Wajib Membenci Kekufuran

www.ilmusunnah.com

Di antara tanda kecintaan seorang hamba kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala (di samping dia mencintaiOrang beriman dan kafir tidak akan bersatu hal-hal yang Allah cintai), adalah dia wajib membenci hal-hal yang dibenci dan tidak diredhai oleh-Nya. Di antaranya adalah kekufuran, yang merupakan lawan kepada tauhid dan keimanan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَلَا يَرْضَى لِعِبَادِهِ الْكُفْرَ

“… Dan Allah tidak meredhai kekufuran hamba-hamba-Nya…” (Surah Az-Zumar, 39: 7)

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَمَنْ أَحَبَّ عَبْدًا لاَ يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، وَمَنْ يَكْرَهُ أَنْ يَعُودَ فِي الكُفْرِ، بَعْدَ إِذْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ، مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُلْقَى فِي النَّارِ

“Tiga perkara bila seseorang memilikinya maka dia akan merasakan manisnya iman, yakni:

(1) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai dari selain keduanya,

(2) Siapa yang mencintai saudaranya hanya kerana Allah ‘Azza wa Jalla,

(3) Siapa yang benci kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan dirinya darinya sebagaimana dia tidak suka jika dicampakkan ke dalam api.” (Shahih Al-Bukhari no. 21. Muslim no. 43)

Dari itu, adalah menjadi kewajiban baginya untuk membenci kekufuran sebagaimana dia benci dari dicampakkan ke dalam api.

Dan hal ini tidak akan mampu difahami dan diterapkan dengan betul melainkan setelah dia mempelajari Tauhid dan memurnikannya dari hal-hal yang menodainya berdasarkan sumber yang jernih dan murni.

Faedah dari Kitab Fath Al-Majid Syarh Kitab At-Tauhid.

Asy-Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Si’di rahimahullah ketika menyebutkan faedah-faedah dari Surah Yusuf di akhir tafsir beliau, beliau berkata:

أن يوسف عليه السلام اختار السجن على المعصية، فهكذا ينبغي للعبد إذا ابتلي بين أمرين – إما فعل معصية، وإما عقوبة دنيوية – أن يختار العقوبة الدنيوية على مواقعة الذنب الموجب للعقوبة الشديدة في الدنيا والآخرة، ولهذا من علامات الإيمان، أن يكره العبد أن يعود في الكفر، بعد أن أنقذه الله منه، كما يكره أن يلقى في النار.

“Bahawa Nabi Yusuf ‘alaihis Salaam lebih memilih untuk menghuni penjara berbanding melakukan maksiat. Dan demikianlah seharusnya bagi seorang hamba, ketika dia dihadapkan dengan dua pilihan ujian; antara melakukan maksiat atau hukum duniawi (secara paksa), maka hendaklah dia memilih hukum duniawi berbanding masuk ke lembah dosa yang akan mendatangkan hukuman yang berat (dari Allah) di dunia dan akhirat.

Kerana itulah, termasuk tanda keimanan seorang hamba, adalah dia benci kembali kepada kekufuran setelah dia diselamatkan oleh Allah darinya sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api.” (Tafsir As-Si’di, 407)

Wallaahu a’lam.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest