِهِ فَإِنَّهُ لَا يُقْصَدُ بِهِ ذَلِكَ ( إلَّا أَنْ لَا يَجِدَ مَنْ يُوَارِيهِ غَيْرَهُ فَيُوَارَى عِنْدَ الْعَدَمِ ) لِأَنَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { لَمَّا أُخْبِرَ بِمَوْتِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ لِعَلِيٍّ اذْهَبْ فَوَارِهِ } رَوَاهُ أَبُو دَاوُد وَالنَّسَائِيُّ وَكَذَلِكَ قَتْلَى بَدْرٍ أُلْقُوا فِي الْقَلِيبِ

“Diharamkan bagi seorang muslim memandikan orang kafir, mengkafaninya, mensolatkannya, mengiringi jenazahnya, atau menguburkannya, walaupun orang kafir tersebut merupakan kerabat dekatnya. Ini adalah berdasarkan firman Allah Ta’ala:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian memberikan wala’ (kecintaan) kepada kaum yang dimurkai oleh Allah.”

Dan perbuatan memandikan mayat dan seumpamanya itu adalah termasuk bentuk wala’ (kecintaan) kepadanya. Kerana ia mengandungi unsur memuliakan dan menyucikan mereka. Ia menyerupai seperti mensolatkan mereka. Berbeza dengan memandikannya ketika dia masih hidup (ketika dia sedang sakit sebagai contoh – pent.) kerana ia tidak termasuk maksud tersebut. Melainkan jika tidak ada orang lain yang mahu menguburkannya maka keluarganya harus menguburkannya sebagaimana Nabi ketika dikhabarkan tentang kematian Abu Thalib, beliau berkata kepada ‘Ali, “Pergilah kuburkannya.” Diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasaa’i, dan demikian pula terhadap orang-orang kafir yang terbunuh dalam perang Badr, mereka dicampakkan ke dalam telaga.” (Kasyaaf Al-Qonaa’, 4/375 – Maktabah Syamilah)

Disebutkan dalam Syarah Muntaha Al-Iraadaat:

وَلَا يُغَسِّلُ مُسْلِمٌ كَافِرًا لِلنَّهْيِ عَنْ مُوَالَاةِ الْكُفَّارِ وَلِأَنَّ فِيهِ تَعْظِيمًا وَتَطْهِيرًا لَهُ فَلَمْ يَجُزْ كَالصَّلَاةِ عَلَيْهِ

“Orang muslim tidak boleh memandikan orang kafir”, kerana kaum muslimin dilarang dari memberikan mawaalaah (kecintaan dan penghormatan) kepada orang kafir. Dan bahawa pada memandikan mayat kaum kafir itu mengandungi perbuatan (atau maksud) memuliakan dan menyucikannya. Maka perbuatan tersebut tidak dibolehkan sebagaimana tidak boleh menyolatkan mayatnya.” (Syarh Muntaha Al-Iraadaat, 2/391 – Maktabah Syamilah)

Ditegaskan juga dalam Manaar As-Sabiil fii Syarhi Ad-Daliil:

ولا يغسل مسلم كافراً، ولو ذمياً، ولا يصلى عليه، ولا يتبع جنازته] لأن في ذلك تعظيماً له وقد قال تعالى: {لا تَتَوَلَّوْا قَوْماً غَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ}

“Orang muslim tidak boleh memandikan orang kafir walaupun kafir dzimmi, tidak boleh menyolatinya, dan tidak pula mengiringinya. Kerana pada yang demikian mengandungi perbuatan (atau maksud) memuliakannya sebagaimana Allah Ta’ala berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian memberikan wala’ (kecintaan) kepada kaum yang dimurkai oleh Allah.” (Surah Al-Mumtahanah, 60: 13)

[2] Dari ‘Ali rahiyallahu ‘anhu:

قُلْتُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ عَمَّكَ الشَّيْخَ الضَّالَّ قَدْ مَاتَ، قَالَ: «اذْهَبْ فَوَارِ أَبَاكَ، ثُمَّ لَا تُحْدِثَنَّ شَيْئًا، حَتَّى تَأْتِيَنِي» فَذَهَبْتُ فَوَارَيْتُهُ وَجِئْتُهُ فَأَمَرَنِي فَاغْتَسَلْتُ وَدَعَا لِي

Aku berkata kepada Nabi , “Pakcikmu, seorang tua yang sesat, telah pun meninggal dunia.” Nabi bersabda, “Pergilah dan segera kuburkan ayahmu, kemudian jangan berkata sesuatu apapun (tentangnya) sampai engkau datang lagi kepadaku.” Aku lalu pergi menguburkannya dan ketika aku kembali menemui beliau, aku diperintahkan (untuk mandi), maka aku pun mandi, lalu beliau mendoakanku.” (Sunan Abi Daud, no. 3214)

Al-Imam Malik rahimahullah (Wafat: 179H) menegaskan:

لا يغسل المسلم والده إذا مات الوالد كافرا، ولا يتبعه، ولا يدخله قبره، إلا أن يخشى أن يضيع: فيواريه

“Seorang muslim tidak boleh memandikan ayahnya jika ayahnya mati dalam keadaan kafir, tidak boleh mengiringi mayatnya, dan tidak boleh pula memasukkannya ke kuburan. Kecuali jika dia bimbang mayatnya terabaikan (yakni tidak ada orang yang menguruskannya), maka hendaklah dia sekadar menguburkannya.” (Al-Mudawanah Al-Kubra, 1/261)

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest