Menyesal Sehingga Menggigit Tangan Kerana Meninggalkan Jalan Nabi

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:3 pintu neraka

وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا (27) يَا وَيْلَتَى لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا (28) لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنْسَانِ خَذُولًا

“Dan ketika hari orang yang zalim menggigit kedua tangannya (kerana terlalu menyesal) lalu berkata:

“Aduhai andaikata aku dulu mengambil jalan mengikuti Rasul, aduhai betapa celakanya aku, andaikata dulu aku tidak menjadikan sifulan sebagai teman dekat yang aku cintai (sehingga apa yang dia katakan aku ikuti menyelisihi jalan Rasul), benar-benar dia telah menyesatkan-ku dari Az-Zikr (Al-Qur’an yang menjelaskan jalan yang lurus), setelah ianya sampai kepadaku.”

dan adalah Syaitan itu tidak menolong manusia.” (Surah Al-Furqan, 25: 27-29)

Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) berkata:

يخبر تعالى عن ندم الظالم الذي فارق طريق الرسول وما جاء به من عند الله من الحق المبين، الذي لا مرْية فيه، وسلك طريقا أخرى غير سبيل الرسول، فإذا كان يوم القيامة نَدمَ حيثُ لا ينفعه النَدَمُ، وعضّ على يديه حسرةً وأسفا.

وسواء كان سبب نزولها في عقبة بن أبي مُعَيط أو غيره من الأشقياء، فإنها عامة في كل ظالم، كما قال تعالى:

Allah Ta’ala mengkhabarkan tentang penyesalan orang-orang yang zalim (yakni golongan yang menyelisihi jalan kebenaran), yakni orang-orang yang menyimpang dari hidayah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan apa-apa yang datang bersamanya dari sisi Allah berupa kebenaran yang nyata yang tidak ada keraguan padanya. Lalu dia menempuh jalan yang lain yang bukan jalan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Maka pada hari Kiamat dia akan menyesal iaitu hari yang tidak berguna lagi penyesalan, lalu dia pun menggigit kedua tangannya sebagai bentuk dari kekecewaan yang amat sangat.

Walaupun asbabun nuzul (latar-belakang turunnya) ayat ini berkenaan dengan ‘Uqbah bin Abi Mu’ith atau selainnya dari kalangan orang-orang yang celaka, tetapi maknanya bersifat umum mencakup setiap orang yang zalim (yang menyelisihi kebenaran) sebagaimana firman Allah Ta’ala:

{ يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولا وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلا * رَبَّنَا آتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْنًا كَبِيرًا } [ الأحزاب :66 -68]

“Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikan dalam Neraka, mereka berkata:

“Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul.”

Dan mereka berkata:

“Wahai Rabb kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan para pemuka kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Wahai Rabb kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar.”.” (Surah Al-Ahdzab, 33: 66-68)

فكل ظالم يندم يوم القيامة غاية الندم، ويَعَض على يديه قائلا { يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلا يَا وَيْلَتَى لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلانًا خَلِيلا } يعني: مَن (3) صرفه عن الهدى، وعدل به إلى طريق الضلالة [من دعاة الضلالة] (4) ، وسواء في ذلك أمية بن خلف، أو أخوه أبي بن خلف، أو غيرهما.

Bahawa kelak di hari Kiamat, setiap orang yang zalim akan menyesal dengan penyesalan yang amat sangat, dan dia akan menggigit kedua tangannya sambil berkata (sebagaimana yang dikhabarkan dalam Al-Qur’an):

“Aduhai andaikata aku dulu mengambil jalan mengikuti Rasul, aduhai betapa celakanya aku, andaikata dulu aku tidak menjadikan sifulan sebagai teman dekat yang aku cintai (sehingga apa yang dia katakan aku ikuti menyelisihi jalan Rasul)…” (Surah Al-Furqan, 25: 27-28)

Yakni siapa yang memalingkannya dari Al-Huda (petunjuk) lalu membawanya kepada jalan kesesatan, [yakni sesiapa yang menyeru kepada kesesatan], sama ada dia seperti Umayyah bin Kholaf, atau saudara lelakinya yakni Ubai bin Kholaf, atau selain dari kedua mereka.

{ لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ } [وهو القرآن] { بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي }

أي: بعد بلوغه إلي، قال الله تعالى:

{ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلإنْسَانِ خَذُولا }

أي: يخذله عن الحق، ويصرفه عنه، ويستعمله في الباطل، ويدعوه إليه.

“Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Az-Zikr [yakni Al-Qur’an] setelah Al-Qur’an itu datang kepada-ku.”

Yakni setelah Al-Qur’an sampai kepadanya. Allah Ta’ala berfirman:

“Bahawasanya Syaitan itu tidak mahu menolong manusia.”

Yakni dia menyesatkan dan memalingkannya dari Al-Haq (kebenaran), lalu membawa dan menyerunya ke jalan yang bathil.”

Sekian Nukilan – Wallaahu a’lam.

Dipetik dari Tafsir Al-Qur’an Al-Adzim oleh Al-Hafiz Ibn Katsir, 6/108.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest