Tahdzir Atas Sikap Suka Berdebat dan Berbantah-bantah

Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H)
www.ilmusunnah.com

meninggalkan debat dan kedustaan dalam gurauanومما أنكره أئمة السلف الجدال والخصام والمراء في مسائل الحلال والحرام أيضاً ولم يكن ذلك طريقة أئمة الإسلام: وإنما أحدث ذلك بعدهم كما أحدثه فقهاء العراقين في مسائل الخلاف بين الشافعية والحنفية وصنفوا كتب الخلاف ووسعوا البحث والجدال فيها وكل ذلك محدث لا أصل له وصار ذلك علمهم حتى شغلهم ذلك عن العلم النافع.

“Termasuk perkara yang  diingkari (yakni dibenci) oleh para ulama salaf adalah al-jidal (perdebatan), al-khushumat (berlawan hujah untuk bertengkar) dan al-miraa’ (berbantah-bantah dan bertikam lidah) dalam permasalahan halal dan haram. Kerana yang demikian itu juga bukanlah jalan para aimmatul Islam, hanya cuma orang-orang setelah mereka yang sengaja mengada-adakan dan memulakannya, sebagaimana yang dilakukan oleh para fuqaha’ dari Iraq, ketika (memperdebatkan) permasalahan yang diperselisihkan antara kelompok Syafi’iyah dan Hanafiyyah. Mereka menulis kitab-kitab yang kandungannya memperluas perbahasan dan perdebatan di dalamnya.

Semua itu adalah perkara yang diada-adakan, tidak ada asalnya, dan (menyebabkan) ilmu mereka menyimpang sehingga pada akhirnya menyibukkan dan melalaikan mereka dari mempelajari ilmu yang bermanfaat.”

وقد أنكر ذلك السلف وورد في الحديث المرفوع في السنن، ما ضل قوم بعد هدى إلا أوتوا الجدل ثم قرأ ما ضَرَبوهُ لَكَ إِلّا جَدَلاً بَل هُم قَومٌ خَصِمون، وقال بعض السلف

“Sungguh para ulama salaf telah mengingkarinya hal tersebut dan telah datang di dalam hadis yang marfu’ di kitab Sunan:

“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapat petunjuk melainkan kerana mereka membuka (pintu) jidal (perdebatan).”

Kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam membacakan ayat:

مَا ضَرَبُوهُ لَكَ إِلَّا جَدَلًا بَلْ هُمْ قَوْمٌ خَصِمُونَ

“Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud untuk berjidal (berdebat), sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar.” (Surah Az-Zukhuf, 43: 58).” (Sunan At-Tirmidzi, no. 3253. Hadis hasan sahih)

Sebahagian ulama salaf menyatakan:

إذا الله أراد بعبد خيرا فتح له باب عمل، وأغلق عنه باب الجدل، وإذا أراد الله بعبد شرا أغلق عنه باب العمل وفتح له باب الجدل.

“Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba, maka dibukakan baginya pintu amal dan ditutup darinya pintu jidal. Manakala jika Allah menghendaki keburukan bagi seorang hamba, maka ditutup darinya pintu amal dan dibuka baginya pintu jidal.” (lihat juga: Al-Ibanah Al-Kubra oleh Ibn Baththah, 2/510. Syu’abul Iman oleh Al-Baihaqi, no. 1832. Jami’ Bayanil ‘Ilmi wa Fadhlihi, 2/933 – pent.)bicara tanpa ilmu

وقال مالك أدركت أهل هذه البلدة وإنهم ليكرهون هذا الإكثار الذي فيه الناس اليوم: يريد المسائل. وكان يعيب كثرة الكلام والفتيا ويقول يتكلم أحدهم كأنه جمل مغتلم يقول هو كذا هو كذا بهدر في كلامه

Al-Imam Malik rahimahullah berkata:

“Saya dapati penduduk negeri ini (yakni Madinah) membenci apa yang dilakukan oleh kebanyakan manusia pada hari ini.” Yakni yang beliau maksudkan adalah permasalahan ini (suka berdebat dan berbantah-bantah).

Beliau juga mencela orang yang banyak bercakap dan berfatwa yang salah seorang dari mereka asyik bercakap seolah-olah seperti unta yang sedang makan (mulutnya terus bergerak, tidak berhenti), dia mengatakan, “Dia begini dan dia begitu…”, mudah sekali dia melontarkan kata-kata.”

وكان يكره الجواب في كثرة المسائل ويقول قال اللَهُ عز وجل: وَيَسأَلونَكَ عَنِ الرّوحِ قُلِ الرّوحُ مِن أَمرِ رَبّي فلم يأته في ذلك جواب.

Beliau (yakni Imam Malik rahimahullah) juga tidak menyukai menjawab pada banyak permasalahan (yakni yang sukar diamalkan dan tidak menambah ilmu) dan beliau menyebutkan firman Allah ‘Azza wa Jalla:

وَيَسأَلونَكَ عَنِ الرّوحِ قُلِ الرّوحُ مِن أَمرِ رَبّي

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang ruh. Katakanlah, “Ruh itu termasuk urusan Rabb-ku.”.” (Surah Al-Israa’, 17: 85)

Maka tidaklah datang padanya itu jawaban.

وقيل له الرجل يكون عالماً بالسنن يجادل عنها قال لا ولكن يخبر بالسنة فإن قبل منه وإلا سكت.

“Pernah dikatakan oleh seorang lelaki kepada Imam Malik, “Adakah seorang yang ‘aalim (berilmu) tentang sunnah patut menggunakan ilmunya untuk berdebat?”

Maka Imam Malik menyatakan, “Jangan, tetapi hendaklah dia menyampaikan sunnah, jika diterima, maka itu termasuk (kelebihan) baginya, tetapi jika tidak, hendaklah dia diam.”

وقال المراء والجدال في العلم يذهب بنور العلم

Beliau rahimahullah juga mengatakan:

Al-Miraa’ (pertengkaran dan bertikam lidah) dan jidal (perdebatan) dalam ilmu akan menghilangkan cahaya ilmu.”

وقال المراء في العلم يُقسي القلب ويورث الضعن.

Beliau rahimahullah berkata, “Al-miraa’ (bertengkar) di dalam ilmu akan mengeraskan hati dan mewariskan dendam.”

وكان يقول في المسائل التي يسئل عنها كثيراً لا أدري. وكان الإمام أحمد يسلك سبيله في ذلك.

“Dan bahawa beliau selalu mengatakan:  (لا أدرى) “Saya tidak tahu…” pada banyak permasalahan yang diajukan kepadanya.Tanda baiknya islam

Dan Al-Imam Ahmad juga turut menempuh jalan yang demikian (yakni sama seperti imam Malik).”

وقد ورد النهي عن كثرة المسائل وعن أغلوطات المسائل وعن المسائل قبل وقوع الحوادث وفي ذلك ما يطول ذكره

“Benar-benar terdapat larangan dari perbuatan banyak bertanya dan membicarakan secara panjang lebar permasalahan-permasalahan yang tidak sepatutnya dan belum pasti terjadi.”

ومع هذا ففي كلام السلف والأئمة كمالك والشافعي وأحمد وإسحاق التنبيه على مأخذ الفقه ومدارك الأحكام بكلام وجيز مختصر يفهم به المقصود من غير إطالة ولا إسهاب

“Bersamaan dengan itu, telah masyhur bahawa perkataan ulama salaf dan para aimmah seperti Malik, Asy-Syafi’i, Ahmad, dan Ishaaq dalam pengambilan (hukum) fiqh dan landasan istinbat hukum, adalah mengunakan ungkapan yang pendek, ringkas dan difahami maksudnya tanpa perlu berbicara panjang lebar dan berjela-jela.”

وفي كلامهم من رد الأقوال المخالفة للسنة بألطف إشارة وأحسن عبارة بحيث يغني ذلك من فهمه عن إطالة المتكلمين في ذلك بعدهم بل ربما لم يتضمن تطويل كلام من بعدهم من الصواب في ذلك ما تضمنه كلام السلف والأئمة مع اختصاره وإيجازه

“Dan pada perkataan-perkataan mereka ketika membantah pendapat-pendapat (orang-orang) yang menyelisihi sunnah, mereka mengunakan isyarat yang ringkas dan ibarat yang bagus lagi penuh makna, sehingga hal tersebut mudah difahami, dan tidak perlu kepada memperbanyak perkataan manusia setelah mereka, bahkan terkadang ternyata kandungannya telah terkandung pada ucapan para salaf dan para imam yang ringkas dan padat sebelumnya.”

فما سكت من سكت من كثرة الخصام والجدال من سلف الأمة جهلا ولا عجزاً ولكن سكتوا عن علم وخشية للَّه. وما تكلم من تكلم وتوسع من توسع بعدهم لاختصاصه بعلم دونهم ولكن حباً للكلام وقلة ورع كما قال الحسن وسمع قوما يتجادلون هؤلاء قوم ملوا العبادة وخف عليهم القول وقل ورعهم فتكلموا.

“Adapun diamnya para salaf dari banyaknya pertikaian dan perdebatan, bukanlah menunjukkan kebodohan dan ketidakmampuan mereka (melakukannya), akan tetapi malah menunjukkan keilmuan dan rasa takut mereka kepada Allah.

Sebaliknya, tersebar dan banyaknya ucapan orang-orang setelah mereka, tidaklah menunjukan keahlian dan pakarnya mereka dalam ilmu, akan tetapi kerana mereka yang mudah untuk berbicara dan sedikitnya rasa wara’.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah tatkala mendengar suatu kaum yang sedang berdebat, (yakni beliau berkata):

“Mereka adalah kaum yang bosan beribadah, mudah berbicara (sekehendaknya), dan sedikitnya rasa wara.”.”

وقال مهدي بن ميمون: سمعت محمد بن سيرين وما رآه رجل ففطن له فقال إني أعلم ما يريد إني لو أردت أن أماريك كنت عالماً بأبواب المراء: وفي رواية قال أنا أعلم بالمراء منك ولكني لا أماريك

Mahdi bin Maimun rahimahullah berkata:

“Aku mendengar Muhammad bin Sirin, tidaklah beliau melihat seorang lelaki yang dapat dibaca gerak-geriknya (ingin berjidal) nescaya beliau rahimahullah mengatakan:

“Sesungguhnya aku tahu apa yang engkau inginkan dariku, seandainya aku mahu berdebat denganmu maka aku lebih tahu masalah perdebatan.”

Dalam riwayat yang lain (beliau mengatakan), “Aku lebih tahu masalah debat berbanding engkau tetapi aku tidak mahu berdebat denganmu.”

وقال إبراهيم النخعي ما خاصمت قط وقال عبد الكريم الحوري ما خاصم ورع قط

Ibrahim An-Nakha’i rahimahullah berkata:

“Aku tidak pernah berdebat sama sekali.”

‘Abdul Karim Al-Hawariy rahimahullah berkata:

“Tidak akan berdebat sama sekali orang yang wara’.”

وقال جعفر بن محمد إياكم والخصومات في الدين فإنها تشغل القلب وتورث النفاق.

Ja’far bin Muhammad rahimahullah berkata:

“Hati-hatilah kalian terhadap al-khushumat (berlawan hujah dan pertengkaran) dalam permasalahan agama, kerana ia melalaikan hati dan mewariskan kemunafikan.”

وكان عمر بن عبد العزيز يقول إذا سمعت المراء فاقصر

“Bahawa ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz berkata:

“Jika mendengar al-miraa’ (pertikaman lidah dan perdebatan) maka aku pun menahan (pergi).”

وقال من جعل دينه عرضاً للخصومات أكثر التنقل

Beliau rahimahullah juga berkata:

“Siapa yang menjadikan agamanya sebagai tujuan untuk khushumat, maka dia pun akan banyak bertukar-tukar (pegangannya).”jangan mendebat ulama, betulkan niat menuntut ilmu

وقال أن السابقين عن علم وقفوا وببصر نافد قد كفوا وكانوا هم أقوى على البحث لو بحثوا وكلام السلف في هذا المعنى كثير جداً.

“Sesungguhnya as-saabiqiin (ulama generasi awal) berada di atas ilmu, mereka mencukupkan dengannya dan tidak terjun pada ilmu yang kita lihat sekarang (yakni ilmu perdebatan), dan seandainya mahu membahas (perdebatan), nescaya mereka adalah orang yang paling hebat perbahasannya.

Dan masih banyak lagi perkataan para salaf yang semakna dengan ini.”

وقد فتن كثير من المتأخرين بهذا فظنوا أن من كثر كلامه وجداله وخصامه في مسائل الدين فهو أعلم ممن ليس كذلك. وهذا جهل محض. وانظر إلى أكابر الصحابة وعلمائهم كأبي بكر وعمر وعلي ومعاذ وابن مسعود وزيد بن ثابت كيف كانوا.

“Sungguh telah ramai ulama muta’akhirin (terkemudian) terfitnah dalam permasalahan ini, mereka menyangka bahawa orang yang banyak memperdebatkan permasalahan-permasalahan agama bererti dia lebih ‘alim (berilmu) berbanding yang tidak demikian. Ini bernar-benar kebodohan. Hendaklah kalian melihat kepada akbar ash-shohabah (para pemuka sahabat) dan para ulama mereka seperti Abu Bakr, ‘Umar, Ali, Muaadz, Ibnu Mas’oud, dan Zaid bin Tsaabit, bagaimana dengan mereka?”

كلامهم أقل من كلام ابن عباس وهم أعلم منه

“Perkataan mereka sedikit jika dibandingkan dengan Ibnu ‘Abbas, sedangkan mereka lebih a’lam (berilmu) daripadanya.”

وكذلك كلام التابعين أكثر من كلام الصحابة والصحابة أعلم منهم

“Demikian pula perkataan para tabi’in, perkataan mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan para sahabat sedangkan para sahabat lebih berilmu berbanding mereka.”

وكذلك تابعوا التابعين كلامهم أكثر من كلام التابعين والتابعون أعلم منهم.

“Dan demikian pula dengan perkataan tabiut taabi’in, perkataan mereka lebih banyak berbanding perkataan tabi’in sedangkan tabi’in lebih berilmu berbanding mereka.”

فليس العلم بكثرة الرواية ولا بكثرة المقال ولكنه نور يقذف في القلب يفهم به العبد الحق ويميز به بينه وبين الباطل ويعبر عن ذلك بعبارات وجيزة محصلة للمقاصد.

“Maka ilmu itu bukanlah dengan banyaknya riwayat, dan tidak pula dengan banyaknya perkataan. Akan tetapi ilmu adalah cahaya yang ditancapkan pada hati. Dengan ilmu tersebut seorang hamba dapat memahami kebenaran dan membezakannya dari yang batil, dapat memberikan ungkapan yang ringkas lagi padat serta mengena pada maksud dikehendaki.”

وقد كان النبي صلي الله عليه وسلم أوتي جوامع الكلم واختصر له الكلام اختصاراً ولهذا ورد النهي عن كثرة الكلام والتوسع في القيل والقال

“Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah diutus bersama dengan jawaami’ul kalim (ucapan yang ringkas, mudah dan padat namun menyeluruh dan merangkum banyak perkara). Kerana itulah, telah warid (dalam sunnah) larangan dari banyak berbicara dan memperluas pada al-qil wal qaal (yakni menyibukkan diri pada memetik dan mengulas perkataan fulan dan fulan).”

وقد قال النبي صلى الله عليه وسلم إِنَّ اللَّهَ لَمْ يَبْعَثْ نَبِيًّا إِلا مُبَلِّغًا، وَإِنَّ تَشْقِيقَ الْكَلامِ مِنَ الشَّيْطَانِ يعني أن النبي إنما يتكلم بما يحصل به البلاغ.

Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya Allah tidak mengutuskan seorang nabi pun melainkan (agar mereka) menyampaikan (wahyu dari Allah) dan sesungguhnya terlalu asyik dalam bicara adalah dari Syaithan.” (Mushannaf ‘Abdurrazzaq, no. 20209. Syarhus Sunnah Al-Baghawi, 12/363)

Yakni: Bahawa perkataan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sentiasa membuahkan penjelasan (yang dikehendaki).”

وأما كثرة القول وتشقيق الكلام فإنه مذموم. وكانت خطب النبي صلى الله عليه وسلم قصداً. وكان يحدث حديثاً لو عده العاد لأحصاه، وقال أن من البيان سحراً

“Dan adapun banyak berkomentar dan berlebihan dalam bicara adalah suatu hal yang tercela. Kita dapati khutbah-khutbah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah ringkas dan fokus pada tujuan. Seandainya ada orang yang hendak menghitung sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam suatu hadis, nescaya dia akan mampu menghitungnya.

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إنَّ منَ البيان سحراً

“Sesungguhnya  sebahagian dari penjelasan adalah sihir (yang dapat mempengaruhi orang).” (lihat: Sunan At-Tirmidzi, no. 2028).”

وإنما قاله في ذم ذلك لا مدحاً له كما ظن ذلك من ظنه ومن تأمل سياق ألفاظ الحديث قطع بذلك وفي الترمذي وغيره عن عبد الله بن عمرو مرفوعاً

“Sesungguhnya perkataan Rasululah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam tersebut merupakan bentuk celaan bukannya pujian sebagaimana yang disangka oleh sebahagian ulama, siapa yang meneliti konteks lafaz hadis ini, nescaya dia akan mendapatkan bahawa hadis ini adalah untuk mencela bukan untuk memuji.

Dan di Sunan At-Tirmidzi dan selainnya diriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Amru secara marfu’:

أن اللَه ليبغض البليغ من الرجال الذي يتخلل بلسانه كما تتخلل البقرة بلسانها

“Sesungguhnya Allah membenci orang yang petah berbicara, yakni pandai bersilat lidah sebagaimana lembu bermain dengan lidahnya.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2853).”

وفي المعنى أحاديث كثيرة مرفوعة وموقوفة على عمر وسعد وابن مسعود وعائشة وغيرهم من الصحابة فيجب أن يعتقد أنه ليس كل من كثر بسطة للقول وكلامه في العلم كان أعلم ممن ليس كذلك.

“Secara makna, hadis-hadis seumpama ini banyak sekali sama ada yang marfu’ mahupun yang mauquf kepada ‘Umar, Sa’id, Ibnu Mas’oud, ‘Aisyah dan selainnya dari kalangan sahabat radhiyallahu ‘anhum.

Maka wajib diyakini bahawa tidaklah setiap orang yang luas perkataan dan perbicaraannya dalam suatu (perbahasan) ilmu itu dikatakan lebih mengetahui (yakni berilmu) dari orang-orang yang kurang perkataan dan perbicaraannya.”

وقد ابتلينا بجهلة من الناس يعتقدون في بعض من توسع في القول من المتأخرين انه أعلم ممن تقدم.

“Benar-benar kita sekarang sedang diuji dengan kejahilan manusia di mana mereka meyakini bahawa sebahagian ahli ilmu muta’akhirin (terkemudian) yang meluas dalam perbicaraanya (atau perkataannya) adalah orang yang lebih berilmu (mengetahui) berbanding para ulama terdahulu.”

فمنهم من يظن في شخص أنه أعلم من كل من تقدم من الصحابة ومن بعدهم لكثرة بيانه ومقاله.

“Sebahagian dari mereka menyangka bahawa seseorang yang banyak penjelasan dan tulisannya adalah lebih berilmu berbanding setiap orang terdahulu dari kalangan sahabat dan orang-orang setelahnya.”tambah ilmu dengan taqwa

ومنهم من يقول هو أعلم من الفقهاء المشهورين المتبوعين. وهذا يلزم منه ما قبله لأن هؤلاء الفقهاء المشهورين المتبوعين أكثر قولا ممن كان قبلهم فإذا كان من بعدهم أعلم منهم لاتساع قوله كان أعلم ممن كان أقل منهم قولا بطريق الأولى كالثوري والأوزاعي والليث. وابن المبارك وطبقتهم وممن قبلهم من التابعين والصحابة أيضاً. فإن هؤلاء كلهم أقل كلاماً ممن جاء بعدهم وهذا تنقص عظيم بالسلف الصالح وإساءة ظن بهم ونسبته لهم إلى الجهل وقصور العلم ولا حول ولا قوة إلا باللَه ولقد صدق ابن مسعود في قوله في الصحابة أنهم أبر الأمة قلوباً وأعمقها علوماً. وأقلها تكلفاً. وروي نحوه عن ابن عمر أيضاً. وفي هذا إشارة إلى أن من بعدهم أقل علوماً وأكثر تكلفاً.

“Dan sebahagian mereka turut beranggapan bahawa dia lebih a’lam (mengetahui) berbanding para fuqaha’ yang masyhur dan diikuti. Jika demikian penilaiannya, maka  akan difahami bahawa para fuqaha yang masyhur lagi menjadi ikutan tersebut adalah lebih berilmu kerana lebih banyak perkataannya berbanding orang-orang sebelum mereka (yakni lebih berilmu dari para sahabat dan tabi’in).

Jika orang-orang terkemudian dikatakan lebih mengetahui kerana banyaknya perkataan-perkataan mereka (yang tersebar), ini bermakna dia lebih ‘alim berbanding para ulama yang lebih sedikit ucapannya di generasi awal seperti Ats-Tsauri, Al-Auza’i, Al-Laits, Ibnul Mubarak, dan orang-orang yang lebih awal lagi dari mereka dari kalangan tabi’in dan para sahabat? Kerana mereka ini semua sedikit ucapannya (yang tersebar) berbanding orang-orang yang datang setelah mereka.

Dan ini adalah bentuk perendahan (yakni penghinaan) yang dahsyat terhadap salafush-sholeh (orang-orang soleh terdahulu), bentuk salah sangka terhadap mereka, dan merupakan penyandaran kejahilan dan kekurangan ilmu atas mereka. Laa hawla walaa quwwata illaa billaah

Sungguh benar Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu pada perkataannya tentang para sahabat, bahawa mereka (para sahabat) adalah umat yang agung, baik hatinya, mendalam ilmunya serta yang paling sedikit takallufnya.

Turut diriwayatkan dari Ibn ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma hal yang sama juga. Dan ini menunjukkan bahawa orang-orang setelah mereka lebih sedikit ilmunya dan lebih banyak takallufnya berbanding generasi sebelumnya (dari kalangan sahabat dan tabi’in – pent.).”

وقال ابن مسعوداً أيضاً إنكم في زمان كثير علماؤه قليل خطباؤه وسيأتي بعدكم زمان قليل علماؤه كثير خطباؤه فمن كثر علمه وقل قوله فهو الممدوح ومن كان بالعكس فهو مذموم.

“Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu juga turut berkata, “Sesungguhnya kalian (para sahabat) berada di zaman yang ramai ulamanya dan sedikit tukang cakapnya. Dan akan datang nanti setelah kalian suatu zaman yang sedikit ulamanya tetapi banyak tukang cakapnya. Siapa yang banyak ilmunya dan sedikit cakapnya, dia adalah terpuji. Tetapi siapa yang berlawanan dengan itu (sedikit ilmunya tapi banyak cakapnya) maka dia orang yang mazmum (tercela).”

وقد شهد النبي صلى الله عليه وسلم لأهل اليمن بالإيمان والفقه. وأهل اليمن أقل الناس كلاماً وتوسعاً في العلوم لكن علمهم علم نافع في قلوبهم ويعبرون بألسنتهم عن القدر المحتاج إليه من ذلك. وهذا هو الفقه والعلم النافع.

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersaksi untuk ahlul Yamin (golongan kanan) dengan keimanan dan kefaqihan mereka, dan ahlul yamin adalah manusia yang paling sedikit ucapannya dan paling luas ilmunya, akan tetapi ilmu mereka adalah ilmu yang bermanfaat (yang ada) pada hati-hati mereka, mereka menjelaskan ilmu-ilmu tersebut dengan lisan-lisan mereka sebatas kadar yang diperlukan (yakni tidak berlebih-lebihan dalam berbicara – pent.). Inilah yang disebut faqih (mendalam kefahamannya terhadap ilmu) dan tanda ilmu yang bermanfaat.”

Beliau (Ibn Rajab) rahimahullah berkata lagi di lembaran berikutnya:

كما قال ابن عباس لقوم سمعهم يتمارون في الدين أما علمتم إن للَّه عباداً أسكتهم خشية اللَّه من غير عي ولا بكم. وأنهم لهم العلماء والفصحاء والطلقاء والنبلاء العلماء بأيام اللَه غير أنهم إذا تذكروا عظمة اللَه طاشت عقولهم وانكسرت قلوبهم وانقطعت ألسنتهم حتى إذا استفاقوا من ذلك يسارعون إلى اللَه بالأعمال الزاكية يعدون أنفسهم من المفرطين وأنهم لأكياس أقوياء ومع الظالمين والخاطئين وأنهم لأبرار برآء إلا أنهم لا يستكثرون له الكثير ولا يرضون له بالقليل ولا يدلون عليه بالأعمال هم حيث ما لقيتهم مهتمون مشفقون وجلون خائفون خرجه أبو نعيم وغيره

“Dikatakan oleh Ibnu Abbas radhiyallahu ‘ anhuma kepada suatu kaum ketika beliau mendengar orang-orang memperdebatkan permasalah agama, “Tidakkah kalian tahu bahawa Allah ‘Azza wa Jalla memiliki hamba yang pendiam kerana takut kepada Allah ‘Azza wa Jalla bukan kerana lemah (tidak pandai bicara) dan bisu, akan tetapi mereka adalah para ulama yang fasih, mudah berbicara dan para pakar yang mengetahui syari’at-syari’at Allah ‘Azza wa Jalla. Akan tetapi jika mengingati keagungan Allah ‘Azza wa Jalla terasa lemahlah fikiran mereka, pecah hati-hati mereka sehingga terbungkamlah lisan-lisan mereka. Tatkala sedar akan semua itu, segera mereka menuju Allah ‘Azza wa Jalla dengan melakukan amalan yang baik dan menganggap diri mereka termasuk orang yang lalai dan terlewat, padahal mereka adalah orang-orang yang pandai dan benar-benar menjalankan syari’at Allah ‘Azza wa Jalla. Mereka mengaku termasuk orang yang zalim dan salah, padahal mereka orang yang baik dan terlepas dari kerunsingan, akan tetapi mereka tidak menganggap mempunyai banyak amalan di hadapan Allah ‘Azza wa Jalla. Kalian jumpai mereka sentiasa prihatin terhadap orang lain, sayang sesama manusia dan takut kepada Allah ‘Azza wa Jalla.

Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim rahimahullah dan selainnya.”

وخرج الإمام أحمد والترمذي من حديث أبي إمامة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال الحياء والعيُّ شعبتان من الإيمان والبذاء والبيان شعبتان من النفاق وحسنه الترمذي. وخرجه الحاكم وصححه

“Al-Imam Ahmad bin Hanbal dan At-Tirmidzi telah mengeluarkan hadis dari Abi Umamah radhiyallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Rasa malu dan diam adalah termasuk dua cabang dari keimanan manakala ucapan yang kotor dan keji lagi pandai bersilat lidah adalah dua cabang dari nifaq.”

Hadis ini dihasankan oleh At-Tirmidzi dan turut dikeluarkan oleh Al-Hakim dan beliau mensahihkannya.”

وخرج ابن حبان في صحيحه عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم البيان من الله والعي من الشيطان وليس البيان بكثرة الكلام ولكن البيان الفصل في الحق وليس العي قلة الكلام ولكن من سفه الحق.

“Ibnu Hibban meriwayatkan dalam Shahih-nya, dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, beliau bersabda:

Bayan itu dari Allah manakala Al-‘Ayyu itu dari syaithan. Dan bukanlah bayan itu dengan banyaknya bicara, akan tetapi bayan adalah penjelasan yang haq, dan bukanlah Al-‘Ayyu itu sedikit bicara tetapi Al-‘Ayyu adalah bodoh terhadap al-haq (kebenaran).”

وفي مراسيل محمد بن كعب القرظي عن النبي صلى الله عليه وسلم قال ثلاث ينقص بهن العبد في الدنيا ويزداد بهن في الآخرة ما هو أعظم من ذلك. الرحم والحياء وعي اللسان

“Di Marasiil Muhammad bin Ka’ab (bin Salam bin Asad Abu Hamzah) Al-Qardzi dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda:

“Tiga perkara yang membuatkan seorang hamba berkurang di dunia dan bertambah di akhirat; adalah ar-rahim (menjaga hubungan keluarga), rasa malu, dan banyak berdiam diri (menjaga lisannya).”

قال عون بن عبد اللَه ثلاث من الإيمان الحياء والعفاف والعي عي اللسان لا عي القلب ولا عي العمل وهن مما يزددن في الآخرة وينقصن في الدنيا وما يزددن في الآخرة أكبر مما ينقصن من الدنيا وروي هذا مرفوعا من وجه ضعيف.

“Berkata ‘Aun bin ‘Abdullah rahimahullah, “Tiga perkara termasuk iman; rasa malu, pemaaf dan sedikit bercakap, bukan sedikit (dalam mengetahui perkara agama) bukan pula sedikit amalan. Dan inilah yang dapat menambah di akhirat dan mengurangi di dunia, sedangkan bertambahnya sesuatu di akhirat lebih besar (keutamaannya) berbanding berkurang sesuatu di dunia.” Dan riwayat ini adalah marfu’ tetapi dari jalan yang dha’if (lemah).”

وقال بعض السلف إن كان الرجل ليجلس إلى القوم فيرون أن به عيا وما به من عي إنه لفقيه مسلم

“Berkata sebahagian salaf (ulama generasi awal), “Jika didapati seseorang duduk di majlis, lalu manusia menilainya tidak pandai bicara sedangkan keadaannya tidaklah demikian, sungguh orang tersebut termasuk muslim yang faqih.”ilmu

فمن عرف قدر السلف عرف أن سكوتهم عما سكتوا عنه من ضروب الكلام وكثرة الجدال والخصام والزيادة في البيان على مقدار الحاجة لم يكن عياً ولا جهلا ولا قصوراً وإنما كان ورعا وخشية للَّه واشتغالا عما لا ينفع بما ينفع. وسواء في ذلك كلامهم في أصول الدين وفروعه. وفي تفسير القرآن والحديث. وفي الزهد والرقائق. والحكم والمواعظ وغير ذلك مما تكلموا فيه

“Maka bagi yang mengenal qadar (keupayaan) para ulama salaf dan mengetahui tatkala mereka (memilih untuk) diam berbanding melontarkan bicara, memperbanyak jidal (debat), pertengkaran, dan berlebihan ketika menjelaskan sesuatu melebihi qadar (batas) hujah yang diperlukan, bukanlah bermakna mereka tidak pandai berbicara, bukan bermakna mereka jahil, dan bukan pula kerana mereka tidak punya hujah. Tetapi kerana sikap hati-hati mereka, kerana takutnya mereka kepada Allah, dan kerana kesibukan mereka dari apa-apa yang tidak bermanfaat kepada sesuatu yang bermanfaat. Sama ada dalam perkara ushul agama (prinsip-prinsip agama) atau pun pada furu’nya (yakni cabang-cabangnya), pada tafsir Al-Qur’an, hadis, zuhud, raqa’iq (akhlak dan penyucian jiwa), hukum-hakam, peringatan-peringatan dan selainnya.”

فمن سلك سبيلهم فقد اهتدى ومن سلك غير سبيلهم ودخل في كثرة السؤال والبحث والجدال والقيل والقال. فإن اعترف لهم بالفضل. وعلى نفسه بالنقص كان حاله قريباً.

“Sesiapa yang menempuh jalan mereka (yakni ulama salaf), maka dia akan mendapat petunjuk, dan siapa yang menempuh selain dari jalan mereka, maka dia akan terjerumus pada banyak pertanyaan, perbahasan (yang tidak sepatutnya atau tidak ada sudahnya), terjebak ke dalam jidal (perdebatan) dan “al-qiil wal-qaal” (sibuk memetik perkataan fulan sana dan fulan sini).

Jika dia mengakui bahawa para ulama salaf lebih utama dari dirinya, dan dirinya sentiasa merasa kurang berbanding mereka, maka dia pasti akan cenderung untuk mengikuti dan mencontohinya.”

وقد قال إياس بن معاوية ما من أحد لا يعرف عيب نفسه إلا وهو أحمق قيل له فما عيبك قال كثرة الكلام وإن ادعى لنفسه الفضل ولمن سبقه النقص والجهل فقد ضل ضلالا مبيناً وخسر خسراناً عظيما

“Berkata ‘Iyyaas bin Mu’awiyah rahimahullah, “Tidaklah seseorang yang tidak mengetahui ‘aib pada dirinya melainkan dia adalah orang yang dungu (bodoh).” Ditanyakan kepada beliau rahimahullah, “Apa yang engkau maksudkan dengan ‘aib tersebut?” Beliau menjawab, “Banyak bercakap.”

Maka, jika dia mengaku lebih utama berbanding para ulama salaf, serta menisbatkan kekurangan dan kebodohan pada mereka, sungguh dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata dan rugi dengan kerugian yang sangat besar.”

Dipetik dari Fadhlu Ilmis Salaf ‘ala ‘ilmil Kholaf karya Al-Hafiz Ibnu Rajab rahimahullah.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest