Tawassul Yang Syar’i dan Tawassul Yang Bid’ah

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz rahimahullah
Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan
www.ilmusunnah.com

pertolongan Allah itu dekatSyaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz rahimahullah berkata:

التوسل بجاه فلان أو ببركة فلان أو بحق فلان بدعة وليست من الشرك، فإذا قال: اللهم إني أسألك بجاه أنبيائك أو بجاه وليك فلان أو بعبدك فلان أو بحق فلان أو بركة فلان فذلك لا يجوز وهو من البدع ومن وسائل الشرك؛ لأنه لم يرد عن النبي صلى الله عليه وسلم ولا عن الصحابة فيكون بدعة، والله سبحانه وتعالى يقول

“Bertawassul dengan kemuliaan seseorang, atau keberkatan seseorang, atau dengan haq seseorang, itu adalah bid’ah, tidak sampai syirik. Jika pelakunya mengatakan, “Ya Allah, aku memohon kepada Engkau dengan kemuliaan nabi-nabi-Mu…” atau “… Kemuliaan wali-Mu…” atau “… Hamba-Mu Fulan…” atau “dengan haq Fulan…” atau “… keberkatan Fulan…” maka perkara ini tidak dibenarkan, dan ianya termasuk bid’ah serta merupakan sarana menuju syirik. Ini kerana ia tidak ada sandarannya dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan tidak pula dari para sahabat, maka ianya adalah perbuatan bid’ah, dan Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman:

وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا

“Hanya milik Allah Al-Asma’ Al-Husna, maka mohonlah kepada-Nya dengan menyebut Al-Asma’ Al-Husna tersebut.” (Surah Al-A’raf, 7: 180)

ولم يقل ببركة فلان أو جاه فلان، وقد صح عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه قا: من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد

Allah tidak menyebutkan “dengan keberkahan Fulan” atau “kemuliaan Fulan,” dan telah sahih dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa beliau bersabda:

“Sesiapa yang melakukan suatu amal yang tidak Kami perintahkan, maka amalan tersebut tertolak.” (Shahih Muslim, no. 1718 (18))

فالتوسل يكون بأسماء الله وبصفاته وبتوحيده كما جاء في الحديث الصحيح: اللهم إني أسألك بأني أشهد أنك أنت الله لا إله إلا أنت الأحد الصمد الذي لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوا أحد

Jadi, tawassul (yang dibenarkan) itu adalah dengan Asma’ Allah dan sifat-sifat-Nya dan dengan mentauhidkan-Nya, sebagaimana disebutkan dalam hadis sahih:

“Ya Allah, aku memohon kepada Engkau, bahawa aku mengakui (atau mempersaksikan) bahawa Engkau adalah Allah, yang tidak ada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan hanya Engkau, Al-Ahad (satu-satunya), tempat bergantungnya segala sesuatu, Yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada satu pun yang setara dengan-Nya.” ( Sunan Abi Dawud, no. 1493. Sunan At-Timidzi, no. 3475. Sunan An-Nasa’i, 3/52. Sunan Ibnu Majah, no. 3857. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

ويكون أيضا بالأعمال الصالحة، كسؤال أهل الغار لما انطبقت عليهم الصخرة ولم يستطيعوا الخروج، سألوا ربهم، أحدهم: سأل ببر الوالدين، والثاني: سأل بعفته عن الزنا، والثالث: سأل بأدائه الأمانة، ففرج الله عنهم،

Turut dibolehkan bertawassul dengan amal-amal yang soleh, sebagaimana doa para penghuni gua, iaitu di saat mereka berada di dalam gua lalu sebuah batu besar menggelongsor turun lalu menutup pintu gua tersebut sehingga mereka pun tidak dapat keluar. Lalu mereka pun memohon kepada Allah. Salah seorang dari mereka memohon dengan menyebutkan baktinya ke atas kedua orang tuanya. Manakala orang yang kedua, dia memohon dengan menyebutkan pemeliharaan dirinya dari perbuatan zina, dan orang yang ketiga, dia memohon dengan menyebutkan sikap amanahnya. Lalu Allah pun membukakan jalan untuk mereka. (lihat: Shahih Al-Bukhari, no. 2743)

فدل ذلك على أن التوسل بالأعمال الصالحة كأن يقول: اللهم إني أسألك بصحبتي لنبيك صلى الله عليه وسلم، أو باتباعي شرعك، أو بعفتي عما حرمت علي، أو نحو ذلك، توسل شرعي وصحيح

Hal ini menunjukkan bahawa tawassul dengan amal soleh seperti (antaranya) dengan mengucapkan, “Ya Allah, benar-benar aku memohon kepada Engkau, dengan kecintaanku kepada Nabi-Mu Shallallahu ‘alaihi wa Sallam…” atau “… dengan pelaksanaanku pada syari’at-Mu…” atau “… dengan pemeliharaanku dari apa-apa yang Engkau haramkan atasku..” atau yang seumpamanya, maka ini adalah bentuk tawassul yang syar’i dan benar.” (Majmu’ Fatawa wa Maqalat Mutanawwi’ah oleh Ibn Baaz, 4/331; Himpunan Syaikh Muhammad bin Sa’id Asy-Syuwa’ir)

Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan mengatakan:

من آمن بأن الله هو الخالق الرازق، ولكنَّه يجعل بينه وبين الله وسائط في العبادة؛ فقد ابتدع في دين الله ما لم يأذن به الله؛ لأن الله سبحانه أمر بعبادته بدون اتِّخاذ وسائط.

“Siapa yang beriman kepada Allah bahawa Allah-lah Sang Pencipta dan Allah-lah Pemberi rezeki, tetapi dia menjadikan perantara antara dirinya dengan Allah dalam beribadah, bererti dia telah berbuat bid’ah dalam agama Allah yang tidak diizinkan Allah, kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memerintahkan untuk beribadah semata-mata hanya kepada-Nya tanpa mengambil (atau menyertakan) perantara (atau orang tengah).

ثم إن كان هذا يتقرَّب إلى الوسائط بشيء من العبادة كالذبح للأولياء والصَّالحين والنذَّر لهم وطلب قضاء الحوائج من الموتى، ويستغيث بهم؛ فهذا شرك أكبر يخرج من الملة.

Kemudian, apabila orang tersebut mendekatkan diri kepada perantara tersebut dengan sesuatu yang merupakan ibadah, misalnya dengan mempersembahkan sembelihan untuk para wali dan orang-orang soleh serta bernadzar untuk mereka, dan memohon suatu keperluan (atau hajat) dari orang-orang yang telah meninggal dunia serta memohon pertolongan kepada mereka, maka ini merupakan perbuatan syirik akbar (syirik besar) yang mengeluarkan pelakunya dari agama (Islam).

وإن كان يتوسَّل بالوسائط لحقهم أو جاههم دون أن يصرف لهم شيئًا من العبادة؛ فهذا يعتبر بدعة محرَّمة ووسيلة من وسائل الشرك.

Jika bertawassul melalui perantara melalui hak atau kemuliaan mereka tanpa disertai dengan ibadah sedikit pun, maka perbuatan ini termasuk perbuatan bid’ah yang haram dan merupakan salah satu sarana kesyirikan.

وعلى كل حال؛ لا يجوز اتخاذ الوسائط بين الله وبين العبد في العبادة والدُّعاء؛ لأن الله أمر بعبادته ودعائه؛ دون اتخاذ وسائط، والنبي صلى الله عليه وسلم يقول: من عمل عملاً ليس عليه أمرنا؛ فهو ردٌّ

Yang jelas, tidak boleh menjadikan perantara antara Allah dengan hamba dalam beribadah dan berdoa, kerana Allah telah memerintahkan untuk beribadah dan berdoa kepada-Nya tanpa menyertakan perantara. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Siapa yang melakukan suatu amal yang tidak kami perintahkan, maka amalan tersebut tertolak.” (Shahih Muslim,no. 1718 (18))

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ مَا لاَ يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَؤُلاءِ شُفَعَاؤُنَا عِندَ اللَّهِ قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللَّهَ بِمَا لاَ يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلاَ فِي الأَرْضِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ

“Dan mereka beribadah kepada selain Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudharatan kepada mereka dan tidak pula kemanfaatan, dan mereka berkata, “Mereka itu adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah.” Katakanlah, “Adakah kamu mengkhabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya di langit dan tidak (pula) di bumi.” Maha Suci dan Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka sekutukan (syirikkan).”(Surah Yunus, 12: 18)

فسمَّاهم باتِّخاذ الوسائط مشركين، ويقول تعالى:

Allah menyebut mereka sebagai orang-orang musyrik dengan sebab mereka menjadikan perantara (dalam ibadah mereka). Allah Subhanahu wa Ta’ala turut berfirman:

وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ

“Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata), “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya.” Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka perselisihkan padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar (kafir).” (Surah Az-Zumar, 39: 3)

فسماهم باتخاذ الوسائط كفارًا وكاذبين. والله أعلم

Allah menyebut mereka sebagai orang-orang kafir dan pendusta disebabkan mereka menjadikan perantara antara Allah dengannya. Wallahu a’lam.” (Al-Muntaqa min Fatawa Syaikh Soleh bin Fauzan Al-Fauzan, 2/54)

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz juga pernah ditanya:

س: نحن مجموعة من المغتربين في الخارج ويصلي بنا صلاة التراويح أحيانا أحد الإخوة، وعند دعاء القنوت يذكر بعض الألفاظ والجمل مثل: إننا نتوسل بصاحب الوسيلة والشفاعة سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم. فما حكم هذا العمل جزاكم الله خيرا.

“Pertanyaan: Kami adalah jama’ah imigran (warga asing) di luar negeri. Adakalanya salah seorang dari kami memimpin solat tarawih bersama kami. Ketika doa qunut, dia mengucapkan beberapa lafaz dan kalimat yang di antaranya:

“Kami bertawassul dengan pemilik wasilah dan syafa’at, iaitu sayyidina Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.”

Bagaimana hukum perbuatan ini? Jazakumullahu khairan.”

ج: لا يجوز التوسل بذات النبي صلى الله عليه وسلم ولا غيره من الأنبياء والصالحين، ولا يجوز أيضا التوسل بجاهه ولا بغيره لأن ذلك بدعة لم ينقل عنه صلى الله عليه وسلم ولا عن أصحابه رضي الله عنهم. وقد قال عليه الصلاة والسلام: « من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد » متفق على صحته.

“Jawaban: Tidak boleh bertawassul dengan dzat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, atau nabi-nabi lainnya ataupun orang-orang soleh, dan turut tidak dibenarkan bertawassul dengan jah (kemuliaan) beliau mahupun yang lainnya, kerana perbuatan ini adalah bid’ah, tidak pernah dinukil dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mahupun para sahabat radhiyallahu ‘anhum, sementara Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:

“Siapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kami ini yang bukan (bahagian) darinya, maka ianya tertolak.” (Shahih Al-Bukhari, no. 2697. Muslim, no. 1718)

وقال عليه الصلاة والسلام: « من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد » أخرجه مسلم في صحيحه، وإنما المشروع للمسلمين التوسل بمحبته صلى الله عليه وسلم والإيمان به واتباع شريعته في حياته وبعد وفاته صلى الله عليه وسلم لقول الله عز وجل:

Dalam hadis yang lainnya, beliau ‘alaihi sholatu was salaam bersabda:

“Siapa yang melakukan suatu amal yang tidak kami perintahkan, maka ianya tertolak.” (Shahih Muslim, no. 1718 (18))

Adapun yang disyari’atkan, hendaklah kaum Muslimin bertawassul dengan kecintaannya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, keimanannya kepadanya dan mengikuti syari’atnya (yakni termasuk tawassul dengan amal soleh – pent.) sama ada semasa hidup beliau atau setelah beliau tiada, hal ini berdasarkan Firman Allah ‘Azza wa Jalla:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ

“Katakanlah, “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.”.” (Surah Ali Imran, 3: 31)

وقوله جل وعلا.

Dan Allah Jalla wa ‘Ala berfirman:

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ } { الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ } إلى قوله سبحانه : { رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا } الآية

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri mahupun duduk atau dalam keadaan dia berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Rabb kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa Neraka. Ya Rabb kami, sesungguhnya siapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka, maka benar-benar telah Engkau hinakan dia, dan tidaklah ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun. Ya Rabb kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (iaitu), “Berimanlah kamu kepada Rabbmu,” maka kami pun beriman.” (Surah Ali Imran, 3:190-193)

ولما ثبت في الصحيحين عن النبي صلى الله عليه وسلم في قصة أصحاب الغار الثلاثة الذين توسل أحدهم إلى الله ببر والديه، والثاني بالعفة عن الزنا بعد القدرة عليه، والثالث بأداء الأمانة. فأجاب الله دعاءهم، وفرج كربتهم، وهكذا التوسل بدعائه صلى الله عليه وسلم في حياته ويوم القيامة وذلك بأن يطلب منه المسلم أن يدعو له كما ثبت في الحديث الصحيح عن عمر رضي الله عنه أنه قال على المنبر يوم الاستسقاء:

Juga berdasarkan hadis yang tsabit dalam Ash-Shahihain dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, tentang kisah tiga orang penghuni gua yang bertawassul, yang mana salah seorang mereka bertawassul dengan baktinya (yakni amal-amal solehnya) kepada kedua orang tuanya, yang kedua dengan pemeliharaan dirinya dari perbuatan zina, dan yang ketiga dengan perlaksanaan amanat, lalu Allah pun memperkenankan doa mereka, iaitu dengan memberikan jalan keluar bagi mereka.

Boleh juga bertawassul dengan doa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam semasa hidup beliau dan ketika Hari Kiamat kelak, iaitu seorang Muslim datang dan meminta kepada Nabi (ketika hayatnya) agar mendoakannya sebagaimana disebutkan dalan hadis sahih, dari ‘Umar radhiyallahu ‘anhu, bahawa ‘Umar berkata di atas mimbar ketika memohon hujan:

اللهم إنا كنا نتوسل إليك بنبينا فتسقينا وإنا نتوسل إليك بعم نبينا فاسقنا فيسقون

“Ya Allah, dulu kami bertawassul kepada-Mu melalui (doa) Nabi kami lalu Engkau mengurniakan kami hujan. Kini kami bertawassul kepada-Mu melalui (doa) pak cik Nabi kami, maka kurniakanlah hujan kepada kami.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1010)

Setelah itu mereka pun dituruni hujan.

وهذا توسل من الصحابة بدعاء النبي لهم في حياته، فلما توفي عليه الصلاة والسلام تركوا ذلك لعلمهم بأنه لا يجوز واستسقوا بدعاء العباس لأنه حي حاضر يدعو لهم ويؤمنون على دعائه .

Inilah bentuk tawassul para sahabat, iaitu dengan doa Nabi bagi mereka semasa hidup beliau, namun setelah beliau wafat, mereka tidak lagi melakukannya kerana mereka tahu bahawa itu hal tersebut tidak dibenarkan, lalu mereka memohon hujan dengan doa Al-‘Abbaas radhiyallahu ‘anhu (yakni pak cik Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam), kerana Al-‘Abbas pada ketika itu masih hidup dan berada bersama mereka, lalu Al-‘Abbas pun berdoa dan doanya diaminkan oleh mereka.

وهكذا يوم القيامة يفزع المؤمنون إلى آدم ثم إلى نوح ثم إلى إبراهيم ثم إلى موسى ثم إلى عيسى، فكلهم يعتذرون، فيقول لهم عيسى عليه الصلاة والسلام: اذهبوا إلى محمد عبد قد غفر الله ما تقدم من ذنبه وما تأخر فيأتونه عليه الصلاة والسلام فيسألونه أن يشفع لهم إلى الله حتى يريحهم من كرب الموقف، فيتقدم عليه الصلاة والسلام إلى ربه، ويسجد بين يديه، فيقول الله سبحانه له: « ارفع رأسك وقل يسمع لك وسل تعط واشفع تشفع » فيرفع رأسه ويشفع عليه الصلاة والسلام والأحاديث في هذا المعنى ثابتة ومتواترة وهكذا يشرع التوسل بأسماء الله تعالى وصفاته، لقول الله عز وجل:

Demikian pula pada Hari Kiamat, pada ketika itu manusia berbondong-bondong mendatangi Adam, kemudian Nuh, kemudian Ibrahim, kemudian Musa, kemudian ‘Isa, semuanya menolak, lalu Isa ‘alaihish sholatu was salaam berkata kepada mereka:

“Pergilah kepada Muhammad sang hamba yang Allah telah mengampuni dosa-dosanya sama ada yang terdahulu mahupun yang kemudian.”

Lalu manusia pun mendatangi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan memintanya agar memintakan syafa’at bagi mereka kepada Allah agar dibebaskan dari kesulitan pada ketika itu, kemudian Nabi pun menghadap kepada Rabbnya, bersujud di hadapan-Nya. Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala berkata kepadanya:

“Angkatlah kepalamu! Ucapkanlah nescaya engkau didengar, mintalah nescaya engkau diberi, mohonlah syafa’at nescaya engkau diberikan untuk memberi syafa’at.”(Shahih Al-Bukhari, no. 7440. Muslim, no. 193)

Lalu beliau mengangkat kepalanya dan memberi syafa’at. Masih banyak lagi hadis-hadis lain yang semakna dengan ini yang tsabit dan mutawatir.

Selain dari itu, turut isyari’atkan juga tawassul dengan nama-nama Allah Subhanahu wa Ta’ala dan sifat-sifat-Nya, sebagaimana firman Allah ‘Azza wa Jalla:

وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا

“Hanya milik Allah Al-Asma’ Al-Husna, maka mohonlah kepada-Nya dengan menyebut Al-Asma’ Al-Husna tersebut.” (Surah Al-A’raf, 7: 180)

والله ولي التوفيق.

Hanya Allah-lah yang memberi taufiq.” (Majmu’ Fatawa wa Maqalat Mutanawwi’ah oleh Ibn Baaz, 9/333; Himpunan Syaikh Muhammad bin Sa’id Asy-Syuwa’ir)

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest