Makna Fitnah Lebih Dahsyat Berbanding Pembunuhan

Firman Allah Ta’ala:

وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ

“Fitnah itu lebih dahsyat berbanding pembunuhan.” (Surah Al-Baqarah, 2: 191)shahih-tafsir-ibnu-katsir-

Yang dimaksudkan dengan “fitnah” dalam ayat ini adalah “Kufur dan syirik kepada Allah, serta menghalang dan menjauhkan manusia dari jalan-Nya.” [lihat: Tafsir Ibn Katsir, 1/525]

Kata Al-Imam Al-Baghawi rahimahullah (Wafat: 510H):

{ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ } يعني شركهم بالله عز وجل أشد وأعظم من قتلكم

“Fitnah itu lebih dahsyat berbanding pembunuhan.”

Yakni kesyirikan mereka (kaum musyrikin) terhadap Allah ‘Azza wa Jalla itu adalah lebih dahsyat dan lebih bahaya berbanding membunuh mereka (di saat dalam peperangan).” [Tafsir Al-Baghawi, 1/214]

Juga sebagaimana dalam ayat yang lain berikutnya, Allah Ta’ala berfirman:

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لا تَكُونَ فِتْنَةٌ

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah (yakni di saat dalam peperangan – pent.).” (Surah Al-Baqarah, 2: 193. Al-Anfal, 8: 39)

Kata Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H):

{ وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لا تَكُونَ فِتْنَةٌ } يعني: [حتى] (3) لا يكون شرك، وكذا قال أبو العالية، ومجاهد، والحسن، وقتادة، والربيع عن أنس، والسدي، ومُقاتِل بن حَيَّان، وزيد بن أسلم.

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah.”

Yakni sampai tidak ada lagi syirik, demikianlah yang dikatakan oleh Abu Al-‘Aliyyah, Mujahid, Al-Hasan (Al-Bashri), Qotadah, Ar-Rabii’ dari Anas, As-Suddi, Muqaatil bin Hayyan, dan Zayd bin Aslam.” [Tafsir Ibn Katsir, 4/56]

Kata Asy-Syaikh As-Si’di rahimahullah (Wafat: 1376H):

{‏وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لا تَكُونَ فِتْنَةٌ‏}‏ أي‏:‏ شرك وصد عن سبيل اللّه، ويذعنوا لأحكام الإسلام،

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah.”

Yakni sampai tidak ada lagi syirik dan tidak ada yang menghalang dan menjauhkan manusia dari jalan Allah, yang dengan itu hukum-hakam Islam (tauhid) pun dapat ditegakkan.” [Tafsir As-Si’di, 1/321]

Wallaahu a’lam.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest