Zikir-zikir Setelah Solat Fardhu
Yang Dianjurkan Nabi

www.ilmusunnah.com

zikir lepas solat 1Adab Berzikir Selepas Solat

1, Dibaca secara individu (bukan secara berjama’ah atau koir).

2, Dibaca dengan merendahkan suara, yakni tidak dikuatkan atau dinyaringkan, apatah lagi sehingga menggunakan alat pembesar suara sebagaimana yang banyak berlaku dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Tetapi hendaklah cukup sekadar diri sendiri yang mendengar dan memahaminya atau menghayatinya.

3, Tidak disunnahkan berzikir selepas solat dengan suara yang kuat, diperdengarkan, serta jama’i (atau koir), melainkan jika bagi tujuan mengajar kepada mereka yang ingin mempelajari sampai difahami.

4, Zikir-zikir ini dilaksanakan sebaik selesai solat fardhu setelah salam.

Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah berkata di dalam kitabnya, Al-Umm:

وَأَخْتَارُ للامام وَالْمَأْمُومِ أَنْ يَذْكُرَا اللَّهَ بَعْدَ الِانْصِرَافِ من الصَّلَاةِ وَيُخْفِيَانِ الذِّكْرَ إلَّا أَنْ يَكُونَ إمَامًا يَجِبُ أَنْ يُتَعَلَّمَ منه فَيَجْهَرَ حتى يَرَى أَنَّهُ قد تُعُلِّمَ منه ثُمَّ يُسِرُّ فإن اللَّهَ عز وجل يقول {وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِك وَلَا تُخَافِتْ بها} يعنى وَاَللَّهُ تَعَالَى أَعْلَمُ الدُّعَاءَ وَلَا تَجْهَرْ تَرْفَعْ وَلَا تُخَافِتْ حتى لَا تُسْمِعَ نَفْسَك

“Aku berpendapat bahawa bagi imam dan makmum hendaklah mereka berzikir kepada Allah di setiap kali selesai dari solat, dan hendaklah mereka merendahkan suara zikirnya, melainkan bagi seorang imam yang bertujuan mengajari makmumnya tentang zikir tersebut, maka dia boleh mengeraskan suara bacaan zikirnya, sehingga apabila dia telah mengetahui bahawa para makmum telah tahu, maka hendaklah dia kembali merendahkan suara zikirnya, kerana Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

وَلا تَجْهَرْ بِصَلاتِكَ وَلا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلا

“Dan janganlah engkau mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya.” (Surah al-Israa’, 17: 110)

Maksud kata الصلاة (Ash-Sholah) wallahu Ta’ala a’lam adalah doa. لا تَجْهَرْ (Laa Tajhar): Janganlah engkau menjahrkan (mengangkat dan memperdengarkan) suaramu, وَلا تُخَافِتْ (wa laa tukhofit): Janganlah engkau rendahkan sehingga engkau sendiri tidak mendengarnya. (Al-Umm, 1/127)

Beberapa Bentuk Kesalahan Umum Ketika Berdzikir Setelah Solat

1, Berdzikir dengan suara yang lantang serta berlagu.

2, Berdzikir atau berdoa secara jama’i, koir, dan bertekongkan imam.

3, Berdzikir dengan dzikir-dzikir yang tidak ada landasan atau pedomannya dari dalil yang sahih, sama ada lafaznya, bilangannya, mahupun kaifiyatnya (tatacaranya). Seperti contohnya berdzikir dengan bacaan surah Al-Fatihah dan menambah lafaz tertentu pada istighfar.

4, Berdzikir dengan biji tasbih. Sebahagian ulama menganggap berdzikir dengan menggunakan bebijian tasbih adalah bid’ah dan mencontohi amalan kaum Yahudi, Nashara, dan Budha. Sebaliknya yang sahih dari Nabi, disunnahkan agar membilang bacaan-bacaan dzikir dengan jari tangan kanan. (lihat: Sunan Abi Dawud, no. 1501, 1502. At-Tirmidzi, no. 3486)

Zikir-zikir Setelah Solat Yang Dianjurkan Nabi

Zikir-zikir berikut boleh dipilih dan tidak terikat mesti dilakukan mengikut turutan (yang disusun oleh penulis) atau mesti diamalkan semuanya sekaligus di setiap kali selesai solat. Namun ianya diberikan keluasan dalam memilih dan mengamalkannya bersesuaian dengan anjuran dan teks atau lafaz yang terdapat di dalam sunnah/hadis.

Mungkin adakalanya boleh membaca istighfar sebagaimana dalam hadis yang akan disebutkan di bawah, atau mungkin boleh memilih untuk bertahlil, atau boleh untuk tasbih, tahmid, dan takbir, atau yang lainnya sebagaimana yang dianjurkan dalam hadis. Atau boleh pula memilih untuk membaca istighfar berserta Allahumma Antassalaam…, dan kemudian tahlil atau ayatul kursi. Ia dilakukan bersesuaian dengan kesungguhan, kemampuan, dan kemudahan dalam mengikuti sunnah. Wallaahu a’lam.

Pertama » Membaca Istighfar

Tsauban radhiyallahu ‘anhu menjelaskan cara Nabi beristighfar setelah solat fardhu:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلَاتِهِ اسْتَغْفَرَ ثَلَاثًا وَقَالَ: اللهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ، تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ قَالَ الْوَلِيدُ: فَقُلْتُ لِلْأَوْزَاعِيِّ: كَيْفَ الْاسْتِغْفَارُ؟ قَالَ: تَقُولُ: أَسْتَغْفِرُ اللهَ، أَسْتَغْفِرُ اللهَ

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila selesai bersolat, beliau beristighfar tiga kali, kemudian mengucapkan:

اللهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ، تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

“Ya Allah, Engkaulah As-Salaam, dan dari Engkau As-Salaam (keselamatan dan kesejahteraan), segala keberkatan adalah milik Engkau Ya Allah, yang memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.”

Dalam lafaz yang lain:

اللهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ، تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

“Ya Allah, Engkaulah As-Salaam, dan dari Engkau As-Salaam (keselamatan dan kesejahteraan), segala keberkatan adalah milik Engkau Ya Allah, wahai yang memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.”

Al-Waliid (salah seorang perawi, murid Al-Auzaa’i) bertanya kepada Al-Auzaa’i, “Bagaimana cara beristighfar yang dimaksudkan?” Al-Auzaa’i menjawab:

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ، أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ

(Dengan mengucapkan): Astaghfirullah, astaghfirullah… (yakni aku memohon ampun kepada Allah – pent)…”.” (Shahih Muslim, bab: Anjuran berdzikir setelah solat, no. 591)

Yakni mengucapkan astaghfirullah 3 kali. Kemudian diikuti Allaahumma Antassalaam

Dalam Musnad Ahmad, dari Tsauban radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنْصَرِفَ مِنْ صَلَاتِهِ . قَالَ: ” أَسْتَغْفِرُ اللهَ “، ثَلَاثًا، ثُمَّ يَقُولُ: ” اللهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ، وَمِنْكَ السَّلَامُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجِلَالِ وَالْإِكْرَامِ

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila beliau hendak beranjak pergi (atau mengubah posisinya setelah salam) dari solatnya, beliau mengucapkan:

أَسْتَغْفِرُ اللهَ

“Aku memohon ampun kepada Allah.” Sebanyak 3 kali, kemudian beliau mengucapkan:

اللهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ، وَمِنْكَ السَّلَامُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجِلَالِ وَالْإِكْرَامِ

“Ya Allah, Engkaulah As-Salaam, dan dari Engkau As-Salaam (keselamatan dan kesejahteraan), segala keberkatan adalah milik Engkau Ya Allah, yang memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.” (Musnad Ahmad, no. 22408. Isnadnya sahih menurut Syu’aib Al-Arnauth)

Diriwayatkan juga oleh Al-Imam At-Tirmidzi dalam Sunan-nya, no. 300 dan beliau berkata hadis hasan sahih.

Nota: Adalah disunnahkan bagi imam setelah selesai mengucapkan zikir ini (atau seukuran tempoh bacaan zikir tersebut) setelah salam agar dia berpaling dari arah kiblat seraya menghadap ke arah makmum, yakni tidak disukai bagi imam berlama-lama di tempatnya dengan menghadap kiblat. Tetapi sebaliknya hendaklah dia berpaling dari arah kiblat dengan menghadap kepada makmum setelah bacaan atau setelah seukuran tempoh bacaan tersebut. (lihat: Shahih Al-Bukhari, no. 845, 852. Shahih Muslim, no. 471, 592, 708.

Kedua » Kalimat Tahlil

Dari hadis Al-Mughirah bin Syu’bah radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau menulis surat kepada Mu’awiyah bin Abi Sufyan, beliau berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ مَكْتُوبَةٍ: لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ، وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الجَدِّ مِنْكَ الجَدُّ

“Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengucapkan pada setiap akhir solat maktubah (yakni solat fardhu):

لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ، وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الجَدِّ مِنْكَ الجَدُّ

“Tiada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Allah satu-satunya, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya puji-pujian. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, tidak ada penghalang bagi apa-apa yang Engkau beri dan tidak ada yang memberi apa-apa yang Engkau cegah. Tidak bermanfaat kemuliaan (atau kekayaan), dari Engkaulah kemuliaan (dan kekayaan).” (Musnad Ahmad, no. 18183. Shahih Al-Bukhari, no. 844. Muslim, no. 593. Sunan Abi Dawud, no. 1505. At-Tirmidzi, no. 299)

Dalam riwayat yang lain, juga dari hadis Al-Mughirah bin Syu’bah radhiyallahu ‘anhu, beliau menulis kepada Mu’awiyah:

إِنِّي سَمِعْتُهُ يَقُولُ عِنْدَ انْصِرَافِهِ مِنَ الصَّلاَةِ: لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ» ثَلاَثَ مَرَّاتٍ

“Sesungguhnya aku mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengucapkan ketika selesai saja dari solat (dengan ucapan):

لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Tiada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Allah satu-satunya, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya puji-pujian. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Sebanyak 3 kali.” (Shahih Al-Bukhari, no. 6473)

Adapun lafaz: “فِي دُبُرِ صَلاَةٍ”, para ulama berselisih pendapat dalam memahaminya. Di mana sebahagian mereka memahaminya sebagai akhir/penghujung solat, yakni setelah tasyahhud akhir namun sebelum salam. Sebahagian yang lain memahami ianya adalah sebaik selesai solat setelah salam.

Manakala sebahagian lain merincikannya, di mana jika lafaznya berbentuk doa, maka diamalkan sebaik selesai tasyahhud akhir sebelum salam, dan jika lafaznya semata-mata berbentuk zikir (seperti pujian, tahlil, atau tasbih) maka diamalkan sebaik selesai solat setelah salam.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ

“Maka apabila engkau telah selesai solat, maka berdzikirlah…” (Surah An-Nisaa’, 4: 103)

Sebahagian ulama berdalilkan ayat ini untuk menyatakan bahawa yang disunnahkan sebaik selesai solat adalah dzikir, bukannya mengkhususkan dengan doa-doa. Adapun doa-doa lebih utama dibaca sebelum salam sebagaimana banyak dikemukakan dalam hadis-hadis Nabi yang sahih. Wallaahu a’lam.

Ketiga » Kalimat Tahlil

Dari hadis Abi Az-Zubair, beliau berkata:

كَانَ ابْنُ الزُّبَيْرِ، يَقُولُ: فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ حِينَ يُسَلِّمُ «لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ، لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ، وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ» وَقَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُهَلِّلُ بِهِنَّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ

Bahawa Ibn Az-Zubair mengucapkan pada setiap akhir solat setelah salam:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ، لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ، وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

“Tiada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Allah satu-satunya, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan pujian. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan (dengan pertolongan) Allah. Tiada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Allah. Kami tidak beribadah kecuali kepada-Nya. Bagi-Nya yang memiliki nikmat, pemilik Al-Fadhl (keutamaan) dan bagi-Nya pujian yang baik. Tiada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Allah, dengan memurnikan agama (yakni ibadah) kepada-Nya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukai.”

Dan Ibn Az-Zubair berkata, “Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melafazkan kalimat-kalimat tahlil (yakni kalimat tauhid) ini di akhir setiap solat.” (Shahih Muslim, no. 594)

Keempat » Kalimat Tahlil

Dari hadis Abu Dzarr, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ قَالَ فِي دُبُرِ صَلاَةِ الفَجْرِ وَهُوَ ثَانٍ رِجْلَيْهِ قَبْلَ أَنْ يَتَكَلَّمَ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ عَشْرَ مَرَّاتٍ، كُتِبَتْ لَهُ عَشْرُ حَسَنَاتٍ، وَمُحِيَ عَنْهُ عَشْرُ سَيِّئَاتٍ، وَرُفِعَ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ، وَكَانَ يَوْمَهُ ذَلِكَ كُلَّهُ فِي حِرْزٍ مِنْ كُلِّ مَكْرُوهٍ، وَحُرِسَ مِنَ الشَّيْطَانِ

“Siapa yang mengucapkan di akhir (setelah solat) fajr (fardhu Subuh) dan dua kakinya masih pada posisi solat, serta sebelum berkata apa-apa, (zikir berikut):

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Tiada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Allah satu-satunya, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya puji-pujian, Yang menghidupkan dan mematikan, dan adalah Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Sebanyak sepuluh kali, maka akan ditulis baginya 10 kebaikan, dihapuskan darinya 10 keburukan, diangkat untuknya 10 darjat, sepanjang hari tersebut dia akan terhindar dari hal-hal yang berbahaya, dan dia dijaga dari gangguan syaitan.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 3474. Mawarid Adz-Dzom’an, no. 2341. Kata At-Tirmidzi hadis ini hasan sahih gharib)

Dinilai hasan oleh Salim bin ‘Ied Al-Hilali dan Amir ‘Ali Yasin dalam Tahqiq kitab Al-Adzkar karya Al-Imam An-Nawawi rahimahullah di bab:

باب الحث على ذكر الله تعالى بعد صلاة الصبح

“Bab Anjuran Berdzikir kepada Allah Ta’ala Setelah Solat Subuh.” Wallaahu a’lam.

Kelima » Tasbih, Tahmid, dan Takbir

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

أَنَّ فُقَرَاءَ الْمُهَاجِرِينَ أَتَوْا رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالُوا: ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ بِالدَّرَجَاتِ الْعُلَى، وَالنَّعِيمِ الْمُقِيمِ، فَقَالَ: «وَمَا ذَاكَ؟» قَالُوا: يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي، وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ، وَيَتَصَدَّقُونَ وَلَا نَتَصَدَّقُ، وَيُعْتِقُونَ وَلَا نُعْتِقُ، فَقَالَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَفَلَا أُعَلِّمُكُمْ شَيْئًا تُدْرِكُونَ بِهِ مَنْ سَبَقَكُمْ وَتَسْبِقُونَ بِهِ مَنْ بَعْدَكُمْ؟ وَلَا يَكُونُ أَحَدٌ أَفْضَلَ مِنْكُمْ إِلَّا مَنْ صَنَعَ مِثْلَ مَا صَنَعْتُمْ» قَالُوا: بَلَى، يَا رَسُولُ اللهِ قَالَ: تُسَبِّحُونَ، وَتُكَبِّرُونَ، وَتَحْمَدُونَ، دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ مَرَّةً

قَالَ أَبُو صَالِحٍ: فَرَجَعَ فُقَرَاءُ الْمُهَاجِرِينَ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالُوا: سَمِعَ إِخْوَانُنَا أَهْلُ الْأَمْوَالِ بِمَا فَعَلْنَا، فَفَعَلُوا مِثْلَهُ، فَقَالَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ذَلِكَ فَضْلُ اللهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ

“Bahawa fuqara’ (orang-orang miskin) dari kalangan muhajirin pernah datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lalu mereka mengadu, “Orang-orang kaya telah pergi dengan darjat yang tinggi dan kenikmatan yang lestari.” Maka Rasulullah bertanya, “Kenapa begitu?”

Maka mereka berkata lagi, “Mereka solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, dan mereka bersedekah namun kami tidak mampu bersedekah. Dan mereka juga memerdekakan hamba, namun kami tidak mampu memerdekakan hamba.”

Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersaba, “Mahukah kalian aku ajarkan sesuatu yang dengannya kalian akan mengejar orang-orang yang telah mendahului kalian dan menggungguli orang-orang di belakang kalian? Tidak ada yang lebih utama berbanding kalian kecuali siapa yang melaksanakan perkara yang semisal dengan apa yang kalian lakukan.”

Mereka jawab, “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Maka Rasulullah pun bersabda:

Kalian bertasbihlah (Subhanallah), bertakbir (Allaahu Akbar), dan bertahmid (Alhamdulillah) di setiap kali akhir solat (yakni sebaik selesai dari solat) 33 kali.”

Perawi (Abu Soleh) berkata, “Setelah itu, para fuqara’ muhajirin ini kembali lagi kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lalu berkata:

“Saudara-saudara kami dari kalangan orang-orang berharta telah mendengar apa yang kami lakukan, lalu mereka pun melakukan hal yang semisal.” Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun bersabda:

“Demikianlah keutamaan (kelebihan) yang Allah berikan bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Shahih Al-Bukhari, no. 843. Shahih Muslim, no. 595 dan ini adalah lafaz di Shahih Muslim)

Dalam Shahih Al-Bukhari, disebutkan:

فَاخْتَلَفْنَا بَيْنَنَا، فَقَالَ بَعْضُنَا: نُسَبِّحُ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَنَحْمَدُ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَنُكَبِّرُ أَرْبَعًا وَثَلاَثِينَ، فَرَجَعْتُ إِلَيْهِ، فَقَالَ: تَقُولُ: سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالحَمْدُ لِلَّهِ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، حَتَّى يَكُونَ مِنْهُنَّ كُلِّهِنَّ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ

“Kami berbeza pendapat dalam hal ini. Beberapa orang dari kalangan kami (para sahabat) mengatakan bahawa dzikir yang diucapkan adalah tasbih 33 kali, tahmid 33 kali, dan takbir 34 kali. Lalu aku pun kembali kepada Nabi dan bertanya, beliau pun bersabda:

“Ucapkanlah:

سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالحَمْدُ لِلَّهِ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ

“Subhanallah (Maha Suci Allah), Alhamdulillah (segala puji bagi Allah), dan Allaahu Akbar (Allah Maha Besar).”

Sehingga setiap satunya menjadi 33 kali.” (Shahih Al-Bukhari, no. 843)

Manakala dalam riwayat Al-Bukhari yang lain di Shahihnya, mengucapkan Subhanallah 10 kali, Alhamdulillah 10 kali dan Allaahu Akbar 10 kali. (lihat: Shahih Al-Bukhari, no. 6329)

Atau dalam hadis yang lain disebutkan, dari Ka’ab bin ‘Ujrah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مُعَقِّبَاتٌ لَا يَخِيبُ قَائِلُهُنَّ – أَوْ فَاعِلُهُنَّ – دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ، ثَلَاثٌ وَثَلَاثُونَ تَسْبِيحَةً، وَثَلَاثٌ وَثَلَاثُونَ تَحْمِيدَةً، وَأَرْبَعٌ وَثَلَاثُونَ تَكْبِيرَةً

“Beberapa kalimat yang tidak akan rugi (atau gagal) seseorang yang mengucapkannya atau melakukannya di setiap kali akhir solat maktubah (yakni solat fardhu), adalah: mengucapkan 33 kali tasbih (yakni Subhanallah), 33 kali tahmid (yakni Alhamdulillah), dan 34 kali takbir (yakni Allaahu Akbar).” (Shahih Muslim, no. 596)

Atau dalam hadis yang lain dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ سَبَّحَ اللهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، وَحَمِدَ اللهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، وَكَبَّرَ اللهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ، وَقَالَ: تَمَامَ الْمِائَةِ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

“Sesiapa yang di akhir setiap solat bertasbih kepada Allah 33 kali, bertahmid kepada Allah 33 kali, dan bertakbir kepada Allah 33 kali yang mana jumlah seluruhnya menjadi 99 kali, dan dia menambahnya menjadi 100 dengan mengucapkan:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Tidak ada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Allah satu-satunya, tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nya-lah kerajaan, milik-Nya puji-pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

“Maka diampunilah kesalahan-kesalahannya walaupun seperti buih-buih di lautan.” (Shahih Muslim, no. 597)

Namun, jika telah memilih hadis dengan lafaz tasbih (yakni Subhanallah) 33 kali, tahmid (yakni Alhamdulillah) 33 kali, dan takbir (yakni Allaahu Akbar) 34 kali, maka tidak perlu menambah dengan lafaz di atas. Boleh lihat rincian penjelasannya dalam Syarah Shahih Muslim oleh Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) pada bab:

باب استحباب الذكر بعد الصلاة وبيان صفته

“Bab anjuran zikir-zikir setelah solat dan penjelasan sifatnya.”

Keenam » Membaca Al-Mu’awwidzaat

Dari hadis ‘Uqbah bin ‘Aamir Al-Juhani, beliau berkata:

أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ بِالْمُعَوِّذَاتِ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan aku agar membaca Al-Mu’awwidzat di akhir (yakni setelah selesai) setiap solat.” (Musnad Ahmad, no. 17792. Sunan Abi Dawud, no. 1523. Dinilai sahih oleh Al-Albani dan Syu’aib Al-Arnauth)

Kata Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H), “Yang dimaksudkan dengan Al-Mu’awwizat adalah surah Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas.” (Fathul Bari, 9/62)

Manakala dalam riwayat At-Tirmidzi:

‘Uqbah bin ‘Aamir radhiyallahu ‘anhu berkata:

أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ بِالمُعَوِّذَتَيْنِ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan aku agar membaca Al-Mu’awwidzatain (Surah Al-Falaq & An-Naas) di akhir setiap solat.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2903 dan At-Tirmidzi mengatakan hadis ini gharib)

Ketujuh » Membaca Ayat Al-Kursi

Dari hadis Abu Umamah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ إِلَّا أَنْ يَمُوتَ

Siapa yang membaca ayat Al-Kursi di akhir (setelah selesai) setiap solat maktubah (yakni solat fardhu), tidak ada yang dapat menghalanginya dari masuk Syurga kecuali mati.” (Sunan Al-Kubra oleh An-Nasaa’i, no. 9848. Al-Mu’jam Al-Ausath oleh Ath-Thbarani, no. 8068. Dinilai sahih oleh Asy-Syaikh Al-Albani dan Asy-Syaikh Muqbil Al-Wadi’i)

Ayat Al-Kursi adalah ayat 255 dari Surah Al-Baqarah:

اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

“Tidak ada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Dia yang Maha Hidup lagi terus-menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa-apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi-Nya tanpa izin-Nya. Dia mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan apa-apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa pun dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi-Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan adalah Dia (Allah) Maha Tinggi lagi Maha Agung.” (Surah Al-Baqarah, 2: 255)

Kelapan » Memohon ilmu bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima

Dari hadis Ummu Salamah, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila selesai dari solat Subuh sebaik salam, beliau mengucapkan:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon ilmu yang bermanfaat kepada Engkau, rezeki yang baik, dan amal-amal yang diterima.” (Musnad Ahmad, no. 26602. Sunan Ibn Majah, no. 925. Majma’ Az-Zawa’id, no. 16976. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Kesembilan » Memohon agar dapat mengingat Allah, bersyukur, dan beribadah dengan baik kepada-Nya

Dari Ash-Shunabihi, dari Mu’adz bin Jabal, beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ صَلَّى عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ بِيَدِهِ، وَقَالَ: «يَا مُعَاذُ، وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ، وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ»، فَقَالَ: ” أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ لَا تَدَعَنَّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ تَقُولُ: اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengambil tangannya (yakni tangan Mu’adz) dan beliau bersabda:

“Wahai Mu’adz, wallaahi  aku mengasihi engkau, wallaahi  aku mengasihi engkau.” Lalu Nabi bersabda:

“Aku wasiatkan kepada engkau wahai Mu’adz, janganlah engkau tinggalkan pada setiap kali akhir solat untuk membaca:

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

“Ya Allah, bantulah aku dalam berzikir (mengingat) kepada-Mu, mensyukuri nikmat-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Musnad Ahmad, no. 22119, 22126. Sunan Abi Dawud, no. 1522. Shahih Ibn Hibban, no. 2020, 2021. Shahih Ibn Khuzaimah, no. 751. Al-Adabul Mufrad oleh Al-Bukhari, no. 690)

Kesepuluh » At-Ta’awwudz / Al-Isti’adzah

Dari hadis Mush-‘ab bin Sa’d dan ‘Amru bin Maimun, mereka berkata:

كَانَ سَعْدٌ، يُعَلِّمُ بَنِيهِ هَؤُلَاءِ الكَلِمَاتِ كَمَا يُعَلِّمُ المُكَتِّبُ الغِلْمَانَ وَيَقُولُ: إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَتَعَوَّذُ بِهِنَّ دُبُرَ الصَّلَاةِ: «اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الجُبْنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ البُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ أَرْذَلِ العُمُرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الدُّنْيَا، وَعَذَابِ القَبْرِ

“Bahawa Sa’d mengajari anaknya beberapa kalimat sebagaimana seorang guru mengajar tulis-menulis kepada murid-muridnya. Beliau (yakni Sa’d) berkata:

“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berta’awwudz dengan kalimat-kalimat tersebut di akhir solat:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الجُبْنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ البُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ أَرْذَلِ العُمُرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الدُّنْيَا، وَعَذَابِ القَبْرِ

“Ya Allah aku berlindung kepada Engkau dari sikap pengecut, aku berlindung kepada Engkau dari sikap kikir (bakhil), aku berlindung kepada Engkau dari usia yang terlalu tua (nyanyuk), dan aku berlindung kepada Engkau dari fitnah dunia dan dari ‘azab kubur.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 3567. Shahih Ibn Khuzaimah, no. 746. Shahih Ibn Hibban, no. 2024. Syarhus Sunnah oleh Al-Baghawi, 3/232)

Al-Imam Ibn Khuzaimah rahimahullah (Wafat: 311H) meletakkan hadis ini pada bab:

بَابُ التَّعَوُّذِ بَعْدَ السَّلَامِ مِنَ الصَّلَاةِ

“Bab At-Ta’awwudz (memohon perlindungan) setelah salam dari solat.”

Al-Imam Al-Baghawi rahimahullah (Wafat: 516H) membahaskan hadis ini pada bab:

بَابُ الذِّكْرِ بَعْدَ الصَّلاةِ

“Bab Zikir-zikir setelah solat.” (Syarhus Sunnah oleh Al-Baghawi, 3/232)

Kesebelas » At-Ta’awwudz / Al-Isti’adzah

Dari hadis Abu Bakrah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ فِي دُبُرِ الصَّلَاةِ: “اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ، وَالْفَقْرِ، وَعَذَابِ الْقَبْرِ”.

“Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengucapkan di akhir solatnya (zikir berikut):

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ، وَالْفَقْرِ، وَعَذَابِ الْقَبْرِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kekufuran, dari kefaqiran, dan dari ‘azab kubur.” (Musnad Ahmad, no. 20409. Sunan Al-Kubra oleh An-Nasaa’i, no. 1271, 7849. Musnad Al-Bazzar, no. 3103. Shahih Ibn Hibban, no. 747. Al-Mustadrak oleh Al-Hakim, no. 927)

Al-Imam Ibn Khuzaimah rahimahullah (Wafat: 311H) meletakkan hadis ini pada bab:

بَابُ التَّعَوُّذِ بَعْدَ السَّلَامِ مِنَ الصَّلَاةِ

“Bab At-Ta’awwudz (memohon perlindungan) setelah salam dari solat.” (Shahih Ibn Khuzaimah, no. 747)

Wallaahu a’lam.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest