Mencanang dan Menyebarkan Keburukan Pemerintah Bukan Termasuk Manhaj Salaf

Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Bazz rahimahullah
Pengerusi Hai’ah Kibar Ulama dan Mufti Am Arab Saudi pada masanya
www.ilmusunnah.com

Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah ditanya:doa untuk pemerintah

هل من منهج السلف نقد الولاة من فوق المنابر؟ وما منهج السلف في نصح الولاة؟

“Adakah termasuk dari manhaj salaf perbuatan mengkritik pemerintah di atas mimbar (pentas umum atau terbuka)? Dan bagaimana pula manhaj salaf dalam menasihati pemerintah?”

Maka jawab Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Bazz rahimahullah:

ليس من منهج السلف التشهير بعيوب الولاة، وذكر ذلك على المنابر؛ لأن ذلك يفضي إلى الفوضى وعدم السمع والطاعة في المعروف، ويفضي إلى الخوض الذي يضر ولا ينفع، ولكن الطريقة المتبعة عند السلف النصيحة فيما بينهم وبين السلطان، والكتابة إليه، أو الاتصال بالعلماء الذين يتصلون به حتى يوجه إلى الخير. أما إنكار المنكر بدون ذكر الفاعل فينكر الزنا، وينكر الخمر، وينكر الربا من دون ذكر من فعله، فذلك واجب؛ لعموم الأدلة. ويكفي إنكار المعاصي والتحذير منها من غير أن يذكر من فعلها لا حاكماً ولا غير حاكم.

“Bukanlah dari manhaj (prinsip) salaf perbuatan menyebarkan atau menghebahkan aib-aib para pemimpin di pentas-pentas umum (yakni secara terbuka), kerana ia akan membawa kepada kekacauan, perintahnya tidak lagi didengar dan ditaati dalam perkara-perkara yang ma’ruf, serta ia akan membawa kepada cabang-cabang kemudharatan dan tidak pula bermanfaat. Adapun kaedah yang dilakukan para ulama salaf adalah:

1, Menasihati pemerintah secara rahsia, yakni empat mata di antara pemberi nasihat dengan sang pemerintah,

2, Menulis surat kepadanya, atau

3, Menghubungi ulama (orang berilmu) yang dekat atau rapat (yang memiliki kedudukan) di sisi pemerintah supaya mereka dapat membimbingnya ke arah kebaikan.

Mengingkari kemungkaran (yakni jika di tempat terbuka secara umum) hendaklah dengan tanpa menyebutkan nama si pelaku, sama ada mengingkari pelaku zina, peminum khamr, atau pemakan riba, hendaklah tanpa menyebutkan siapa pelakunya. Demikianlah yang diwajibkan dengan menjelaskan dalil-dalil.

Memadai dengan mengingkari maksiat yang dilakukan serta memberi tahdzir (amaran atau peringatan) darinya, tanpa perlu menyebutkan siapa pelakunya. Cara begini dilakukan kepada semua orang tanpa mengira sama ada si pelaku adalah dari kalangan pemimpin atau orang awam.

ولما وقعت الفتنة في عهد عثمان رضي الله عنه، قال بعض الناس لأسامة بن زيد رضي الله عنه: ألا تكلم عثمان؟ فقال: (إنكم ترون أني لا أكلمه، إلا أسمعكم؟ إني أكلمه فيما بيني وبينه دون أن أفتتح أمراً لا أحب أن أكون أول من افتتحه).

Ketika berlaku fitnah (pergolakan) di zaman ‘Utsman radhiyallahu ‘anhu, berkata sebahagian orang kepada Usamah bin Zaid radhiyallahu ‘anhu:Menasihati Pemerintah

“Kenapa engkau tidak berbicara sesuatu dengan ‘Utsman?”

Lalu Usamah jawab:

“Adakah kalian beranggapan aku tidak berbicara dengannya (yakni menasihatinya) melainkan harus aku perdengarkan kepada kalian? Sesungguhnya aku telah berbicara dengannya dengan empat mata (berdua antara aku dengannya). Aku tidak akan membuka perkara (fitnah dan pertikaian) di mana aku tidak menyukai sekiranya aku adalah orang pertama yang membukanya.”

ولما فتح الخوارج الجهال باب الشر في زمان عثمان رضي الله عنه وأنكروا على عثمان علناً؛ عظمت الفتنة والقتال والفساد الذي لا يزال الناس في آثاره إلى اليوم، حتى حصلت الفتنة بين علي ومعاوية، وقتل عثمان وعلي رضي الله عنهما بأسباب ذلك، وقتل جمع كثير من الصحابة وغيرهم بأسباب الإنكار العلني، وذكر العيوب علناً، حتى أبغض الكثيرون من الناس ولي أمرهم وقتلوه

Namun, apabila orang-orang jahil dari luar membuka pintu penentangan, maka terbukalah pintu-pintu keburukan di zaman ‘Utsman radhiyallahu ‘anhu dan masyarakat pun mengingkari ‘Utsman secara terbuka. Maka berlakulah fitnah (pergolakkan) yang besar, pembunuhan, serta kerosakkan yang mana masyarakat Islam terus merasai kesannya sampai ke hari ini. Bahkan setelah itu menyebabkan pula fitnah (pergolakkan) di antara ‘Ali dan Mu’awiyah, dan terbunuhnya ‘Utsman dan ‘Ali radhiyallahu ‘anhuma adalah dengan sebab rentetan dari fitnah atau pergolakkan yang tercetus tersebut.

Dan demikianlah pula dengan peristiwa terbunuhnya sebahagian besar dari kalangan sahabat dan yang lainnya adalah dengan sebab mengingkari dan membuka aib pemerintah di khalayak umum sehingga masyarakat ketika itu membenci para pemerintah mereka, dan akhirnya membunuh mereka.

وقد روى عياض ابن غنم الأشعري، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((من أراد أن ينصح لذي سلطان فلا يبده علانية، ولكن يأخذ بيده فيخلو به، فإن قبل منه فذاك وإلا كان قد أدى الذي عليه))، نسأل الله العافية والسلامة لنا ولإخواننا المسلمين من كل شر، إنه سميع مجيب، وصلى الله وسلم على سيدنا محمد، وآله وصحبه.

Tela diriwayatkan oleh ‘Iyaadh Ibn Ghunm Al-Asy’ari, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesiapa yang hendak menasihati pemerintah, maka janganlah dia melakukannya secara terbuka, akan tetapi peganglah tangannya dan sampaikanlah padanya (secara berdua). Jika dia (pemerintah) menerima (nasihat) maka itulah yang diharapkan. Seandainya dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat) telah melaksanakan tanggungjawabnya. (Diriwayatkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya, 3/403-404. Dan Ibn Abi ‘Ashim di Kitab As-Sunnah, 2/521)

Kami memohon kepada Allah Al-‘Aafiyah (keselamatan dan penjagaan) dan As-Salaamah (kesejahteraan) bagi diri kami, dan bagi saudara-saudara kami dari segala keburukan, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Memperkenankan. Wa Shallallahu ‘ala Sayyidina Muhammad, wa aalihi wa Shahbih.”

Sumber: Majmu’ Fatawa wa Maqalat Mutanawwi’ah, Jilid 8.

Untuk rincian, sila lihat artikel dengan judul Beginilah Ahlus Sunnah Mentaati Pemerintah.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest