Tahdzir-tahdziran; Jangan Jadikan Dakwahmu Hanya Dengan Meng-Hajr Orang…

Asy-Syaikh Dr. Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali hafidzahullaah
www.ilmusunnah.com

سؤال : أتباع المبتدع .. هل يلحقون به فى الهجر؟

Depan_rumah_mak_28Asy-Syaikh Dr. Rabi’ bin Hadi ditanya:

“Orang-orang yang mengikuti ahli bid’ah itu…, adakah mereka turut di-hajr (diboikot dan dipulaukan) sebagaimana tokohnya (ahli bid’ah)?”

فأجاب الشيخ حفظه الله ورعاه: المخدوع منهم يُعلم ياأخوة، لاتستعجلوا، علموهم وبينوا لهم، فإن كثيراً منهم يريد الخير حتى الصوفية، والله لو هناك نشاط سلفى، لرأيتهم يدخلون فى السلفية زراقات ووحداناً .فلا يكن القاعدة عندكم بس هجر.. هجر.. هجر.. هجر.. الأساس الهجر! الأساس هداية الناس، ادخال الناس فى الخير ، قضية الهجر قد تفهم غلطاً، إذا هجرت الناس كلهم من يدخلون فى السنة؟

Maka Jawab Asy-Syaikh hafidzahullaah:

“Orang-orang dari kalangan mereka yang mengikuti mereka kerana terpedaya hendaklah diajarkan kepada mereka ilmu wahai ikhwah, jangan terburu-buru. Ajari mereka dan beri penjelasan kepada mereka. Kerana ramai dari mereka ini yang menginginkan kebaikan walau kelompok sufi sekalipun. Demi Allah jika ada usaha yang gigih dari kalangan salafi untuk berdakwah, nescaya kalian akan melihat dari kalangan mereka yang turut serta ke dalam kelompok as-salafiyyah (pengikut salaf) sama ada secara berkumpulan mahupun secara individu. Maka dengan itu, janganlah kalian menjadikan kaedah dakwah kalian dengan hanya hajr, hajr, hajr, hajr,… (yakni hanya untuk tahdzir-tahdziran dan pulau-memulau – pent.).

Sehingga asas dakwah kalian pun menjadi hanya dengan meng-hajr (pulau-memulau). Sedangkan yang sepatutnya adalah dengan membawa mereka kepada hidayah (petunjuk). Bawa dan tunjukkan mereka kepada al-khayr (kebaikan). Permasalahan al-hajr ini sering difahami secara salah, jika setiap orang itu hanya di-hajr (dipulaukan), lalu siapa yang akan masuk ke dalam As-Sunnah (yakni yang akan diajak mengikuti sunnah)?”

الهجر هذا ياأخوتاه، كان فى أيام الإمام أحمد،الدنيا مليئة بالسلفية، وإذا قال الإمام أحمد فلان مبتدع سقط، أما الآن عندك السلفية كالشعرة البيضاء فى الثور الأسود، الأساس عندكم هداية الناس، وإنقاذهم من الباطل، تلطفوا الناس وادعوهم وقربوهم يكثر إن شاء الله سواد السلفيين وتكسبوا كثيراً من الناس، أما أنت ( منتفخ ) وهكذا، وكل الناس ضالون، ولاتنصح ولاشىء، ولابيان، غلط .. هذا معناه سد أبواب الخير فى وجوه الناس، فلا تكن عندكم بس زجر .. زجر

Al-hajr (pemboikotan terhadap ahli bid’ah) ini wahai ikhwah, dahulu di zaman Al-Imam Ahmad, dunia dipenuhi dengan para salafi. Apabila Al-Imam Ahmad berkata fulan mubtadi’, maka telah cukup (bagi menjatuhkan kedudukan ahli bid’ah). Adapun pada masa ini di sisi engkau, pengikut salaf itu adalah seperti rambut putih di tubuh kerbau yang hitam.tahdzir_1

Maka, jadikanlah asas kalian itu dengan menyampaikan hidayah kepada manusia dan menyelamatkan mereka dari kebathilan. Berlemah-lembutlah kepada manusia, dakwahi mereka dan dekatkan mereka agar bertambah bilangan para pengikut salaf itu, insyaa-Allah (dengan kehendak Allah) kalian akan dimenangkan berbanding manusia lainnya.

Adapun jika kalian (menyombong dan mendabik dada) dan seperti ini, dengan menganggap semua orang sebagai sesat, tanpa nasihat dan tanpa suatu apapun, tanpa penjelasan dan penerangan, maka ini adalah kekeliruan… ini maknanya engkau telah menutup pintu kebaikan di hadapan manusia. Maka jangan jadikan kaedah di sisi kalian hanya untuk menghukum… menghukum.”

الهجر، إذا قال اهجروا، ممكن واحد مبتدع يرجع، يضطر يرجع، يشوف الدنيا كلها قدامه سلفيين فيضطر للرجوع .. اما الآن يلتفت كدا مايرى سلفيين، راح مع الناس .. فتنبهوا لهذه الأشياء.

Al-Hajr (memulaukan atau memboikot) itu, apabila dikatakan boikot dia! Masih tetap ada kebarangkalian untuk seorang mubtadi’ ruju’ (kembali kepada kebenaran), maka dia pun ruju’. Dia melihat dunia di hadapannya seluruhnya adalah salafiyyin sehingga dia pun ruju’… Adapun pada masa sekarang tatkala dia menoleh ke sana dan ke sini, dia tidak melihat salafiyyin, lalu dia pun pergi bersama masyarakat (orang ramai)… maka perhatikanlah permasalahan ini.”

تكون القاعدة عندكم الأساس هى هداية الناس، وإدخالهم فى السنة، وإنقاذهم من الضلال، هذه هى القاعدة عندكم، واصبروا واحملوا وكذا وكذا، بعدين آخر الدواء الكى .. أما تكون من أول مرة! هذا غلط بارك الله فيكم.

“Kalian jadikanlah asas kaedah kalian dengan menyampaikan hidayah kepada manusia, bawalah mereka masuk ke dalam As-Sunnah, dan selamatkan mereka dari kesesatan. Inilah kaedah yang sepatutnya ada pada sisi kalian. Sabar dan bawalah beban dakwah itu demikian dan demikian, setelah semua itu barulah ubat yang terakhir itu dengan al-kay (al-hajr). Adapun engkau menjadikan dari awal lagi dengan kay! Ini salah, baarakallaahu fiikum (semoga Allah memberkahi kalian).”

فليكن القاعدة عندكم هو انتشال الناس، والله كثير من الناس فيهم الخير، يريدون الخير، ايروحون للمساجد ايش يبغون؟ يريدون الجنة يا إخوة، يريدون الخير .. لكن الأساليب، خلوا أساليبكم حكيمة، والله الأساليب الحكيمة الرحيمة الذى يشعر أنك مااأنت متعال عليه، إذا شعر إنك متعال عليه مايدخل معك، مايريد منك الحق، لكن تواضع له، ألن جانبك، ترفق به‘ ادعوه بالحكمة، وإن شاء الله كثير من الناس يدخلون.

“Maka jadikanlah kaedah (prinsip asas) di sisi kalian itu dengan membimbing manusia, demi Allah, banyak dari kalangan manusia itu yang punya kebaikan, mereka menginginkan kebaikan. Tatkala kita melihat mereka ke masjid-masjid, apa yang mereka cari? Mereka menginginkan Syurga wahai ikhwah, mereka mencari kebaikan.. Maka perbaikilah uslub kalian, jadikanlah uslub kalian uslub dakwah yang hikmah (penuh kebijaksanaan). Demi Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Penyayang, jangan lebihkan diri kalian berbanding diri mereka, kerana jika kalian berbuat demikian, dia tidak akan turut serta bersamamu, dia tidak akan mengharapkan al-haq dari engkau, tetapi bersikap tawadhu’lah, berlemah-lembutlah dengannya, dakwahilah mereka dengan hikmah (kebijaksanaan), dan insyaa-Allah (jika Allah menghendaki), ramailah orang yang akan menyertai.”

كانت الهند كلها خرافيين قبوريين، وجاء أهل الحديث بالعلم والحكمة، كسبوا الملايين بحكمتهم وعلمهم، ثلاثة.. اربعة من كبار تلاميذ الشيخ: نذير حسن، قلبوا الهند رأساً على عقب، بحكمتهم وعلمهم، واحد منهم ابتلاه الله! جاء مبتدع وضربه بالمِعْوَل، حتى خلص مات فى نظره، وجاءوا وأخذوا هذا المجرم وأودعوه السجن، أول ما فاق هذا الرجل من غشيته، قال: هذا الذى ضربنى .. فين راح؟ قالوا: أودعوه فى السجن.. قال: أبداً ما يُسجن، خلص أنا عفيت عنه.. قالوا: خلص سجنوه.. أبوا يفكوه.. كان ينفق على أولاد المجرم.. لما خرج من السجن دخل فى السلفية، من كبار المجرمين!

“Kebiasaaanya di suatu masa dahulu, setiap orang di India itu adalah orang-orang yang menyimpang, quburiyyun (pemuja kubur), lalu datanglah ahl al-hadits dengan ilmu dan hikmah (kebijaksanaan), dan mereka telah memenangi hati lebih dari satu juta orang dengan kebijaksanaan dan keilmuan mereka, dengan tiga… (atau) empat orang dari murid utama Asy-Syaikh Nadziir Hasan, mereka telah membalikkan India 180 darjah dengan kebijaksaan dan ilmu mereka. Lalu salah seorang di antara mereka telah diberi ujian oleh Allah! Datang seorang mubtadi’ (ahli bid’ah) lalu memukulnya dengan kapak, sampailah dia kelihatan telah meninggal dunia (kerana tidak sedarkan diri), dan orang ramai pun datang seraya menangkap si ahli bid’ah yang memukul ini, lalu ahli bid’ah ini pun dipenjarakan…

tahdzir_3Ketika dia telah sedarkan diri, dia bertanya kepada orang-orang: “Di mana orang yang telah memukul saya, ke mana dia pergi?” Jawab mereka: “Dia telah kami penjarakan.” Lalu dia berkata: “Jangan, jangan penjara dia, cukup saya telah memaafkannya.”.. Tapi mereka tetap memenjarakannya. Lalu beliau pun pergilah kepada anak-anak orang yang terpenjara ini dan menafkahinya. Maka ketika si ahli bid’ah itu telah keluar dari penjara, dia pun turut serta bersama-sama pengikut salaf, sedangkan sebelumnya dia adalah termasuk dalam kalangan para kibar (tokoh utama) penjenayah (ahli bid’ah)!”

كان واحد اسمه ( أبو المحجوب ) فى السودان، أول من نشر السلفية فى السودان، كان يضل يضربونه، ويسحبونه برجله، ويرموه خارج المسجد، أول ما يفيق يضحك، لايحقد على أحد، ولا ينتقم، ولا شىء، يضحك ويبتسم، ودخل ناس كثير من مشائخه فى الدعوة السلفية!

“Pernah dahulu ada seorang yang namanya Abu Al-Mahjuub di Sudaan, beliau adalah salah seorang yang telah membantu (penyebaran dakwah) as-salafiyyah di Sudan. Pernah sebelumnya dia disesatkan lalu dia dipukul dan diseret kakinya, dan dia dilempar keluar dari masjid. Pada awal dia bangkit, dia hanya tertawa, tidak ada kebencian di hatinya kepada seorang pun, dan dia tidak berdendam, dan tidak membalas apapun melainkan hanya tertawa dan tersenyum. Maka masuklah ramai orang dari para masyaikh (yakni guru-guru) mereka kepada dakwah as-salafiyyah.”

الشاهد أنا ما أبغى توصلون إلى هذا المستوى، لكن أبغى عندكم شىء يا إخوة من الحكمة والحلم والصبر والقصد الطيب، وأن القصد هداية الناس بارك الله فيكم، والله بالأخلاق الحكيمة، والحلم يقبلون الناس على دعوتكم .. وإذا كان ماعندكم إلا الجفاء والشدة ((ولوكنت فظاً غليظ القلب لانفضوا من حولك )) .. هذا رسول الله عليه الصلاة والسلام، قال له الله هكذا!

“Jujurnya, aku tidaklah sampai mengharapkan kalian mencapai tahap tersebut, tetapi wahai ikhwah, aku berharap di sisi kalian itu punya hikmah (kebijaksaan), kelemah-lembutan, kesabaran, dan niat yang baik, yakni menyematkan tujuan untuk menunjuki masyarakat, baarakallaahufiikum (semoga Allah memberkahi kalian). Demi Allah dengan akhlak yang penuh hikmah (kebijaksanaan), dan dengan sikap lemah-lembut, (yakni jika Allah berkehendak), masyarakat pasti akan menerima dakwah kalian… Dan jika tidak ada di sisi kalian melainkan sikap dingin (kasar) dan kekerasan.. (Allah Ta’ala berfirman):

“Seandainya kalian bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauh dari sekelilingmu.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 159)

Inilah Rasulullah ‘alaihi Sholaatu was Salaam, Allah telah berfirman kepadanya demikian.”

ياإخوة بارك الله فيكم ، بعض إخواننا عندهم هذه الشدة الزائدة، التى تخرج من السلفية ماتدخل، تخرج تطارد من السلفية ماتدخل أحد، هذا موجود الآن..

“Wahai ikhwah, baarakallaahufiikum (semoga Allah memberkahi kalian), sebahagian saudara-saudara kita telah ada pada sisi mereka sikap keras, yang mana mereka hanya mengeluarkan orang-orang  dari as-salafiyyah bukan memasukkan, mereka mengusir orang-orang dari lingkungan salafiyyah dan tidak memasukkan seorang pun… inilah yang sedang berlaku sekarang.”

فهؤلاء المطاردين.. عليهم أن يتوبوا لله عز وجل، وأن يحسنوا أخلاقهم، وأن يكونوا هداةً إلى الله عز وجل .. بارك الله فيكم عليكم بهذه الأساليب، لاتكن القاعدة عندكم هجر… هجر… هجر… هجر وبس، الهجر مشروع لكن إذا نفع..

“Maka bagi mereka yang telah membuat orang lari, hendaklah mereka bertaubat kepada Allah ‘Azza wa Jalla, dan memperbaiki akhlak mereka, dan hendaklah mereka menjadi orang yang menunjukkan jalan menuju Allah ‘Azza wa Jalla.. baarakallaahufiikum (semoga Allah memberkahi kalian) yang hendaklah kalian tetap dengan uslub ini, jangan kalian jadikan kaedah (prinsip) di sisi kalian hanya hajrhajrhajrhajrAl-hajr itu masyru’ (disyari’atkan) jika padanya ada manfaat…”tahdzir_2

أنت فى عهد احمد أهجر، لكن فيعهد من أنت؟ بارك الله فيكم، فلابد من الحلم والصبر.. بارك الله فيكم، وتقريب الناس إلى الخير وإدخالهم فيه!!!

“Jika kalian melakukan hajr ini di zaman Imam Ahmad (maka itu wajar), namun di zaman siapa kalian sekarang? Baarakallaahufiikum (Semoga Allah memberkahi kalian), maka sungguh kelemah-lembutan dan kesabaran penting… Baarakallaahufiikum (Semoga Allah memberkahi kalian), dan dekatkanlah orang-orang kepada al-khayrr (kebaikan) dan masukkanlah mereka ke dalamnya..

من شريط سجل فى رمضان سنة 1423 للهجرة مع فضيلة الشيخ: ربيع المدخلى

Dari rakaman kaset pada bulan Ramadhan tahun 1423H bersama fadhilatusy Syaikh: Rabi’ Al-Madkhali.

Sumber: http://www.sahab.net/forums/index.php?showtopic=133998

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest