Mukmin Yang Kuat Itu Lebih Baik, Siapakah Dia?

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H)
Syarh Shahih Muslim

www.ilmusunnah.com

Dari hadis Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ، خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ، وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ، وَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَلَا تَعْجَزْ، وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ، فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا، وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ، فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ

“Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah. Dan pada setiap kebaikan kerjakanlah dengan sungguh-sungguh apa yang bermanfaat bagimu. Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan bersikap lemah (menyerah kalah). Dan jika sesuatu menimpa-mu maka jangan katakan, “Kalau aku melakukan ini pasti hasilnya ini dan itu.” Tetapi ucapkanlah:

قَدَرُ اللهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ

Ini adalah taqdir Allah, apa yang dikehendaki-Nya pasti Dia lakukan.”

Kerana kata “لَوْ” (kalau) itu dapat membuka amalan Syaithan.” (Shahih Muslim, no. 2664)

Huraian/Syarah:

والمراد بالقوة هنا عزيمة النفس والقريحة في أمور الآخرة فيكون صاحب هذا الوصف اكثر إقداما على العدو في الجهاد وأسرع خروجا إليه وذهابا في طلبه وأشد عزيمة في الامر بالمعروف والنهي عن المنكر والصبر على الاذى في كل ذلك واحتمال المشاق في ذات الله تعالى وأرغب في الصلاة والصوم والاذكار وسائر العبادات وأنشط طلبا لها ومحافظة عليها ونحو ذلك

“Dan yang dimaksudkan dengan al-quwwah (kuat) di sini adalah ‘aziimah an-Nafs (keinginan yang membuak-buak) dan semangat yang tinggi dalam mengerjakan urusan (amal-amal) akhirat. Sehingga orang-orang yang memiliki sifat ini pun menjadi lebih berani menghadapi musuh di medan jihad, bersemangat ketika menyahut seruan jihad, memiliki keberanian dalam menjalankan amar ma’ruf nahi munngkar, dan sabar mengharungi segala rintangan dalam semua itu demi membela (agama) Allah Ta’ala, menyeru kepada solat, puasa, dzikir, dan ibadah-ibadah lainnya dengan bersemangat dalam melaksanakannya serta menjaganya.”mukmin yang kuat

واما قوله صلى الله عليه و سلم وفي كل خير فمعناه في كل من القوي والضعيف خير لاشتراكهما في الايمان مع ما يأتي به الضعيف من العبادات

“Dan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Dan pada setiap kebaikan” maka maknanya, pada setiap yang kuat dan yang lemah itu ada kebaikan kerana setiap bahagian dari keduanya dalam keimanan bersama apa yang mengiringinya dengannya yang lemah dari ibadah-ibadah.”

قوله صلى الله عليه و سلم ( احرص على ما ينفعك واستعن بالله ولا تعجز ) أما احرص فبكسر الراء وتعجز بكسر الجيم وحكي فتحهما جميعا ومعناه احرص على طاعة الله تعالى والرغبة فيما عنده واطلب الاعانة من الله تعالى على ذلك ولا تعجز ولا تكسل عن طلب الطاعة ولا عن طلب الاعانة

“Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “… kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (bersemangat) apa yang bermanfaat bagimu. Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan bersikap lemah (menyerah kalah)…” “احرص” dengan dikasrahkan raa’ dan “تعجز” dengan kasrah jiim dan dibawa bersama keduanya, maka maksudnya adalah bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah Ta’ala dan pada apa yang dicintai di sisi-Nya, dan carilah pertolongan dari Allah Ta’ala atas semua itu, dan jangan bersikap lemah (mudah menyerah) dan jangan pula malas dari ketaatan dan memohon pertolongan.”

قوله صلى الله عليه و سلم ( وإن أصابك شئ فلا تقل لو أني فعلت كان كذا وكذا ولكن قل قدر الله وما شاء فعل فان لو تفتح عمل الشيطان ) قال القاضي عياض قال بعض العلماء هذا النهي انما هو لمن قاله معتقدا ذلك حتما وانه لو فعل ذلك لم تصبه قطعا فأما من رد ذلك إلى مشيئة الله تعالى بانه لن يصيبه إلا ماشاء الله فليس من هذا واستدل بقول ابي بكر الصديق رضي الله عنه في الغار لو أن أحدهم رفع رأسه لرآنا قال القاضي وهذا لا حجة فيه لانه انما أخبر عن مستقبل وليس فيه دعوى لرد قدر بعد وقوعه

“Dan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Dan jika sesuatu menimpa-mu maka jangan katakan, “Kalau aku melakukan ini pasti hasilnya ini dan itu.” Tetapi ucapkanlah, “Ini adalah taqdir Allah, apa yang dikehendaki-Nya pasti Dia lakukan.” Kerana kata “لَوْ” (kalau) itu dapat membuka amalan Syaithan.”.”

Berkata Al-Qadhi ‘Iyaadh, “Sebahagian ulama mengatakan, larangan ini ditujukan kepada orang yang menyatakannya dengan penuh keyakinan bahawa jika melakukan perkara tersebut nescaya tidak akan tertimpa sesuatu yang telah menimpanya.

Adapun orang yang mengatakannya atas dasar semua yang terjadi sebagai kehendak Allah Ta’ala bahawa tidak ada yang dapat menimpanya melainkan apa yang telah dikehendaki-Nya, maka perkataan tersebut tidak masuk ke dalam larangan ini. Mereka mendukung pendapat tersebut kepada pertanyaan Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu ketika berada di gua (gua Tsaur), “Kalau-lah seorang dari mereka mengangkat kepalanya nescaya ia akan melihat kami.”

Kata Al-Qadhi lagi, “Dalil ini tidak tepat sama sekali kerana Abu Bakr mengucapkan hal itu untuk mengkhabarkan sesuatu yang akan terjadi (sebagai sebuah kebarangkalian agar dapat berjaga-jaga), bukan sesuatu yang telah terjadi sehingga tidak menunjukkan adanya kesan (atau perbuatan) menolak taqdir (ketentuan Allah) setelah ianya terjadi.”

قال وكذا جميع ماذكره البخاري في باب ما يجوز من اللو كحديث لولا حدثان عهد قومك بالكفر لأتممت البيت على قواعد ابراهيم ولوكنت راجما بغير بينة لرجمت هذه ولولا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك

Kata Al-Qadhi lagi, “Demikian juga dengan semua apa yang disebutkan (dari hadis-hadis) oleh Al-Bukhari (dalam Shahihnya) dalam bab “Ungkapan-ungkapan menggunakan “لو” yang dibolehkan.”. Sebagaimana hadis:kalian orang kuat jika kalian beriman

Kalau tidak kerana kaummu masih baru sahaja meninggalkan kekufuran, nescaya aku sempurnakan binaan Baitullah (ka’abah) bersesuaian dengan asas reka bentuk (binaan) yang dibina oleh Ibrahim.”

(Dan hadis), “Kalau aku boleh merejam seseorang tanpa ada saksi terlebih dahulu, nescaya aku merejam perempuan ini.”

(Dan hadis), “Kalau tidak kerana risau memberatkan umatku, nescaya akan aku perintahkan kepada mereka bersiwak…”

وشبه ذلك فكله مستقبل لا اعتراض فيه على قدر فلا كراهة فيه لانه انما أخبر عن اعتقاده فيما كان يفعل لولا المانع وعما هو في قدرته فاما ما ذهب فليس في قدرته قال القاضي فالذي عندي في معنى الحديث أن النهي على ظاهره وعمومه لكنه نهي تنزيه ويدل عليه قوله صلى الله عليه و سلم فان لو تفتح عمل الشيطان اي يلقي في القلب معارضة القدر ويوسوس به الشيطان هذا كلام القاضي

“Dan hadis-hadis seperti itu semuanya menunjukkan suatu yang akan terjadi yang tidak mengandungi penentangan terhadap taqdir, maka ia tidaklah dibenci kerana sekadar mengkhabarkan dari apa yang ia yakini (dari jangkaan kebarangkalian-kebarangkalian) yang mungkin terjadi seandainya tidak ada sebarang halangan yang menghadang dan itupun masih terhitung dalam jangkauannya. Adapun terhadap sesuatu yang telah berlalu (atau telah terjadi), maka itu bukan-lah dalam kemampuan dan jangkauannya lagi.

Al-Qadhi berkata, “Di sisi-ku dalam memahami hadis ini, sebenarnya bentuk larangan yang pada zahir dan sifat keumumannya menunjukkan larangan yang ringan (tanziih), dan ini berdalilkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

Kerana kataلَوْ” (kalau) itu dapat membuka amalan Syaithan.”

Maksudnya, perkataan tersebut dapat mendorong hati untuk menentang taqdir dan membuka ruang kepada Syaithan untuk menggoda hatinya. Inilah perkataan Al-Qadhi.”

قلت وقد جاء من استعمال لو في الماضي قوله صلى الله عليه و سلم لو استقبلت من أمري ما استدبرت ما سقت الهدي وغير ذلك فالظاهر أن النهي انما هو عن إطلاق ذلك فيما لا فائدة فيه فيكون نهي تنزيه لا تحريم فأما من قاله تأسفا على مافات من طاعة الله تعالى أو ماهو متعذر عليه من ذلك ونحو هذا فلا بأس به وعليه يحمل أكثر الاستعمال الموجود في الاحاديث والله اعلم

“Aku (Imam An-Nawawi) katakan, penggunaan kata “لَوْ” (kalau) dalam perkara-perkara yang telah terjadi sangat-lah lumrah. Seperti sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

Kalau aku telah benar-benar bersedia melakukan sesuatu urusan, nescaya aku tidak akan berpatah-balik dan tidak akan membawa haiwan qurban.” Dan hadis-hadis yang lainnya.

Jadi, sesungguhnya yang dilarang adalah mengucapkan “لَوْ” (kalau) itu tanpa suatu faedah sama sekali dan larangannya hanya bersifat larangan yang ringan (tanziih) bukan pengharaman.

Adapun orang yang mengucapkannya dengan sebab mengkhuwatirkan dirinya terlambat melalukan ibadah dan ketaatan kepada Allah Ta’ala atau sesuatu yang sangat tidak mungkin ia lakukan atau selainnya maka ungkapan tersebut tidaklah mengapa. Inilah analisa yang banyak diguna-pakai oleh para ulama dalam memahami hadis-hadis seperti ini. Wallahu a’lam.” (Syarah Shahih Muslim, 16/215-216)

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest