Tanda-Tanda Ahli Bid’ah dan Sebahagian dari Kelompok Mereka

Syaikh Muhammad bin Sholeh Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1421H)tanda ahli bid-ah
www.ilmusunnah.com

Asy-Syaikh Muhammah bin Sholeh Al-‘Utsaimin rahimahullah berkata:

لأهل البدع علامات منها:

“Ahli Bid’ah memiliki tanda-tanda (atau ciri-ciri), di antaranya:

أنهم يتصفون بغير الإسلام، والسنة بما يحدثونه من البدع القولية، والفعلية، والعقيدية.

1, Mereka menonjolkan suatu sifat (atau ciri) yang bukan dari Islam dan As-Sunnah, melainkan dengan apa-apa yang mereka reka berupa bid’ah-bid’ah al-qauliyyah (perkataan), al-fi’liyyah (perbuatan), dan al-‘aqidiyyah (keyakinan dan kepercayaan).

أنهم يتعصبون لآرائهم، فلا يرجعون إلى الحق وإن تبين لهم.

2, Mereka ta’ashub (fanatik) pada pendapat-pendapat mereka, maka atas sebab itulah mereka enggan kembali kepada al-haq (kebenaran), walaupun kebenaran tersebut telah jelas bagi mereka.

أنهم يكرهون أئمة الإسلام والدين.

3, Mereka membenci aimmatul Islam (para ulama Islam).

ومن طوائفهم:

Dan di antara kelompok-kelompok mereka adalah:

الرافضية: وهم الذين يغلون في آل البيت ويكفرون من عداهم من الصحابة، أو يفسقونهم، وهم فرق شتى فمنهم الغلاة الذين ادعوا أن عليا إله ومنهم دون ذلك.

1, Ar-Raafidhah: Mereka adalah orang-orang yang ghuluw (berlebih-lebihan) terhadap ahli keluarga Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan mereka mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi yang mereka anggap sebagai musuh, atau mereka memfasiqkan mereka (para sahabat). Mereka (yakni Ar-Rafidhah) terpecah menjadi beberapa pecahan kelompok, di antara mereka ada yang ekstrim (ghuluw) iaitu mereka yang mendakwa ‘Ali adalah ilah (tuhan) dan ada lagi dari mereka selain yang demikian.

وأول ما ظهرت بدعتهم في خلافة علي بن أبي طالب حين قال له عبد الله بن سبأ: أنت الإله فأمر علي – رضي الله عنه – بإحراقهم وهرب زعيمهم عبد الله بن سبأ إلى المدائن.

Dan Ar-Rafidhah adalah bid’ah yang paling awal sekali muncul, iaitu di era kekhilafahan ‘Ali bin Abi Thalib ketika ‘Abdullah bin Saba’ berkata kepadanya:

“Engkaulah ilah (tuhan).”

Maka ‘Ali radhiyallahu ‘anhu memerintahkan agar membakar para pengikutnya, manakala pemimpin mereka yakni ‘Abdullah bin Saba’ melarikan diri ke kota yang lain.

ومذهبهم في الصفات مختلف: فمنهم المشبه، ومنهم المعطل، ومنهم المعتدل.

Mazhab (kepercayaan) mereka pada sifat-sifat (Allah) ada beraneka bentuk: di antara mereka ada yang musyabbih (menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya), ada yang mu’aththil (meniadakan atau menolak sifat-sifat Allah), dan ada yang mu’tadil (pertengahan).

وسموا رافضة لأنهم رفضوا زيد بن علي بن الحسين بن علي بن أبي طالب حين سألوه عن أبي بكر وعمر رضي الله عنهما فترحم عليهما فرفضوه وأبعدوا عنه.

Mereka dinamakan Ar-Rafidhah kerana mereka meninggalkan Zaid bin ‘Ali bin Husain bin ‘Ali bin Abi Thalib ketika mereka bertanya kepadanya tentang (kedudukan) Abu Bakr dan ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma. Lalu beliau (Zaid) malah mendoakan untuk mereka berdua (Abu Bakr dan ‘Umar) agar beroleh rahmat Allah. Maka atas sebab itu, mereka pun meninggalkannya dan menjauhkan diri darinya.

وسموا أنفسهم شيعة لأنهم يزعمون أنهم يتشيعون لآل البيت وينتصرون لهم ويطالبون بحقهم في الإمامة.

Mereka menamakan diri mereka “syi’ah”, kerana mereka mendakwa bahawa mereka membela Ahlul Bayt (keluarga Nabi), menolong mereka, dan menuntut untuk mendapatkan hak-hak mereka dalam urusan imamah (kepimpinan/kekhalifahan).bahaya memberi contoh yang buruk

الجهمية: نسبة إلى الجهم بن صفوان الذي قتله سالم أو سلم بن أحوز سنة 121هـ.

2, Al-Jahmiyyah: Nisbat kepada Jahm bin Shafwan yang telah dibunuh oleh Salim atau Salam bin Ahwaz pada tahun 121H.

مذهبهم في الصفات التعطيل، والنفي، وفي القدر القول بالجبر، وفي الإيمان القول بالإرجاء وهو أن الإيمان مجرد الإقرار بالقلب وليس القول والعمل من الإيمان ففاعل الكبيرة عندهم مؤمن كامل الإيمان فهم معطلة، جبرية، مرجئة وهم فرق كثيرة.

Mazhab (fahaman) mereka pada sifat-sifat Allah adalah atta’thil dan meniadakannya (atau menafikan). Dalam masalah qadar (yakni soal taqdir), mereka berfahaman al-jabr (yakni manusia tidak memiliki pilihan dalam kehendak dan perbuatan, melainkan hanya mengikuti ketentuan dan kehendak Allah). Dalam masalah iman mereka berfahaman irja’, yakni iman di sisi mereka cukup sekadar pengakuan hati, manakala amalan pada perkataan dan perbuatan tidak termasuk dalam cakupan makna iman. Maka menurut mereka, pelaku dosa besar adalah Mukmin yang sempurna imannya (yakni asalkan mereka mengakui pada hati). Jadi, kelompok Jahmiyyah ini adalah mu’aththilah, Jabriyyah, dan Murji’ah dalam masa yang sama. Mereka terpecah kepada banyak kelompok (jenis).

الخوارج: وهم الذين خرجوا لقتال علي بن أبي طالب بسبب التحكيم.

3, Al-Khawarij: Mereka adalah orang-orang yang keluar memerangi ‘Ali bin Abi Thalib dengan sebab permasalahan tahkim.

مذهبهم التبرؤ من عثمان، وعلي، والخروج على الإمام إذا خالف السنة وتكفير فاعل الكبيرة، وتخليده في النار، وهم فرق عديدة.

Mazhab (pegangan) mereka adalah tidak mengakui kepimpinan ‘Utsman dan ‘Ali, mereka keluar dari ketaatan terhadap imam (pemerintah) apabila mereka melihat pemerintah menyelisihi sunnah, mereka mengkafirkan para pelaku dosa besar dan menganggap pelakunya kekal di dalam Neraka. Mereka terpecah kepada sejumlah kelompok.

القدرية: وهم الذين يقولون بنفي القدر عن أفعال العبد، وأن للعبد إرادة وقدرة مستقلتين عن إرادة الله وقدرته، وأول من أظهر القول به معبد الجهني في أواخر عصر الصحابة تلقاه عن رجل مجوسي في البصرة.

4, Al-Qadariyah: Mereka adalah orang-orang yang menafikan qadar (yakni menolak taqdir) dari perbuatan-perbuatan manusia. Menurut mereka, manusia memiliki iradah (kehendak) dan kemampuan tersendiri di luar dari kehendak dan qudrah Allah. Orang yang pertama kali memunculkan pemikiran sesat ini adalah Ma’bad Al-Juhani pada fasa-fasa akhir zaman sahabat. Beliau mengambil pemikiran ini dari seorang majusi di Bashrah.

وهم فرقتان غلاة، وغير غلاة، فالغلاة ينكرون علم الله، وإرادته، وقدرته، وخلقه لأفعال العبد وهؤلاء انقرضوا أو كادوا. وغير الغلاة يؤمنون بأن الله عالم بأفعال العباد، لكن ينكرون وقوعها بإرادة الله، وقدرته، وخلقه، وهو الذي استقر عليه مذهبهم.

Al-Qadariyah terdiri dari dua jenis firqah (kelompok); yakni yang ghulat (terlalu ekstrim) yang mana mereka mengingkari ilmu Allah, mengingkari iradah (kehendak) Allah, mengingkari qudrah (kemampuan) Allah, mengingkari penciptaan Allah pada af’al (perbuatan) manusia, dan mereka (yakni pemikiran mereka) telah pupus atau hampir pupus. Manakala kelompok Qadariyah selain dari yang tadi, mereka masih mengimani Allah itu maha mengetahui pada perbuatan para hamba-Nya, tetapi mereka mengingkari perbuatan-perbuatan para hamba tersebut terjadi dengan sebab kehendak Allah, qudrah-Nya dan penciptaan-Nya. Dan inilah yang menjadi asas (atau karektor penting) pada mazhab mereka.

المرجئة: وهم الذين يقولون بإرجاء العمل عن الإيمان أي تأخيره عنه فليس العمل عندهم من الإيمان، والإيمان مجرد الإقرار بالقلب، فالفاسق عندهم مؤمن كامل الإيمان، وإن فعل ما فعل من المعاصي أو ترك ما ترك من الطاعات، وإذا حكمنا بكفر من ترك بعض شرائع الدين فذلك لعدم الإقرار بقلبه لا لترك هذا العمل، وهذا مذهب الجهمية وهو مع مذهب الخوارج على طرفي نقيض.

5, Al-Murjiah: Mereka adalah kelompok yang mengeluarkan amal perbuatan dari cakupan makna iman, yakni mereka mengakhirkan amal di sisi mereka dari keimanan. Hakikat iman menurut mereka cukup hanya sekadar iqrar (atau pengakuan) dengan hati (yakni tidak melibatkan amalan pada lisan mahupun fizikal/perbuatan). Maka orang yang fasiq di sisi mereka tetap dianggap sebagai orang yang sempurna keimanannya, walaupun orang tersebut melakukan kemaksiatan atau meninggalkan ketaatan.

Mereka tidak menghukum kafir sesiapa dengan sebab meninggalkan suatu amalan, tetapi kekafiran seseorang menurut mereka adalah kerana tiadanya iqrar (pengakuan) dengan hati, bukan semata-mata kerana dia meninggalkan amal tersebut. Inilah mazhab Al-Jahmiyah dan ianya bersama mazhab Al-Khawarij berada pada masing-masing kutub atau titik ekstrim yang saling berlawanan antara satu sama lain.

المعتزلة: أتباع واصل بن عطاء الذي اعتزل مجلس الحسن البصري، وقرر أن الفاسق في منزلة بين منزلتين لا مؤمن ولا كافر، وهو مخلد في النار، وتابعه في ذلك عمرو بن عبيد.

6, Al-Mu’tazilah: Mereka asalnya dari kalangan pengikut Waashil bin ‘Athaa’ yang memisahkan diri dari majlis ilmu Al-Hasan Al-Bashri. Mereka menetapkan (pendirian) bahawa orang yang fasiq berada pada suatu manzilah (kedudukan) di antara dua posisi, iaitu pada posisi bukan Mukmin dan tidak pula kafir, dan orang fasiq menurut mereka kekal di dalam Neraka. Dan pendapat Waashil bin ‘Athaa’ ini diikuti oleh ‘Amru bin ‘Ubaid.Orang beriman dan kafir tidak akan bersatu

ومذهبهم في الصفات التعطيل كالجهمية، وفي القدر قدرية ينكرون تعلق قضاء الله وقدره بأفعال العبد، وفي فاعل الكبيرة أنه مخلد في النار وخارج من الإيمان في منزلة بين منزلتين الإيمان والكفر، وهم عكس الجهمية في هذين الأصلين.

Mazhab (pegangan) mereka pada bab sifat-sifat Allah adalah at-ta’thil sebagaimana mazhab Al-Jahmiyah. Dalam masalah qadar, mereka adalah Qadariyah, yakni mengingkari keterikatan (atau keterlibatan) qadha’ Allah dan taqdir-Nya terhadap perbuatan para hamba. Dan dalam hal pelaku dosa besar, mereka berpegang bahawa para pelaku dosa besar adalah kekal di dalam Neraka; mereka (pelaku dosa besar) adalah terkeluar dari iman, berada di suatu manzilah (kedudukan) di antara dua manzilah, iaitu antara iman dan kufur. Mereka berlawanan dengan mazhab Al-Jahmiyah dalam dua ushul (perkara prinsip) ini.

الكرامية: أتباع محمد بن كرام المتوفى سنة 255هـ يميلون إلى التشبيه، والقول بالإرجاء وهم طوائف متعددة.

7, Al-Karamiyah: Mereka adalah para pengikut Muhammad bin Karaam yang meninggal pada tahun 255H. Mereka cenderung pada fahaman tasybih (menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk) dan turut berpegang kepada fahaman irja’ (yakni mengeluarkan atau mengasingkan amal dari cakupan iman). Mereka terbahagi menjadi sejumlah kelompok.

السالمة: أتباع رجل يقال له: ابن سالم يقولون بالتشبيه.

8, As-Saalimah: Mereka adalah para pengikut seorang tokoh yang disebut sebagai Ibnu Saalim; yang mana mereka ini dikatakan berfahaman tasybih (dalam bab sifat-sifat Allah).”

Sumber: Diambil dari Majmu’ Fatawa wa Rasa‘il Asy-Syaikh Muhammad bin Sholeh Al-‘Utsaimin; himpunan dan susunan oleh Fahd bin Naashir bin Ibrahim As-Sulaiman, 5/90-93 – Daar Al-Wathan, 1413H.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest