Sikap Pertengahan Dalam Meng-Hajr (Memboikot dan Memulau) Ahli Bid’ah

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H)
Majmu’ Al-Fatawa
www.ilmusunnah.com

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:

فَالْهِجْرَانُ قَدْ يَكُونُ مَقْصُودُهُ تَرْكَ سَيِّئَةِ الْبِدْعَةِ الَّتِي هِيَ ظُلْمٌ وَذَنْبٌ وَإِثْمٌ وَفَسَادٌ وَقَدْ يَكُونُ مَقْصُودُهُ فِعْلَ حَسَنَةِ الْجِهَادِ وَالنَّهْيَ عَنْ الْمُنْكَرِ وَعُقُوبَةَ الظَّالِمِينَ لِيَنْزَجِرُوا وَيَرْتَدِعُوا. وَلِيَقْوَى الْإِيمَانُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ عِنْدَ أَهْلِهِ.

“Men-hajr (memulaukan atau memboikot) seseorang terkadang bertujuan agar orang tersebut meninggalkan keburukan bid’ah yang merupakan kezaliman, jenayah, dosa, dan kerosakan. Terkadang pula bertujuan melakukan kebaikan jihad, mencegah kemungkaran, dan menghukum orang-orang yang zalim, agar mereka berhenti dan menahan diri, sehingga iman dan amal soleh menguat di hati orang yang berkaitan.”

فَإِنَّ عُقُوبَةَ الظَّالِمِ تَمْنَعُ النُّفُوسَ عَنْ ظُلْمِهِ وَتَحُضُّهَا عَلَى فِعْلٍ ضِدِّ ظُلْمِهِ: مِنْ الْإِيمَانِ وَالسُّنَّةِ وَنَحْوِ ذَلِكَ. فَإِذَا لَمْ يَكُنْ فِي هِجْرَانِهِ انْزِجَارُ أَحَدٍ وَلَا انْتِهَاءُ أَحَدٍ؛ بَلْ بُطْلَانُ كَثِيرٍ مِنْ الْحَسَنَاتِ الْمَأْمُورِ بِهَا لَمْ تَكُنْ هِجْرَةً مَأْمُورًا بِهَا كَمَا ذَكَرَهُ أَحْمَد عَنْ أَهْلِ خُرَاسَانَ إذْ ذَاكَ: أَنَّهُمْ لَمْ يَكُونُوا يَقْوَوْنَ بالْجَهْمِيَّة فَإِذَا عَجَزُوا عَنْ إظْهَارِ الْعَدَاوَةِ لَهُمْ سَقَطَ الْأَمْرُ بِفِعْلِ هَذِهِ الْحَسَنَةِ وَكَانَ مُدَارَاتُهُمْ فِيهِ دَفْعَ الضَّرَرِ عَنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَلَعَلَّهُ أَنْ يَكُونَ فِيهِ تَأْلِيفُ الْفَاجِرِ الْقَوِيِّ

“Kerana hukuman ke atas orang yang zalim akan melindungi orang lain dari kezalimannya, sekaligus memotivasi mereka untuk melaksanakan lawan dari kezaliman tersebut berupa keimanan, sunnah, dan yang sepertinya. Apabila hajr (pemulauan dan pemboikotan) tersebut tidak berjaya mencegah seseorang dan tidak pula menghentikannya, bahkan mungkin boleh melemahkan (atau menghilangkan) sejumlah kebaikan-kebaikan yang diperintahkan, maka ia bukanlah hajr (pemulauan dan pemboikotan) yang diperintahkan. Seperti yang dinyatakan oleh Imam Ahmad tentang penduduk Khurasan ketika itu, bahawa mereka tidak punya kemampuan menghadapi kelompok Jahmiyah; jadi, bila mereka tidak mampu menampakkan permusuhan, maka gugurlah anjuran meng-hajr dan boleh jadi sikap lunak mereka untuk menyerap bahaya dari mukmin yang lemah dapat melunakkan hati pelaku dosa yang kuat.”

وَكَذَلِكَ لَمَّا كَثُرَ الْقَدَرُ فِي أَهْلِ الْبَصْرَةِ فَلَوْ تُرِكَ رِوَايَةُ الْحَدِيثِ عَنْهُمْ لَا نَدْرُسُ الْعِلْمَ وَالسُّنَنَ وَالْآثَارَ الْمَحْفُوظَةَ فِيهِمْ. فَإِذَا تَعَذَّرَ إقَامَةُ الْوَاجِبَاتِ مِنْ الْعِلْمِ وَالْجِهَادِ وَغَيْرِ ذَلِكَ إلَّا بِمَنْ فِيهِ بِدْعَةٌ مَضَرَّتُهَا دُونَ مَضَرَّةِ تَرْكِ ذَلِكَ الْوَاجِبِ: كَانَ تَحْصِيلُ مَصْلَحَةِ الْوَاجِبِ مَعَ مَفْسَدَةٍ مَرْجُوحَةٍ مَعَهُ خَيْرًا مِنْ الْعَكْسِ. وَلِهَذَا كَانَ الْكَلَامُ فِي هَذِهِ الْمَسَائِلِ فِيهِ تَفْصِيلٌ

“Demikian pula ketika kelompok Qadariyah sangat kuat di tengah-tengah penduduk Bashrah, jika mereka menolak meriwayatkan hadis dari kelompok ini, maka akan hilanglah ilmu, sunnah-sunnah, dan atsar-atsar yang terpelihara yang ada pada kelompok tersebut. Apabila tidak mampu menegakkan kewajiban-kewajiban berupa ilmu dan jihad serta selain itu kecuali dengan bantuan orang yang melakukan bid’ah dan diperhitungkan bahawa bahaya mengabaikan kewajiban ini lebih tinggi berbanding meninggalkan sikap hajr (memulaukan) pelaku bid’ah, maka mengambil maslahah dengan kerosakan yang lebih ringan adalah lebih baik berbanding sebaliknya. Oleh kerana itu, perbahasan dalam masalah ini memerlukan perincian.”

كَثِيرٌ مِنْ أَجْوِبَةِ الْإِمَامِ أَحْمَد وَغَيْرِهِ مِنْ الْأَئِمَّةِ خَرَجَ عَلَى سُؤَالِ سَائِلٍ قَدْ عَلِمَ الْمَسْئُولَ حَالَهُ أَوْ خَرَجَ خِطَابًا لِمُعَيَّنِ قَدْ عَلِمَ حَالَهُ فَيَكُونُ بِمَنْزِلَةِ قَضَايَا الْأَعْيَانِ الصَّادِرَةِ عَنْ الرَّسُولِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إنَّمَا يَثْبُتُ حُكْمُهَا فِي نَظِيرِهَا

“Kebanyakan jawaban Imam Ahmad dan imam-iman lainnya dalam masalah ini, selalu disesuaikan dengan keadaan orang yang bertanya atau ditujukan kepada individu tertentu yang telah diketahui bagaimana keadaannya, sehingga kedudukannya sama seperti keputusan-keputusan untuk individu yang dinukil dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, hukumnya hanya berlaku dalam perkara yang semisal dengannya.”

فَإِنَّ أَقْوَامًا جَعَلُوا ذَلِكَ عَامًّا فَاسْتَعْمَلُوا مِنْ الْهَجْرِ وَالْإِنْكَارِ مَا لَمْ يُؤْمَرُوا بِهِ فَلَا يَجِبُ وَلَا يُسْتَحَبُّ وَرُبَّمَا تَرَكُوا بِهِ وَاجِبَاتٍ أَوْ مُسْتَحَبَّاتٍ وَفَعَلُوا بِهِ مُحَرَّمَاتٍ

“Tapi kemudian orang-orang yang mempraktikkan hal-hal tersebut secara umum, mereka menjadikan alhajr (pemboikotan) dan pengingkaran pada perkara yang tidak diperintahkan, sehingga menjadi tidak wajib dan tidak pula sunnah, bahkan adakalanya mereka meninggalkan kewajiban-kewajiban atau perkara-perkara yang mustahab (yang disukai dan dianjurkan) atas nama dasar mempraktikkan hajr, atau mereka melakukan perkara-perkara yang haram (juga dengan alasan mempraktikkan hajr).”

وَآخَرُونَ أَعْرَضُوا عَنْ ذَلِكَ بِالْكُلِّيَّةِ فَلَمْ يَهْجُرُوا مَا أُمِرُوا بِهَجْرِهِ مِنْ السَّيِّئَاتِ الْبِدْعِيَّةِ؛ بَلْ تَرَكُوهَا تَرْكَ الْمُعْرِضِ؛ لَا تَرْكَ الْمُنْتَهِي الْكَارِهِ أَوْ وَقَعُوا فِيهَا وَقَدْ يَتْرُكُونَهَا تَرْكَ الْمُنْتَهِي الْكَارِهِ وَلَا يَنْهَوْنَ عَنْهَا غَيْرَهُمْ وَلَا يُعَاقِبُونَ بِالْهِجْرَةِ وَنَحْوِهَا مَنْ يَسْتَحِقُّ الْعُقُوبَةَ عَلَيْهَا

“Sebahagian yang lain pula mereka mengabaikan masalah ini secara keseluruhan, mereka tidak mahu meng-hajr orang-orang yang diperintah untuk di-hajr atas faktor keburukan-keburukan bid’ah orang tersebut, mereka mengabaikan praktik hajr kerana mereka tidak punya kepedulian, iaitu bukan kerana kebencian (terhadap praktik hajr), atau mereka bahkan terjebak pula padanya. Atau boleh jadi mereka mengabaikan hajr kerana rasa benci padanya, tetapi mereka tidak melarang orang lain untuk melakukan hajr, dan mereka tidak pula mahu menghukum dengan melakukan hajr terhadap sesiapa yang sepatutnya mendapat hukuman dan yang sepertinya.”

فَيَكُونُونَ قَدْ ضَيَّعُوا مِنْ النَّهْيِ عَنْ الْمُنْكَرِ مَا أُمِرُوا بِهِ إيجَابًا أَوْ اسْتِحْبَابًا فَهُمْ بَيْنَ فِعْلِ الْمُنْكَرِ أَوْ تَرْكِ النَّهْيِ عَنْهُ وَذَلِكَ فِعْلُ مَا نُهُوا عَنْهُ وَتَرْكُ مَا أُمِرُوا بِهِ. فَهَذَا هَذَا. وَدِينُ اللَّهِ وَسَطٌ بَيْنَ الْغَالِي فِيهِ وَالْجَافِي عَنْهُ. وَاَللَّهُ سُبْحَانَهُ أَعْلَمُ

“Maka yang demikian, mereka sebenarnya telah menyia-nyiakan sebahagian dari nahi mungkar yang diperintahkan sama ada dalam konteks wajib mahupun mustahab (yang disukai atau dianjurkan). Mereka berada di antara melakukan kemungkaran atau meninggalkan dari melarang kemungkaran tersebut, atau dengan kata lain mereka melakukan apa yang dilarang dan meninggalkan apa yang diperintahkan dengannya. Sementara agama Allah Subhanahu wa Ta’ala itu berada di pertengahan, iaitu di antara berlebihan (ghuluw) dan meremehkan. Wallaahu Subhaanahu a’lam.” (Ibnu Taimiyah, Majmu’ Al-Fatawa, 28/212-213)

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest