Menolak Kebenaran Adalah Bentuk Kesombongan

Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah
www.ilmusunnah.com

SombongDari hadis ‘Abdullah Ibn Mas’oud, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

“Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar zarrah.”

Seorang lelaki bertanya, “Sesungguhnya orang lelaki menyukai apabila bajunya bagus dan kasutnya juga baik?”

Rasulullah pun berkata, “Sesungguhnya Allah itu indah, Dia menyukai yang indah. Kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah terhadap manusia.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 91)

Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah berkata:

والكبر نوعان: كبر على الحق، وكبر على الخلق، وقد بينهما النبي صلى الله عليه وسلم في قوله: الكبر بطر الحق وغمط الناس فبطر الحق يعني رده والإعراض عنه، وعدم قبوله وغمط الناس يعني احتقارهم وازدراءهم، وألا يرى الناس شيئا ويرى أنه فوقهم

“Kesombongan ada dua bentuk: iaitu sombong terhadap al-haq (kebenaran) dan sombong terhadap makhluk. Dua perkara ini disebutkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam sabdanya:

“Kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah terhadap manusia.”

Menolak kebenaran adalah membantahnya dan berpaling darinya (enggan menerimanya). Manakala memandang rendah manusia adalah merendahkan dan meremehkan orang lain, dia melihat orang lain tidak punya apa-apa sedang dia menganggap dirinya di atas mereka.”

Beliau menegaskan lagi:

أما بطر الحق: فهو رده وألا يقبل الإنسان الحق بل يرفضه ويرده اعتدادا بنفسه ورأيه فيرى – والعياذ بالله – أنه أكبر من الحق، وعلامة ذلك أن الإنسان يؤتى إليه بالأدلة من الكتاب والسنة، ويقال: هذا كتاب الله، هذه سنة رسول الله، ولكنه لا يقبل بل يستمر على رأيه فهذا رد الحق والعياذ بالله .

“Adapun menolak kebenaran: Ia adalah dengan berpaling darinya dan tidak mahu menerima kebenaran dari orang lain, sebaliknya dia menolak dan meninggalkan kebenaran tersebut kerana mendahulukan serta takjub dengan pendapatnya sendiri, wal ‘iyya dzu billaah. Bahawasanya dia menganggap dirinya lebih besar dari kebenaran, dan tanda yang demikian adalah apabila seseorang itu didatangkan padanya dengan dalil dari Al-Kitab dan As-Sunnah, dan dikatakan padanya: “Ini adalah Kitab (firman) Allah, ini adalah Sunnah Rasulullah…” Tetapi dia tetap enggan menerimanya, sebaliknya dia tetap di atas pendapatnya, maka inilah dia menolak al-haq (kebenaran), wal ‘iyya dzu billaah.”

كثير من الناس ينتصر لنفسه فإذا قال قولا لا يمكن أن يتزحزح عنه، ولو رأى الصواب في خلافه، ولكن هذا خلاف العقل وخلاف الشرع .

“Banyak dari kalangan manusia yang suka memenangkan dirinya sendiri, apabila mengatakan sesuatu, tak mungkin dia mahu menariknya kembali walaupun ternyata pendapatnya menyelisihi kebenaran. Akan tetapi, inilah bentuk penyelisihan terhadap aqal dan penyelisihan terhadap syara’.”

والواجب أن يرجع الإنسان للحق حيثما وجده، حتى لو خالف قوله فليرجع إليه، فإن هذا أعز له عند الله، وأعز له عند الناس، وأسلم لذمته وأبرأ.

“Sedangkan yang wajib adalah seseorang itu rujuk (kembali) kepada al-haq (kebenaran) di mana pun dia mendapatinya, walaupun kebenaran itu menyelisihi perkataannya, hendaklah dia rujuk (kembali kepada kebenaran). Kerana inilah dia kemuliaan di sisi Allah, dan merupakan kemuliaan di sisi manusia, dan inilah keselamatan yang membebaskannya dari beban pertanggungjawaban.”jangan sombong

فلا تظن أنك إذا رجعت عن قولك إلى الصواب أن ذلك يضع منزلتك عند الناس، بل هذا يرفع منزلتك، ويعرف الناس أنك لا تتبع إلا الحق، أما الذي يعاند ويبقى على ما هو عليه ويرد الحق، فهذا متكبر والعياذ بالله.

“Janganlah engkau menyangka ketika engkau menarik kembali perkataan engkau dan kembali kepada kebenaran menunjukkan yang engkau sedang merendahkan kedudukan engkau di sisi manusia. Akan tetapi, inilah yang mengangkat kedudukan engkau, mengangkat kedudukan manusia, bahawasanya engkau tidaklah mengikut melainkan pada al-haq (kebenaran). Adapun orang-orang yang tetap bersikap degil pada pendapatnya sendiri dan menolak kebenaran, maka inilah orang yang takbur (sombong), wal ‘iyya dzu billaah.”

وهذا يقع من بعض الناس – والعياذ بالله – حتى من طلبة العلم، تبين له بعد المناقشة وجه الصواب وأن الصواب خلاف ما قاله بالأمس ولكنه يبقى على رأيه يملي عليه الشيطان أنه إذا رجع استهان الناس به وقالوا عنه إنه إمعة كل يوم له قول، وهذا لا يضر إذا رجعت إلى الصواب، فليكن قولك اليوم خلاف قولك بالأمس، فالأئمة الأجلة كان يكون لهم في المسألة الواحدة أقوال متعددة .

“Dan inilah yang terjadi pada sebahagian orang, wal-‘iyya-dzu billaah, bahkan sampai terjadi juga pada sebahagian penuntut ilmu. Telah jelas baginya setelah munaqasyah (perbincangan dan diskusi) tentang hakikat kebenaran, dan kebenaran itu menyelisihi apa yang dikatakannya semalam (sebelumnya), namun dia tetap di atas pendapatnya. Dirinya telah termakan bisikan Syaitan bahawa apabila dia menarik pendapatnya maka orang akan memandang rendah padanya dengan sebab tersebut. Dan akan dikatakan padanya (oleh syaitan) bahawa dia seorang yang mengikuti saja apa kata orang pada setiap harinya. Dan (sebenarnya) ini tidaklah memudharatkan apabila engkau rujuk (kembali) kepada kebenaran. Walaupun perkataan engkau hari ini menyelisihi perkataan engkau yang semalam. Maka demikianlah keadaan para imam, dihadapkan padanya suatu permasalahan, namun menjadi banyak pendapat.”

وهذا هو الإمام أحمد – رحمه الله – إمام أهل السنة، وأرفع الأئمة من حيث اتباع الدليل وسعة الإطلاع نجد أن له في المسألة الواحدة في بعض الأحيان أكثر من أربعة أقوال، لماذا ؟ لأنه إذا تبين له الدليل رجع إليه، وهكذا شأن كل إنسان منصف عليه أن يتبع الدليل حيثما كان .

“Dan inilah dia (antaranya) Al-Imam Ahmad rahimahullah, imam ahlus sunnah, imam yang punya kedudukan tinggi kerana sikap ittiba’ terhadap dalil-dalil dan luasnya pengetahuan. Kita mendapati beliau dalam sesuatu permalasahan pada sebahagian waktu punya banyak pendapat, sampai empat pendapat. Kenapa demikian? Kerana baginya jika telah jelas suatu dalil, beliau pun rujuk (kembali) padanya. Dan beginilah hendaknya keadaan bagi setiap manusia yang punya sikap inshaf (teguh di atas kebenaran), iaitu dia tetap ittiba’ (mengikuti) terhadap dalil-dalil bagaimana pun keadaannya.”

Iktibar Dari Kisah Qaarun

Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin berkata:

وقارون رجل من بني إسرائيل من قوم موسى، أعطاه الله سبحانه وتعالى مالا كثيرا، حتى إن مفاتحه لتنوء بالعصبة أولي القوة، يعنى مفاتيح تثقل وتشق على العصبة، أي الجماعة من الرجال أولي القوة لكثرتها .

“Qaarun adalah seorang lelaki dari kalangan bani Isra’il dari kaum Nabi Musa. Allah Ta’ala melimpahkan untuknya harta yang banyak, sampai kunci-kuncinya saja terasa demikian berat untuk dipikul sejumlah manusia yang kuat-kuat, iaitu kunci-kunci peti penyimpanan hartanya terasa berat untuk dibawa (walaupun oleh) sejumlah lelaki yang punya kekuatan disebabkan terlalu banyaknya.”tawdhuk, tidak sombong

إذ قال له قومه لا تفرح إن الله لا يحب الفرحين فإن هذا الرجل بطر – والعياذ بالله – وتكبر ولما ذكر بآيات الله ردها واستكبر { قال إنما أوتيته على علم عندي } فأنكر فضل الله عليه، وقال أنا اكتسبته بنفسي، وقوتي، وبعلم أدركت به هذا المال .

“Ketika dikatakan padanya oleh kaumnya, janganlah engkau berbangga diri, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang membangga diri.” (lihat: Surah Al-Qashash, 28: 76)

Kerana disebabkan Qaarun ini seorang lelaki yang sombong dan takbur, wal ‘iyya dzbu billaah, ketika mana dia diingatkan dengan ayat-ayat Allah, dia membantahnya dan berlagak sombong (dengan mengatakan),

“Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku.”

Dia mengingkari kurniaan Allah atasnya, dan dia berkata, “Aku sendirilah yang mencarinya dengan kekuatanku dan ilmuku, sampai aku pun mendapatkan harta ini.”

وكانت النتيجة أن الله خسف به وبداره الأرض، وزال هو وأملاكه { فما كان له من فئة ينصرونه من دون الله وما كان من المنتصرين } { وأصبح الذين تمنوا مكانه بالأمس يقولون ويكأن الله يبسط الرزق لمن يشاء من عباده ويقدر لولا أن من الله علينا لخسف بنا } فتأمل نتيجة الكبر – والعياذ بالله – والعجب والاعتداد بالنفس وكيف كان عاقبة ذلك من الهلاك والدمار .

“Maka natijahnya, dia pun ditenggelamkan oleh Allah bersama-sama rumah (dan hartanya) ke dalam bumi, maka lenyaplah dia bersama harta-hartanya.

(firman Allah dalam terjemahan makna): “Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya dari adzab Allah, tidaklah dia termasuk orang-orang yang mampu membela dirinya.”

“Dan menjadilah orang-orang yang semalam mencita-citakan kedudukan Qaarun tersebut berkata, “Sungguh, benarlah Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dari kalangan hamba-hamba-Nya dan Dia-lah juga yang menyempitkannya; kalau Allah tidak melimpahkan kurnia-Nya atas kita, benar-benar Dia telah membenamkn kita juga.”

Cermatilah baik-baik natijah (akibat) dari kesombongan, ‘ujub (sikap membanggakan diri), dan menganggap bagus diri sendiri, wal ‘Iyya dzu billaah. Lihatlah bagaimana akibatnya dari bentuk kebinasaan dan kehancurannya.”

Allah Ta’ala berfirman:

تِلْكَ الدَّارُ الْآخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الْأَرْضِ وَلَا فَسَادًا وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

“Demikianlah kami jadikan negeri akhirat itu untuk orang-orang yang tidak menginginkan ketinggian (kesombongan) di muka bumi dan tidak pula kerosakan, dan demikianlah kesudahan bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Surah Al-Qashash, 28: 83)

Sekian

Dinukil dari Syarh Riyadh As-Shalihin oleh Asy-Syaikh Ibn ‘Utsaimin, 2/329-331 – Daar Ibn Al-Jauzi)

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest