Perkara-perkara Yang Membatalkan Wudhu’

Abu Numair
www.ilmusunnah.comair-bersih

1, Apa-apa yang keluar dari dua jalan (kemaluan depan dan dubur),

Apa-apa yang keluar dari dua jalan (kemaluan depan dan dubur), sebagaimana yang telah dinyatakan oleh nash, maka ia membatalkan wudhu’.

Kentut,

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لاَ تُقْبَلُ صَلاَةُ مَنْ أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأَ» قَالَ رَجُلٌ مِنْ حَضْرَمَوْتَ: مَا الحَدَثُ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ؟، قَالَ: فُسَاءٌ أَوْ ضُرَاطٌ

“Tidak diterima solat bagi siapa yang berhadats sampailah dia berwudhu’.”

Seorang lelaki dari Hadhramaut bertanya (kepada Abu Hurairah), “Apa dia hadats itu wahai Abu Hurairah?”

Jawab Abu Hurairah, “Kentut yang berbunyi atau yang senyap.” (Shahih Al-Bukhari, no. 135)

Dari hadis ini menjelaskan bahawa keluarnya kentut merupakan penyebab hadats dan membatalkan wudhu’.

Dari ‘Abbaad bin Tamim, dari pakciknya, beliau berkata:

شُكِيَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلُ يَجِدُ فِي الصَّلاَةِ شَيْئًا أَيَقْطَعُ الصَّلاَةَ؟ قَالَ: «لاَ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا» وَقَالَ ابْنُ أَبِي حَفْصَةَ، عَنِ الزُّهْرِيِّ: «لاَ وُضُوءَ إِلَّا فِيمَا وَجَدْتَ الرِّيحَ أَوْ سَمِعْتَ الصَّوْتَ

“Diadukan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang seorang lelaki yang ragu sesuatu (sama ada dia telah terkentut atau tidak) ketika sedang solat, adakah dia perlu membatalkan solatnya?”

Jawab Nabi, “Jangan, sampailah dia mendengar suara atau terhidu baunya.”

Kata Az-Zuhri, “Tidak perlu wudhu’, kecuali mendapati baunya atau mendengar suaranya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 2056)

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا وَجَدَ أَحَدُكُمْ فِي بَطْنِهِ شَيْئًا، فَأَشْكَلَ عَلَيْهِ أَخَرَجَ مِنْهُ شَيْءٌ أَمْ لَا، فَلَا يَخْرُجَنَّ مِنَ الْمَسْجِدِ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا، أَوْ يَجِدَ رِيحًا

“Jika seseorang mendapati ada sesuatu (yang tidak kena) di dalam perutnya, lalu dia ragu adakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah dia keluar dari masjid (membatalkan solatnya, untuk berwudhu’) sampailah dia mendengar bunyi, atau mendapati baunya.” (Shahih Muslim, no. 362)

Dua dalil di atas adalah ketika seseorang itu merasa ragu, adakah telah terkentut atau tidak. Jika dia ragu dan belum jelas salah satu dari keduanya sama ada keluar atau belum, maka tidaklah batal wudhu’nya kecuali jika dia mendapati adanya bau atau bunyi kentut. Namun, jika telah jelas baginya keluar sesuatu, maka bermakna wudhu’nya telah batal dan dia harus berwudhu’ semula, sama ada kedengaran bunyinya atau tidak, atau sama ada punya bau atau tidak.

Kencing dan buang air besar,

Berdasarkan firman Allah Ta’ala:

أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ

“.. atau sebaik kembali dari tempat buang air.” (Surah Al-Ma’idah, 5: 6)

Dari hadis Shofwan bin ‘Assal tentang mengusap dua khuf (kasut), beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «يَأْمُرُنَا إِذَا كُنَّا مُسَافِرِينَ أَنْ نَمْسَحَ عَلَى خِفَافِنَا وَلَا نَنْزِعَهَا ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ غَائِطٍ وَبَوْلٍ وَنَوْمٍ إِلَّا مِنْ جَنَابَةٍ

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan kami, apabila kami dalam keadaan musafir, adalah cukup bagi kami mengusap di atas khuf-khuf kami (ketika berwudhu’) tanpa perlu menanggalkannya dalam tempoh sepanjang tiga hari; (yakni ketika terbatalnya wudhu’) sama ada disebabkan buang air besar, kencing, dan tidur, kecuali jika junub.” (Sunan An-Nasaa’i, no. 127)

Keluar Madzi, Wadi, dan Mani,

Dari Ibn Al-Hanafiyyah, dari hadis ‘Ali radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

كُنْتُ رَجُلًا مَذَّاءً وَكُنْتُ أَسْتَحْيِي أَنْ أَسْأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمَكَانِ ابْنَتِهِ فَأَمَرْتُ الْمِقْدَادَ بْنَ الْأَسْوَدِ فَسَأَلَهُ فَقَالَ: «يَغْسِلُ ذَكَرَهُ وَيَتَوَضَّأُ

“Aku seorang lelaki yang sering keluar madzi, namun aku merasa malu untuk bertanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kerana kedudukan anak perempuan beliau sebagai isteriku. Aku pun meminta Al-Miqdad bin Al-Aswad untuk bertanya kepada Nabi. Maka Nabi bersabda:

“Hendaklah dia membasuh kemaluannya dan berwudhu’.” (Shahih Muslim, no. 303)

Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata:

الْمَنِيُّ وَالْوَدْيُ وَالْمَذْيُ، أَمَّا الْمَنِيُّ: فَهُوَ الَّذِي مِنْهُ الْغُسْلُ، وَأَمَّا الْوَدْيُ وَالْمَذْيُ فَقَالَ: اغْسِلْ ذَكَرَكَ أَوْ مَذَاكِيرَكَ وَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلَاةِ

“(Berkaitan) Mani, wadi, dan madzi; adapun mani, ia menjadi sebab yang mewajibkan mandi. Adapun wadi dan madzi, “Basuhlah kemaluanmu atau sekitarnya dan berwudhu’lah sebagaimana wudhu’ untuk solat.” (Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 800)

Para ulama telah ijma’ (sepakat) bahawa keluarnya najis dari dubur, keluarnya kencing dari zakar dan kemaluan perempuan, keluarnya mani, dan keluarnya angin (kentut) dari dubur adalah membatalkan wudhu’. (lihat: Al-Ijmaa’ oleh Ibn Al-Mundzir, no. 2)

Adapun jika yang keluar dari kemaluan atau dubur selain dari apa yang dinyatakan oleh nash, semisal berupa jarum, rambut, batu, atau darah (yang bukan nifas atau haidh), maka ulama berselisih pendapat sama ada batal atau tidak membatalkan wudhu’. Demikian pula jika angin yang keluar dari kemaluan wanita. Wallaahu a’lam.

2, Tidur yang nyenyak sehingga tidak sedar apa yang sedang berlaku pada dirinya,

Dari hadis ‘Ali bin Abi thalib radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

الْعَيْنُ وِكَاءُ السَّهِ، فَمَنْ نَامَ، فَلْيَتَوَضَّأْ

“Mata itu pengikat dubur, maka siapa yang tertidur, hendaklah berwudhu’.” (Sunan Ibn Majah, no. 477. Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 578)

Maksudnya, selagi mana seseorang itu berada dalam keadaan jaga, maka dia pasti mampu mengawasi sesuatu pada dirinya (atau duburnya, sama ada telah keluar sesuatu).

Dari hadis Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُنَاجِي رَجُلًا فَلَمْ يَزَلْ يُنَاجِيهِ حَتَّى نَامَ أَصْحَابُهُ ثُمَّ جَاءَ فَصَلَّى بِهِمْ

“Ketika solat hendak didirikan, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berbisik-bisik dengan seseorang. Beliau terus berbisik-bisik dengannya sampai ada para sahabat yang tertidur. Lalu kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun datang lalu solat bersama mereka.” (Shahih Muslim, no. 376)

Qotadah mengatakan bahawa beliau pernah mendengar Anas berkata:

كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنَامُونَ ثُمَّ يُصَلُّونَ وَلَا يَتَوَضَّئُونَ» قَالَ: قُلْتُ: سَمِعْتَهُ مِنْ أَنَسٍ قَالَ: إِي وَاللهِ

“Bahawa para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah tertidur kemudian mereka pun langsung solat tanpa memperbaharui wudhu’.”

Ada yang mengatakan, “Benarkah engkau mendengarnya dari Anas?”

Jawab Qotadah, “Iya benar, demi Allah.” (Musnad Ahmad, no. 13941. Shahih Muslim, no. 376)

Dari hadis Shofwan bin ‘Assal tentang mengusap dua khuf (kasut), beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «يَأْمُرُنَا إِذَا كُنَّا مُسَافِرِينَ أَنْ نَمْسَحَ عَلَى خِفَافِنَا وَلَا نَنْزِعَهَا ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ غَائِطٍ وَبَوْلٍ وَنَوْمٍ إِلَّا مِنْ جَنَابَةٍ

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan kami, apabila kami dalam keadaan musafir, adalah cukup bagi kami mengusap di atas khuf-khuf kami (ketika berwudhu’) tanpa perlu menanggalkannya dalam tempoh sepanjang tiga hari; (yakni ketika terbatalnya wudhu’) sama ada disebabkan buang air besar, kencing, dan tidur, kecuali jika junub.” (Sunan An-Nasaa’i, no. 127)

3, Hilang akal atau tidak sedar diri,

Termasuk perkara yang membatalkan wudhu’ adalah hilang akal, gila, pengsan, atau mabuk. Ini kerana dalam keadaan seperti ini, seseorang tidak akan menyedari apa yang sedang berlaku pada dirinya, yakni dia tidak tahu sama ada wudhu’nya telah batal atau belum. Dan hal ini adalah berdasarkan kesepakatan para ulama. (lihat: Al-Ijma’ oleh Ibn Al-Mundzir, no. 2. Al-Mughni oleh Ibn Qudamah, 1/221. Syarh Shahih Muslim oleh An-Nawawi, 4/74)

4, Makan daging unta,

Dari hadis Jabir bin Samurah radhiyallahu ‘anhu,

أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَأَتَوَضَّأُ مِنْ لُحُومِ الْغَنَمِ؟ قَالَ: «إِنْ شِئْتَ فَتَوَضَّأْ، وَإِنْ شِئْتَ فَلَا تَوَضَّأْ» قَالَ أَتَوَضَّأُ مِنْ لُحُومِ الْإِبِلِ؟ قَالَ: «نَعَمْ فَتَوَضَّأْ مِنْ لُحُومِ الْإِبِلِ

“Bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Adakah aku harus berwudhu setelah makan daging kambing?” Beliau bersabda, “Jika engkau mahu, maka berwudhu’lah. Tapi jika tidak mahu, maka tidak mengapa jika tidak berwudhu’.” Lelaki tadi bertanya lagi:

“Adakah aku harus berwudhu’ setelah makan daging unta?” Nabi bersabda, “Ya, hendaklah engkau berwudhu’ setelah makan daging unta.” (Shahih Muslim, no. 360)

5, Menyentuh Kemaluan (hadapan) tanpa lapik,

Dari hadis Busrah binti Shafwan radhiyallahu ‘anha, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ مَسَّ ذَكَرَهُ فَلَا يُصَلِّ حَتَّى يَتَوَضَّأَ

“Siapa yang menyentuh zakarnya, maka janganlah dia solat sampailah dia wudhu’ terlebih dahulu.” (Musnad Ahmad, no. 27295. Sunan At-Tirmidzi, no. 82. Abu Dawud, no. 181. Al-Mustadrak oleh Al-Hakim, no. 475)

Dalam riwayat An-Nasaa’i:

إِذَا أَفْضَى أَحَدُكُمْ بِيَدِهِ إِلَى فَرْجِهِ فَلْيَتَوَضَّأْ

“Apabila salah seorang dari kalian menyentuh kemaluannya (dengan tangannya), maka hendaklah dia berwudhu’.” (Sunan An-Nasaa’i, no. 445)

Dari riwayat ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ مَسَّ ذَكَرَهُ، فَلْيَتَوَضَّأْ، وَأَيُّمَا امْرَأَةٍ مَسَّتْ فَرْجَهَا فَلْتَتَوَضَّأْ

“Siapa yang menyentuh zakarnya maka hendaklah dia berwudhu’, manakala wanita yang menyentuh farjinya hendaklah dia berwudhu’.” (Musnad Ahmad, no. 7076)

Dari ‘Urwah bin Az-Zubair, beliau berkata:

مَنْ مَسَّ ذَكَرَهُ، فَقَدْ وَجَبَ عَلَيْهِ الْوُضُوءُ

“Siapa yang menyentuh zakarnya, maka wajib atasnya wudhu’.” (Muwaththa’ Imam Malik, no. 61)

Dari hadis Qays bin Thalq, dari ayahnya (Thalq bin ‘Ali), beliau berkata:

كُنْتُ جَالِسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلَهُ رَجُلٌ فَقَالَ: مَسِسْتُ ذَكَرِي أَوِ الرَّجُلُ يَمَسُّ ذَكَرَهُ فِي الصَّلَاةِ عَلَيْهِ الْوُضُوءُ ؟ قَالَ: ” لَا إِنَّمَا هُوَ مِنْكَ

“Kami pernah duduk di sisi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, lalu seorang lelaki bertanya:

“Aku pernah menyentuh kemaluanku atau seorang lelaki yang lain telah menyentuh kemaluannya ketika solat, adakah dia perlu berwudhu’?”

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun bersabda, “Tidak perlu, kerana kemaluanmu itu adalah sebahagian darimu.” (Musnad Ahmad, no. 16292. Dinilai hasan oleh Syu’aib Al-Arnauth)

Di riwayat yang lain dari Thalq bin ‘Ali, bahawa ada seorang lelaki Badwi datang lalu bertanya (kepada Rasulullah):

يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا تَرَى فِي رَجُلٍ مَسَّ ذَكَرَهُ فِي الصَّلَاةِ؟ قَالَ: «وَهَلْ هُوَ إِلَّا مُضْغَةٌ مِنْكَ أَوْ بِضْعَةٌ مِنْكَ

“Wahai Rasulullah, apa pandangan engkau pada seorang lelaki yang menyentuh kemaluannya ketika solat?”

Maka Rasulullah bersabda:

“Bukankah kemaluan itu hanyalah sebahagian dari daging yang terdapat pada diri-mu?” (Sunan An-Nasaa’i, no. 165. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا أَفْضَى أَحَدُكُمْ بِيَدِهِ إِلَى فَرْجِهِ حَتَّى لَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهُ حِجَابٌ وَلَا سِتْرٌ فَلْيَتَوَضَّأْ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ

“Apabila salah seorang dari kalian menyentuh kemaluannya (dengan tangannya) tanpa ada di antaranya hijab atau lapik, maka hendaklah dia berwudhu’ untuk solat.” (Sunan Ad-Daruquthni, 532. Musnad Al-Bazzar, no. 8552)

Para ulama berbeza pendapat dalam memahami hadis-hadis ini menjadi beberapa pendapat;

i, Menyentuh kemaluan depan dengan tangan adalah membatalkan wudhu’ jika tanpa lapik, dan ini adalah pendapat sebahagian sahabat-sahabat Nabi serta para ulama; antaranya mazhab Malik, pendapat Imam Asy-Syafi’i (dan mazhabnya), Imam Ahmad, Ibn Hazm, dan yang lainnya.

ii, Menyentuh kemaluan depan tidak membatalkan wudhu’, manakala hadis-hadis yang menunjukkan perintah berwudhu’ adalah bersifat anjuran dan sunnah sahaja, tidak sampai wajib. Pendapat ini merupakan sebahagian dari pendapat Imam Ahmad dan dikuatkan oleh Ibn Taimiyyah.

iii, Disunnahkan berwudhu’ jika menyentuh kemaluan depan, namun jika menyentuhnya dengan syahwat, maka wajib berwudhu’ (untuk solat). Ini merupakan salah satu pendapat Imam Malik, kemudian oleh Asy-Syaikh Ibn ‘Utsaimin dan Al-Albani. (lihat: Shahih Fiqh As-Sunnah, 1/133-136 – Al-Maktabah At-Tauqifiyah) Wallaahu a’lam.

6, Menyentuh perempuan tidak membatalkan wudhu’,

Sebahagian mazhab atau sebahagian ulama berpendapat bahawa wudhu’ menjadi batal dengan sebab menyentuh perempuan, dan mereka berdalil dengan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian hendak mendirikan solat, maka basuhlah muka kalian, dan tangan kalian sampai ke siku, dan usaplah kepala kalian, dan (basuh-lah) kaki kalian sampai ke kedua mata kaki, dan jika kalian junub maka mandilah, dan jika kalian sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air atau menyentuh perempuan, lalu kalian tidak mendapatkan air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih)…” (Surah Al-Ma’idah, 5: 6)

Sebahagian ulama menafsirkan perkataan:

أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ

“… atau menyentuh perempuan…” dengan makna selain jima’.

Maka mereka berpendapat bahawa menyentuh wanita termasuk hal yang membatalkan wudhu’. Dan ini adalah pendapat sebahagian sahabat semisal Ibn Mas’oud dan Ibn ‘Umar, dan pendapat sebahagian ulama semisal Al-Imam Asy-Syafi’i, mazhab Asy-Syafi’i, Ibn Hazm, dan yang lainnya.

Manakala sebahagian ulama yang lain menafsirkan “أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ” dalam konteks ayat tersebut dengan makna jima’ (hubungan badan suami/isteri). Dan ini antaranya adalah sebagaimana yang disebutkan oleh sahabat Nabi, Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma:

إن”المس” و”اللمس”، و”المباشرة”، الجماع، ولكن الله يكني ما شاء بما شاء.

“Bahawa “al-mass”, “al-lams” dan “al-mubasyarah” adalah jima’ (berhubungan badan dengan suami/isteri). Akan tetapi Allah menyebutkan bersesuaian dengan apa yang Dia kehendaki.” (lihat: Tafsir Ath-Thabari, 8/389. Ibn Katsir, 2/314)

Juga diriwayatkan dari Ibn ‘Abbas, beliau berkata:

“أو لامستم النساء”، قال: هو الجماع.

أو لامستم النساء” adalah al-jima’. (lihat: Tafsir Ath-Thabari, 8/389)

Dan tafsiran ini turut dikuatkan dan dipegang oleh para ulama yang lainnya. Dikuatkan juga dengan dalil-dalil yang lainnya. Dan lafaz tersebut disebutkan sebaik penyebutan tentang junub (hadats besar).

“… dan jika kalian junub maka mandilah, dan jika kalian sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air atau menyentuh perempuan, lalu kalian tidak mendapatkan air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih)…”

Kemudian, dalil dari hadis.

Dari hadis Ibrahim At-Taimi, dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُقَبِّلُ بَعْضَ أَزْوَاجِهِ، ثُمَّ يُصَلِّي وَلَا يَتَوَضَّأُ

“Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah mencium sebahagian isterinya, kemudian beliau solat tanpa memperbaharui wudhu’.” (Sunan An-Nasaa’i, no. 170. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Dari hadis ‘Urwah bin Az-Zubair, dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «قَبَّلَ بَعْضَ نِسَائِهِ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ». قَالَ عُرْوَةُ: فَقُلْتُ لَهَا: مَنْ هِيَ إِلَّا أَنْتِ؟ فَضَحِكَتْ.

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mencium sebahagian isterinya kemudian beliau keluar untuk solat dan tanpa memperbaharui wudhu’.”

‘Urwah berkata, “Aku berkata kepadanya, isteri yang mana kalau bukan engkau (‘Aisyah)?” Lalu ‘Aisyah pun ketawa.” (Sunan Ad-Daraquthni, no. 495)

Dari Abu Salamah bin ‘Abdurrahman, dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa beliau berkata:

كُنْتُ أَنَامُ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرِجْلاَيَ، فِي قِبْلَتِهِ فَإِذَا سَجَدَ غَمَزَنِي، فَقَبَضْتُ رِجْلَيَّ، فَإِذَا قَامَ بَسَطْتُهُمَا»، قَالَتْ: وَالبُيُوتُ يَوْمَئِذٍ لَيْسَ فِيهَا مَصَابِيحُ

“Aku pernah tidur di hadapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam (yang sedang solat malam), manakala kakiku berada di arah kiblat beliau. Maka apabila beliau hendak sujud, beliau menolak kakiku (sebagai isyarat), maka aku pun menarik kakiku. Lalu apabila beliau kembali berdiri, aku luruskan kembali kedua kakiku.”

Kata ‘Aisyah, “Rumah-rumah pada ketika itu tidak memiliki lampu untuk menerangi (keadaan yang gelap).” (Musnad Ahmad, no. 25148. Shahih Al-Bukhari, no. 302, 513. Shahih Muslim, no. 512. Muwaththa’, no. 2. Sunan Abi Dawud, no. 712, 713. Shahih Ibn Hibban, no. 2342)

Dari hadis Abu Hurairah, dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata:

فَقَدْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً مِنَ الْفِرَاشِ فَالْتَمَسْتُهُ فَوَقَعَتْ يَدِي عَلَى بَطْنِ قَدَمَيْهِ وَهُوَ فِي الْمَسْجِدِ وَهُمَا مَنْصُوبَتَانِ

“Aku kehilangan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dari tempat pembaringannya pada suatu malam. Maka aku pun mencari-carinya lalu kedua tanganku terkena pada perut telapak kakinya, dan ketika itu beliau sedang di masjid. Kedua-dua kaki beliau sedang menegak (kerana beliau dalam keadaan sedang sujud).” (Shahih Muslim, no. 486)

Di riwayat At-Tirmidzi, dari Ibrahim At-Taimi bahawa ‘Aisyah berkata:

كُنْتُ نَائِمَةً إِلَى جَنْبِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَفَقَدْتُهُ مِنَ اللَّيْلِ فَلَمَسْتُهُ فَوَقَعَتْ يَدِي عَلَى قَدَمَيْهِ وَهُوَ سَاجِدٌ

“Aku biasa tidur di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, lalu pada suatu malam aku kehilangan beliau. Maka aku pun mencari-cari beliau, lalu tanganku terkena pada kaki beliau dan ketika itu beliau sedang sujud.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 3493)

Namun, sebahagian ulama beranggapan bahawa ‘Aisyah menyentuh kaki Nabi dalam keadaan kaki Nabi memakai khuf (yakni berlapik), sebagaimana terdapat hadis-hadis yang menjelaskan anjuran mengenakan khuf ketika solat, apatah lagi pada ketika itu Nabi berada di masjid.

Namun alasan ini dibantah oleh ulama yang berhujah dengan hadis-hadis ini tentang menyentuh wanita tidak membatalkan wudhu’, bahawa takwil tersebut bertentangan dengan zahir yang dapat difahami dari hadis itu sendiri.

Wallaahu a’lam.

Fikih_Thaharah_Karya_Syaikh_Utsaimin

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest