Tidak Memulakan Solat Jama’ah Selagi Saf Belum Benar

www.ilmusunnah.com

saf_5

Kata Al-Baraa’ bin ‘Aazib radhiyallahu ‘anhu:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَخَلَّلُ الصَّفَّ مِنْ نَاحِيَةٍ إِلَى نَاحِيَةٍ يَمْسَحُ صُدُورَنَا وَمَنَاكِبَنَا وَيَقُولُ: «لَا تَخْتَلِفُوا فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ» وَكَانَ يَقُولُ: «إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الصُّفُوفِ الْأُوَلِ

“Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau masuk memeriksa ke dalam saf-saf dari satu bahagian ke bahagian yang lainnya. Beliau biasa memegang dada dan bahu kami (untuk meluruskan kami) sambil bersabda:

“Janganlah kamu berselisih yang mengakibatkan hati-hati kamu juga saling berselisih.” Beliau juga bersabda:

“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat untuk orang-orang yang solat di saf pertama.” (Sunan Abi Dawud, no. 664. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Al-Imam At-Timidzi rahimahullah (Wafat: 279H) berkata:

وَرُوِيَ عَنْ عُمَرَ: أَنَّهُ كَانَ يُوَكِّلُ رِجَالًا بِإِقَامَةِ الصُّفُوفِ، وَلَا يُكَبِّرُ حَتَّى يُخْبَرَ أَنَّ الصُّفُوفَ قَدِ اسْتَوَتْ. وَرُوِيَ عَنْ عَلِيٍّ، وَعُثْمَانَ، أَنَّهُمَا كَانَا يَتَعَاهَدَانِ ذَلِكَ، وَيَقُولَانِ: «اسْتَوُوا»، وَكَانَ عَلِيٌّ يَقُولُ: تَقَدَّمْ يَا فُلَانُ، تَأَخَّرْ يَا فُلَانُ

“Diriwayatkan daripada ‘Umar bahawa beliau mewakilkan beberapa orang lelaki untuk merapikan saf-saf solat, dan beliau tidak akan memulakan takbir sehinggalah telah benar-benar diberitahu bahawa saf-saf solat telah lurus rapi. Diriwayatkan juga daripada ‘Ali dan ‘Utsman, bahawa mereka berdua sentiasa menekankan perkara tersebut. Mereka berdua mengatakan:

“Istawuu (rapikanlah saf).” ‘Ali pula sering berkata:

“Ke depan sedikit ya Fulan, mundur sedikit ya Fulan. (dalam rangka memerintahkan supaya saf dirapikan)” (Sunan At-Tirmidzi, no. 227)

Al-Imam Al-Muzani rahimahullah (Wafat: 264H) berkata:

ولا يكبر إن كان إماما حتى تستوي الصفوف خلفه ويرفع يديه إذا كبر حذو منكبيه ويأخذ كوعه الأيسر بكفه اليمنى ويجعلها تحت صدره

“Dan apabila dia sebagai seorang imam, hendaklah dia tidak bertakbir (memulakan solat) sehinggalah saf-saf di belakangnya telah lurus, dan hendaklah dia mengangkat kedua tangannya setara (dan sejajar) bahunya apabila dia bertakbir (untuk memulakan solat), lalu dia memegang pergelangan tangan kirinya dengan tangan kanannya (yakni bersedekap) seraya menempatkannya di bawah dadanya.” (Mukhtashar Al-Muzani, 1/14)

Al-Imam Al-Muzani adalah tokoh besar dan pendahulu dalam mazhab fiqh Asy-Syafi’i rahimahullah, dan beliau adalah murib senior Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahumullah (Wafat: 204H).

Kata Al-Imam Ar-Rafi’i rahimahullah (Wafat: 623H) dan An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

ويستحب للامام ان لا يكبر حتى تستوى الصفوف ويأمرهم بذلك ملتفتا يمينا وشمالا وإذا فرغ المؤذن من الاقامة قام الناس واشتغلوا بتسوية الصفوف

“Dan disunnahkan bagi seorang imam untuk tidak memulakan takbir (solat) kecuali setelah saf-saf dirapikan sambil imam tersebut mengarahkan dengannya orang-orang yang di kanan dan di kiri. Apabila mu’adzin selesai dari iqamah, maka para jama’ah hendaklah bangun lalu merapikan saf-saf.” (Fath Al-‘Aziz bi Syarh Al-Wajiz, 4/380. Raudhat Ath-Thalibin, 1/369)

Asy-Syaikh Zakariya Al-Anshari rahimahullah (Wafat: 926H):

( وَيُسْتَحَبُّ قَبْلَ التَّكْبِيرِ ) لِلْإِحْرَامِ ( أَنْ يَأْمُرَهُمْ الْإِمَامُ بِتَسْوِيَةِ الصُّفُوفِ ) كَأَنْ يَقُولَ اسْتَوُوا رَحِمَكُمْ اللَّهُ ، أَوْ سَوُّوا صُفُوفَكُمْ لِخَبَرِ الصَّحِيحَيْنِ { اعْتَدِلُوا فِي صُفُوفِكُمْ وَتَرَاصُّوا فَإِنِّي أَرَاكُمْ مِنْ وَرَائِي } قَالَ أَنَسٌ رَاوِيهِ { فَلَقَدْ رَأَيْت أَحَدَنَا يُلْصِقُ مَنْكِبَهُ بِمَنْكِبِ صَاحِبِهِ وَقَدَمَهُ بِقَدَمِهِ } وَلِخَبَرِ مُسْلِمٍ { كَانَ يُسَوِّي صُفُوفَنَا كَأَنَّمَا يُسَوِّي بِهَا الْقِدَاحَ } ( وَ ) أَنْ ( يَلْتَفِتَ ) لِذَلِكَ ( يَمِينًا وَشِمَالًا )؛ لِأَنَّهُ أَبْلَغُ فِي الْإِعْلَامِ ( وَأَنْ يَقُومُوا بَعْدَ فَرَاغِ ) الْمُقِيمِ مِنْ ( الْإِقَامَةِ ) فَيَشْتَغِلُوا بِتَسْوِيَةِ الصُّفُوفِ لِخَبَرِ مُسْلِمٍ { لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ، أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ }

“Dan disunnahkan bagi seorang imam sebelum memulakan takbir dengan takbiratul ihram agar dia memerintahkan (para makmum) dengan perintah merapikan saf-saf solat iaitu dengan mengatakan (seperti):

Istawuu rahimakumullah (rapikanlah saf agar kamu dirahmati Allah).” Atau “Sawwu shufufakum (Rapikanlah saf-saf solat kamu).” Ini sebagaimana yang dikhabarkan dalam dua kitab Shahih:

“Rapikanlah saf-saf kamu dan merapatlah, sesungguhnya aku melihat kamu dari balik punggungku.” Anas berkata, “Bahawasanya aku melihat setiap orang saling merapatkan bahunya dengan bahu sahabatnya yang di sebelah, dan kakinya dengan kaki saudaranya yang di sebelah.” Dan diriwayatkan oleh Muslim, “Beliau (Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) biasa merapikan saf-saf kami seolah-olah beliau sedang meluruskan anak panah.”

Dan sambil itu dia menoleh ke kanan dan ke kiri, kerana itu lebih menyampaikan pada kesempurnaan. Dan imam juga disunnahkan untuk menyibukkan diri saf-saf para makmum sebaik iqamah selesai dikumandangkan sebagaimana dikhabarkan dalam Shahih Muslim:

“Kamu hendaklah benar-benar merapikan saf-saf kamu atau Allah menjadikan perselisihan di antara wajah-wajah kamu.” (Syarh Raudhat Ath-Thalib, 3/324)

Kata Ibnu Hajar Al-Haitami rahimahullah (Wafat: 974H):

وَفِيهِ أَيْضًا يُسَنُّ بَعْدَ الْإِقَامَةِ لِكُلِّ أَحَدٍ، وَالْإِمَامُ آكَدُ الْأَمْرُ بِتَسْوِيَةِ الصُّفُوفِ بِنَحْوِ اسْتَوُوا رَحِمَكُمْ اللَّهُ وَأَنْ يَلْتَفِتَ بِذَلِكَ يَمِينًا، ثُمَّ شِمَالًا فَإِنْ كَبُرَ الْمَسْجِدُ أَمَرَ الْإِمَامُ مَنْ يَأْمُرُ بِالتَّسْوِيَةِ فَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ، أَوْ يُنَادِي فِيهِمْ وَيُسَنُّ لِكُلِّ مَنْ حَضَرَ أَنْ يَأْمُرَ بِذَلِكَ مَنْ رَأَى مِنْهُ خَلَلًا فِي تَسْوِيَةِ الصَّفِّ

“Padanya juga disunnahkan bagi setiap orang sebaik dikumandangkan iqamah dan juga imam agar memerintahkan dengan merapikan saf-saf dengan mengatakan “istawuu rahimakumullah (rapikanlah saf supaya Allah merahmati kamu.” Dan imam juga dianjurkan memeriksa bahagian kanannya kemudian kiri. Jika masjid tersebut besar (atau luas), maka imam boleh mewakilkan petugasnya untuk memerintahkan para makmum dengan perintah merapikan saf. Dan sesiapa sahaja dari kalangan makmum yang melihat ada kekosongan di saf, maka disunnahkan baginya untuk memerintahkan para makmum yang lainnya untuk sama-sama merapikan dan merapatkan saf.” (Tuhfat Al-Muhtaj bi Syarh Al-Minhaj, 5/119)

Lihat perbahasan lengkap pada artikel berjudul, Beginilah Seharusnya Merapatkan Saf Ketika Solat Berjama’ah.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest