Lelaki Yang Tidak Dilalaikan oleh Perniagaannya

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:antara_iman_dan_harta

رِجَالٌ لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ

“Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual-beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan solat, dan (dari) menunaikan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.” (Surah An-Nuur, 24: 37)

Dalam ayat ini disebut lelaki kerana jual-beli dan urusan pencarian nafkah itu sinonim dengan kaum lelaki. Demikian pula dengan perlaksanaan solat berjama’ah, solat Juma’at, dan perintah memakmurkan masjid-masjid itu terbeban atas kaum lelaki.

Kata Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Si’di rahimahullah:

وأي: رجال، ليسوا ممن يؤثر على ربه دنيا، ذات لذات، ولا تجارة ومكاسب، مشغلة عنه، { لا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ } وهذا يشمل كل تكسب يقصد به العوض

“Maksudnya, adalah kaum lelaki yang tidak mengejar dunia sebagai fokus (tujuan kehidupan) sehingga lalai dari Rabb-Nya, yang tidak terpesona dengan kelazatan dunia, dan yang tidak tersibukkan dengan pekerjaan dan perniagaan sehingga lalai dari Allah. (Firman Allah): “tidak dilalaikan oleh perniagaan”, dan ini mencakup setiap pekerjaan yang bertujuan mencari pendapatan.” (Tafsir As-Si’di, m/s. 569 – Mu’asasah Ar-Risalah)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا

“Sesungguhnya solat memiliki waktu yang telah ditetapkan bagi orang beriman.” (Surah An-Nisaa’, 4: 103)

Dari Umm Farwah, beliau berkata:

سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْأَعْمَالِ أَفْضَلُ؟ قَالَ: الصَّلَاةُ فِي أَوَّلِ وَقْتِهَا

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah ditanya, apakah amalan yang paling afdhal? Beliau pun menjawab, “Solat di awal waktunya.” (Sunan Abi Dawud, no. 426. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Sahabat Nabi, iaitu Abu Ad-Darda’ radhiyallahu ‘anhu berkata:

إِنِّي أَقَمْتُ عَلَى هَذَا الدَّرَجِ أُبَايِعُ عَلَيْهِ، أَرْبَحُ كل يوم ثلثمائة دِينَارٍ، أَشْهَدُ الصَّلَاةَ فِي كُلِّ يَوْمٍ فِي الْمَسْجِدِ، أَمَا إِنِّي لَا أَقُولُ إِنَّ ذَلِكَ لَيْسَ بِحَلَالٍ، وَلَكِنِّي أُحِبُّ أَنْ أَكُونَ مِنَ الذين قال الله فيهم: {رِجَالٌ لاَّ تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ}

“Sesungguhnya aku berdiri di tangga ini untuk berniaga. Aku mendapatkan keuntungan tiga ratus dinar sehari. Aku hadir solat setiap hari di masjid. Aku tidak mengatakan harta tersebut tidak halal, tetapi aku ingin menjadi orang yang termasuk ke dalam firman Allah:

“Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual-beli dari mengingati Allah…” (Tafsir Ibn Abi Hatim, no. 14648. Tafsir Ibn Katsir, 6/69)

Dari Ibn Syauzab, dari Mathr (bin Thahman Al-Warraq) rahimahullah (Wafat: 125H) berkata tentang firman Allah:

رِجَالٌ لا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ

“Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual-beli dari mengingati Allah…”

Beliau berkata:

أَمَا إِنَّهُمْ قَدْ كَانُوا يَشْتَرُونَ وَيَبِيعُونَ, وَلَكِنْ كَانَ أَحَدُهُمْ إِذَا سَمِعَ النِّدَاءَ, وَمِيزَانُهُ فِي يَدِهِ خَفَضَهُ وَأَقْبَلَ إِلَى الصَّلاةِ”.

“Adapun mereka (para sahabat Nabi), mereka saling menjual dan membeli (yakni berniaga), namun apabila salah seorang dari mereka mendengar adzan sedang timbangan berada di tangannya, maka dia pun melepaskannya seraya memenuhi seruan tersebut menuju solat.” (Tafsir Ibn Abi Hatim, no. 14653)

Dari satu atsar, dari Salim (anak Ibn ‘Umar), beliau berkata:

أنه كان في السوق فأقيمت الصلاة، فأغلقوا حوانيتهم ودخلوا المسجد، فقال ابن عمر: فيهم نزلت: { رِجَالٌ لا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ }

“Bahawa Ibn ‘Umar ketika di pasar, lalu seruan solat dikumandangkan, maka orang-orang pun menutup kedai-kedai mereka seraya masuk ke masjid. Lalu Ibnu ‘Umar pun berkata, “Pada orang-orang seperti merekalah ayat berikut diturunkan:

“Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual-beli dari mengingati Allah…”.” (Tafsir Ibn Abi Hatim, no. 14647. Tafsir Ibn Katsir, 6/68)solat jamaah

‘Amru bin Dinaar berkata:

كنت مع سالم بن عبد الله ونحن نريد المسجد، فمررنا بسوق المدينة وقد قاموا إلى الصلاة وخَمَّروُا متاعهم، فنظر سالم إلى أمتعتهم ليس معها أحد، فتلا سالم هذه الآية: { رِجَالٌ لا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ } ثم قال: هم هؤلاء. وكذا قال سعيد بن أبي الحسن، والضحاك: لا تلهيهم التجارة والبيع أن يأتوا الصلاة في وقتها.

“Aku pernah bersama Salim bin ‘Abdullah dan kami hendak ke masjid, maka kami melalui pasar Madinah sedang pada ketika itu orang-orang (di pasar) sedang bersiap untuk solat. Barang-barang dagangan mereka ditutupi dengan kain. Salim melihat kepada barang-barang dagangan mereka, tiada seorang pun yang menjaganya. Lalu Salim pun membacakan ayat ini:

رِجَالٌ لا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ

“Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual-beli dari mengingati Allah…”

Kemudian beliau berkata, “Orang-orang seperti merekalah yang dimaksudkan ayat ini.”

Al-Hafiz Ibn Katsir menambah, “Hal yang demikian turut dikatakan oleh Sa’id bin Abu Al-Hasan dan Adh-Dhahhaak, bahawa perniagaan dan jual-beli tidak melalaikan mereka dari mendatangi solat tepat pada waktunya.” (lihat: Tafsir Ibn Abi Hatim, no. 14651. Tafsir Ibn Katsir, 6/69)

Banyak lagi atsar-atsar yang lain yang seumpama boleh dilihat di Tafsir Ibn Abi Hatim dan Tafsir Ath-Thabari.

Al-Hafiz Ibn Katsir menjabarkan lagi tentang ayat ini di kitab Tafsirnya:

وقوله: { رِجَالٌ لا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ } ، كقوله { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلا أَوْلادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ } [المنافقون: 9]، وقال تعالى { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ } [الجمعة: 9] يقول تعالى: لا تشغلهم الدنيا وزخرفها وزينتها ومَلاذ بَيعها وريحها، عن ذكر ربهم الذي هو خالقهم ورازقهم، والذين يعلمون أن الذي عنده هو خير لهم وأنفع مما بأيديهم؛ لأن ما عندهم ينفد وما عند الله باق؛ ولهذا قال: { لا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ } أي: يقدمون طاعته ومُرَاده ومحبته على مرادهم ومحبتهم.

“Firman Allah:

“Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual-beli dari mengingati Allah…”

sama seperti firman-Nya:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-harta kalian dan anak-anak kalian melalaikan kalian dari mengingat Allah.” (Surah Al-Munaafiqun, 63: 9)

dan juga firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian diseru untuk menunaikan solat Juma’at, maka bersegeralah kalian kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Demikianlah yang lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui.” (Surah Al-Jumu’ah, 62: 9)

Allah berfirman, bahawa mereka ini tidak disibukkan dengan dunia, tidak terpana dengan pesona dan perhiasannya, tidak terlalaikan oleh kelazatan jual-beli dan keuntungannya, semua itu tidak melalaikan (atau menyibukkan) mereka dari mengingat Allah yang telah menciptakan mereka dan memberikan rezeki kepada mereka. Kerana segala sesuatu itu pasti akan lenyap, sedangkan apa-apa yang di sisi-Nya itulah yang pasti kekal abadi. Oleh itu Allah berfirman:

“…tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual-beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan solat, dan (dari) menunaikan zakat.”

Yakni mereka lebih mendahulukan ketaatan, keinginan dan kecintaan terhadap Allah berbanding keinginan dan kecintaan terhadap diri-diri mereka sendiri.” (Tafsir Ibn Katsir, 6/68)

Sebagaimana kata Al-Imam Qotadah yang dinukil dalam Shahih Al-Bukhari:

كَانَ القَوْمُ يَتَّجِرُونَ وَلَكِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا نَابَهُمْ حَقٌّ مِنْ حُقُوقِ اللَّهِ، لَمْ تُلْهِهِمْ تِجَارَةٌ وَلاَ بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ، حَتَّى يُؤَدُّوهُ إِلَى اللَّهِ

“Bahawa mereka adalah sekumpulan kaum pedagang, namun apabila sampai waktu hak-hak Allah perlu ditunaikan, mereka pun menunaikannya, mereka tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual-beli dari mengingat Allah. Sampailah mereka pun tetap melaksanakan hak-hak Allah.” (Shahih Al-Bukhari, bab: (firman Allah): “Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual-beli dari mengingati Allah…”)

Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman di ayat berikutnya:Jangan_Tinggalkan_Shalat

لِيَجْزِيَهُمُ اللَّهُ أَحْسَنَ مَا عَمِلُوا وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ

“(Mereka melaksanakan yang demikian itu) supaya Allah memberikan balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik (di akhirat) dari apa yang telah mereka usahakan, dan supaya Allah menambahkan kurniaan-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa batas.” (Surah An-Nuur, 24: 38)

Dalam satu hadis qudsi, dari Abu Hurairah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ تَفَرَّغْ لِعِبَادَتِي، أَمْلَأْ صَدْرَكَ غِنًى، وَأَسُدَّ فَقْرَكَ، وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ، مَلَأْتُ صَدْرَكَ شُغْلًا، وَلَمْ أَسُدَّ فَقْرَكَ

“Wahai anak Adam, beribadahlah sepenuhnya kepada-Ku (dengan benar), nescaya Aku akan memenuhi dadamu dengan kekayaan (yakni kecukupan) dan menutupi kefaqiranmu. Tetapi jika engkau tidak melaksanakannya, nescaya Aku akan memenuhi dadamu [atau tanganmu] dengan kesibukan dan tidak menutupi kefaqiranmu.” (Musnad Ahmad, no. 8696. Sunan At-Tirmidzi, no. 2466. Ibn Majah, no. 410. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Sesungguhnya perniagaan adalah sebahagian dari sarana dan kemudahan yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam rangka ibadah mendekatkan diri kepada-Nya. Maka, janganlah sampai sarana ini melalaikan kita dari fokus dan tujuan sebenar kita sebagai seorang hamba, dan hendaklah kita mengetahui dengan baik bahawa Allah-lah yang memberi rezeki, maka hanya kepada-Nyalah kita mengabdi dan kepada-Nya-lah kita akan kembali.

Wallaahu a’lam.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest