Sikap Terhadap Orang Yang Mengingkari Qadar

www.ilmusunnah.com

Yahya B. Ya’mur berkata:

كَانَ أَوَّلَ مَنْ قَالَ فِي الْقَدَرِ بِالْبَصْرَةِ مَعْبَدٌ الْجُهَنِيُّ، فَانْطَلَقْتُ أَنَا وَحُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْحِمْيَرِيُّ حَاجَّيْنِ – أَوْ مُعْتَمِرَيْنِ – فَقُلْنَا: لَوْ لَقِينَا أَحَدًا مَنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَسَأَلْنَاهُ عَمَّا يَقُولُ هَؤُلَاءِ فِي الْقَدَرِ، فَوُفِّقَ لَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ دَاخِلًا الْمَسْجِدَ، فَاكْتَنَفْتُهُ أَنَا وَصَاحِبِي أَحَدُنَا عَنْ يَمِينِهِ، وَالْآخَرُ عَنْ شِمَالِهِ، فَظَنَنْتُ أَنَّ صَاحِبِي سَيَكِلُ الْكَلَامَ إِلَيَّ، فَقُلْتُ [ص:37]: أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ إِنَّهُ قَدْ ظَهَرَ قِبَلَنَا نَاسٌ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ، وَيَتَقَفَّرُونَ الْعِلْمَ، وَذَكَرَ مِنْ شَأْنِهِمْ، وَأَنَّهُمْ يَزْعُمُونَ أَنْ لَا قَدَرَ، وَأَنَّ الْأَمْرَ أُنُفٌ، قَالَ:

“Orang yang terawal berkata tentang takdir di Bashrah adalah Ma’bad al-Juhani, maka aku dan Humaid B. ‘Abdurrahman al-Himyari bertolak haji atau umrah, maka kami berkata:

“Sekiranya kami bertemu dengan salah seorang sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka kami akan bertanya kepadanya tentang sesuatu yang mereka katakan berkaitan dengan takdir.”

Maka ‘Abdullah B. ‘Umar diberikan taufik (oleh Allah) untuk kami, dan ketika itu kami melihat beliau sedang memasuki masjid. Lalu aku dan rakanku menghadangnya. Salah seorang daripada kami di sebelah kanannya dan yang lain di sebelah kirinya. Lalu aku mengira bahawa rakanku akan menjadi wakil pertanyaan untukku, maka aku berkata, “Wahai Abu ‘Abdirrahman (Ibnu ‘Umar), sesungguhnya telah diperlihatkan kepada kami suatu kaum yang membaca al-Qur’an dan mencari ilmu lalu mereka mendakwa bahawa tidak ada takdir. Dan mereka mendakwa suatu perkara itu adalah baru (tidak didahului oleh taqdir dan ilmu Allah).”

Maka ‘Abdullah B. ‘Umar menjawab:

فَإِذَا لَقِيتَ أُولَئِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنِّي بَرِيءٌ مِنْهُمْ، وَأَنَّهُمْ بُرَآءُ مِنِّي»، وَالَّذِي يَحْلِفُ بِهِ عَبْدُ اللهِ بْنُ عُمَرَ «لَوْ أَنَّ لِأَحَدِهِمْ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا، فَأَنْفَقَهُ مَا قَبِلَ اللهُ مِنْهُ حَتَّى يُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ

“Apabila kamu bertemu dengan orang-orang tersebut, maka khabarkanlah kepada mereka bahawa aku berlepas diri dari mereka, dan bahawa mereka berlepas diri daripadaku. Dan demi Dzat yang mana ‘Abdullah B. ‘Umar bersumpah dengan-Nya, kalau sekiranya salah seorang dari kamu menafkahkan emas sebesar gunung Uhud, nescaya sedekahnya tidak akan diterima sehingga dia beriman kepada taqdir yang baik dan buruk.”

ثُمَّ قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ قَالَ: بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ، إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ، شَدِيدُ سَوَادِ الشَّعَرِ، لَا يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلَا يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ، وَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي عَنِ الْإِسْلَامِ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الْإِسْلَامُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَتُقِيمَ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ، وَتَصُومَ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيلًا»، قَالَ: صَدَقْتَ، قَالَ: فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ، وَيُصَدِّقُهُ، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ الْإِيمَانِ، قَالَ: «أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلَائِكَتِهِ، وَكُتُبِهِ، وَرُسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ»، قَالَ: صَدَقْتَ، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ الْإِحْسَانِ، قَالَ: «أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ»، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ، قَالَ: «مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ» قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَتِهَا، قَالَ: «أَنْ تَلِدَ الْأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ»، قَالَ: ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ لِي: يَا عُمَرُ أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟» قُلْتُ: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: «فَإِنَّهُ جِبْرِيلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِينَكُمْ

Beliau berkata, “Kemudian beliau mula menceritakan hadis lalu berkata:

“‘Umar B. al-Khaththab berkata, “Dahulu kami pernah berada di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, lalu datanglah seorang lelaki yang bajunya sangat putih, rambutnya sangat hitam, tidak kelihatan padanya tanda-tanda sedang dalam perjalanan jauh (safar). Tidak seorang pun daripada kami yang mengenalinya, sehinggalah dia mendatangi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lalu menyandarkan lututnya pada lutut Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian ia berkata, “Wahai Muhammad, khabarkanlah kepadaku tentang Islam?”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab, “Memperakui bahawa tiada tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, dan berpuasa di bulan Ramadhan, serta berhaji ke Baitullah jika kamu mampu pergi kepadanya.”

Dia berkata kepada Nabi, “Engkau benar.” ‘Umar berkata, “Maka kami terkejut terhadapnya kerana dia bertanya dan kemudian membenarkannya.”

Dia bertanya lagi, “Khabarkanlah kepadaku tentang iman itu?” Nabi menjawab, “Kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, hari akhir (kiamat), dan taqdir yang baik dan yang buruk.” Dia berkata, “Engkau benar.”

Dia bertanya lagi, “Khabarkanlah kepadaku tentang ihsan?” Nabi menjawab, “Kamu beribadah kepada Allah seakan-akan kamu melihat-Nya, jika kamu tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu.”

Dia bertanya lagi, “Bilakah berlakunya hari akhir (kiamat)?” Nabi menjawab, “Tidaklah orang yang ditanya itu lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.”

Dia bertanya lagi, “Jadi khabarkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya?” Nabi menjawab, “Apabila seorang hamba melahirkan tuan-Nya, dan bila kamu melihat orang yang tidak beralas kaki, tidak berpakaian, miskin, penggembala kambing, tetapi berlumba-lumba dalam membina bangunan.” Kemudian dia bertolak pergi. Maka aku terus kehairanan kemudian Nabi pun berkata:

“Wahai ‘Umar, adakah kamu tahu siapa orang yang bertanya tersebut?”

Aku menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Beliau bersabda, “Itulah jibril, dia mendatangi kamu untuk mengajarkan kepada kamu semua tentang agama kamu.” (Shahih Muslim, no. 8)

Faedah dan Pengajaran hadis:

[1] Di antara bid’ah yang paling awal muncul adalah bid‘ah pengingkaran terhadap taqdir.

[2] Para sahabat adalah tempat mengambil ilmu, tempat rujukan, dan tempat mengambil kefahaman berkaitan agama, terutamanya soal ‘aqidah. Termasuk kefahaman dalam hadis ini adalah apabila mendapat syubhat atau berlakunya fitnah, hendaklah diadukan kepada ulama, iaitu orang yang memiliki kedudukan ilmu pada waktu tersebut. Maksudnya di sini, hendaklah mendahulukan ulama dan tidak bertindak sendirian.

[3] Sahabat Nabi, Ibnu ‘Umar berlepas diri daripada orang-orang yang mengingkari taqdir. Sekaligus menunjukkan adanya petunjuk agar menjauhi ahli bid’ah dan orang-orang sesat.

[4] Amal orang yang mengingkari takdir tidak akan diterima oleh Allah Ta’ala walaupun banyak amalnya.

[5] Para sahabat melihat malaikat Jibril dalam rupa manusia (bukan rupa yang asal).

[6] Jibri Mengajar kepada para sahabat apa itu Islam, iman, dan ihsan.

Wallahu a’lam.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest